30 June, 2009

PERPADUAN TAK NAK, JADI DEBAT UNTUK APA?


Perpaduan Melayu tak perlu, kita debat saja lihat siapa akan menang dan kita minta rakyat hantar undi sms siapa yang lebih polular?



Nik Aziz cabar PM berdebat

Kota Bharu 27 Jun – Selepas dikecam hebat kerana mendakwa UMNO sama seperti ajaran sesat Ayah Pun dan pengganas komunis, Chin Peng, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba ’mengalih’ perhatian kepada isu lain pula.

Hari ini Mursyidul Am PAS itu mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk berdebat secara terbuka.....

Mingguan Malaysia 28 Julai, 2009 MS 4



Komen BH:

- Cabaran debat MB Kelantan ini sudah keterlaluan dan menampakkan bahawa itu adalah tindakan orang yang sudah hilang akal. Yang kita perlukan adalah perpaduan Melayu dan pengukuhan syiar Islam. Debat tidak akan membawa natijah kepada perpaduan. Debat hanya mempu menonjolkan siapa yang petah berhujah dan banyak mempunyai fakta. Yang perlu kita lakukan adalah perjumpaan dan perbincangan tentang kemungkinan perpaduan Melayu, bukan debat, melainkan niat Nik Aziz hanya untuk menang dalam hujan dan kelihatan sebagai seorang juara.


- Niz Aziz seorang ulamak politik yang hanya mementingkan peningkatan sokongan dan pengaruh politik semata-mata. Beliau yang sedar bahawa ada kalangan penyokong PAS yang kecewa apabila perpaduan Melayu yang dicadangkan itu terpaksa ditolak atas desakan DAP dan PKR, terpaksa mengalihkan pandangan kepada isu lain dan kelak akan menyalahkan UMNO kerana enggan berdebat.

- Beginilahlah sikap ahli politik yang bergelar ulamak yang sewenang-wenangnya mencelakan bangsa dan agama kerana kepentingan pengaruh politik dan terpaksa tunduk kepada tekanan dari DAP dan PKR.

- Kita menyeru supaya Nik Aziz kembali kepada perjuangan PAS yang asal – memartabatkan agama Islam, membangun bersama Islam dan bukan memperbodohkan bangsa dan agama dicelah ketiak DAP dan PKR.

- Apakah debat untuk dapatkan pengaruh dan menang pilihanraya? Kenapa tidak adakan undi sms juga? Kah kah Kah! Kalau ulamak sudah celaru, fikiran tok guru dah jadi buntu.

- Siapa ulamak yang mencelakakan bangsa?

(Klik baca blog bumiyang - yang saya temui dan dapati sangat menarik berserta faktanya ~ MESTI BACA)

(Klik baca blog GOMO : Nik Ajis berak dalam supit..)
kah kah kah! Macam ni pun ada?

29 June, 2009

HANGAT: KHALID BERI LALUAN ZAID IBRAHIM KERUSI PARLIMEN


Pppp PAS memang mmmmacam lembbbbu berbbbaring tengah jjjjalan



Khalid nafi kosong kerusi beri laluan Zaid ke Parlimen

Shah Alam 27 Jun – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan beliau akan mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak bagi memberi laluan kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Zaid Ibrahim..........

Mingguan Malaysia 28 Julai, 2009 MS 4



Komen BH:

- Kenyataan MB Selangor itu tidak boleh dipercayai kerana selama ini banyak penafian yang dibuat beliau namun akhirnya penafian bertukar jadi kenyataan.

- Dalam pentadbiran PR kata DSAI adalah kata putus seorang diktator. DUN Penanti membuktikan bahawa apa saja kehendak DSAI mesti dipatuhi.

- Paksaan kepada Khalid Ibrahim melepaskan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak adalah sebahagian dari beberapa siri permainan politik DSAI dalam membuktikan PKR diterima rakyat dan mempermainkan demokrasi Malaysia.

- Kemungkinan itu memang berasas kerana Zaid Ibrahim dibayangi sebagai pemimpin yang akan memangku kepimpinan DSAI sewaktu DSAI akan direhatkan beberapa ketika berikutan keputusan kes liwatnya nanti. (Jika didapati bersalah)

- Kita patut mencabar PKR supaya mengosongkan kerusi Parlimen berkenaan dan membolehkan PRK diadakan.

