22 March, 2011

VIDEO SEKS, ANU ARR MENGAKU...






Petaling Jaya: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan pembabitannya dalam video lucah yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara disini semalam dengan mendakwa ia satu lagi konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan beliau dan keluarga.

Anwar mendakwa ia satu rekaan jahat musuh politik yang berhasrat membantut kemaraannya dalam politik dan PKR. 'Kami beri amaran kepada mush politik Pakatan Rakyat hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak de dalam politik kotor kamu' katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR.  - Harian Metro. Selasa, 22 Mac 2011 ms7.

Lagi kita cuba ditipu oleh pembelit nombor satu negara ini. Bila cuba menjatuhkan kerajaan dengan tunjuk perasaan dan kebangkitaan rakyat seperti di Mesir, dia mengajak rakyat bersama-sama. Apakah itu patut dan halal? Apabila sesuatu yang membabitkan dirinya dia menolak rakyat terlibat sama sepertimana demo rakyat yang menuntut beliau memberikan DNAnya.

Apa beza Anu arr dengan Pas? Jika faedah untuk mereka atau mereka yang melakukan sesuatu untuk kebaikan mereka maka hukumnya 'halal' manakala jika perkara sama yang memberikan faedah kepada pihak lain maka hukumnya menjadi 'haram'. Pas dan Anuarr sama-sama 'haramjadah'! Akhirnya Anu arr mengaku...itu bukan dirinya....hehehe!


ISU TANAH DAN FELCRA MASIH BELUM SELESAI DI JERANTUT


Dato' Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri menghadiri program berkenaan mewakili SUK



Saya ingin menemui seorang sahabat lama, En. Saleh dari Jabaan Pertanian kerana dah lama tak bertemu. Ketika saya hubungi beliau, dia memaklumkan berada di Dewan Majlis Daerah Jerantut kerana menghadiri program anjuran Biro Pengaduan Awam, ' Program Mesra Rakyat'. Lalu saya bertemunya dan langsung menyertai program berkenaan. 

Dimaklumkan bahawa ini adalah program yang pertama kalinya di Jerantut dan yang ke-3 di Pahang selepas diadakan di Pekan dan Kuantan sebelum ini. Saya melihat bahawan ini adalah satu progran yang sangat bagus diadalah bukan saja bagi mengurai kekusutan dan berusaha menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat, namun program ini juga dapat sedikit sebanyak meredakan gelora dalam jiwa rakyat yang selama ini tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh agensi kerajaan selama ini.

Namun sedikit kekecewaan didalam hati saya kerana makluman mengenai program ini tidak dibuat lebih menyeluruh. Tidak ada rakyat biasa yang hadir selain dari kebanyakannya adalah kakitangan kerajaan serta ketua kampong dan ahli jawatankuasa kampong-kampong. Mungkin memang demikian perancangannya yang tidak inginkan penglibatan orang kampong dalam program ini, namun saya merasa bahawa sudah tentu lebih banyak permasalahan akan terbongkar sekiranya semua rakyat dijemput hadir.

Antara beberapa isu yang disuarakan adalah; permohonan tanah yang sudah hampir mencapai 20 tahun namun masih belum menerima jawapan dari pihak berkenaan, mungkin ini siu terpinggir, namun jawapan kehilangan file di pejabat berkenaan adalah sangat mengecewakan. Selain itu, isu pengagihan saham felcra yang tidak mencapai sasaran sebenar dimana mereka yang sepatutnya menerimanya  atas alasan tehap ekonomi yang rendah gagal sedangkan yang berjaya adalah dari kalangan penjawat awam yang nyata ekonominya lebih tingga. Selain itu ada juga yang suami-isteri yang kedua-duanya menerima sekaligus.

