15 January, 2010

PAHANG - KITA AKAN TERUS PEDULI

Sebahagian dari hampir 200 peserta yang menghadiri program,
berapa yang ada blog dan berapa yang tahu apa itu blog?


Perjumpaan Pertama DAN TERAKHIR dengan aktivis media baru Pahang



Tak pernah sebelum ini kawan merasa suka sesangat menulis blog. Macam kawan kata semalam, kalau nak dapatkan ramai pembaca isu mestilah besar, peringkat nasional, mengenai tokoh-tokoh besar dan disertai dengan caci-maki. Aaa, barulah ramai pembaca. Tapi apakah kita menulis hanya untuk menerima ramai pembaca saja? Kawan rasa yang penting adalah membawa cerita sebenar kepada masyarakat umum, cuba memperbetulkan sebarang kesalahan dan membela mereka yang sepatutnya mendapat pembelaan.

Apa yang kawan tulis semalam mendapat perhatian dan orang putih kata 'feed-back' dari orang-orang Pahang sendiri. Itu yang buat kawan puas hati. Jadi pada hari ini kawan cuma nak bawak kepada pengetahuan rodong-rodong mengenai apa yang sebenarnya kawan rasa atau kata lainnya apakah pendapat kawan mengenainya. Kita tengok dulu apa komen dari rodong-rodong kawan diblog kawan semalam:

Arif Omar said...

SETUJU. AKU PUN NAIK GERAM. MACAM MATI SEMUANYA DI PAHANG. AKU BALIK KAMPUNG TAK ADA PERUBAHAN LANGSUNG. LETIH DIBUATNYA. PERANCANGAN JANGKA PANJANG PUN TAK ADA. LETIH, LETIH.

menyegar said...

Salam. Aku pun dah letih nak komen kat pemimpin2 UMNO ni. Kita komen pun mereka buat pekak aje. tak apalah taulah aku nak ajar nanti. bukan lama pun PRU13 tu. Nanti kita tgklah mcm mana rupa UMNO sebagai pembangkang pulak.

Rafie said...

lagi satu koi nok namboh pahang ni dari dulu sampai sekarang masalah penyakit lembu kuku dan mulut selalu berlaku jadi kerajaan kena fikir kaedah2 yg sesuai utk bendung gejala ni bila pegi kursus je org negeri lain sokmo kata lembu pahang tok leh jual keluar penyakit.
tapi ko takan undi parti2 org kecewa pulok nak lagi terok ko kecewa. dah kecewa nak buntut ko pulok rabok.

Kembara Politik said...

Assalamualaikum Tuan BH,
Pada pendapat saya, pemimpin UMNO di Pahang perlu fokus kepada aktiviti turun padang. Pergi ke akar umbi (iaitu rakyat) untuk ambil tahu masalah yang ada kemudian selesaikan. Hal-hal berkaitan dengan blog, publisiti dan penerangan kenalah dilakukan oleh para blogger pro-UMNO Pahang. Pembantu khas YB & rakan-rakan kenalah ambil inisiatif menjadi tukang tangkis fitnah yang dilempar, dan menjadi agen menyebarkan maklumat berkenaan aktiviti YB. Takkanlah nak tepis fitnah pun YB sendiri terpaksa tulis blog. Biarlah YB fokus kepada membantu menyelesaikan masalah rakyat.Cuma pendapat saya yang tidak seberapa.

ababina328 said...

Salam BH,
Kawan paling setuju awok guna perkataan kawan, walau pun bahasa diri kawan telah di mulakan oleh Yang Gambi tetapi tak salah kita sama-sama gunakan bahasa diri org Pahang ini...

Mdnor said...

Kawan nak tau ape kerja Menteri Besor Pahang sebenornye?
Masuk office main solitaire ke ?

bRAVEhEART said...

Salam dan terima kasih sahabat semua.
Kali ini saya nk komen satu persatu:
Arif - Tahniah kerana blog sdr di-link-kan dari blog small talk, tetapi kami tidak kerana kami blogger haprak.
Menyegar - ciri nak jadi pemimpin mestilah pek
Rafie - Sakit kuku dan mulut? Pemimpin negeri sakit mulut sebab tu senyap dan sunyi je, tetapi rakyat jadi sakit hati.
Kembara Politik - Itulah persoalannya! Pemimpin tak mengiktiraf kami bahkan tidak hargai kami. Sepatutnya kami diletakkan dibawah satu force untuk membantu kerajaan tetapi mereka tak perlukan kami, blog pun mereka tak baca. Mereka buka saja buta IT tetapi juga buta hati.
Ababina - Dalam perbualan harian selalu juga kita guna gantinama 'kawan', tetapi di blog bila menulis mengenai Pahang saya rasa sesuai gunakannya bagi menghayati jatidiri kita.
Mdnor - Kerja dia praktis tepuk buntut bagi persediaan PRU13 nanti. Rakyat akan tepuk dahi.

YB Raz said...

jangan ler petik nama kawan..malu ler kawan dibuatnya hehee..
tapi memang betul pahang ada banyak masalah.
ekonomi pahang tak berkembang. banyak sumber pelancongan tak digunakan sebaiknya. masalah pembangunan tak seimbang,pemimpin UMNO kurang mendekatkan diri dengan rakyat.kuantan sendiri tak menarik.kerajaan negeri pahang patut belajar dengan kerajaan melaka bagaimana menarik pelancong dan cantikkan bandar.cuma rakyat pahang bersyukur dapat sultan yang prihatin. kalau tak, makin rasa tersisihlah rakyat pahang nie. ini cuma pandangan peribadi.

