08 April, 2011

PRN SARAWAK - BERMIMPI PUN PAS TIDAK LAYAK

Penyokong Pas sewaktu penamaan calon DUN Muara Tuang


1. Pas hanya bertanding di 5 dari 71 Kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini. Kerusi yang dipertandingkan serta calonnya adalah seperti berikut:

N3 - Tanjung Datu
Tan Sri Adenan Satim - (BN)
Gilbert Asson Anak Kulong - (B)
Nani Sahari - (Pas)

N15 - Muara Tuang
Dato' Sri Haji Muhammad Ali Mahmud - (BN)
Noraini Binti Hamzah - (Pas)

N20 - Sadong Jaya
Aidel Lariwoo - (BN)
Mahayuddin Bin Wahab - (B)
Abang Eddy Allayani Abang Fauzi - (Pas)

N22 - Sebuyau
Ali Bin Semsu - (B)
Adam Bin Ahid - (Pas)
Julaihi Bin Narawi - (BN)

N24 - Beting Maro
Razali Bin Haji Gapor - (BN)
Abang Ahmad Kardee Bin Abang Masagus - (Pas)


2. Apakah yang mampu Pas lakukan dengan hanya pertaruhkan 5 kerusi di Sarawak ini - itu pun jika mereka menang kesemua kerusi-kerusi berkenaan! Apakah mampu mereka mengubah kerajaan? Laksanakan hukum hudud? Mengislamkan dan membawa ke syurga rakyat negeri Sarawak?


3. Pada hari ini kita harus sedar bahawa hasrat Pas hanyalah ingin mendapat kuasa dan pengaruh politik semata-mata. Justeru itu mereka sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan pengaruh itu. Pas sanggup mengadaikan agama dan bangsa kerana kepentingan politik dan peribadi. Bagaimanapun kita tunggu apakah fatwa baru yang akan dikeluarkan oleh 'tok garu' Pas tidak lama lagi. Apakah yang haram yang akan mereka halalkan dan apakah yang halal akan mereka haramkan kelak?

4. Di N15, calonnya adalah anak Kelantan, seperti dilain-lain tempat juga, apakah Pas tidak yakin kepada anak tempatan atau apakah mereka merasakan bahawa hanya orang Kelantan saja yang diizinkan Allah untuk menjadi khalifah dibumi Allah ini? atau ini semua hanyalah kerana pemimpin atasan pas adalah orang Kelantan?


5. Selain dari tidak layak bercita-cita untuk memerintah Sarawak, untuk  bermimpi menang pun Pas memang sudah tidak layak.Mana keadilan dan kesamarataan yang dijanjikan dalam Pakatan bila Pas hanya mendapat hanya 5 kerusi untuk dipertandingkan. Tetapi Pas tetap akur walaupun mereka hanya melukut ditepi gantang. Bila DAP memerintah nanti barulah Pas sedar bahawa mereka harus kembali bersama UMNO namun sudah terlambat..

07 April, 2011

SAYANG SARAWAK

Pandangan waktu malam di Sungai Sarawak dari jendela hotel


Pandangan di River Front, Sarawak



Ketika saya tiba (5.4.2011) tidak langsung terasa bahawa Sarawak sedang menghadapi Pilihan Raya Negeri. Dari Lapangan Terbang hingga ke Hotel dimana saya tinggal, saya menoleh kekiri dan kanan mencari-cari petunjuk mengenai pilihan raya berkenaan namun tidak ada apa yang kelihatan. Tidak ada bendera dan banner. Mungkinkah masih awal tanya hati saya?

Ketika saya tiba di hotel dan diberikan taklimat ringkas, baru disedari bahawa disini, suasana politiknya berbeza sama sekali. Rakyat disini sudah terbiasa memilih dalam suasana tenang tanpa adanya sebarang tekanan. Justeru tidak perlu terlalu banyak bendera dan banner, Tidak juga disenangi dengan sebarang ceramah dan rapat umum serta segala macam provokasi. Segalanya sangat asing bagi mereka.

Saya sempat mengikuti sesi penamaan calon di DUN N15, Muara Tuang hanya sekitar hampir 200 orang penyokong yang hadir bagi kedua-dua calon, Tiada sebarang perarakan meriah yang mengiringinya, hanya sesekali teriakan sebagai tanda sokongan terhadap calonnya yang datang dari golongan muda.

