16 June, 2010

UMNO LUPA PERJUANGKAN BANGSA MELAYU?







Petikan dari sebuah blog baru - Unit Media Baru Jerantut. Baca posting penuh dibawah atau klik sini


UMNO SEMAKIN LUPA PERJUANGKAN BANGSA MELAYU?

Tuesday, June 15, 2010 · 0 comments

Entah dimana silapnya sehingga UMNO pusat juga lupa untuk perjuangkan kepentingan bangsa Melayu dalam RMK10. Apakah kerana terlalu ghairah untuk menarik hati kaum Cina sehingga bangsa Melayu dipinggirkan?

Dalam konvensyen UMNO Pahang tidak lama dulu perkara sama tidak juga dibawa dalam agendanya. Nyatalah pemimpin-pemimpin Melayu hanya jadikan perjuangan Melayu sebagai satu retorik semata-mata. Klik ke blog satu nota.

Nampaknya kita terpaksa terhutang budi kepada Perkasa yang memperjuangkan apa yang pemimpin-pemimpin UMNO telah lupa untuk perjuangkannya. Mungkin benar bahawa UMNO telah terlalu lama memerintah dan semakin uzur.

Masih adakah UMNO selepas PRU13 nanti?



PERKASA ingin merakamkan rasa terharu atas prihatin YAB Perdana Menteri mendengar hasrat orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak didalam meletakkan agenda pembangunan bumiputera kedalam RMK10.

Ini jelas dilakukan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi akan diketuai oleh Perdana Menteri sendiri untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan bumiputera. Majlis ini akan dianggotai beberapa menteri kabinet, pegawai kanan kerajaan serta pihak swasta dan. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, akan menjadi urusetia kepada majlis ini, manakala Unit Pengurusan Projek, Kementerian Kewangan akan memantau program yang berkaitan untuk memastikan pelaksanaan yang efisien dan efektif.

Sesungguhya penubuhan majlis peringkat tertinggi akan dapat mengubat rasa kecewa Melayu dan bumiputra Sabah/Sarawak terhadap pembuburan MECD dahulu. YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jelas sangat prihatin akan hal ini dan PERKASA merakam ucapan terima kasih. Selain daripada itu MPM juga mengalu-alukan sasaran 30% penyertaan Bumiputra kekal bagi semua sektor sratejik dan sektor baru

PERKASA mengalu-alukan inisiatif pertama iaitu untuk meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera melalui penginstitusian melalui program ekuiti swasta dalam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Tabung Haji akan diperbaharui, diperkukuh dan diperluas bagi menggembleng pelbagai dana dalam usaha memperluas pemilikan dan kawalan ekuiti bumiputera.

PERKASA mengalu-alukan inisiatif kedua untuk mempertingkatkan pemilikan hartanah bumiputera dengan penubuhan Tabung Pelaburan Amanah Hartanah yang bertujuan untuk mengurangkan kekangan kepada bumiputera untuk melabur dalam sektor hartanah komersial dan industri, serta mendapat faedah daripada peningkatan nilai hartanah

PERKASA mengalu-alukankan inisiatif ketiga iaitu menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan bumiputera. PERKASA mengalukan peruntukan kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebanyak RM3 bilion dan RM1.5 bilion untuk kemudahan pembiayaan.

PERKASA mengalu-alukankan inisiatif keempat iaitu membangunkan guna tenaga profesional bumiputera secara lebih tuntas.

Walaupun semua tuntutan PERKASA tidak dipenuhi namun PERKASA sangat berpuas hati. YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil kira resolusi-resolusi kongres dan PERKASA menyeru orang Melayu supaya terus memberi memberi sokongan yang tidak membelah bagi kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam usaha menjayakan agenda pembangunan bumiputera kedalam RMK10


BILA BLOGGER MENIKAM EKOR SENDIRI




Saya sudah terlalu kecewa. Masa yang diberikan sudah terlalu panjang tetapi masih belum ada jalan keluar.

Kita sedar bahawa peranan media sosial sangat penting dan memberikan impak yang besar dalam maysarakat masa kini. PRU12 lalu BN telah hampir tertiarap diasak ke dinding oleh pembangkang dengan bantuan blogger mereka. Tun Abdullah juga terpaksa akur untuk melepaskan jawatannya atas desakan berterusan para blogger.

Seharusnya semua pihak terutama UMNO negeri-negeri dan bahagian memperkuat jentera penerangan mereka dengan: 1) Membina blog-blog penerangan UMNO bagi menyampaikan segala maklumat mengenai aktiviti-aktiviti UMNO semasa supaya rakyat sedar bahawa UMNO sedang dan akan lekukan sesuatu untuk berubah dan memberikan kebaikan kepada rakyat, 2) UMNO negeri dan bahagian seharusnya berusaha menghimpun segala blogger-blogger pro kerajaan dan sentiasa berkerjasama dengan mereka dalam memberikan maklumat tentang apa yang kerajaan lakukan dan kearah mana kerajaan hendak mereka menjurus.

Benar bahawa di Pahang kita sudah ada blog Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, tapi mampukan perjuangan ini dilakukan sendirian? Berapa ramaikan pembaca yang mampu ditarik untuk membaca blog tersebut? Sampaikan masej yang UMNO negeri hendak sampai kepada pembaca?

Jika UMB lebih waras, sudah tentu golongan blogger pahang generasi pertama dulu dijemput sama dalam setiap program yang diadakan dan membentuk satu pasukan yang lebih mantap, jangan kita sempitkan fikiran kita hanya semata-mata untuk membesarkan hati sendiri.

Saya sudah jauh kehadapan dan susah untuk saya berpatah balik.

Bagaimanapun sila baca dibawah ini apa yang blogger lain kata mengenai pemimpin dan UMNO yang masih besar hati dan diri serta enggan berubah. Tapi, bukan hanya dia dan saya serta GAP saja yang lakukan begini, masih banyak lagi yang lain dengan nada serupa....salahkah kami? atau salah kami kah?




Satu Hala sendiri pun tidak salahkan mereka kerana memang ada segelintir mangkuk ayun terutama dalam UMNO yang tak faham-faham isyarat pilihan raya umum ke -12 lalu iaitu rakyat sudah celik dan faham bahawa kerajaan boleh diubah jika para pemimpin kerajaan tidak berubah.