Isu felcra adalah isu yang menjadi besar dan mendominasikan politik sekitar Jerantut. Kegagalan kerajaan menangani isu berkenaan akan memberikan besar kepada PRU akan datang. Laman-laman blog di Jerantut juga sudah memainkan isu berkenaan sejak lama dulu. Justeru, pihak kerajaan harus menyelesaikannya secapat mungkin bagi menghadapi PRU13 nanti. Sayugia diingat, bahawa DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar telah pernah jatuh kepada pembangkang, kegagalan menangani isu ini akan mampu dimanapulasikan oleh pembangkang untuk mengalihkan undi menyokongh pihak mereka.

Kerajaan harus lebih serius menangani isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Penjawat awam juga harus membersihkan diri mereka bagi membantu memantapkan sokongan rakyat terhadap kerajaan. Jika gagal tidak mustahil ada sebilangan rakyat yang masih akan mengundi protes dan akan mengagalkan parti pemerintah menguasai 2/3 kerusi bagi membentuk kerajaan yang kukuh.

20 March, 2011

RAKYAT SARAWAK TAK PERLU PAS






[ Diskriminasi Pakatan Rakyat dalam percaturan politik di Sarawak. Parti Pembangkang Semenanjung seperti PKR, DAP dan PAS mendapat keutamaan mengatasi kuota yang diberikan kepada parti pembangkang tempatan.

Parti PAS daripada Kelantan pun diberikan 6 kawasan DUN di Sarawak. Mereka nak perjuangkan apa di Sarawak, kita pun tak tahu...

Mungkin ada beranggapan parti ini cuba melaksanakan Hudud di Sarawak... Yang kita tahu PAS membantu meruntuhkan kepimpinan Islam di Negeri Sarawak. Inilah perjuangan laknat sebuah parti bernama PAS. Mereka mempergunakan Islam untuk memecah perpaduan sesama umat di mana sahaja selagi berpeluang.

Rakyat Sarawak tahu siapa PAS. Presidennya sendiri pernah menghina masyarakat Dayak kerana terlalu marah disebabkan kekalahan PKR di Batang Ai, sedangkan PAS tidak bertanding pun di situ.

Mungkin PAS sudah lupa, tetapi jangan fikir rakyat Sarawak lupa kepada penghinaan seperti ini....

“Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi yang pakai molek, undi PAS.” – Petikan ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Malaysiakini.com: 11 Julai 2009)

Buat PAS, bercakaplah selagi boleh... di Semenanjung, PAS ditolak secara total... Di Sarawak pula mengharapkan perpecahan untuk mencapai kemenangan. Bertandinglah sebanyak mana pun kerusi DUN di negeri ini, keputusannya akan tetap sama seperti di Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau.[  



Dari blog Sarawak: Rajahmas (Klik)

Pemimpin Pas adalah pengkhianat agama, bangsa dan negara. Mereka sanggup korbankan apa saja demi mendapat pengaruh dan kuasa. Mereke juga tanpa rasa bersalah menghina orang lain kerana merasa bahawa mereka adalah pejuang Allah untuk agama Islam, sedangkan mereka sendiri sedar bahawa mereka hanya pergunakan agama untuk perjuangkan diri sendiri.

Pas hendak perjuangkan apa di Sarawak? Pas patut tumpu untuk bangunkan Kelantan yang mundur pembangunan dan ekonominya. Pas hanya pandai berceramah, itu pun penuh dengan caci maki. Berpolitik 24 jam namun tidak mampu mentadbir negeri dan memajukan rakyat. Pas adalah parti politik yang gagal. Kerana itu pas sanggup duduk dibawah ketiak PKR dan dicelah kangkang DAP. Pas ibaratkan Haji Hadi dan Nik Aziz yang terkapar dicelah kangkang Eli DAP. Pas membawa lebih banyak kesesatan.

Pas adalah parti untuk pemimpinnya yang cerdik menipu penyokong yang bodoh dan menyakinkan melalui imej Islam. Generasi baru, muda dan terpelajar sudah tidak mempercayainya lagi, melainkan sebahagian pelajar yang bengong dan bengap dalam pelajarannya selama ini, itu pun kerana kekecewaannya.