Selepas kawan membaca komen-komen dari rodong kawan ni, kawan tau bahawa rodong-rodong dan masih ramai orang-orang Pahang yang masih peduli kepada negeri Pahang ini. Kawan percaya bahawa kita akan terus peduli. Cuma kita bimbang apakah orang-orang diatas sana betul-betul peduli?

Kawan nak mengulas banyak pada komen Kembara Politik ni sebab mungkin dia tak berapa tau apa sebenarnya yang berlaku dan dia seolah-olah menyalahkan blogger pro kerajaan kerana tidak mempertahankan kerajaan dari tohmahan blog pembangkang.

Beberapa lama dulu, atas nama perjumpaan aktivis media baru Pahang yang diadakan di perkarangan kediaman MB Pahang, satu perjumpaan yang melibatkan hampir 200 orang diadakan. Setelah memastikan kehadirannya saya kecewa kerana yang memiliki laman blog dan menulis blog hanya ada kira-kira 10 orang. Yang lainnya masih datang dalam kegelapan. Bagaimanapun masing-masing menaruh harapan bila MB bertanyakan kepada Dato’ Sharkar tentang kemungkinan memberikan peserta-peserta itu sebuah laptop setiap seorang. Saya berbiasik kepada seorang sahabat; ini janji orang politik, tak boleh pakai.

Blogger yang ada dan aktif di Pahang ini sudah memadai jika dijadikan satu force yang mantap bagi menangkis segala tohmahan pembangkang. Ianya harus dilakukan secara profesional dimana seorang yang bertindak sebagai ketua akan memantau isu-isu berkanaan dan menyebarkan kepada anggota untuk bertindak secara berpasukan. Namun tidak ada sebarang usaha dari kerajaan untuk membentuk force sedemikian. Mungkin kerajaan berpendapat itu tidak perlu kerana kerajaan masih gagah dan mampu bertindak secara konvensional.

Blog-blog Umno di bahagian-bahagian di Pahang, jika pemimpin kita peka dan bertanggungjawab, mereka boleh mendapatkan khidmat blogger-blogger kita yg sedia ada untuk membantu mengaktifkan blog berkenaan. Ketua penerangan bahagian-bahagian yang gelap dan buta IT masih boleh berperanan dengan memantau blogger-blogger di bahagian masing-masing serta menggunakan khidmat mereka, itu jika mereka ada kehendak. Soalnya mereka ini bukan ada keinginan untuk membangunkan Umno, keinginan mereka hanya untuk mendapatkan kepentingan peribadi sahaja. Sepatutnya ketua-ketua penerangan dibahagian yang gagal memanafaatkan IT dibahagian masing-masing diminta berundur atau dipecat dari memeggang jawatan.

Tapi, inilah Umno dan inilah Umno di Pahang ini. Saya adalah diantara orang yang sudah bosan dengan Umno yang tidak ingin berubah langsung. Jika suatu waktu nanti saya menyokong pembangkang, bukanlah bermakna saya suka pada pembangkang tetapi saya benci Umno lebih lagi.


~bh



14 January, 2010

PAHANG - AKU AKAN TERUS PEDULI

Gambar Hiasan - Masjid Negeri di Kuantan



Menulis tentang Pahang sebenarnya bukanlah kawan suka benor, sebabnya bukan akan menambah rating pembaca diblog, tapi kerana prihatin kepada negeri sendiri maka tetaplah kawan akan terus menulis. Kawan tau pemimpin negeri kawan bukannya membaca blog-blog ini, sebab mereka tu antara yang buta IT disamping buta hati. Tapi kawan menulis untuk rakyat terutama golongan muda yang celik IT ini membaca dan menyedari apa berlaku di negeri kawan yang luas terbentang serta indah dan permai ini, huhu!


Semalam kawan mengisahkan tentang blog-blog Umno Pahang yang sudah berkarat kerana pemimpinnya yang pekak dan tidak melihat potensi dan kepentingan media baru dalam menyumbang pengaruh terhadap rakyat bagi meraih undi pada pru13 nanti. Berbaza sekali dengan blog pembangkang Pahang Daily Online yang begitu komited dan konsisten dalam menyebar maklumat walau tidak semestinya benar. Mereka lebih bijak menggunakan media baru lengkap dengan klip video dan akhirnya rakyat akan terpengaruh juga.


Banyak pihak berkata Pahang akan jadi seperti Selangor, P.Pinang, Kedah atau setidak-tidaknya jadi seperti Perak. Mungkin juga menukar kerajaan negeri akan dapat menyedarkan pemimpin berhati batu dan mengajar mereka sekaligus. Blogger Pahang YB Raz mungkin lebih tahu kerana beliau juga dari Bentong dan kenal MB Pahang luar dan dalam.


Semalam TV3 menyiarkan berita mengenai Pahang. Maka tambah gahlah Negeriku Pahang. Berita pertama di Raub berkaitan perlombongan emas oleh sebuah syarikat Australia. Masalahnya adalah pengunaan bahan kimia yang boleh menganggu kesihatan penduduk berhampiran. Penduduk telah membuat bantahan 6 bulan lalu namun hanya baru-baru ini mendapat perhatian pihak kerajaan pusat. Bagaimanapun nampaknya kerajaan menyebelahi pemaju dengan berkata bahawa bahan kimia tersebut tidak memudaratkan. Ayat yang sangat lazim dan mudah untuk dituturkan. Apa kata Menteri berkenaan pindah dan berumah tangga berhampiran lombong berkenaan untuk menguji tahap sebenar kesan kimia tersebut? Setpol MB Pahang orang Raub, bantulah tempat sendiri - sayangkan rakyat jenguk-jengukkan, sayangkan isteri baru jangan ditinggalkan!