Menyelami perasaan sebahagian dari pengundi yang ditemui, saya percaya tidak banyak perubahan yang akan berlaku selepas PRN kali ini. Tidak akan ada perubahan kerajaan kerana nyata rakyat Sarawak  masih sayangkan kerajaan BN yang ada. Mereka masih berpuas hati dengan pembangunan dan segalanya.

Saya sesekali teringatkan lagu 'Sayang Sarawak'. Saya merasakan bahawa rakyat Sarawak bukan lagi sayangkan kepada sungai Sarawak itu, yang memberikan nadi kepada kehidupannya, bahkan mereka sayangkan negeri mereka sendiri.

Maaflah! Anu arr sebenarnya bermimpi jika meraskan bahawa gelombang yang dibawanya akan mengubah kerajaan negeri. Bukan kerana kerana beliau seorang peliwat tegar, bukan kerana jam omeganya yang hilang tetapi rakyat Sarawak tidak inginkan cara berpolitik di semenanjung dibawa kesini.

03 April, 2011

KERANA MELIBATKAN ANU ARR, KENYATAAN PUN DIPUTARBELITKAN

 
CIFU ~ hehe!


Saya menulis begini dihujung post saya semalam:
Kita tunggu bila Anu arr akan berkata; "Pelakon dalam video itu macam saya, muka macam muka saya, suara macam suara saya, badan macam badan saya, kotey macam kotey saya, tetapi 'saya dalam video itu' bukan saya".

Yang ingin saya tekankan adalah Anu arr tidak mengakui bahawa pelakon utama didalam video seks berkenaan adalah dirinya. Anu arr tidak banyak alasan untuk tidak mengakui itu adalah dia kerana segala macam petunjuk yang ada tidak langsung menyebelahinya. Wajah adalah wajah Anu arr. Tubuh badan adalah tubuh badan Anu arr. Segalanya adalah Anu arr.

Walaupun khabarnya video berkenaan dirakamkan dalam hitam putih, namun setiap yang menontonnya percaya bahawa pelakon utama dan hero dalam video berkenaan adalah Anu arr. Memang sukar Anu arr untuk menepisnya, Namun oleh kerana kehebatannya diluar filem itu sendiri, maka beliau di-Anu-gerahkan pelaku (bukan pelakun) pembohong terbaik.

Dengan bakat semula jadi anugerah Allah itu, Anu arr telah menggunakan sepenuhnya sehingga sesuatu yang sudah sangat nyata bahawa melibatkan dirinya, dia sanggup berbohong lagi dengan alasan yang sangat kecil dan tidak dapat dipercayai walau sedikitpun, namun itulah satu-satunya alasan yang dia ada iaitu:  Nampak seperti saya tetapi bukan saya, perut dalam video itu lebih buncit dari perut saya.

Kenapa Anu arr tidak saja menyatakan begini: Nampak seperti saya tetapi bukan saya, perut saya dalam video itu lebih buncit dari perut saya. Kita harus faham bahawa fotografi tidak akan setepat hakikinya. Imej dalam foto dan vodeo boleh saja kelihatan berbeza dengan imej sebenar kerana peralatan rakaman yang digunakan.

Memang susah hendak kita fahaminya jikalau kita bukan seseorang yang mahir dan didalam bindang berkenaan. Namun harap kita dapat memahaminya dengan membaca penerangan seorang yang ada asas dan pengalaman luas dalam fotografi dan perfileman. Klik sini ke blog Kickdefella.

02 April, 2011

ANU ARR SEORANG PENIPU DAN MEMANG BINATANG POLITIK


Dia kelentong lagiiiii, hehe

Terlopong mulut dia membohong,
terlopong juga Nik Ajis diperbodohkan nya


Anu arr memang seorang penipu, pembelit, pengkhianat dan pembelot nombor wahid negara. Bila masanya Anu arr bercakap dengan jujur kepada sesiapa? Dengan ini dia kata begini dengan itu dia akan kata begitu - beginilah sikap sebenar Anu arr - Anu gerah Tuhan, kata pengikut tegarnya.

Pernah saya meminati perjuangan Anu arr pada peringkat awal, namun apabila saya melihat sendiri bagaimana cara beliau membunuh karier politik Allahyarham Tun Gaffar, saya tidak lagi dapat menerima beliau sebagai seorang tokoh yang patut saya hormati.