Jenuh sudah para bloggers menegur tetapi tak faham-faham jugak.

Masih ada yang kerja lesu dan menjadikan UMNO itu platform untuk kaut kekayaan semata-mata dan bukannya perjuangan untuk rakyat atau masyarakat Melayu.

Penulis lihat secara khususnya marah blogers pro UMNO buat masa ini banyak tertumpu kepada UMNO Selangor tetapi ia juga mencerminkan sikap marah mereka kepada pemimpin UMNO secara umum juga.

Ada bijak pandai yang pernah berkata, kalau berlaku kemalangan, jangan salahkan kereta yang terbabit tetapi salahkan pemandunya.

Kereta adalah benda tidak bernyawa yang dikawal oleh pemandu yang berakal fikiran...

Kalau dilihat dalam konteks politik negara....kalau ada blogers pro UMNO yang marah...penulis harap mereka halakan marah mereka kepada beberapa pemimpin parti yang masih pekak badak dan tak faham bahasa sahaja.

Tetapi UMNO itu sendiri janganlah dipersalahkan.

UMNO itu kereta dan pemimpinya umpama pemandu.

Jadi salahkan pemandu dan bukan kereta.

UMNO itu ada sejarah dan jasa yang amat besar di negara ini. UMNO perlu dipertahankan dalam apa jua keadaan.

Kalau hendak ditegur, maka tegurlah segelintir pemimpinnya itu.

Jangan kerana marahkan sikap pemimpin yang tak mahu berubah, UMNO itu sendiri ditinggalkan....umpama marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Kita para bloggers yang pro UMNO perlu terus menulis untuk UMNO itu. Falsafah dan sejarah parti itu memerlukan peranan yang aktif dimainkan para bloggers untuk mempertahankanya di era teknologi maklumat ini.

Jika diluar sana tidak ramai yang faham, biarlah di alam siber ini kita berjuang secara suci dan ikhlas.

Dan yang penting, kita pertahankan juga UMNO untuk Datuk Seri Najib Tun Razak, seorang Perdana Menteri yang kita semua tahu berkerja siang dan malam demi kebaijikan rakyat.

Bagi pemimpin yang masih tidak faham bahasa, mereka perlu ditegur secara berterusan. Mereka tidak penting sebenarnya, tetapi imej UMNO yang mereka bawa itu yang amat perlu dipelihara.

15 June, 2010

BLOGGER PRO BN MULA MENIKAM BELAKANG

Sebahagian dari wajah pemimpin UMNO yang sedang mendapatkan ilham
bagaimana atau dimana hendak dimulakan perjuangan nanti...kahkahkah...UMNO...
Cawangan, Bahagian, Negeri dan semuanya pun sama saja.


Blogger pro kerajaan yang selama ini berusaha pertahankan dan menepis segala tuduhan dari pihak lawan sudah berubah trend. Akhir-akhir ini kedengaran sudah makin banyak blog pro kerajaan UMNO/BN yang berbalik arah dan menghentam semula pemimpin-pemimpin kerajaan.

Pasti mereka ada sebab berbuat demikian. Soalnya apakah pemimpin UMNO masih tidak sedar dan tidak mendengar suara hati golongan blogger ini?

Terbaru sila baca posting Husin Lempoyang (klik sini) serta blog-blog lain didalam linknya.

Di Pahang, baca juga blog Suara Prihatin UMNO Jerantut (klik disini) serta blog-blog lain didalam linknya.

Sebenarnya UMNO masih tidak berubah, tetap seperti dulu...bongkak dan sombong serta sentiasa merasakan bahawa mereka saja yang betul.

Blogger penentang kerajaan telah berjaya melemahkan kerajaan dalam PRU12 lalu. Golongan blogger juga berjaya memaksa Tun Abdullah untuk akur dan melepaskan jawaatannya. Apakah UMNO masih belum sedar bahawa dalam dunia tanpa sempadan ini maklumat akan dapat disebarkan dengan cepat dan mudah.

Sila klik untuk baca sebagai rujukan;

PAS MENGHANCURKAN ISLAM DAN POLITIK MELAYU





Kota Bharu 13 Jun - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa kerjasama parti itu dengan bukan Islam diizinkan oleh syarak. Sebaliknya, kerjasama UMNO melalui Barisan Nasional (BN) pula dianggap menggadaikan prinsip dan akhlak serta tidak boleh dijadikan contoh dalam menonjolkan Islam kepada penganut agama lain.

Beliau juga mendakwa apa yang dibuat dan dihayati oleh Pas hari ini adalah berdasarkan al-Quraan, sunnah Rasulullah, muzakarah para ulama dan kitab-kitab usul penting dalam ajaran Islam serta melalui perbincangan politik. 'Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) berdasarkan Islam dan konsep Islam yang diperjuangkan oleh Pas, tidak sama dengan kerjasama UMNO dan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional.

"Kerjasama kita dengan orang bukan Islam adalah kerjasama yang diizinkan syarak. Kerjasama UMNO dengan orang bukan Islam adalah kerjasama yang menggadaikan prinsip dan akhlak dan tiddak boleh menjadi contoh kepada orang bukan Islam", katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas ke-56 disini hari ini (13hb Jun 2010)

Komen BH:
Lagi sendiwara semasa Pas, apa yang Pas buat HALAL dan apa yang sama yang UMNO buat hukumnya HARAM, pemimpin Pas masih permainkan Islam mengikut kehendaknya.




SISTEM SATU PARTI?




Pihak pembangkang sering menuding jari menuduh para pemimpin parti kerajaan yang memerintah sentiasa melakukan kesalahan itu dan ini. Kita akui bahawa sebilangan dari mereka memang melakukan kesalahan dan jelas tidak terlalu baik dari segi moralnya, namun BUKANLAH kesemuanya begitu.

Apabila dapat berkuasa pemimpin dari parti pembangkang kedapatan juga melakukan perkara yang sama walau mereka cuba berselindungi dengan itu dan ininya, dan sudah tentu sekali lagi BUKANLAH kesemuanya begitu.