Berita kedua, di Kuantan tentang pembinaan sebuah masjid yang lewat namun tempohnya dilanjutkan. Dimaklumkan juga bahawa ditapak pembinaan ketika itu hanya ada 5 orang pekerja sahaja. Ini bermakna pihak kontraktor terbabit memang bermasalah. Soalnya perkara sedemikian bukanlah sesuatu perkara baru. Telah banyak kali berlaku dimana-mana. Memang ada sesuatu yang sangat-sangat tidak kena. Kita tidak ada bukti tetapi masyarakat dapat merasai bahawa ada berlaku korupsi. Pihak yang berkenaan, silalah dekatkan diri mereka untuk mencari siapa dalangnya dan ambil tindakan tegas. Penjawat awam dibayar gaji oleh kerajaan namun berniaga dalam tugas (rasuah-maruah sdn. bhd)




13 January, 2010

Blogger Pahang

Logo Blogger Umno yang suam-suam kuku atau hangat-hangat tahi ayam



Merayau-rayau di internet dan saya menemui sebuah blog – www.pemuda-enggang.org Blog Pemuda Umno Malaysia Cawangan Jalan Enggang Bahagian Ampang. http://pemudaenggang.wordpress.com/senarai-blog-umno/ . Saya sangat menghargai usaha orang-orang kecil ini yang bercita-cita dan berhati besar dalam megumpul segala blog-blog yang mewakili Umno seluruh Malaysia. Tahniah dan syabas. Ada hampir 100 laman blog dari Umno bahagian dan Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri. Blog tokoh-tokoh Umno juga disenaraikan di situ. Saya jangka ada kira-kira hampir 200 laman blog yang dilink-kan dari situ. Semuga ‘Allah’ bukan ‘god’ akan membalas jasa dan usaha murni saudara ini.


Sebagai orang Pahang, saya tertarik untuk melihat blog Umno Pahang. Terdapat 4 blog yang dilink-kan disini:

Pahang :
Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang
UMNO Bahagian Kuantan
UMNO Cawangan Gambang, Paya Besar
Pemuda UMNO Cawangan Rumah Pangsa Alor Akar, Kuantan

Namun diantara 4 itu hanya Umno Cawangan Gambang, Paya Besar yang boleh di masukki walaupun tiada kandungan didalamnya. Yang lainnya hanya ada alamat dan tidak dapat dimasukki kerana blog berkenaan tidak ujud atau sudah hilang tenggelam. Saya teringat pada blog MB Pahang yang sudah lebih setahun tidak di-update. (Klik) Jauh bezanya dari blog MB Perak yang lebih berwawasan (klik)


Ini mengenai tidak peka atau memang pekak? Atau tak tau blog atau memang goblok? Atau yakin ampuh dan yakin pembangkang tidak mungkin akan mampu menawan Pahang dalam misi tawan Pahang pembangkang di PRU13 nanti?


Padakah ‘Small Talk’ dengan hanya purata pengunjung 30 orang sehari untuk menyebar maklumat Umno Pahang kepada rakyat dan pertahankan politik Pahang? (Pemilik blog telah membuang visitor counter-nya) Tak ada satu pun blog anak negeri Pahang dalam link diblog ini, diskriminasikah? Atau blogger Pahang lain tak layak kerana mereka hanya blogger jalanan? Bertuahlah blogger negeri-negeri lain! Blogger Umno Pahang yang dilatih dahulu bersembunyi dimana? Atau mereka itu jadi tentera kawad di raja saja?


Pemimpin Umno Pahang tak baca pun blog ni, jadi teguran ni sebenarnya bukanlah memberi apa-apa makna langsung.


~ bh/

11 January, 2010

Pahang Daily Online - Isu kalimah Allah dan bakar gereja, kenapa Umno juga?

Blog karat dan penyebar fitnah No. 1 negeri Pahang



Blog pencacai No.1 Negeri Pahang, Pahang Daily Online tampil dengan berita yang sengaja diperburuk-burukkan, Iaitu mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan tragedi pembakaran gereja. Seperti biasa, jiwa karat mereka akan sentiasa menuduh Umno yang mendalangi ini semua. Sebagai lidah resmi Pembangkang dan PKR Pahang, PDO memang hanya berniat untuk menyebar fitnah semata-mata.

Isu khalimah Allah yang sepatutnya ditangani dengan baik oleh Kerajaan UMNO BN nampaknya gagal dilaksanakan oleh mereka. Susulan tindakan mahkamah yang membenarkan penggunaan nama tersebut dalam sebuah akhbar Kristian (Herald)baru-baru ini, maka kini kekecohan terus berlaku seolah-olah negara ini berada dalam keadaan huru-hara. Walhal sebaliknya, yang bagai "cacing kepanasan" dan "gila meroyan" siang dan malam tentang isu mainan UMNO ini adalah puak-puak mereka sendiri - demikian kepala berita diblog Pahang Daily Online.