Diulangi: Hanya pelajar yang bengong dan bengap serta buta hatinya saja yang menyokong perjuangan Pas ini. Ada pelajar-pelajar yang bengong nak kata apa-apa? Hehehe! Orang beri peluang belajar tu, belajar sajalah, jangan nak berpolitik pulak. Budak-budak bodoh ni hanya nak jadi sampah dunia.

19 March, 2011

SUPERMOON - BULAN PAS TIDAK LAGI DIPERLUKAN






Supermoon adalah istilah dimana bulan berada dalam jarak yang paling hampir dengan bumi iaitu kira-kira 221,567 batu. Fenomena ini berlaku pada 19hb. Mac, 2011. Banyak pihak meramal fenomena ini akan mencetus lebih banyak ketidak seimbangan kepada bumi termasuklah akan  berlakunya lebih banyak gempa bumi serta perubahan cuaca yang luar biasa.  (Baca Sini)

Sejauh mana kebenarannya masih lagi diperbahaskan, namun hakikatnya gempa bumi yang berlaku di Jepun adalah sebelum kedudukan bulan berada hampir dengan bumi. Justeru pendapat demikian adalah tidak benar sama-sekali.

Di Malaysia yang pastinya, 'bulan' dan 'parti bulan' semakin dipinggirkan oleh rakyat. Ini jelas dibuktikan lewat 2 PRK berkembar, Kerdau dan Merlimau dimana Pas kehilangan banyak undi. Rakyat menolak Pas kerana Pas sudah jelas lari dari perjuangan untuk memertabatkan agama Islam. Pas bersekongkol dengan DAP dan PKR yang jelas menolak syiar Islam. Pas tidak mempertahankan isu penggunaan perkataan Allah untuk digunakan oleh agama lain bagi merujuk kepada Tuhan mereka. Pas menunjukkan sikap ekstrem dan militan semasa berkempen dengan menakutkan rakyat dengan budaya ugut. Pas menghina rakyat dengan melabelkan rakyat sebagai jahiliah apabila menolak calon Pas.

'Bulan Pas' tidak diperlukan untuk menerangi 'Dunia Islam' Malaysia ini. Sedangkan di Kelantan mereka hanya mampu membina 2 buah masjid saja sepanjang memerintah lebih 20 tahun. Apa lagi yang rakyat harapkan dari mereka selain merompak harta rakyat untuk kepentingan saudara-mara dan kroni mereka sendiri saja. Tanya Husam Musa berapa nilai kekayaannya, berapa nilai kekayaan menantu Nik Aziz juga, hehehe! Di akhir zaman, 'Tok Garu' juga sanggup menipu dengan kopiah dan serban diatas kepala mereka.


NAJIB SANGGUP, MUHYIDDIN PUN SANGGUP, KENAPA ANU ARR TIDAK?





Foto dari blog Tukar tiub
(rupanya tukar tiub pun kaki jubur juga)



Sewaktu merasmikan Pamiran Serian Sarawak, DS Najib berkata bahawa beliau sanggup memberikan DNA-nya tanpa sebarang kesangsian jika diminta oleh mana-mana pihak. TS Muhyiddin juga sanggup berbuat demikian. Namun kenapakan Anu arr Al-Juburi tidak sanggup lakukan itu? Jika pepatah Melayu ' Berani kerana benar dan takut kerana salah', mungkin ini adalah satu penunjuk bahawa Anu arr memang bersalah.

Bayangkan jika DS Najib yang diminta melakukan itu? Sudah tentu Anu arr akan bertempik seleliling negeri mencanangkan bahawa DS Najib perlu melakukan itu. Namun apabila ianya kena kebatang tubuh dan 'batang'nya sendiri, maka Anu arr yang sudah diakui sebagai peliwat itu berdalih dengan seribu alasan untuk tidak melakukannya. Anu arr adalah binatang politik dan binatang jalang yang terbuang.

PENGUMUMAN PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK





[ KUCHING 18 Mac - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mencetuskan satu persoalan baru sewaktu semua pihak ternanti-nantikan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk mengadakan pilihan raya.

Beliau yang diserbu puluhan petugas media di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pagi ini, hanya memberikan kenyataan ringkas: "Tunggu sehari lagi".