Justru, masalah moral pemimpin bukanlah masalah parti, walau mereka berserban sebesar bakulpun ada diantara mereka masih tidak dapat menahan nafsu dari godaan syaitan yang direjam. Mat Sabu yang pernah menuduh dan memberikan gelaran Al-Juburi kepada DS Anwar khabarnya telah ditangkap berkhalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Kota Bharu tak lama dulu. Moralnya adalah baik dan buruk pemimpin itu bukanlah kerana mereka mewakili satu-satu parti tertentu tetapi terletak kepada individu itu sendiri.

Mungkin politik kita harus berubah secara drastik dengan mengadakan pilihanraya satu parti dimana kita akan memilih individu bukan lagi parti. Mungkin dengan cara ini akan dapat mengelakkan kita dari berpecah belah yang keterlaluan seperti sekarang ini terutama bagi bangsa Melayu.

Agama telah dipolitikkan, namun politik bukanlah agama dan agama juga bukanlah politik.Tidak ada mana-mana parti politik yang patut mengaku bahawa mereka lebih Islam dari orang lain. Yang nyata Pas juga mempolitikkan agama semahunya. BN kerjasama dengan MCA dan MIC tak boleh tetapi bila mereka kerjasama dengan DAP hukumnya boleh....tidak itu jelas dan nyata pada kita? Orang Melayu Islam telah di perbodohkan.

Baca mengenai Pas klik disini dan disini.

14 June, 2010

MELAYU DI PENGHUJUNG

Mereka yang mengusung keranda 152 ini pun
nanti tiada siapa yang akan mengusung keranda mereka


1. Bangsa Melayu bukan lagi bangsa yang boleh dibanggakan kerana bukan lagi satu bangsa besar dan kuat. Melayu sudah lemah kerana tidak mampu bersatu. Tidak dalam UMNO dan bukan juga dalam Pas, hatta tidak juga dalam Perkasa.

2. Melayu dipecahbelahkan membuatkannya lemah. Ini turut membenarkan teori RAHMAN bahwa N = DS Najib adalah pemimpin UMNO/Melayu terakhir bagi negara Malaysia. Selepas ini Malaysia akan dipimpin oleh bangsa lain dan bangsa Melayu akan melata dibumi sendiri.

3. Bahasa Melayu pun bukan bahasa yang boleh dibanggakan lagi. Bangsa dan bahasa Melayu sudah dilacurkan oleh semua pihak. Dimana-mana kita dengan bahasa Melayu tidak dituturkan dengan betul. Berapa ramai orang Melayu gunakan perkataan 'so', 'and than' dan sebagainya didalam pertuturan mereka, bahkan dengan rasa bangga mereka melacurkan bahasa.

Adakah kita sedar Melayu di penghujung?


12 June, 2010

MELAYU MESTI BERSATU DALAM PERKASA

Jika dulu Melayu boleh bersatu menentang Malayan Union kenapa sekarang tidak? Jika kita tidak terlalu taksub dengan parti politik dan pemimpin segalanya pasti boleh.


Melayu mesti bersatu dalam Perkasa bagi memperkasakan bangsa. Sebagaimana kuatnya kaum Cina yang bersatu didalam berbagai-bagai pertubuhan dan persatuan maka Melayu juga harus bersikap dan melakukan sedemikian.

Demi kepentingan dan perpaduan bangsa, orang-orang Melayu harus melihat Perkasa sebagai satu pertubuhan yang menyatukan bangsa dan pribumi dan bukannya pertubuhan yang ada kaitan dengan parti politik.

Sikap orang-orang Melayu didalam Pas menolak Perkasa adalah sangat merugikan bangsa dan mereka sendiri. Kita sangat sedar bahawa parti politik tidak akan dapat menyatupadukan bangsa sampai bila sekalipun kerana Melayu Pas tidak akan sertai UMNO dan begitulah sebaliknya. Jika dalam Perkasa juga kita tidak mampu bersatu, maka memang nyatalah bangsa Melayu bukan bangsa yang suka kepada perpaduan. Perbuatan ini akan tambah merugikan bangsa kerana bangsa akan semakin lemah sedangkan bangsa lain menjadi semakin kuat.

Ketika Perkasa berusaha menyatupadukan bangsa Melayu, bangsa asing menuduh Perkasa rasis namun dalam masa sama mereka bersatu dengan akrab dalam pertubuhan-pertubuhan mereka yang secara jelasnya bersikap rasis. Kita tidak sedar bahawa mereka menghancurkan kita apabila kita ingin bersatu sedangkan mereka semakin kuat bersatu.

Banyak perkara yang telah Perkasa lakukan dalam terang atau gelap untuk kepentingan bangsa Melayu. Sila klik disini untuk membaca Resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Model Baru Ekonomi yang telah diistiharkan pada 29hb. Mei,2010 lalu.

11 June, 2010

PARLIMEN DAN BEBERAPA DUN DI JERANTUT AKAN DIRAMPAS PEMBANGKANG

Mungkin kita menganggap ini satu kebodohan melampau apabila sanggup baring bagaikan lembu dijalanan, namun ketaksuban ini adalah kekuatan mereka. Berapa penyokong UMNO yang masih sanggup lakukan sedemikian untuk parti?


Membaca posting SPU semalam sangat menarik dan menyedarkan kita tentang usaha-usaha musuh kita. Mereka sedang berkerja keras ketika kita masih tidur lena dan hangat dalam 'pelukan'.

Saya tidak menganggap pandangan politik itu sesuatu yang mustahil terutama sekali sekiranya kita masih tidak melakukan apa-apa tindakan menentang dan mempertahankannya.

Parlimen Jerantut dan beberapa lagi DUNnya tidak mustahil akan jatuh ketangan pembangkang. Baca posting penuh blog SPU dibawah ini atau klik (sini) ke blog asal. Harapan kita agar UMNO cepat-cepat sedar diri dan lakukan perubahan. Jangan kita lakukan kesilapan dalam berfikir dan menganggap bahawa keruntuhan PKR akan membuatkan penyokongnya lari dan menyokong UMNO. Jangan gunakan teori matametik fizik atau kimia kerana dalam pilihanraya kita gunakan teori 'menambat hati'.