- Kita berharap BN akan sabotaj sekali lagi seperti di Penanti untuk membuktikan kepada rakyat bahawa PKR hanya permainkan Pilihanraya dan mempermain-mainkan hak mengundi rakyat serta demokrasi.

- Wajah-wajah Melayu yang mencelakakan Melayu.

28 June, 2009

HINANYA MELAYU TEMASEK

Singapura: Melayu yang dulunya majoriti kini tidak punya kuasa politik dan ekonomi di bawah kekuasaan PAP. Selepas ini Malaysia dengan bantuan PAS dan PKR akan dikuasai DAP sebagaimana di Penang, dan apakah nasib bangsa Melayu? Nasib Pak Kaduk, ayam menang kampong tergadai



SINGAPURA – MELAYU NAIK PANGKAT

(Sumber: Berita Harian 27hb Jun, 2009. MS 45)

Seorang pegawai kanan tentera singapura menjadi orang pertama di republik itu dinaikkan pangkat jeneral sejak ia berpisah dari Malaysia 44 tahun lalu.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan lewat semalam berkata, Kolonel Ishak Ismail, 46, dilantik sebagai brigadier jeneral satu bintang, bermula 1 Julai ini. Ismail ketika ini adalah Panglima Divisyen Ke-6.

Menteri Hal-Ehwal Islam yang juga menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Yaakob Ibrahim memberitahu Straits Times, kenaikan pangkat itu menunjukkan sesiapa saja yang sanggup bekerja keras dan mematuhi undang-undang akan dihargai.





Pandangan bh:

- Inilah yang terjadi apabila bangsa Melayu kehilangan kuasa politik dan diperintah oleh bangsa asing yang mengambil Temasek dengan tipu muslihat dan paksaan.

- Bangsa Melayu ditekan dan tidak diberikan peluang sama rata untuk banyak jawatan dalam kerajaan dan politik.

- Bangsa Melayu dipecah-pecahkan bagi melemahkan kuasa.

- Adat dan budaya Melayu perlahan-lahan dikikis dan Melayu Temasek sekarang sudah hilang identitinya.

- Jika kita masih bertelagah sesama Melayu, tidak mustahil Malaysia juga akan menjadi sepertimana Temasek kerana bangsa itu tidak pernah mengenang budi dan tidak reti bahasa.

- Segalanya kita serahkan kepada pemimpin dan pengikut PAS yang terdiri dari bangsa Melayu, sama ada inginkan perpaduan Melayu atau sengaja menempah bala dan sengsara jika kesedaran tentang perpaduan itu diabaikan.



(Klik untuk baca blog Broken The Code: Bukan Cina Tak Boleh Jadi PM Singapura)

27 June, 2009

HANGAT: DS NAJIB TERIMA PANGGILAN OBAMA


Hello Sir, you don't worry lah Najib! I will support you and I appreciate what you have done to your Country.


Sebentar tadi kira-kira jam 11 malam, Datuk Seri Najib menerima satu panggilan telefon dari pemimpin nombor satu dunia, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama.

Dalam masa perbualan selama hampir 25 minit itu beberapa perkara telah dibincangkan dan antaranya adalah mengenai pembebasan 2 tahanan Malaysia di Teluk Guantanamo.

Presiden Obama yang juga berpendirian cenderung menyokong Islam dan membantu Negara-Negara Islam turut menyatakan sokongan beliau terhadap kepimpinan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dalam perbualan tersebut Obama juga menyatakan kesediaannya untuk datang ke Malaysia dalam waktu terdekat sebagai tanda pengiktirafannya terhadap Negara Malaysia dan kepimpinan DS Najib dan mengeratkan hubungan diplomatik dua hala.

(Berita ini diterima dari sumber yang rapat dengan DS Najib pada jam 11:46PM)

Ralat: Mohon maaf atas kesilapan laporan dan pembetulan adalah seperti berikut; Obama telah menelefon DS Najib kira-kira jam 9:10 malam dan berlangsung selama 20 minit. Kesilapan amat dikesali

Komen bh:
- Selama ini pembangkang memperlekehkan kepimpinan DS Najib dan memperlihatkan seolah-olah PM Malaysia tidak diiktiraf oleh dunia. Pembangkang menonjolkan DS Najib tidak layak langsung memimpin Malaysia dan tiada pemimpin negara–negara dunia yang menghantar ucapan tahniah semasa pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri dicanangkan diseluruh negara dengan tujuan memperlihatkan pandangan rendah antarabangsa terhadap DS Najib.