PDO seperti blog dan pemikiran pembangkang lain mengaitkan demo sebagai didalangi oleh UMNO. Kemudiannya apabila berlaku insiden pembakaran gereja Umno juga dituduh mendalangi itu. Soalnya, segala yang buruk akan diletakkan kepada Umno, begitulah bila hati dan jiwa mereka telah karat. Pada saya peribadi, saya melihat pihak pembangkang ini adalah sama seperti puak Yahudi, membaling batu dan sembunyi tangan malahan membaling batu dan menuduh orang lain yang melakukannya.

Mereka juga tidak peduli apa risiko yang akan kerajaan dan rakyat tanggung dengan pembohongan-pembohongan mereka asalkan cita-cita mereka untuk memporak perandakan negara berjaya. Namun setakat ini negara masih kekal aman dan stabil. Dakyah-dakyah yang dilakukan oleh pembangkang termasuk PDO sendiri telah ditolak oleh rakyat yang mulai sedar akan penipuan mereka itu.

Dalam kes pembakaran gereja, rakyat melihat adalah tidak lojik Umno yang mendalanginya kerana faedah yang akan Umno/kerajaan dapati adalah tidak ada langsung berbanding faedah yang akan pihak pembangkang akan dapati dari Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan nanti. Sudah tentu pihak pembangkan akan memainkan sentimen perkauman dan agama kristian untuk memancing undi kristian di Sarawak nanti. Banyak pihak yang sudah maklum akan mainan politik pembangkang terutama DSA yang sanggup meggadai apa saja demi kepentingan politik peribadi beliau.

Apa yang berlaku sekarang adalah percubaan mengalih pandangan masyarakat dari isu kes liwatnya serta penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang disokong oleh beliau. Kita lebih bimbang bahawa ini adalah agenda besar kristian seluruh dunia yang ingin mencemarkan imej Islam dan Malaysia sebagai negara Islam membangun yang selama ini menjadi model kepada masyarakat Islam antarabangsa.

Diharap pihak PDO yang berjiwa karat ini dapat mensucikan hati nurani mereka demi kesucian agama Islam yang kita anuti dan junjung tinggi ini. Janganlah kerana ketaksuban terhadap pemimpin membuatkan mereka hilang pertimbangan dan sanggup menggadaikan maruah Islam hanya kerana cita-cita peribadi pemimpin berkenaan. Akuilah hakikat bahawa rakyat telah sedar dan menolak mereka. Mereka sudah tidak ada tempat lagi dihati rakyat. Baliklah kepangkal jalan.

09 January, 2010

SERANGAN DI GEREJA

Gambar hiasan - gereja terbakar


Apabila berlaku perbuatan tidak bertanggung-jawab membakar gereja di negara kita, maka kita sedar bahawa ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Negara kita aman damai sebelum ini. Itu membuatkan kita tertanya-tanya pada diri sendiri;

1. Angkara siapakah ini?
2. Kenapa ini berlaku?
3. Siapa kah yang akan mendapat faedah dari kejadian ini kelak, jika ianya dirancang rapi?
4.Mungkinkah ini perbuatan jahat pihak tertentu yang membuat provokasi ala Yahudi - membaling batu sembunyi tangan?
5.Tidak mustahil pengikut parti yang fanatik kepada perjuangan Islam mengambil kesempatan pada demo aman yang dilakukan oleh ngo, melakukan ini dan berpeluang menuduh ngo melakukannya. Sambil itu mereka kaitkan dengan perbuatan penyokong Umno sebagaimana menuduh demo juga didalangi oleh Umno.
6.Pilihanraya di Serawak hampir tiba, tidakkah ini boleh juga dikaitkan dengan mencari pengaruh pada pilihanraya itu nanti?
7. Yang nyata, ini adalah perbuatan jahat yang sangat ebrbahaya kepada kesetabilan politik dan akan mengugat kestabilan ekonomi negara juga.
8. BH mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jahanam ini.


~bh/

08 January, 2010

MELAYU TELAH BANGKIT DAN ISLAM SEDANG DITEGAKKAN

Dulu mereka sanggup baring dijalanan kerana Nizar.
Apakah mereka sanggup baring sekali lagi kerana Allah pula?
Jika mereka tidak sanggup berbaring kerana Allah,
nyata mereka ini golongan yang sesat.



Diseluruh negara kita mendengar bantahan aman dilakukan. Orang-orang Melayu telah bangkit dan bersuara bagi menegakkan Islam. Hati nurani Melayu telah tersentuh apabila kalimah 'Allah' dipermainkan. Melayu telah bersatu tanpa mengira fahaman politik bersuara membantah keputusan mahkamah membenarkan bukan Islam menggunakan nama Allah.

Rata-rata kita melihat bahawa Melayu mampu bersatu dalam memperjuangkan agama Allah. Melayu bersatu dalam memperjuangkan Islam. Parti politik bukan agama, bahkan sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam dan ingin melaksanakan hukum hudud tidak langsung bersuara. Mana janji mereka untuk menegakkan Islam?

Kini kita sedar bahawa parti itu hanya menipu umat Islam konon memperjuangkan Islam tapi semata-mata berhasrat untuk meraih sokongan dan undi semata-mata. Malahan parti itu yang bersekongkol dengan parti yang 'ultra kiasu' itu tidak berani menyatakan pendiriannya kerana takutkan kafir harbi.

Kalau dahulu ada yang sanggup berbaring dijalanan kerana memperjuangkan Nizar, kenapa tidak mereka itu berbaring dijalanan sekali lagi kerana Allah? Apakah mereka lebih memperjuangkan Nizar dari Allah?