Pertemuan demi pertemuan telah diadakan oleh Pas / PR di Jerantut. Sewaktu UMNO Pahang adakan konvensyen di Bandar Pusat Jengka, Pas pula mengadakan Konvensyen Peneroka di KIAS Temin, Jerantut. Program ini dihadiri beberapa tokoh besar pembangkang termasuk DS Anwar Ibrahim dan Zaid Ibrahim serta beberapa tokoh ternama lainnya

Terbaru, Mat Sabu orang yang bertanggung jawab memberi nama gelaran Al-Juburi kepada DS Anwar Ibrahim juga datang. Soalnya kenapa mereka kerap datang ke Jerantut? Dan apakah kita UMNO peduli?


Sila lihat keputusan PRU12 lalu dibawah ini:


P81 - Parlimen Jerantut

UMNO - 19,543

Pas - 17,597

Majoriti - 1,946


N9 - Tahan

UMNO - 5,112

Pas - 3,755

Majoriti - 1,357


N10 - Damak

MCA - 5,674

PKR - 5,165

Bebas - 3,295

Majoriti – 509


N11 - Pulau Tawar

UMNO - 8,720

Pas - 5,426

Majoriti - 3,294


Berdasarkan keputusan PRU12 lalu, PR merasakan bahawa harapan untuk merampas kerusi sama ada Parlimen atau pun DUN adalah semakin cerah. Majoriti kemenangan bagi Parlimen hanyalah 1,946 manakala DUN Tahan hanya 1,357. DUN Damak terselamat dalam PRU lalu hanya kerana adanya calon bebas yang mampu meraih 3,295 undi, jika tidak kita akan dapat saksikan calon Melayu akan menduduki kerusi DUN berkenaan. Pulau Tawar menang lega dengan majoriti 3,294 undi.


Dari selepas PRU12 sehingga hari ini apakah yang berkesan yang kita rasakan telah dilakukan oleh UMNO Bahagian Jerantut untuk mengembalikan undi rakyat? Perkara yang sungguh kecil sekali adalah menyediakan blog bagi menyebarkan maklumat mengenai program dana aktiviti yang dijalankan juga tidak mampu dilakukan oleh UMNO Jerantut. Apa lagi yang UMNO Jerantut mampu lakukan selain dari itu? Maaf, tapi inilah kenyataannya dan yang nampak masih berkerja dan mengadakan aktiviti hanyalah Wanita UMNO. Saya bukan pro pada satu-satu pihak, saya pro kepada UMNO keseluruhannya namun saya bukan yes man. Saya akan menegur mana yang perlu bagi membantu memperkasakan UMNO Jerantut.


Dengan kemenangan majoriti lebih kurang 3,000 undi kebawah apakah kita boleh berpuas hati? Malahan kita masih bercakaran sesama sendiri. Masih ingat apa yang SPU bongkar dahulu dimana adanya usaha untuk memancas KW oleh pihak tertentu. Apakah ini tradisi UMNO? Apakah akan bertambah kuat kita apabila kita semakin berpecah belah?


Maaf sekali lagi bila saya katakan kita tidak sayangkan UMNO. Kita tidak memperkasakan UMNO sebaliknya kita hanya berusaha untuk memperkasamkan bahkan ada yang memperkosakan UMNO ini. Berapa ramai ahli baru yang dapat kita tambah selama ini? Mana aktiviti-aktiviti anjuran Pemuda UMNO? UMNO lebih gagah dibawah bekas Ketua Pemuda yang lalu.


Tidak mustahil pada PRU13 nanti kita hanya akan berputih mata jika masih tidak ada usaha untuk memperbetulkan keadaan ini. Apakah sumbangan AJK UMNO Bahagian untuk membantu Ketua Bahagian? Nampaknya mereka hanya inginkan jawatan bukannya berjuang untuk parti atau Agama, bangsa dan negara seperti yang selalu mereka sebutkan itu. Mudah-mudahan dalam pemilihan akan datang kita mampu memilih mereka yang jujur dan benar-benar ikhlas untuk berkhidmat bukannya kerana harapkan ‘rasuah’ yang mereka berikan.


Saya melihat UMNO semakin hari semakin hancur. Golongan mudah sudah tidak lagi memandang kepada UMNO. Pada mereka UMNO dan pemimpinnya hanyalah layak dihantar ke pusat pelupusan untuk dilupuskan terus.


10 June, 2010

ADA MENTERI YANG MASIH PENING?


Menurut laporan Bernama begini;

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Kementerian Pertahanan menyarankan agar warganya lebih berani melakukan transformasi agar perkhidmatan yang disalurkan kepada rakyat lebih efektif, kata menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata langkah itu perlu supaya seiring dalam melahirkan warga kerja yang berkualiti dan tidak gentar berhadapan dengan sebarang perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

"Mengharungi proses transformasi ini, menuntut anggota perkhidmatan awam untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.

"Saya menyeru anda semua untuk
membuka minda, berfikir diluar kotak pemikiran sedia ada dan lari dari budaya biasa sama ada dalam pelaksanaan kerja mahupun dalam menjalani kehidupan harian," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah khidmat cemerlang Kementerian Pertahanan, hari Selasa.

Ahmad Zahid berkata sebagai organisasi pertahanan negara, warga kementerian seharusnya membina dan memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap aspek kestabilan, keamanan serta keselamatan bagi membantu negara ke arah mencapai aspirasi Wawasan 2020.

Baca seterusnya
sini.

Husin Lempoyang pula kata macam ni;

Fening lalat ana cuba fahamkan apa yang Menteri Pertahanan kita, Dato dr Ahmad Zahid Hamidi berkata. Dia bercakap seolah-olah dia berada di Kementeriaan Pelancongan atau Kementeriaan lain.

Apakah perkhidmatan warga pertahanan kepada rakyat? Mana ada?

Warga pertahanan memberi "perkhidmatan" pada musuh, komunis dan lain-lain. "Perkhidmatan" warga pertahanan tidak pernah memuaskan mereka-mereka yang diberi "perkhidmatan" kerana ada yang cedera, ada yang mati, ada yang kena tangkap sebagai tawanan, dan lain-lain.

Rakyat yang mendapat manafaat dari perlindungan dari perkhidmatan warga pertahanan pun tidak merasai perkhidmatan yang diberikan kerana mereka ambil mudah keamanan yang dikecapi.