- Apa yang berlaku sebentar tadi adalah sebaliknya. Panggilan telefon dari seorang pemimpin besar dunia yang juga Presiden Amerika Syarikat kepada PM Malaysia jelas menunjukkan bahawa kepimpinan DS Najib tetap diiktiraf Amerika Syarikat begitu juga negara-negara besar lain didunia.

- Pembangkang boleh memandang rendah kepimpinan PM kita dan memburuk-burukkannya sebagaimana yang mereka ingini, tetapi pemimpin negara lain termasuk Obama sendiri boleh membuat penilaian mereka dari kacamata mereka sendiri.

- Dan kita sepatutnya selama ini sudah dapat menilai sebanyak mana kebenaran dan kebohongan yang pembangkang telah lakukan. Pelbagai fitnah mereka terhadap DS Najib hanyalah mainan politik kotor mereka saja dan segalanya tidak berasas dan tidak dapat dibuktikan. Mereka lakukan ini sebagai satu serangan peribadi untuk memburukkan DS Najib, tetapi apakah yang satu itu lebih layak sedangkan segala masalah salahlaku beliau masih dibicarakan di Mahkamah?

- Kita tunggu pada hari kebenaran untuk melihat siapa sebenarnya yang buruk dan yang bersalah? ’Tuhan melihat kebenaran, tetapi menunggu!’

26 June, 2009

SIAPA BERKATA APA ?


Kerana Santan Pulut Binasa, Kerana Badan Buntut Binasa. Ishh! Apa aku cakap ni?



Ketika melayari internet / laman-laman blog, saya menemui posting ini, yang saya rasakan menarik dan perlu di ketengahkan kepada khalayak. Posting berkenaan adalah dari blog seorang kawan (rodong - dalam loghat Pahang) yang juga diantara blogger muda (walaupun umur beliau sudah tidak berapa muda lagi) yang sangat komited menulis. Sekalong pujian untuk beliau kerana usahanya mengumpulkan maklumat untuk menghasilkan posting berkenaan.

Blog beliau (madugunung) boleh dilayari dialamat berikut - http://madugunung.blogspot.com (Sila klik disini untuk meng-aksess posting diblog berkenaan)



Atau anda juga boleh layari laman blog seorang lagi rodong yang lain, juga blogger muda Pahang yang sudah tak berapa muda diblog seratah http://seratah.blogspot.com (klik disini untuk ke blog beliau)



ANWAR IBRAHIM BERKATA

DALAM SATU KENYATAAN DI KUALA LUMPUR

PADA 8 MEI 1987

"Ada pihak berusaha menggugat kestabilan kerajaan dan negara dengan mengancam mengambil pelbagai tindakan setelah gagal menjatuhkan kerajaan melalui pilihanraya dan pemilihan pucuk pimpinan UMNO.meraka berbuat demikian semata-mata untuk mencapai cita-cita politik meraka yang sempit".


tantang PAS dan DAP

"Kerjasama antara PAS dan DAP jelas mengkhianati perjuangan orang melayu dan boleh mencetuskan perpecahan kaum"



ungkapan ini dibuat pada majlis pemimpin bersama rakyat

di gombak kuala lumpur 21 april 1995


"Kita jangan mudah ditipu oleh orang-orang yang bernafsu besar dan yang gilakan kuasa seperti PAS yang bersekongkol dengan DAP"


"Saya hairan kenapa PAS dan DAP terutamanya dengki dengan kejayaan yang dicapai oleh pemerintahan negara ini sedangkan para pemimpin kerajaan tidak melakukan kezaliman"


Anwar berucap dalam ceramah BN di kg sg.Pasir sg.Petani Kedah pada 22 Disember 1990.

...........................................................................................................................................


Inilah persoalan yang sering bermain dibenak hati saya dulu masa dalam UMNO semuanya benar tapi bila dah keluar dari UMNO lain jadinya dan semua yang kerajaan buat tak betul.