Jika mereka tidak bersama membantah keputusan mahkamah membenarkan, bermakna mereka tidak perjuangkan agama Allah. Bermakna mereka hanya berjuang untuk Nizar tetapi tidak untuk Allah. Bermakna parti itu bukan parti yang memperjuangkan Islam.


(Klik pautan)


~ bh/

07 January, 2010

SAYANGKAN NEGARA - MELAYU MESTI BERSATU DAN PERKASA

Blog Perkasa Pahang yang masih dalam pembinaan



Response kepada blog Suara Prihatin Umno Jerantut (sini), tahniah bila Perkasa Jerantut berjaya diujudkan, saya dengar di Maran pun sudah. Tanpa prejudis kita sangat menyokong usaha murni ini. Tak lama lagi Perkasa Negeri akan diresmikan oleh MB Pahang di Temerloh (saya juga turut membantu mengiklankannya) semuga usaha ini akan mencapai kejayaan dan matlamatnya.

Saya nak ulang; semuga usaha ini akan mencapai kejayaan dan matlamatnya dan bukan matlamat serta kepentingan individu tertentu. Perkasa adalah harapan Melayu bagi mencapai perpaduan. Jika kita gagal, orang Melayu mungkin akan bosan pada apa-apa pun atas nama perpaduan Melayu.

Kerana itu Perkasa haruslah dilihat benar-benar mencerminkan perpaduan bangsa Melayu. Jawatankuasa yang dilantik hendaklah melibatkan semua pihak sama ada Umno, Pas atau mereka yang mewakili persatuan-persatuan dan pertubuhan-pertubuhan. Berikan mereka peluang untuk berperanan dan menyumbang.

Kita cuma berharap agar janganlah Perkasa ini nanti hanya jadi sebagai gudang atau setor barang-barang lusuh dimana veteran-veteran Umno akan menjadikan tempat untuk menonjol semula. YDP Perkasa negeri-negeri dan daerah-daerah harus memberi perhatian dalam membuat perlantikan supaya ianya benar-benar menyeluruh dan mewakili semua pihak, sebagai satu pertubuhan umat Melayu. Bangsa Melayu mesti bersatu dan perkasa bagi menghadai cabaran masadepan.

Selamat berjuang, dan selamat berjumpa di Perasmian Perkasa Pahang nanti.

Allahhu-akbar!


~bh/

06 January, 2010

SAYANGKAN NEGARA - MALAYSIA POLITIK TELANJANG

Unta pandangan dari belakang, tentu ada yang suka belakang ni, hehe


Closed up kemaluan unta tapi gambar dari blog Husin Lempoyang tentu lebih hebat




Politik negara kita sangat menarik dan pelik. Apabila ada pemilihan, kita sepatutnya memilih mana yang terbaik. Jadi, sepatutnya kempen politik akan lebih kepada menunjukkan apa yang akan kita lakukan jika kita dipilih menjadi wakil rakyat supaya rakyat memilih kita dan rakyat akan memilih siapa yang menawarkan yang lebih baik antara mereka.

Tetapi politik kita tidak. Yang kita tunjuk bukan apa kebaikan yang akan kita lakukan jika kita memerintah, tetapi kita hanya menunjukkan apa keburukan yang ada pada pihak lawan. Maka dalam kempen, kita akan menelanjangkan lawan kita dan lawan kita juga akan menelanjangkan kita. Justru, kedua-dua pihak akan telanjang dan kelihatan kotor.

Walaupun politik menelanjangi lawan bukan hanya berlaku dikalangan orang-orang Melayu namun ianya tetap mencemarkan maruah mereka yang beragama Islam. Kalaulah semua pemimpin Melayu Islam kita sudah telanjang dan kotor, siapakah yang tinggal dan masih bersih untuk kita pilih?

Kita sebagai pemilih sepatutnya lebih bijak dengan menolak mereka yang dalam kempennya hanya mencaci dan mencerca lawan, menelanjangi lawan, sebaliknya memilih mereka yang mampu menunjukkan keazaman untuk benar-benar membantu rakyat dengan perancangan yang menyakinkan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat. Apa yang rakyat mahu adalah kehidupan yang lebih sejahtera.

Apakah kita akan masih ingin memilih mereka yang telah ditelanjangi dan cemar maruah mereka sebagai orang yang akan memimpin kita? Kita tentu tidak gemar memilih mereka yang begini sebagai pemimpin kita. Kita tidak akan rela dipimpin oleh mereka yang tidak bermaruah dan rendah moralnya.

Kita rakyat mesti juga berubah. Kadang-kadang parti yang kononnya memperjuangkan Islam juga kelihatan tidak benar-benar perjuangkan Islam. Apabila perjuangan dan pendirian mereka untuk pertahankan Islam dituntut, mereka hanya diam membisu. Isu pengunaan perkataan 'Allah' oleh bukan Islam umpamanya sudah membuka pekong didada siapa.


Nota:
Pautan di atas adalah untuk blog Husin Lempoyang. Memang jual orang seperti dalam gambar tu akan lebih untung dari jual unta walaupun kedua-duanya telanjang, huhu!

05 January, 2010

SAYANGKAN NEGARA - RASUAH, RASUAH, RASUAH

Rasuah: Berapa yang ditangkap dan berapa yang tidak?