Hai ... entahlah Zahid. Macam mana yang nak dibuka minda, berfikir diluar kotak pemikiran sedia ada dan lari dari budaya biasa?

Kerja dan budaya askar mana boleh buat begitu?Mereka kena berdisiplin, patuh pada arahan, dan cekap menjalankan arahan.

Fening fening ....

BH nak kata macam ni:
Ada menteri yang terlalu lama pegang jawatan dalam kabinet dan bertukar dari satu kementerian ke satu kementerian. Pencapaian KPI tak setakat mana. Zahid nilah yang beria-ia sangat nak kan KJ jadi menteri. Saya cadangkan buangkan Zahid ni untuk ganti dengan KJ tentu Zahid ni akan rela berkorban, kan?

09 June, 2010

KERAJAAN UMNO/BN YANG LEMAH DAN GAGAL MUNGKIN PKR/PR LEBIH BAIK?

Saya ambil dari blog Utusan Che-Moq.

Banyak pihak menganggap kerajaan UMNO/BN sangat lemah dan gagal dalam banyak hal berkaitan pentadbiran dan pengurusan kerajaan. Saya juga memandang demikian terutamanya tolakansur kerajaan yang membuatkan kita merasakan kerajaan langsung tidak punya kuasa.

Apakah PKR/PR akan mampu jadi alternatif atau akan menjadi lebih baik? Baca pendapat Che-Moq dan fikirkanlah.

Tunggulah Lepas Raya..

http://che-moq.blogspot.com/2010/06/tunggulah-lepas-raya.html

Pic credit to Desperado@pilihan anda

Apa yang rakyat Malaysia inginkan?Subsidi 25 sen? Kesejahteraan Dan Keamanan? atau jamuan-jamuan politik murahan yang kini asyik didendangkan?


Politik Malaysia semakin hari semakin berlendir. Ada saja isu yang hendak dipolitikkan saban waktu. Pantang ada lubang yang boleh digunakan, pasti PKR akan tusuk habis habisan. Jika kita menilai sendiri parti yang semakin terdesak memutarkan isu-isu nasional dan global tidak lain dan tidak bukan adalah PKR. Makin hari semakin mual melihat PKR menggunakan isu demi isu semasa yang menggigit rahsia PKR sendiri. Mana hilangnya pembelaan Aminurrashid Amzah? Dimana kebenarannya isu pasir di selangor? dan kini mengapa perlu isu Gaza pula ingin dipolitikkan?

Apa yang diperlukan rakyat adalah prestasi dan bukan story mory...Tunjukkan kecekapan janji mentadbir yang penuh keadilan dan bukan ceramah penuh janji fantasi dan emosi..Rakyat inginkan kemajuan dan bukan kecurian pasir..

Jika kita bersabar sedikit untuk melihat aksi sebenar kejujuran dan kebersihan PKR itu sendiri..Harap bersabarlah..pemilihan 2010 PKR semakin tiba. Masanya selepas raya aidilfitri nanti. Kepada blogger-blogger yang bersusah payah menepis dakyah bidaah Brader Nuar, mulakanlah bermesra dengan cabang-cabang di seluruh negara. Ayuh kita kaji dan kumpul maklumat yang dapat ditalkinkan fahaman politik PKR sebelum akhir 2010. Kita bongkarkan kebersihan topeng 'keadilan' yang disarung PKR.

Di bahagian cabang-cabang PKR kini sedang giat bertelingkah antara puak-puak yang taksub dengan jawatan yang bakal menanti samada dari puak yang memegang jawatan mahu pun dari insan yang mahu rebutkan jawatan. Ada juga pihak yang pada PRU sebelum ini takut untuk bertarung namun kini sangat hebat mempromosikan diri. Semuanya adalah kerana kuasa. Mana tahu pemilihan 2010 bakal menaikkan nama sendiri ke PRU akan datang..

Berita-berita di gerakan cabang PKR kini bukannya berkisar tentang Gaza, namun lebih kepada gosip dan fitnah sesama mereka tentang politik wang yang akan digunakan lawan mereka dalam pemilihan. Ungkapan popular yang sering digunakan adalah "Kalau Nak Main Duit Untuk Jawatan Itu Bukan Cara Parti, Itu Cara UMNO".

Tuduh menuduh dan serangan peribadi sudah mula dirangka sebagai strategi. Namun lobi melobi semakin hangat dari jawatan AJK sehingga ketua cabang. Para bakal penama calon sudah mula mengumpul kekuatan untuk mengundi diri sendiri. Duit sudah mula ditabur supaya mencari penyokong untuk mengundi dan ianya bukanlah rasuah atau lebih mesra digelar politik wang. Para pencacai PRK lebih mesra dan selesa menggunakan perkataan habuan dan hadiah. Duit sudah mula dilaburkan kerana setiap pengundi yang layak untuk pemilihan cabang mestilah diberi nama sebelum hujung minggu lepas (4/6/2010)

Benar kata Saifoolddin Nasution mengenai 500,000 ahli PKR diseluruh negara dan sebenarnya lebih dari itu jika termasuk dengan jumlah kerusi meja di setiap pejabat ADUN dan MP serta jumlah bulu hidung setiap ahli yang tinggal.Mana mungkin jumlah keahlian itu angka tipu jika kini puak-puak PKR sedang sibuk mengumpul nama dan no ic tidak kira sesiapa pun hatta pengundi 'import' untuk mengundi di pemilihan cabang nanti. Habuan sudah dijanjikan. Setiap calon sudah bermimpu. Untung-untung dapat duduk di kerusi ahli majlis dan paling busuk pun dapat jadi S/U Adun atau MP. Kepada yang kini sedang memegang jawatan, telur mereka mula mengecut kalau-kalau jawatan terlepas setelah kalah nanti.

Yang cabang sahaja sudah mula terasa bahangnya walaupun pemilihan akan diadakan pada bulan September..Apakah pemilihan Majlis Pimpinan Pusat pada November nanti akan sebersih pemilihan cabang nanti? Pasti Anwar akan merasa bahangnya atas didikan politik wang yang disemai sejak di zaman UMNO lagi. Di bahagian pusat pula saingan 10 Little Napoleon dalam PKR dijangka lebih sengit. Lebih sengit dari pemilihan UMNO lalu.