Pandangan saya:
DSAI seorang pemimpin yang sangat advance dan berupaya melihat masadepan politik beliau. Jadi sebenarnya apa yang beliau perkatakan itu adalah mengenai dirinya sendiri, segala kutukan itu adalah kepada dirinya sendiri. Cuma kadang-kadang beliau lupa untuk melihat dirinya dicermin...dari kiri...kanan...depan dan...JANGAN MAIN BELAKANG - huhu ~ bRAVEhEART

25 June, 2009

PERPADUAN BANGSA


Berimamkan Ustaz Lim Kit Siang lebih baik dari berimamkan pemimpin UMNO.



* UMNO tetap perjuangkankan bangsa Melayu, memertabatkan syiar Islam tanpa menyisihkan dan mengenepikan hak-hak bangsa lain di Malaysia.
* Walaupun perpaduan Melayu diantara PAS dan UMNO tidak terlaksana ini tidak bermakna Melayu tidak bersatu dalam mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara apabila dicabar.


Oleh itu, wahai bangsa-bangsa pendatang:

* Janganlah kamu mencabar kedaulatan bangsa Melayu sebagai pribumi Negara ini.
* Jangan membuat kenyataan yang menyinggung perasaan orang-orang Melayu.
* Semangat perjuang bangsa Melayu dan taat setia kepada Raja dan Negara jangan dipersendakan
* Bangsa Melayu telah bertolak ansur dan memberi sedikit tetapi jangan kamu mahu merampas segalanya.
* Hari kelam ketigabelas purnama kelima masih kami kenang dan kekal dalam ingatan, kami tak akan biarkan berulang dan bertolak ansur lagi.
*


Bangunlah bangsaku dari lena yang panjang. Jika PAS dan PKR tidak mampu perjuangkan masa depan bangsa Melayu, beraliharahlah sebelum terlambat. Bangsa asing manis bibir dari gula tetapi pepat diluar dan runcing didalam. Bangsa asing sangat gembira melihat perpaduan Melayu yang gagal dan melihat kita sentiasa berselisih faham. Mereka juga turut menyemarakkan api yang bernyala itu. Tidak mustahil bangsa Melayu akan hapus jika kita masih terpengaruh dan dapat mereka permainkan. Melayu jangan jadi Pak Kaduk; Ayam menang kampong tergadai. Pemimpin PAS dan pengikut PAS masih lena dibuai mimpi. Mereka perjuangkan Islam tetapi menolak Islam yang lain dari golongan mereka. Mereka bersatu dengan bangsa asing dan beragama lain untuk munsahkan bangsa melayu yang beragama Islam. Jiwa kafir dan syaitan berada didalam hati mereka ini.

24 June, 2009

MELAYU CELAKA


Calon Tokoh Pengkhianat Bangsa 2009 - photo dari blog parpukari


sejarah telah mencatatkan
bahawa si-kitul adalah pembelot negara
antara sebahagian melayu celaka
pengkhianat bangsa,
kini cucu cicit si-kitul datang semula
dengan berbagai wajah dan rupa
memang mereka manusia celaka
celakalah melayu yang mencelakakan bangsa

celaka ini bercakap tentang perpaduan melayu
tetapi celaka ini mengkhianati perpaduan itu
celaka ini menjual bangsa
celaka ini juga mengadai agama

celaka ini pun ada di parlimen
menjerit memekik mencelakakan bangsa, celakalah diri sendiri
celaka ini juga ada dirapat-rapat umum dan kempen parti
bercakap mengenai perpaduan Islam
tetapi menyisihkan Islam yang dari kalangannya yang lain,
celaka ini ada dihadapan
bercakap mengenai liberalisasi dan demokrasi
memperjuangkan itu dan ini
tapi dibelakang, ruang-ruang belakang dimanupulasi dan bolosi

hey celaka! jangan panggil aku rasis
kerana aku pejuangkan bangsa
ketika bangsa lain mencelakakan bangsa melayu
ketika bangsa melayu mencelakakan melayu sendiri
aku tidak rela celakakan anak cucuku
aku seru segala roh nenek moyang
menyumpah seranah si-kitul dan anak cucu
haramkan bumi tanah melayu ini
dari menerima jasad mereka sesudah mati

celakalah melayu
celakalah
si-kitul dan anak cucu



p.s. jangan marahi aku kerana bahasaku
aku berguru kepalang ajar
aku berguru jadi kurang ajar
'shit' jadi panduan
diatas nama sebuah perjuangan


Klik untuk baca terus di blog

parpukari
kingdom of heaven
yanggambi
bumiyang
koleksi puisi serling
Husin Lempoyang
gambar - master dedah

23 June, 2009

ISLAM JENIS APAKAH YANG PAS BAWA?