Semalam di TV3, temuramah dalam Soal dan Jawab diantara pengacara Datuk Manja dengan Datuk Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perbincangan berlegar diantara persepsi dan realiti rasuah di Malaysia, perlakuan dan menanganinya. Datuk Abu Kasim menyebut jabatan-jabatan yang terlibat dengan amalan rasuah. SPRM ingin jadi satu badan yang benar-benar bebas dan telus, tapi setakat mana? Apakah pihak atasan tidak pernah langsung memberi tekanan dan campurtangan dalam segala siasatan?

Rasuah tidak dapat dinafikan sudah menjadi satu budaya dalam kehidupan kita masa kini. Untuk mendapatkan apa saja kita harus merasuah, tender, kontrek..dan sebagainya. Dimana pegangan kita terhadap agama kalau rasuh kita jadikan darah daging kita? Golongan yang mengaku mereka parti perjuangkan Islam juga melakukan rasuah. Penjawat awam lebih banyak terlibat dalam amalan rasuah.

Rasuah bukan saja dalam jabatan-jabatan kerajaan, kini sudah menular dalam parti-parti politik. Rasuah kini menjadi darah daging kita. Setiap titisan darah kita adalah dari hasil rasuah. Setiap darah dan daging anak-anak kita adalah dari rasuah. Hasil rasuah akan membesarkan anak-anak yang akan menghalalkan rasuah berlaku dengan lebih besar. Dan kita semakin tidak segan silu untuk meminta dirasuah.

Tahu berapa indek rasuah negara kita? Negara kita ditempat keberapa didunia? Akhirnya negara kita akan runtuh kerana rasuah yang berleluasa. Dimanakan ini bermula? Mungkinkah ianya akan berakhir? Rasuah dimana-mana; kastam, polis, JPJ.....SPRM???. Rasuah bermula dalam diri kita sendiri.


bh/

04 January, 2010

SIAPA SAYANGKAN UMNO - UMNO LEMAH, MELAYU LEMAH, KERAJAAN TURUT LEMAH.

Untuk mengembalikan kekuatan Umno haruslah dengan merakyatkan parti dan kekuatan Umno adalah dikampong-kampong, justru rakyat dipedalaman haruslah diutamakan dari semua segi, di kawasan bandar kesetian kepada parti telah hilang diatasi kesetian kepada kepentingan peribadi. Mari kita mulakan sekali lagi, memperjuangkan Melayu dan Umno demi masa depan anak-cucu kita nanti.



Lagi, gula naik harga. Rakyat naik darah. Kecewa barang kawalan pun kerajaan tak mampu mengawal harganya. Bila gula naik, teh tarik naik, kuih-muih pun naik dan segalanya akan naik satu persatu dan beransur-ansur. Bila kuasa membeli jadi rendah rakyat jadi miskin. Bila kuasa membeli rakyat rendah perniagaan lain juga turut terjejas. Ekonomi negara juga menerima impaknya.


Bagi membolehkan kakitangan kerajaan berbelanja mungkin kerajaan boleh menaikan gaji mereka. Tetapi bagaimana dengan pekerja sektor swasta? Dan terlebih malang adalah orang-orang kampong, pekebun, penternak dan nelayan, bagaimana nasib mereka?


Bila gaji kerajaan naikkan, barangan juga terus dinaikan harganya tanpa menunggu lama dan kita kembali jadi seperti dulu juga, lemah kuasa beli dan masih miskin. Jadi siapakah yang kaya dan mengaut keuntungan besar di negara kita ini sebenarnya? Jawapannya sudah tentu peniaga. (sebahagian daripadanya)


Gula hanyalah salah satu dari kes yang kita talah alami, bagaimana dengan harga ayam, sayuran dan banyak lagi. Pokoknya, mereka menguasi ekonomi dan bahkan mereka mampu kuasai kerajaan dengan cara memberikan tekanan dan ugutan.


Siapakah mereka ini? Kita semua sudah ada jawapannya sendiri siapakah bangsa peniaga yang menguasai ekonomi negara. Dalam kes gula, tidak cukup kah keuntungan selama ini dan sebanyak ini? Mungkin cukup, tetapi mereka melihat kesempatan yang ada ketika kerajaan berada ditahap yang lemah. Jadi mereka lakukan ini untuk merebut sebanyak mungkin selagi ada kesempatan.


Tidak semua kaum cina mengamalkan ultra kiasu. Namun sikap begini sangat jelas menunjukkan bahawa mereka ini ultra kiasu. Jangan tanya kerana apa mereka sanggup lakukan sebegini tetapi tanyalah kenapa kita memberikan kesempatan kepada mereka untuk lakukan ini. Jawapannya juga ada pada kita: kerajaan lemah terutama selepas PRU12, dimana kita hanya dapat majoriti mudah di Parlimen. (untuk meluluskan bajet 2010 pun kita hampir-hampir tidak berjaya)


Kita juga harus salahkan pemimpin politik bangsa kita sendiri yang merelakan perpecahan hanya kerana tamakkan jawatan dan kepentingan peribadi.(Saya maksudkan semua parti politik Melayu dan politikus Melayu, Umno dan Pas juga) Perpecahan bangsa kita hanya memberikan ruang bangsa lain mencelah dan menguasai kita. Jika Melayu benar-benar bersatu, apakah kita perlukan parti bangsa lain untuk membenarkan kita memerintah negara kita sendiri?


Saya merasa kasihan kepada DS Najib, beliau ditekan dari semua sudut, dari luar dan dalam, sedangkan tanggungjawab yang beliau terpaksa pikul adalah lebih besar risikonya berbanding masa pentadbiran mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Jikalaulah semua ahli-ahli politik Umno, BN dan mana-mana politikus Melayu memberikan kerjasama kepadanya, tentu beliau akan dapat bangkit dengan lebih gagah dan perkasa bagi membela semua rakyat amnya dan bangsa Melayu khususnya.