Ada benarnya kata Zul Nordin bahawa PKR pasti terkubur kerana kebodohan pemimpin PKR sendiri. Makin banyak ceramah makin muak rakyat dengar fitnah. Yang Pasti Pemilihan PKR 2010 Bakal Menyaksikan Separuh Dari Kubur PKR akan Digali Sendiri. Separuh lagi? PRU 13 Nanti...Tanam Terus..

Korek punya korek...
Isinya kosong macam ceramah saya..
Tapi bau dia humang aih macam Karipap Daging...
Pic Credit to minaq jinggo.fotopages

MALAYSIA AKAN BANKRUP?

For sale?
Mungkin Singapura ingin dan mampu membelinya serta akan lebih berjaya mentadbir negara.



Posting kali ini adalah memberi respon kepada blog 'bumiyang' yang menulis mengenai kenyatan PM bahawa Malaysia tidak akan bankrap.

Jika Malaysia akan bankrup juallah kepada Singapura atau mana-mana negara yang mahu membelinya kerana selama ini pun kita merasa negara kita telahpun digadaikan.

Saya salinkan sepenuhnya dibawah ini:


Malaysia Tidak Akan Bankrap Seperti Iceland Dan Greece-Najib

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=504439

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa menegaskan Malaysia tidak akan bankrap seperti Iceland dan Greece berikutan kejayaan negara mengekalkan hutang negara pada paras yang terkawal serta langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan kadar hutang.


Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan akan terus dirancang, dipantau dan dikawal dengan baik dan bertanggungjawab.

"Paras defisit dijangka akan menurun dan paras hutang akan terus terkawal pada jangka masa sederhana dan panjang. Usaha-usaha ini akan membantu memastikan paras hutang dan defisit Kerajaan Persekutuan tidak akan meningkat sehingga menjejaskan kemampuan negara membayar balik hutang," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) di Dewan Rakyat, Selasa.

Lim meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan yang telah diambil bagi memastikan Malaysia tidak mengikut jejak langkah Iceland dan Greece, menjadi negara bankrap, dan memerlukan penyelamatan masyarakat serantau atau antarabangsa.

Perdana Menteri berkata jumlah hutang negara berkurangan kepada RM233.92 bilion pada tahun lepas berbanding RM236.18 bilion pada 2008 walaupun peratusannya meningkat sedikit.

Beliau berkata pengurangan itu disebabkan bayaran balik hutang bersih jangka sederhana dan panjang oleh Kerajaan Persekutuan dan sektor swasta yang lebih mengimbangi ambilan bersih yang lebih besar oleh Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK).

"Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat juga menyumbang kepada penurunan hutang luar negara secara keseluruhan. Nisbah khidmat hutang luar negara pada 31 Dis 2009 dianggarkan pada tahap 7.0 peratus, mencerminkan kekukuhan pendapatan eksport untuk membayar tanggungan hutang.

Komen Isac;

http://bumiyang.blogspot.com/2010/06/malaysia-tidak-akan-bankrap-berita-baik.html

Kalau di tengokkan kepada sesetengah Menteri yang dipilih Dato' Sri Najib, mungkin sebilangan dari kita pun "layak" untuk menggantikan mereka...Tak tahulah KPI apa yang DSN pakai...

Sememangnya subsidi sehingga RM 76 billion setahun amat memeritkan buat negara, apapun sepatutnya kerajaan berusaha untuk mengurangkannya sedikit demi sedikit dan bukannya cuba menakut-nakutkan rakyaat jelata. Taktik tersebut telah lapuk dek zaman...Waima pelajar sekolah sekarangpun "tak jalan" jika kita menggunakan strategi "memomokkan" sesuatu perkara...yang kita mahu mereka hindarkan...

Apapun keadaan ekonomi negara yang stabil pastinya akan menaikkan "selera" Pakatan Rakyaat untuk berusaha sedaya-upaya untuk "merampas" tampuk pemerintahaan negara dalam PRU 13 nanti..


Komen BHi:

1. Hai, ISAC!, kau pun ada niat nak jadi Menteri kerana rasa juga layak jadi menteri? Kehkehkeh

2.KPI yang diguna pakai adalah siapa yang mampu menunjukkan mereka ada kuasa kerana ramainya pengikut dan mampu menguasai pengikutnya. Sekali sekala mampu menggeretak PM.

3. Strategi menggeretak? Peduli apa kita kalau Malaysia akan muflis kerana kita sedar banyak penyelewengan kewangan yang telah berlaku. Subsidi adalah tanggungjawab kebajikan kerajaan, tetapi penyelewengan dan rasuah adalah ke'tidakbijaksanaan' pengurusan kewangan kerajaan. Jangan menghukum rakyat kerana kesalahan kepimpinan kerajaan.

4. Saya berikan satu undi pendahuluan untuk pembangkang dalam PRU13 nanti

08 June, 2010

UMNO: Kerajaan yang tidak kuat bahkan sebagai pembangkang pun nanti masih lagi tidak cukup kuat

Wajah Seorang Pejuang: Pembela Agama bangsa dan negara dan
terutamanya kroni-kroni serta saudara mara dekat dan jauh.



Banyak pihak berharap UMNO akan berubah berubah dengan seberapa segera bagi menghadapi PRU13 tidak lama lagi. Tapi kenyataannya tidak banyak perubahan yang berlaku selain dari retorik demi retorik semata-mata.

Dari UMNO negeri ke UMNO Bahagian tidak ada apa-apa perubahan yang kita rasakan. Di Konvensyen UMNO Pahang suara sebenar akar umbi tersekat dan tidak dapat didengarkan. Ini kerana adanya tokoh-tokoh politik yang berkepentingan yang memandu keputusan konvensyen mengikut kehendaknya supaya dapat menghiburkan hati MB dan PM. Sahabat saya yang menyertai konvensyen berkenaan membawa amanah dari NGO yang dipimpinnya menyatakan rasa kecewa kerana agenda Melayu telah 'dicicirkan' dari disuarakan keatas. Baca blog 'satu nota'.