Kenyataan berkenaan dibuat Ketua Menteri itu bagi menjawab pertanyaan wartawan adakah beliau mempunyai 'berita baik' untuk dimaklumkan hari ini.

Ia mengundang tanda tanya sama ada pembubaran DUN Sarawak akan diumumkan dalam majlis perasmian program Sejiwa Senada di Pekan Serian pagi esok.

Ia kerana majlis berkenaan dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber, pada majlis berkenaan, satu pengumuman besar akan dibuat sama ada berkaitan pembubaran DUN atau kepimpinan negeri.

Dalam pada itu, Abdul Taib mengesahkan tidak akan berlepas menunaikan umrah pada Ahad ini bagi menjawab spekulasi beliau akan mengumumkan pembubaran DUN Sarawak selepas kembali daripada menunaikan ibadat itu.

"Saya tidak (pergi) umrah," katanya sebelum menaiki kenderaan rasmi bersama isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib. ]

............Utusan Malaysia Online (Klik)


Rakyat semakin berdebar-debar menanti pengumuma Pilihanraya Negeri Sarawak. BN yang kelihatan tenang dan stabil kerana sudah membuat persediaan awal, bagaimanapun pihak pakatan pembangkang masih bertelingkah mengenai jumlah kerusi yang akan masing-masing tandingi.

Kita yakin dan percaya, apapun keadaan BN pasti akan tetap memenanginya dan terus menerajui kerajaan negeri Sarawak bumi kenyalang itu.  Ini jelas dari sokongan rakyat yang kembali semula menyokong parti Barisan Nasional lewat PRK-PRK terakhir ini. Rakyat sudah sedar hanya BN yang mampu memerintah dengan aman dan berkesan.

Bagaimanapun. KM diramalkan akan mengumumkan pelan peralihan kuasa yang akan memperlihatkan ketelusan pucuk pimpinan bagi meneruskan kesinambungan tradisi membela rakyat. Sudah pasti pihak pembangkang akan menganggap ini sebagai satu tekanan dari pusat, namun hakikatnya Sarawak melakukan sesuatu yang terbaik untuk rakyat negerinya sendiri.

Pembangkang tetap akan menyebarkan segala macam fitnah mereka walau apa pun yang kita lakukan. Kerana hakikatnya mereka adalah pembangkang yang tidak bermoral dan tidak dapat membantu membangunkan negeri dan nyata bahawa pembangkang di negara kita gagal berperanan sebagai pembangkang yang sebenar dalam memajukan negara.

Pembangkang di Malaysia hanya sekadar mempertahankan seorang manusia dan menyokong perbuatan meliwatnya selama ini.




18 March, 2011

SELAMATKAN PAHANG !


Sebuah shopping kompleks yang dibina oleh kerajaan 'bulan' Pas


Pas 'kununnya' berhasrat menawan Pahang. Maka bermimpilah mereka disiang hari. Peningkatan undi dan pengaruh pakatan haram pembangkang dalam PRU12 lalu memberi mereka semangat. Mereka merasakan pengaruh mereka sudah makin meningkat. Memang ada beberapa DUN yang dikuasai atau penah dikuasai pembangkang dahulu, tetapi itu bukannya sokongan padu dan teguh rakyat, itu sekadar undi protes serta undi belot dari cas keting orang UMNO sendiri.

Para pemimpin Pas menanam harapan untuk menjadi pemimpin Pahang. Masing-masing sudah berkira-kira siapa  menjadi MB serta exconya. Maka adalah yang senyum meleret sampai ketelinga. Seorang 'budak' yang melompat dari PKR untuk duduk bersama Pas (Klik Sini)  pun tumpang senyum tetapi kemudian dia di 'kuis' jauh. Kesian dia.

Untuk cita-cita itu, Pas membina laman blog 'Selamatkan Pahang' Rakyat hendak juga bertanya beberapa soalan: Tidak selamatkan Pahang ketika ini? Jika tidak selamat dari angkara apakah atau siapa kah? Membaca dilaman blog Pahangku (Klik), kita lebih setuju bahawa Pahang akan lebih selamat tanpa Pas.