Jangan salahkan DS Najib dan sesiapa jika kita akan kehilangan segalanya nanti. Salahkan diri kita sendiri. Salahkan sikap kita sendiri. Salahkan bangsa kita sendiri. Salahkan ibu-bapa dan nenek moyang kita yang melahirkan kita sabagai satu bangsa yang terlalu lemah dan penuh dengan sikap hasad dengki serta benci untuk bersatu sesama Melayu.


Ultra Kiasu ini umpama Yahudi di Palestin, membaling batu sembunyi tangan bahkan membaling batu dan menuduh kita yang membaling mereka. Seinci demi seinci tanah kita diambilnya dan kita semakin hari semakin terdesak didinding. Mereka kelihatan berbeza pendapat tetapi sentiasa bersatu dalam tindakan yang melibatkan bangsa mereka. Kenapa Melayu tidak begitu juga? Mereka labelkan Melayu sebagai bangsa yang malas dan bodoh yang akhirnya kita juga mengiayakannya, lalu akhirnya momokan itu jadi satu kepercayaan kepada kita.


Andaikan kita tidak boleh bersatu didalam parti kerana fahaman kita berbeza atau kita keliru antara memperjuangkan Melayu atau Islam, walaupun kedua-duannya memberikan makna yang sama (pada akhirnya) marilah kita bersatu didalam PERKASA. Orang-orang Pahang khususnya (dan sesiapa sahaja yang berminat) dijemput hadir pada masa dan tempat seperti dimaklumkan diatas bagi memperjuangkan dan memertabatkan sebuah bangsa bernama: Melayu.

03 January, 2010

SIAPA SAYANGKAN UMNO - PARTI UNTUK GOLONGAN ELIT DAN KORUP


Terbalik bendera tu KJ!
Anugerah Tokoh menterbalikkan UMNO



Beberapa laman blog menyanggah ura-ura perlantikan KJ sebagai menteri (penuh atau separuh) manakala blog upahanya tentulah akan mewar-warkan sokongan terhadapnya. Antara blog yang membicarakan mengenai hal ini adalah blog Maharaja Blogger. Saya CnP sebahagian kenyataannya dibawah ini;


KALAU DAIM BOLEH MENGAPA TIDAK KHAIRY.
Saturday, December 26, 2009
Nampaknya telah pasti Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin akan di lantik oleh Datuk Seri Najib menjadi Menteri. Soalnya sekarang hanyalah samaada dia akan jadi menteri penuh atau timbalan menteri.

Walaupun Awang Selamat dalam kolumnya di Mingguan Malaysia 27 Disember menyebutkan kemungkinan itu hanya sepintas lalu tetapi ini adalah suatu sumber yang paling layak dipercayai kerana tiap Perdana Menteri ada orang kepercayaan dalam akhbar akhbar terutama Utusan Melayu.....


1. Nampaknya demikianlah arah politik Malaysia. Walau apa pun yang rakyat suarakan, pemimpin tetap akan melaksanakan agendanya sendiri berserta kroni-kroni. Dan, untuk kepentingan peribadi-peribadi. Maka motto ini mungkin lebih sesuai: Kroni diutamakan, rakyat dibiarkan.

2. Dari dulu lagi, perjuangan UMNO adalah rakyat berjuang untuk kepentingan golongan bangsawan. Kerana itulah orang-orang biasa hanya jadi sebagai apa? Tokoh-tokoh pejuang dari kalangan rakyat marhaen seperti Pak Sako, Ahmad Bustamam dan lain-lain tugas mereka hanya melonjakkan pemimpin dari kalangan elit. Sehingga kini, itulah yang masih berlaku dalam UMNO.

3. Memang UMNO busuk sampai ke usus. Malah semua bahagian UMNO sudah busuk. Mungkin najis UMNO lebih lebih baik dari tubuh badan UMNO itu sendiri.

4. Jika benar KJ akan dilantik sebagai menteri, penuh atau separuh (beliau telah menjadi menteri separuh semasa bapa mertua jadi PM) maka imej UMNO akan semakin calar dengan penampilannya sebagai pelakon hindi dan penuh dengan skandal rasuah. Rakyat masih ingat, beliau disabitkan kesalahan dalam politik wang namun tidak di kenakan tindakan. Bukankah itu berbeza dengan apa yang dialami oleh TS Isa Samad (yang telah menerima hukuman). Bagaimana pula kes Datuk Norza? akhirnya UMNO akan dipenuhi oleh pemimpin elit yang korup.

5. Kita pernah juga mendengar seorang MB yang juga didapati bersalah dalam politik wang mengugut jika diambil tindakan akan keluar UMNO dan membawa pengikut-pengikutnya sekali bagi tujuan meruntuhkan kestabilan parti. Bermakna mereka bukan setia kepada UMNO dan bukan berjuang untuk UMNO pun. Banyak lagi perkara demikian yang berlaku. Jadi, pemimpin UMNO bukan perjuangkan kepentingan rakyat dan kehendak rakyat serta suara rakyat tidak pernah didengari oleh mereka yang sudah berada diatas.

6. Soalnya apakah ada 2 undang-undang dalam UMNO - untuk elit dan marhaen? Mereka diatas sana penuh dengan konspirasi yang rakyat dibawah langsung tidak mengetahuinya. Rakyat tertipu dan ditipu. Mana arah perjuangan UMNO: Untuk Agama, bangsa dan Negara?