UMNO diperingkat cawangan sendiri masih tidak merasakan gelombang perubahang yang diuar-uarkan. Malahan masih mempraktiskan sikap sebelum ini dimana untuk menjamin terus berkuasa ketua cawangan beserta kroni masih sanggup mengenepikan orang tertentu sehingga UMNO dicawangan menjadi semakin kecil.

Mungkin polisi UMNO merelakan cawangan dengan ahli yang sedikit namun membenarkan banyak cawangan ditubuhkan justru mereka yang merasakan tidak mendapat tempat dicawangan tertentu akan membuka cawangan baru bersama kroninya. Lagi kepentingan peribadi dan kroni didahulukan.

Banyak pihak bahkan saya sendiri sudah tidak yakin bahawa UMNO / BN akan mampu menang lebih besar dalam PRU13 nanti kerana perubahan yang diharapkan masih tidak dapat dizahirkan. Sikap dan pemikiran pemimpin masih tidak berubah; sombong enggan menerima pendapat orang lain serta rela membunuh mana-mana yang dirasakan tidak sehaluan dengan mereka.

Sebuah laman blog membayangkan UMNO / BN sudah bersedia menjadi pembangkang berikut kegagalannya menjadi kerajaan yang berkesan. Namun saya tetap berpendapat jika sebagai pembangkang pun UMNO / BN masih akan gagal menjadi pembangkang yang berkesan sekiranya masih dalam keadaan sebegini.

Saya salinkan keseluruhan (dibawah ini) posting blog ASPAN ALIAS mengenai pandangannya terhadap UMNO / BN yang selaras dengan pandangan saya;


Sokongan orang Cina dan juga sebahagian orang Melayu menolak BN seperti yang berlaku kepada PERIKATAN pada pilihanraya umum 1969 akan terjadi pada PRU yang akan datang. Itulah maksud saya dalam posting saya yang sebelum ini.

Jika kita tidak bersedia untuk memperbaikki dan memberi tumpuan kepada usaha meyakinkan rakyat maka kita terpaksa menerima hakikat bahawa kita telah terang-terang gagal untuk menjaga mandat rakyat selama ini.

Kalau tidak masakan mereka menolak kita kalau kita berbuat perkara yang betul. Keadaan ini, sebagaimana yang saya katakan selalu mesti bersebab.

Masakan orang ramai menolak kita jika mereka nampak apa yang kita lakukan itu adalah atas dasar yang meyakinkan semua pihak dan dasar-dasar itu terlaksana dengan baik sepertimana yang sepatutnya dilakukan.

Isu krisis keyakinan yang dihadapi oleh UMNO dan BN pada hari ini adalah 'real' malahan ramai berpendapat ianya adalah lebih sirius dari kepimpinan Abdullah dahulu.

Malangnya kita masih tidak mempunyai keyakinan untuk mengakui kesilapan kita, malah jika ada orang yang terbuka memberi kritikan dan pandangan berbeza mereka akan dinesta dan dihujankan dengan kutukan yang bertubi-tubi.

Saya telah menulis tentang isu ini hampir 3 tahun dahulu dan sehingga hari ini masih saya memperkatakannya dengan cara yang terbuka. Saya komited dengan apa yang saya katakan dan saya berani bertanggungjawab.

Saya sentiasa berdoa agar apa yang saya gambarkan yang akan terjadi itu tidak akan berlaku.

Tetapi saya tidak dapat menafikan ‘intuition’ saya yang begitu kuat bahawa kita akan kecundang jika kita masih tidak mahu mengakui hakikat kelemahan kita.

Katakanlah apa yang saya dan ramai lagi doakan itu tidak termakbul; maksud saya BN akan menerima nasib seperti PERIKATAN pada tahun 1969 dahulu; apa akan terjadi dan apa yang patut kita lakukan tanpa berlakunya kekecohan seperti yang berlaku selepas pilihanraya 1969.

Kalau kita dasarkan kepada demokrasi ‘Westminster Abbey’ kita hanya terima sahaja dan kita akan memilih sekali lagi dalam pilihan raya umum berikutnya dan menolak pula apa yang telah kita pilih dalam pilihanraya yang akan datang.

Jika kita seorang demokrat yang sebenarnya ianya bukanlah perkara yang boleh menjadikan keadaan kucar-kacir. Kita terima sahaja dan itu pun yang sepatutnya kita lakukan kalau pihak pembangkang sudah menjadi kerajaan.

Kita pilih pula kerajaan BN kembali jika kerajaan alternatif tidak menjalankan tugas kepada rakyat dengan baik seperti yang diharapkan semasa membuat pemilihan itu.

Tetapi sementara hendak menunggu pilihanraya yang berikutnya saya rasa pimpinan kita sekarang akan gagal menjalankan tugas sebagai pembangkang yang baik.

DS Najib akan menang di Parlimen Pekan. Walaupun beliau tewas di banyak peti undi kampung dan pekan tradisional tetapi beliau ada gugusan Felda Cini dan kem tentera yang boleh menyelamatkan beliau.

Kalau Tengku Razaleigh masih diberi tempat untuk bertanding diGua Musang, itu satu lagi kerusi selamat BN.

Shahrir Samad jika diberikan kesempatan untuk mewakili JB, juga merupakan satu lagi kerusi selamat BN.

Yang lain-lainnya seperti Hishamuddin dengan kuasa kewangannya yang kuat akan memenangi kerusi yang beliau sandang. Zahid Hamidi, Muhyiddin Yassin dan beberapa kerusi Parlimen BN yang lain di Sarawak dan
Sabah mungkin masih boleh dimenangi dengan majoriti yang kecil.

Persoalannya mampu kah Najib bersama beberapa orang yang duduk dibarisan pembangkang dan menjadi pembangkang yang baik?

Sudah berdekad-dekad hidup dalam keseronokan, dengan glamour dan hidup dalam kemewahan yang tidak tertera, bagaimanalah beliau akan menghadapi situasi menjadi pemimpin pembangkang.

Begitu juga kepada yang lain-lain yang selalu ditunggu dengan bunga manggar dan kompang dan menerima pujian dan sanjungan setiap tuan rumah yang mereka kunjungi.

Jika parti alternatif itu pula memerintah dengan sedikit baik daripada BN sebelumnya maka BN sebagai pembangkang tidak akan boleh nak bergerak lagi dan akhirnya mati begitu saja tanpa batu nisan.