Pas dilihat sebagai parti yang sanggup 'menggadai' apa saja demi mencapai cita-cita mereka untuk berkuasa. Dalam Pas mengkafirkan dan mengharamkan UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC, mereka boleh pula berkerjasama dengan DAP yang nyata lebih rasis dan chauvanis. Dalam kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC, UMNO masih memeggang kuasa, tetapi dalam kerjasama Pas dengan DAP dan PKR, Pas dikuasai dan ditungangi. Disinilah perbezaannya diantara kedua-dua parti yang mewakili bangsa Melayu ini.

Kepada ahli-ahli Pas yang 'kununnya' berusaha untuk selamatkan Pahang, saya sarankan mereka, andai merasakan Pahang tidak selamat untuk mereka, maka berhijrahlah mereka semua ke Kelantan yang sekian lama diperintah Pas, mungkin disana mereka akan temui kemakmuran dan keselamatan yang mereka cari.

Kepada rakyat Pahang, lihatlah foto dibawah ini untuk kita bandingkan pemerintahan Pas yang 'kununnya' sangat baik itu. Apakah kita ingin melihat Pahang menjadi begini dibawah Pas?  Mari kita selamatkan Pahang. Selamatkan Pahang dari Pas yang akan membawa kita kepada kemunduran seperti di negeri Kelantan.



Komplek perniagaan sebagai bukti kejayaan Pas memundurkan rakyat Kelantan



Tapak perniagaan sementara yang Pas ujudkan akan tetap sementara selama-lamanya



Kondo yang dibina oleh kerajaan 'bulan' Pas untuk kemewahan rakyat Kelantan




Sebuah lagi kondo mewah binaan kerajaan Pas



Banglo yang dibina kerajaan Pas di Pasir Mas



Supermarket termewah binaan kerajaan Pas Kelantan
(Seluas 3 KM - itu pun jika berjalan berpuluh-puluh kali)


Pas hanyalah sebuah parti yang penuh dengan retorik dan janji palsu. Bila mereka tidak mampu berikan kemewahan dan ekonomi kepada rakyat maka rakyat dijanjikan syurga. Bila rakyat menolak Pas maka rakyat dikatakan jahiliah. Lihatlah kesengsaraan rakyat jelata di Kelantan dan bandingkan dengan kemewahan pemimpin mereka.


Sumber dari blog: Kickdefella


17 March, 2011

PERJUMPAAN BLOGGERS KE-2


Gambar hiasan: Inikah pertemuan bloggers?


Banyak pihak akui bahawa bloggers adalah golongan yang unik. Perbuatan dan kehendaknya sukar diramal dan ditafsir. Keberanian mereka diluar batasan fikiran. Naluri mereka adalah alam misteri. Bayangkan bilamana mereka menolak pelawaan seorang Timbalan Menteri untuk bertemu gara-gara hati mereka disakiti disaat orang lain sudah tentu tidak dapat tidur malam apabila menerima pelawaan sedemikian kerana pucuk dicita ulam mendatang.

Pada 10hb, Mac 2011 kami bertemu tanpa agenda di Hotel de' Palma Wangsa Maju sambil mengelak dari pertembungan dengan seorang Timbalan Menteri. Seperti saya katakan, segalanya berlaku secara santai dan penuh mesra. Kami mencari titik persamaan bagi manusia yang bernama blogger. Kami menyelami kedalam diri dan mengenali diri sendiri.

Petang semalam sekali lagi saya cuba ulangi pertemuan manis itu. Untuk menguji apakah bloggers ini golongan besar kepala dan keras hati serta meningi diri? Bermula dari tengahari saya menelefon kawan-kawan menganjurkan satu lagi pertemuan secara 'ad-hoc' untuk melihat setakat mana kesediaan kita untuk turun secara tiba-tiba sebagai satu ujian andai nanti kami diperlukan begini, sepantas mana kami mampu menyiapkan diri untuk bersiap sedia.