Tutupkanlah juga pintu hati pengikut-pengikutku agar jiwa mereka mati dan beku, agar mereka tidak akan berpaling ke arah lain, agar mereka dengan mudah aku tipu, agar mereka akan patuh seperti lembu yang berbaring diatas jalan dan meninggalkan najis yang beretaburan.



Nik Aziz tarik balik minta Nasha keluar PAS
Abdul Rahim Sabri | Jun 22, 09 7:33pm
http://www.malaysiakini.com/news/107014


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.

Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.



Demikian laporan dari Malaysiakini yang menyingkap perubahan sikap pemimpin-pemimpin (parti yang memperjuanhgkan Islam) PAS.

Soalnya siapa yang memulakan (idea kerajaan perpaduan) ? Dan siapa pula yang memutuskan (untuk tidak meneruskan perbincangan tentang kerajaan perpaduan itu)? Siapa yang inginkan perpaduan (demi keharmonian negara) ? Dan siapa pula yang hanya lebih mementingkan pengaruh politik mereka ? Siapa yang apabila berkata-kata, katanya boleh dipegang dan siapa pula yang apabila berkata-kata, katanya hanya penuh dengan dusta ?

Semakin hari semakin jelas kepada kita bahawa Islam yang diperjuangkan oleh PAS ini hanyalah permainan politik semata-mata. Bahawa pemimpin-pemimpin mereka lebih mengutamakan mendapatkan kuasa semata-mata. Bahawa pemimpin PAS juga adalah manusia biasa yang penuh nafsu dan dendam dan perasaan tamak haloba.

Kata mereka Pemimpin UMNO flip-flop, kini kita kata pemimpin mereka pun flip-floop juga. Kata mereka pemilihan UMNO ada rasuah politik, kini kita kata pemilihan PAS pun ada rasuah politik juga (opps! bukan rasuah tetapi derma..eh! sedekah...kerana Allah)

Kita harapkan Islam PAS dapat menunjukkan ajaran yang suci tetapi yang ditunjuknya adalah sesuatu yang ngeri. Kalau tak, tak kan Ahli Parlimen PAS yang bekas seorang MB menunjuk sikap biadap dan kurang ajarnya dalam dewan kerana sikap itu bukan ajaran Islam. Sikap itu lebih buruk dari sikap Yahudi.



Kepada penyokong pembangkang, bacalah blog-blog dibawah ini. Semoga hati kamu tidak beku dan mati.

Anwar dan Kit Siang tarik telur Hadi


Jalan Perdamaian Penuh Berliku


PAS secara sukarela mengkapankan mayatnya sendiri

Kerajaan Perpaduan wayang PAS saja


Kenyataan Media Pakatan Rakyat Yang Berbelit



Islam Ajar Umat Menipu


Nik Aziz Tuduh UMNO Tolak Islam



Nik Aziz Setaraf ’Abuya’



Mana Dia Fitnah Tu Tuan Guru?



Terima kasih ParpuKari atas re-posting dan komen diblog saya. Klik untuk baca komen ParpuKari.

22 June, 2009

MONOLOG: BLOGS DAN GOBLOK




Pendapat dan Pandangan dalam sembang YM dengan bloggers parpuKari,Gomo,cikguman serta Nobisha di Facebook diambil kira.

Secara keseluruhannya:
- Blog politik pembangkang lebih banyak dari blog pro kerajaan. Ada yang mengatakan bahawa rationya adalah 15:1
- Blog pembangkang lebih ramai follower dari blog pro kerajaan ini dengan mudah kita lihat apabila kita melayari blog-blog pro pembangkang tersebut.
- Blog pembangkang lebih ramai visitor / pembaca dari blog pro kerajaan. Ini pun dengan mudah kita kesan diblog-blog berkenaan.