7. Saya melihat jika inilah keadaannya, maka bahtera UMNO akan karam kerana golongan elit ini dan saya tidak ingin turut tenggelam bersama mereka. Kita hanya ada masa 2 tahun saja lagi, sama ada untuk memastikan bahteral tidak tenggelam atau mendapatkan pilihan lain.

'Adios Amigos!' - bRAVEhEART




Sebuah kapal yang memuatkan gula dilaporkan karam di perairan Malaysia. Selain harga gula akan naik, air laut juga dijangka bertukar manis. 'Laut madu pantai sutera, haus tak dapat diminum'.

02 January, 2010

SIAPA SAYANGKAN UMNO - TS MUHYIDDIN, RENUNGKANLAH

Manolito Mantoya - The High Chaparral





Entah kenapa tiba-tiba saya lihat ada yang tak kena dengan TS Muhyiddin. Ramai orang kata dia nampak sombong, bengis tapi kita kata tak semestinya yang kita nampak itu adalah hakikat. Lalu kita menyokong dan menerimanya sebagai orang no.2. Kita percaya dia mampu lakukan sesuatu untuk Umno dan bangsa Melayu. Namun kini kita bertanya-tanya dalam hati apakah pilihan kita ini benar? Apakah yang tak kena?

2. TS Muhyiddin ternyata cuai kerana sebagai ketua whip BN beliau gagal melaksanakan tugas dengan berkesan sehingga kerajaan hampir saja tumbang sewaktu meluluskan bajet 2010 lalu. Apakah TS tidak menduga ini akan belaku dan merasa sungguh selesa kerana menganggap rakyat semua menerima pembaharuan yang kerajaan bawa (kalau ada, tapi apa dia?)

3. Jangan salahkan sesiapa jika ada yang cuba buat spekulasi bahawa TS Muhyiddin ada agenda sendiri disebalik semua itu? Logiknya tentu ada. Apakah beliau tidak tahu kepentingan sidang pada hari berkenaan kerana undi belah bahagi akan diadakan? Apakah beliau tidak tau kesan dan apa akan terjadi apabila dalam undi belah bahagi ahli parlimen kerajaan kalah? Apakah....? Apakah ada udang disebalik batu?

4. Terdengar dipengetahuan kita bahawa hubungan beliau dengan pegawai-pegawai di kementerian kurang erat. Bahkan beliau dikhabarkan tidak mengenali lebih dekat pegawai-pegawainya dan tidak ada majlis suai-kenal antaranya dengan pegawai-pegawainya. Apakah ini berita benar? Kita harap ianya tidak benar dan alangkah malang jika keadaan ini benar-benar berlaku kerana bagaimana kerjasama sepasukan dapat dilakukan jika tidak ada hubungan erat antara mereka.

5. Banyak janji-janji manis kepada banyak pihak termasuk G7 sewaktu membantunya dulu, namun apa yang terjadi sangat mendukacitakan banyak pihak. Dikhabarkan bahawa kerana tidak mengawasi penyaringan tender-tender kontrak dibawah kementeriannya, maka kontrek-kontrek berkenaan bukan saja setakat tidak diberikan kepada mereka yang membantunya dulu, malah tidak juga diberikan kepada penjawat-penjawat dalam Umno di bahagian-bahagian, malah lebih mendukacitakan lagi adalah dengan adanya talibarut parti lawan dalam kementerian maka kontrek berkenaan diagihkan sesama mereka yang menyokong pembangkang.

6. Mungkin TS boleh pastikan nanti berapa ramai penyokong pembangkang yang menerima kontrek dibawah kementeriannya di negeri Pahang ini, bahkan dikhabarkan juga bahawa wakil calon Pas di Temerloh menerimanya sedangkan penyokong kerajaan yang memenangkan BN dan TS sendiri dulu hanya balik dengan tangan kosong.

7. Saya melihat parti lawan dengan kerjasama talibarut mereka didalam kerajaan sedang mengagihkan projek bagi meningkatkan ekonomi mereka dan kelak pada PRU13 nanti mereka sudah kukuh ekonominya untuk menentang kerajaan. Siapa yang akan membantu kerajaan kelak? Apakah kita mengharap pembangkan yang merima projek ini akan berlembut hati dan menyokong BN? Dapatkah kita penyokong kerajaan yang sudah dhaif ini memberikan sokongan atau mahukah kita yang sudah luka hati ini untuk membantu?

8. Saya bukan dari kalangan kontraktor dan tidak juga dari kalangan mereka yang berkepentingan dalam Umno. Saya menyuarakan apa yang saya dengar dan apa yang saya fikirkan. Benarlah bahawa pembangkang akan menuduh kita tidak telus kerana mereka tidak mendapat sesuatu dari kita, namun di negeri-negeri yang mereka memerintah mereka juga lakukan perkara yang sama. Jika TS tidak menanugerahkan kontrek kepada penjawat dalam Umno tidak mengapa kerana boleh juga diberikan kepada mereka yang lain asal saja jangan diberikan kepada mereka yang menentang kerajaan.

9. Jangan sampai kita berfikir: jika mahukan projek, sokonglah pembangkang kerana kerajaan akan berlembut dan mengambil hati pembangkang. Jika mahukan pembangunan, sokonglah pembangkang kerana kerajaan akan merasuah kita kita supaya kita tidak terus sokong pembangkang. Mana arah politik kita sebenarnya?



Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...