Semalam Hotel de' Palma menyaksikan pertemuan kedua kami. Saya bagaikan tidak percaya bahawa inikah 'respon' yang diberikan oleh para blogger. Pertemuan semalam membuktikan satu nilai persahabatan yang nyata diantara kami para bloggers. Perjumpaan semalam menyaksikan pertemuan diantara blogger lama dan baru, besar dan kecil, bernama dan tidak, yang bermulut leser dan pendiam. Segalanya ada dan melengkapkan perjumpaan itu. Justeru jangan kata bloggers susah untuk diajak berbincang kerana ianya sungguh mudah jika kena dengan caranya.

Siapa yang hadir semalam? Pada saya cukup untuk membina kekuatan dan  kesediaan dan keterbukaan mereka untuk mencari perdamaian lewat pertemuan. Garam manis, badut rakyat,  malay delima, semut hitam, sri tri buana, yb raz, pantau, flying kick. Taiping mali, armand wira perkasa dan gomo juga hadir, juga beberapa nama yang saya tidak dapat ingati (maaf). Di hujung pertemuan hadir shamsul marahku dan big dog. Kehadiran mencapai jumlah 20 orang, yang sah dan bukannya penyamar sepertimana dalam pertemuan dengan Timbalan Menteri itu.

Beberapa nama yang saya hubungi menyatakan keinginannya namun tidak dapat hadir kerana sesuatu alasan yang tidak dapat dielakkan; Penghuni gua, parpukari, jebat berkokok dan  minaq jinggo. Saya percaya jika perjumpaan sebegini dianjurkan dengan lebih teratur, sudah pasti jumah yang lebih besar dapat dicatat. Bermaksud, bloggers bukanlah golongan yang besar kepala dan sukar untuk diajak berbincang, malahan saya merasakan dalam setiap perbualan dan perbincangan masing-masing merendah diri dan menghormati sesama sendiri.

Lalu saya tertanya-tanya, kenapa UMB gagal melakukan sedemikian? Kenapa Timbalan Menteri juga gagal melakukan perkara serupa sedangkan saya pasti golongan bloggers ini sangat berfikiran terbuka dan menerima apa saja yang berupa kebaikan untuk semua pihak kerana asas perjuangannya adalah demi agama, bangsa dan negara.

Kami mulakan perjumpaan semalam sejak 9 malam dan berakhir sehingga jam 1 lebih. Beberapa perkara telah kami persetujui.dan kami anggap ini sebagai resolusi dari pertemuan berkenaan. Namun buat masa ini segalanya harus kami sembunyikan dahulu. Kami juga bersetuju untuk lebih banyak bertindak dari bercakap yang tidak memberikan kebaikan kepada sesiapa pun.

Kami bincangkan mengenai penubuhan persatuan secara resmi. Kami bincang juga mengenai UMB dan BPN. Kami sudah ada pendirian bersama dan kami akan bergerak untuk mencapai hasrat murni itu. Terima kasih kepada semua sahabat yang sudi hadirkan diri. Nampaknya de' Palma akan sinonim dengan tempat pertemuan bloggers pro kerajaan. Mungkin kita akan bertemu lagi dalam waktu terdekat untuk memasuki fasa kedua perbincangan serius mengenai blogger. Buat masa ini segalanya adalah rahsia!

Kami tidak ada dana, tetapi kami ada keinginan, keberanian dan hasrat yang suci murni serta semangat yang tinggi dan ketabahan hati. Kami saling lengkap melengkapi. Terima kasih kepada pihak yang sudi menyumbang kepada kejayaan perjumpaan ini serta merealisasikan hasrat kami semua. Tentunya kami tidak akan lupakan.


16 March, 2011

DIKIR TOLAK PEMIMPIN JAHILIAH




Mari adik kakok, kito pakat denga dikir....kito pakat talak pemipin hark tok bui pembangune kepado rakyat jelato. Kijo demo tu dok berpolitik 24 jay. Itu pasa negeri tok bule maju.