Kenapa / mengapa?:
- Pembaca blog / pelayar internet terdiri dari lebih ramai kalangan penyokong pembangkang.
- Pembaca blog kebanyakannya dari kalangan generasi muda yg cenderong serta menyokong pembangkang
- Pro kerajaan kurang melayari internet seterusnya kurang membaca blog mungkin juga kerana masih kurang kesedaran tentangnya ..
- Penyokong pembangkang tidak / kurang melayari blog pro kerajaan ? Apakah kerana tidak tertarik atau kemungkinan lebih besar adalah kerana mereka berfikiran jumud

Siapa Blogger Pro Pembangkang?
- Kebanyakannya adalah golongan muda, pelajar atau lepasan IPTA
- Kebanyakan mereka adalah yang dibiayai oleh Parti Pembangkang
- Jiwa muda dan berontak mereka dengan mudah dipergunakan oleh pembangkang supaya membenci kerajaan

Siapa Blogger Pro Kerajaan?
- Kebanyakan mereka adalah individu yang berusia tetapi ada kesedaran dan berusaha membantu Kerajaan melalui penulisan blog
- Tiada tajaan dari mana-mana pihak, namun kebelakang ini di berikan sedikit perhatian dan penghargaan oleh kerajaan


Apakah UMNO memberi reaksi positif terhadap kewujudan Blog?
- Di beberapa buah negeri, ada usaha untuk meningkatkan kesedaran dan menyokong usaha blogger bagaimanapun beberapa negeri lain masih bergerak bagai siput umpamanya kedah yang telah merancang tetapi membatalkannya semula program perjumpaan blogger. Pahang nampak telah kehadapan tetapi perlu tingkatkan kualiti bukan setakat kuantiti.
- Di bahagian-bahagian UMNO, berapa blog yang dibina oleh UMNO dan bandingkan dengan blog pembangkang? Orang UMNO sendiri diperingkat bahagian masih kurang kesedaran atau hanya ambil sikap tidak peduli....(Goblok?)



Apakah yang harus UMNO lakukan?
- Nampak ada usaha UMNO untuk memberi ransangan kepada ahli-ahli di bahagian untuk memainkan peranan dalam penulisan blog. Bagaimanapun ini akan mengambil masa lama untuk belajar dan menimba pengalaman. Kenapa tidak didapatkan khidmat mereka yang sedia ada yang taat setianya kepada UMNO sudah teruji?
- UMNO patut menawarkan blogger pro kerajaan sedia ada untuk komited memberikan sumbangan dengan memberikan mereka tanggungjawab khusus dan juga sumbangan insentif kepada mereka.
- UMNO patut berfikiran lebih terbuka dengan membuka ruang lebih besar kepada mereka yang berada diluar UMNO untuk lebih rapat dalam memberi sumbangan dan jangan hanya mementingkan kroni mereka sahaja.


PRU13 hanya 3 tahun lagi. Sempatkah kita berubah? Mampukah kita buat U-turn atau sesekali drift.

Siput! Oh Siput!!

21 June, 2009

POLITIKUS DAN ULAMAK SETAN


Lim, mu ni pong doh kire macang ulamak juge lah, kalu tidok pong macang ustaz lah, hehe orang kampong bukang tahu kalu kite tipu pong


Bedoso bena ambo menipu oghe isle dale pati PAH ni, ambo tok seda dale semuta ambo ado pok sete


Sudah sekian lama kita didendangkan dengan kata-kata bahawa Politik dan Agama tak dapat dipisahkan, membangun bersama Islam dan sebagainya yang sering jadi propaganda Parti PAS.

Sejak dari dahulu lagi saya tidak pernah bersetuju dengan pendapat sedemikian. Walaupun mereka sering mengatakan bahawa Agama dan Politik tidak boleh dipisahkan tetapi saya tetap tidak percaya. Saya hanya percaya bahawa PAS adalah sebuah Parti Politik yang menggunakan Agama Islam bagi mempengaruhi penyokong dan pengundinya dengan retorik-retorik dan ayat-ayat suci Al-Quran yang disalahtafsirkan dengan memberikan terjemahan pada sebahagian dan menyembunyikan sebahagian yang lain.

Jangan salah faham! Bukan saya tidak percayakan kepada Ulamak dan Tuan Guru, tetapi saya tidak percayakan kepada Ulamak dan Tuan Guru yang menyertai Parti Politik. Kerana saya berpendapat bahawa setinggi mana dan sekuat mana pegangan mereka sekalipun, apabila mereka berpolitik mereka tidak lagi ada bezanya dengan mana-mana tokoh politik yang lain. Mereka akan selalu berpegang dengan kata bahawa matlamat akan menghalalkan cara.