Jadi kepada pemimpin-pemimpin serta penyokong-penyokong membabi buta terus menerus mengkritik saya dan orang-orang seperti saya mesti mengambil sikap menghormati pandangan yang berbeza dari kami kerana jika apa yang kami perjuangkan ini berjaya ianya ialah untuk menyambung ‘keglamouran’ pemimpin yang saudara sokong juga. Mesti faham hakikat ini.

Satu hakikat yang wajar diterima ialah untuk menjadi kerajaan alternatif yang lebih baik dari BN jika diberikan mandat oleh rakyat bukanlah satu tugas yang susah untuk dilakukan.

Hanya jangan berbohong dan jangan terlalu berretorik sudah cukup untuk membezakan pemerintahan BN dan pemerintahan parti alternatif.

Samalah keadaan perbezaan antara Pak Lah dan DS Najib. DS Najib hanya pastikan yang beliau tidak tidur dalam majlis-majlis dan dalam mesyuarat-mesyuarat sudah cukup untuk menunjukkan perbezaan antara beliau dan Pak Lah. Siapa saja yang mengambil alih tempat Pak Lah akan nampak lebih baik.

Jika dengan kehilangan sokongan kaum Cina dan sebahagian dari kaum Melayu terhadap BN dalam pilihanraya yang akan datang membawa kepada perubahan kerajaan saya amat tidak berkeyakinan yang BN yang akan menjadi barisan pembangkang yang berkemampuan untuk kembali diyakini rakyat dalam pilihanraya selepas itu.

Itulah sebabnya saya acapkali mencadangkan supaya kita mulakan pembetulan dengan memulakan era baru dengan ‘new political set-up’.

Cari seorang pemimpin Melayu yang berpengalaman dan berkemampuan untuk kembali memulakan rundingan yang baru dikalangan pemimpin semua kaum dan melakukan ‘constructive reconstruction’ yang berlandaskan kepada persetujuan semua pihak.

Kita terpaksa lakukan seperti yang dilakukan oleh Tunku Abd Rahaman semasa memulakan negara merdeka dengan mengadakan perundingan dengan semua pihak dan semua kaum.

Perkara yang sama dilakukan oleh Tun Abd Razak semasa negara menghadapi krisis 1969 dahulu selepas negara menghadapi krisis 13 Mei yang menyaksikan insiden hitam dalam sejarah negara.

Saya membuat cadangan ini kerana semua tahu jika UMNO tewas kali ini parti ini tidak akan bangun lagi kerana ahli-ahli dan pemimpinnya sudah berdekad-dekad dalam kesenangan dan kemewahan yang kadangkala sudah sampai ketahap kufur nikmat.

Bukti yang BN akan susah untuk bangun kembali apabila menjadi pembangkang boleh kita lihat diSelangor dan Pulau
Pinang serta negeri-negeri yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Kini usaha mencari satu nama yang berkemampuan untuk menjuarai UMNO diSelangor dan Pulau Pinang adalah satu isu yang tidak kunyung selesai sehingga kesaat ini.

Selalunya yang boleh membantu usaha memperbaikki keadaan dalam UMNO ialah dari peranan pemudanya. Tetapi bersetuju kah atau tidak yang Pemuda UMNO pada hari ini boleh diibaratkan sebagai kumpulan pemuda 'mati pucuk' dan tidak lagi mempunyai 'consequence' dalam masyarakat.

Sejak zaman kepimpinan Hishammudin Husein Pemuda UMNO hanya berucap dengan ucapan yang bunyi guruh, tetapi bergerak seperti siput babi yang menjalar dicelah-celah pokok bunga.

Kelemahan ini diwariskan kepada seorang pemimpin pemuda kalau tidak silap saya bernama Khairy Jamaludin yang tidak ada 'cut' sebagai seorang pembawa perubahan.

Kalau pandang dari jauh siKhairy ini mengendalikan Pemuda UMNO seperti mengendalikan Persatuan Sepak Takraw sahaja.

Bak kata seorang sahabat saya yang menyamakan pemimpin UMNO ibarat ‘ayam daging’ dan pemimpin pembangkang ibarat ‘ayam kampong’.

Ayam daging kerjanya hanyalah mematuk makanan dari pagi hingga kemalam dan akan dibawa dengan lori-lori ke tempat penyembelihan apabila cukup umurnya 40 hari untuk santapan ramai.

Kalau ayam daging dikeluarkan dari reban dia akan mati kerana tidak tahu mencari makan, kerana selalu disuap dan disediakan makanan.

Ayam kampong selalunya berbadan lebih kecil kerana mencari makanan sendiri, mengutip disana sini, tetapi dagingnya lebih manis dan sedap dimakan.

Oleh kerana itu beringatlah sebelum masa untuk jatuh itu sampai. Janganlah sentiasa berada didalam ‘state of denial’. Jangan menyesal di kemudian hari.

Bak kata perpatah ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’.


Sekian…………………………………….Aspan Alias

Dari blog ASPAN ALIAS: BN : Sudah bersedia menjadi pembangkang?

Baca juga tajuk: Kita akan diaibkan - Keputusan Pilihanraya 1969 akan berulang?


Nota:

Di Pahang UMNO @ UMB Pahang sanggup menyingkirkan blogger yang mereka anggap bukan sehaluan dengan mereka serta bukan kroni mereka semata-mata kerana ingin memastikan mereka menguasai media berkenaan. Apakah mereka menjadi lebih kuat atau semakin lemah? Blog Small Talk ketua UMB Pahang sudah 5 bulan tidak berpenghuni. Blog MB pahang sudah Adnan Yaakob sudah 2 tahun mati dan belum dikebumi.? Blog Ketua Puteri Pahang sudah 10 bulan tidak dikemaskini. Blog UMB Pahang? Masih ada nyawa-nyawa ikan.

Pahang adalah diantara negeri yang dijangka akan bertukar kerajaan jika pemimpin masih bersikap memandang rendah kepada pihak lain dan merasa tinggi diri dan terlalu yakin selain dari gagal menguruskan kewangan gagal menjana ekonomi negeri dan gagal menawan hati pengundi. Saya berikan satu undi pendahuluan untuk pembangkang.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...