NIK AZIZ PEMIMPIN PARTI JAHILIAH

Pemimpin jahiliah tertidur menunggu 'wahyu'


 Apabila Pas tewas dalam PRK DUN Kerdau dan Merlimau, Nik Aziz antara llain dipetik sebagai berkata bahawa dia tidak halal dengan kemenangan BN pada kedua-dua PRK tersebut, kononnya BN telah menggunakan taktik kotor. Memanglah ia satu kenyataan yang sangat keterlaluan, namun apabila ia keluar dari mulut Nik Aziz, ianya bukanlah sesuatu yang pelik.

Ketika UMNO kalah di Kelantan 20 tahun lalu, kalah di Terengganu pada PRU 1999 serta beberapa PRK sebelum ini, kita tidak pernah pun melemparkan apa-apa pandangan yang menunjukkan rasa tidak puas hati selain akur dengan kehendak rakyat. Kita menerima kekalahan dengan penuh redha, sebagai sesuatu yang akhirnya boleh membantu parti menilai segala usaha dan gerak kerja parti untuk rakyat selama ini.
Namun bagi Pas, setiap kali mereka kalah dalam PRU atau PRK, mereka akan menuduh BN dengan berbagai-bagai tuduhan, samaada menipu, rasuah, penyelewengan, pilihan raya paling kotorlah atau apa sahaja yang tergamak mereka katakan sebagai tanda penerimaan mereka terhadap keputusan rakyat.
Mereka akan menuduh, menfitnah BN apabila mereka kalah, tetapi di kerusi atau kawasan yang mereka menang, tiada pula kedengaran tuduhan sedemikian. Inilah tafsiran songsang pembangkang mengenai kalah dan menang dalam setiap pilihan raya. Kejayaan BN akhir-akhir ini adalah petanda penerimaan rakyat terhadap kerajaan yang selama ini telah bekerja dengan jujur dan ikhlas untuk agama, bangsa dan negara.
Rakyat sudah bijak untuk menilai kenyataan Nik Aziz. Apakah Nik Aziz merasakan bahawa partinya mesti menang setiap pilihanraya? Apakah rakyat mesti memilih Pas? Jika tidak rakyat akan dituduh sebagai Jahiliah? Apakah Pas ini parti Allah? Apakah jika tidak mengundi pas maka rakyat Malaysia ini berdosa kepada Allah? Pas tidak berhak menyatakan bahawa mengundi pas akan masuk syurga kerana jika demikian sudah tentulah syurga itu sedemikian kecil dan bukan untuk umat Islam dari negara-negara Arab kerana mereka tidak ada parti Pas dan tidak mengundi Pas sama sekali.

Rakyatkah yang jahiliah atau pemimpin Pas kah yang jahiliah? Yang nyata, amalan menuduh orang lain selain dari golongan mereka, termasuk orang yang tidak menyertai mereka dan tidak mengundi mereka sebagai jahiliah adalah ciri-ciri masyarakat jahiliah, kerana tidak dapat melihat dunia secara rasional. Malahan mereka diantara orang-orang yang menyangkal kehendak Allah dalam menentukan takdir.

PEGUAM DAN GURU AGAMA - DILARANG BERPOLITIK





Kes Liwat DS Anu arr semakin jadi kusut berikutan tindakan Ketua Peguam Bela Anu arr menuduh pihak pendakwa dieksplotasikan oleh ahli politik. Baca keratan dibawah ini; (Klik untuk ke blog Taiping Mali)

Permohonan pendakwa raya untuk mendapatkan sampel DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan mereka dieksploitasi ahli politik tertentu, kata Karpal Singh. Beliau yang mengetuai pasukan peguam bela Anwar percaya pendakwa raya kes Fitnah II mahu menutup kes itu, tetapi membatalkan hasrat akibat campur tangan politik.