Ingatkanlah kembali, siapakah yang mengkafirkan Parti UMNO kerana berkerjasama dengan MAC dan MIC? Dan siapa pula yang berkerjasama dengan DAP dan PKR? Itu hanya satu contoh yang kecil dan sudah tentu banyak lagi contoh-contoh yang masih segar dalam ingatan kita yang apabila dilakukan oleh UMNO ianya diharamkan oleh PAS tetapi apabila ianya dilakukan sendiri oleh PAS maka mereka menghalalkannya pula. Kita jadi keliru dengan hukum halal dan haram yang di keluarkan oleh PAS yang sentiasa memihak kepada mereka. Bagi mereka sentiasa HALAL tetapi bagi orang lain sentiasa HARAM, memang parti PAS ini sebuah Parti Haramjadah!

Terbaru, ada perbezaan pendapat dikalangan pemimpin mereka. Ada yang berhasrat untuk kembali ke asal dengan melihat kepada perpaduan Melayu dan Perpaduan Islam manakala ada yang masih keras kepala sambil memegang kepalabatunya yang diselimuti serban sebesar bakul tetap tidak mahu bersatu sesama Melayu dan masih memegang janji untuk berkerjasama dengan Parti DAP yang nyata cucu-cicit pengganas komunis. Nyatalah Setan didalam lilitan serbannya itu lebih kuat menghasut untuk membenci bangsa sendiri dan sesama Islam tetapi berkerjasama dengan bangsa lain yang berlainan Agama.

Dalam hal ini, Tuan Guru Nik Aziz memang telah telah kehilangan halatuju dan sudah tidak layak lagi memimpin umat Islam di negara kita ini. Cuba kita perhatikan pandangan dan fatwanya yang berbeza-beza dari dulu sehingga sekarang. Ada satu setan dalam Parlimen yang menjerit-jerit, jika yang menjerit itu UMNO apakah hukumnya? Dan jika yang menjerit-jerit itu orang PAS apa pula hukumnya? Saya rasa tidak banyak bezanya diantara pendapat Tuan Guru Nik Aziz dengan fatwa yang Ulamak Lim Kit Siang berikan.


Klik Untuk Baca Tajuk Blog:

Nik Aziz Dan Syaitan

Singkirkan Nik Aziz


PAS Dengan Angkuh Tolak Perbincangan



Tanda-tanda Perpaduan UMNO - PAS

20 June, 2009

SETAN NAK JADI MALAIKAT.....


Apa pasai depa tak caya aku? Habislah rancangan aku nak jadi PM.


CnP dari Blog GOMO: (Klik untuk baca)

ANWAR AL-JUBURI MEMINTA SEGALA DOKUMEN ASAL BERHUBUNG KES LIWATNYA DARI MAHKAMAH!!!

ANTARA DOKUMEN YANG DI MINTA OLEH PELIWAT INI ADALAH BUKTI RAKAMAN CCTV ASAL YANG TERDAPAT DI KONDO TEMPAT KEJADIAN LIWAT INI BERLAKU. DAN JUGA BUKTI DNA ASAL KES LIWAT INI.

ANTARA DOKUMEN INI SALAH SATU NYA MERUPAKAN SATU PERMINTAAN YANG TIDAK MASUK AKAL SAMA SEKALI. BELUM PERNAH MANA-MANA PIHAK YANG DITUDUH MEMINTA DOKUMEN KETERANGAN 112 ASAL DARI MAHKAMAH!!!

SUDAHLAH SEGALA BUKTI BERHUBUNG KES LIWAT INI DI MINTA OLEH ANWAR AL-JUBURI INI MALAH KETERANGAN 112 MILIK PENGADU DAN SAKSI-SAKSI DALAM KES LIWAT INI JUGA ANWAR MINTA DARI MAHKAMAH!!!

KETERANGAN PENGADU DAN SAKSI-SAKSI 112 ADALAH SULIT DAN IANYA TIDAK PATUT DI BERI KEPADA PIHAK TERTUDUH DALAM MANA-MANA KES SEKALIPUN. NAMUN ANWAR MEMINTANYA!!! KENAPA BEGITU BANYAK SEKALI PERMINTAAN ANWAR AL-JUBURI INI???

JIKA KETERANGAN 112 INI DI BERIKAN NESCAYA PARA SAKSI-SAKSI AKAN TERGUGAT KESELAMATAN NYAWA MEREKA!!! INI MERUPAKAN SUATU YANG SULIT DAN KETERANGAN YANG AMAT PENTING DALAM KES LIWAT INI.