"DPP (Timbalan Pendakwa Raya) dieksploitasi ahli politik. Beliau (Yusof) mahu menutup kesnya selepas pegawai penyiasat memberi keterangan minggu lepas. "Malah, beliau memberi isyarat kepada mahkamah untuk berbuat demikian minggu lalu," katanya di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Namun, beliau terkejut kerana pendakwa raya tiba-tiba berubah fikiran dan membuat dua permohonan di mahkamah, hari ini.


BH berpendapat, sebagaimana juga dengan Ahli Agama (Ulamak/Tok Guru/ketua mana-mana agama) tidak patut terlibat didalam politik, demikian juga para peguam, seharusnya juga tidak terlibat didalam politik kerana mereka akan memberikan kesan yang besar dan berpengaruh terhadap Agama dan Guaman itu sendiri kelak.

Justeru, kerajaan harus mengkaji semula peruntukan tersebut dan mewujudkan satu akta supaya para peguam dan ahli agama tidak dibolehkan terlibat dalam politik secara serius. Ini kelak akan dapat mengurangkan masalah yang timbul atas kepentingan peribadi mereka sendiri sewaktu dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

15 March, 2011

DNA ?





 
 Nik Aziz juga manusia biasa seperti kita. Memang dia megkehendaki syurga tetapi dia juga mengkehendaki dunia. Memang dulu dia Tok Guru, tetapi apabila dia menyertai politik dia menjadi seperti orang politik lainnya. Dia juga mencaturkan seseorang dalam 'kem'nya sepertimana tokoh politik lain juga. Dia menaikkan seseorang dan dalam masa sama dia pun mencantas seseorang. Dia juga ada kroninya, salahkan? Kerana dia adalah politikus yang menjadikan Islam sebagai landasan politiknya. Kerana itu dia adalah hanya seorang Tok Garu Politik.


DNA = Dosa Nik Aziz  -  Betulkah kata Gomo ni?
 

Gambar di atas menunjukkan Gambar Nik Ajis Nik Mat sewaktu di Tanah Kota Suci Makkah pada Tahun lepas 2010. Sebaik sahaja kepulangan Nik Ajis dari Makkah gambar ini tersebar di seluruh medium terutama nya di dalam FB dan juga Blogg.


Gomo juga ada membuat artikel berpandukan dari Gambar di atas yang menunjukkan kemewahan Nik Ajis sewaktu di Makkah yang menginap di Penthouse yang berharga ribuuan Ringgit semalam.


Gambar ini Gomo dan rakan rakan lain keluarkan kepada rakyat agar menilai inilah sikap sebenar Nik Ajis yang memang Gilakan Kemewahan dan bukanlah Low Profile sebagaimana yang puak Pakatan Pembangkang gambarkan kepada kita semua.Gambar ini memang bersepah di mana mana malah di dalam Carian Google juga gambar ini wujud.


Tu dulu pada hujung tahun 2010 dan awal 2011, namun jika anda melayari Google dan serach Gambar Nik Aziz di Makkah tidak ada sekeping Gambar pun yang menunjukkan gambar Nik Ajis di Makkah. Malah gambar di atas ini juga tidak ada sama sekali.


Artikel Gomo yang sebelum ini ada mengeluarkan gambar di atas juga Hilang gambar nya dan yang tinggal hanya artikel sahaja. Mana gambar gambar Nik Ajis ke Makkah? mengapa Hilang dari carian Google?
Ni lah nak Khabar kat semua, Nik Ajis sudah menyedari Gambar nya di Penthouse waktu di Makkah sudah makan diri. Nik Ajis yang selama ini berlakon sebagai seorang yang sederhana akhirnya kantoi dengan gambar Mewah nya ini. Maka atas sebab itu lah arahan di keluarkan untuk mengeluarkan gambar gambar Nik Ajis di Makkah.


Gomo tidak mempunyai salinan Gambar ini namun mujurlah Azmy Awang Kelana ada simpanan gambar Nik Ajis di Penthouse Hotel Mewah sewaktu di Makkah ini. Gomo pohon agar kita semua sebarkan sekali lagi gambar di atas ini bagi memastikan Nik Ajis sedar diri dan tidak Hipokrit dengan memadam Gambar gambar kemewahan nya.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...