PADA DASARNYA KETERANGAN 112 DARI PENGADU DAN SAKSI-SAKSI TIDAK HARUS DI BERI KEPADA ANWAR AL-JUBURI INI. IANYA SEELOKNYA DI BENTANGKAN DI MAHKAMAH PADA 1 JULAI NANTI.

APAKAH JAMINAN JIKA BUKTI YANG ASAL DI BERI IA TIDAK AKAN DIUBAH DAN DI ROSAKKAN OLEH PIHAK TERTUDUH???


Komen bERANIKAN hATI:
Kalaulah si bapak setan ni menjadi hakim kepada dirinya sendiri, adilkah perbicaraan ini kelak? Dimana keadilan untuk si kena liwat itu? Apakah keadilan hanya untuk si peliwat? Memang parti keadilan ini hanya berjuang untuk si peliwat ini, tidak sesekali berjuang untuk rakyat. Perlukah lagi kita mengikuti parti songsang ini?
Perlukah lagi kita memberikan sokongan?

19 June, 2009

PERTEMUAN BLOGGER PAHANG - catatan ulasan


TDM yang kepadanya Bangsa Melayu harus mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengangkat martabat bangsa ke aras tertinggi. TDM - Semangat dan Roh perjuanganku untukmu ~ bERANIKAN HATI



PERTEMUAN BLOGGER PAHANG

1. Posting ringkas ini adalah respon kepada beberapa komen sahabat terhadap posting terdahulu 'Pertemuan Blogger Pahang', yang baru diadakan.

2. Keseluruhannya memberikan pandangan yang positif terhadap usaha dan inisiatif YB Sharkar terhadap penganjuran pertemuan tersebut.

3. Hanya komen dari Sdr, Hidup Melayu nampak bersikap kurang positif terhadap posting mengenai pertemuan berkenaan. Pendapat saya sangat berbeza; Kenapa kita harus jadi penakut? Apakah pertemuan tersebut sesuatu yang salah? Kenapa perlu tidak dimaklumkan kepada khalayak? Apakah kita harus perlu takut kepada pembangkang dulu..kini dan selamanya? Jika saya penganjurnya, akan saya penggil semua blogger Pahang tanpa mengira kecenderungan politik mereka.

4. UMNO bukan parti penakut, Melayu bukan Bangsa Penakut, Islam bukan agama Penakut. Dalam hidup mesti berani ~ Beranikan Hati

5. Terima kasih kepada para sahabat yang memberikan komen seperti dibawah ini. Khususnya kepada sdr. megat,garamanis dan dia....di 11.30.



megat said...
bagus la ada pertemuan mcm tu,sekurang kurang nya mereka mahu mendengar & mengambil sikap proaktif sebelum terlambat.
June 18, 2009 6:54 AM

SaKa AdiWangsa said...
Pertemuan kena konsisten, small-scale pun ok, janji kerap. Tq
P/s: Saya pun hadir
June 18, 2009 8:26 AM

garamanis said...
SALAM ZIARAH,

SATU PERMULAAN YANG BAIK. PERTEMUAN SEPERTI INI SANGAT DIALUKAN UNTUK MEMBERI MESEJ KEPADA KEPIMPINAN KERAJAAN UNTUK MENGAMBILKIRA PANDANGAN SUARA-SUARA MUJAHIDDIN DI SINI. DIHARAP TERUS KONSISTEN DALAM MEMBANTU DAN MEMPERJUANGKAN BANGSA.

BILA NAK JEMPUT BLOGGER KL..?
HE..HE..HE..
June 18, 2009 9:07 AM

geefadzli said...
Salam,,

Tahniah atas pertemuan blogger Pahang dan mereka-mereka yg menjayakan program
June 18, 2009 11:30 AM

Hidup Melayu said...
waahhh...ada msk gmbr koi gaklah..heheh...hmm..sebenarnya perjumpaan blogger ni kne privacy..n xleh terbuka..banyak keburukan dari kebaikannya kan...tp pepun syok n best sgt dgr MB n Dato' SHarkar berucap...
June 18, 2009 9:39 PM

geecantik@blogspot.com said...
Syabas! Satu usaha yang baik.Marilah kita bersatu unutk membantu Negeri Pahang yang sangat kita cintai ini.Jangan kasi muka pada PR or PKR or DAP .
June 19, 2009 9:48 AM

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...