Mungkin generasi baru tidak mengetahui bagaimana sadis dan sedihnya Tun Gafar di'bunuh' oleh Anu arr. Anu arr bersungguh-sungguh menyatakan bahawa beliau tidak akan menentang Tun Gaffar yang sangat beliau hormati dan anggap sebagai bapa, namun dibelakang beliau adakan gerakan meminta semua bahagian-bahagian mencalon dan menyokong pencalonannya dan akhirnya Tun Gaffar kalah sebelum pemilihan berlangsung.

Saya sebenarnya memang sukakan Anu arr jadi Timb. Presiden UMNO dan TPM pada ketika itu kerana beliau lebih bertenaga dan bersemangat, namun saya tetap tidak menyukai cara bagaimana beliau mendapatkan kuasanya itu. Sudah tentu ada pihak yang akan berkata, demikianlah dalam politik, matlamat menghalalkan cara. Jika benar begitu, maka benarlah juga kata-kata bahawa Anu arr ini adalah binatang politik. Yang ganas dang sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan kuasa.

Pada saya, tidak ada lagi mana-mana tokoh politik negara yang lebih ganas dan kejam dari Anu arr si binatang politik ini. Penipuan dan pembohongan adalah perkara biasa baginya. Memfitnahpun adalah mainan politiknya. Kita jangan hairan apabila Anu arr akan mengutuk kerajaan dan dasar kerajaan sedangkan ketika beliau berada didalam kerajaan sebagai orang nombor dua negara, itulah dasar yang dilaksanakannya dan bahkan dia mampu mengubahnya jika dia benar-benar berjuang untuk mengubahnya.

Terkini, Anu arr yang menafikan beliaulah pelakon dalam video seks dengan perempuan china itu memberikan alasan bahawa pelakon itu berperut buncit sedangkan dia tidak sebuncit itu. Mukanya sama macam muka saya, pelakun itu nampak sama macam saya tetapi itu bukan saya. Ini lah Anu arr, binatang politik dan pembohong nombor satu negara anu-gerah syaitan untuk memporak perandakan negara kita.   (Baca diblog sahabat saya ini; x-pkr)

Kita tunggu bila Anu arr akan berkata; "Pelakon dalam video itu macam saya, muka macam muka saya, suara macam suara saya, badan macam badan saya, kotey macam kotey saya, tetapi 'saya dalam video itu' bukan saya".

01 April, 2011

JIKA KEPENTINGAN DIRI DIDAHULUI DAN KEPENTINGAN RAKYAT TAK DIAMBIL PEDULI


Foto hiasan dari blog WZWH


Kebelakangan memang jarang ke blog-blog kecil Pahang. Dunia blog Jerantut sudah tidak semeriah dulu. Semenjak blog MRD tiada, banyak blog-blog lain kelihatan turut menyepi diri. Walaupun isu blog-blog  berkenaan isu merupakan isu terpinggir dari isu nasional, namun seronok kerana merasakan mereka ikhlas membawa suara hati sebenar dari akar umbi. Sentiasa ada satu keseronokan tersendiri.

Kita memfokus kepada PRN Sarawak, namun semalam saya terkejut dan terfana dan tertanya-tanya kenapa saya terlalu leka sehingga terlepas pandang bahawa ada suatu gelombang yang bermula dari bawah dan menerjah menentang arus. Rakyat sudah bersuara menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Akhirnya dalam Perhimpunan Agung UMNO Cawangan usul tidak percaya telah dibuat terhadap seorang pemimpin. (Baca blog WZWH)

Sudah tentu ada beberapa pandangan dan pendapat berbeza, berdasarkan kepentingan sendiri, namun kedua-duanya harus diperhalusi dan masej sebenar rakyat harus diselami. (Baca blog urag drrulug)  Jangan dipertikaikan siapa benar dan siapa salah, soalnya kenapa ini boleh berlaku dan dibiarkan berlaku? Kenapa tidak ada penyelesaian diambil sebelum retak menjadi belah?

Soalnya adalah bukan rakyat tidak menyayangi parti UMNO, tetapi tidak menyukai individu tertentu atas sifat-sifatnya sendiri. Nampaknya masih ada pemimpin yang tidak mempercayai peranan media sosial terhadap masyarakat kini kerana mengabaikannya selama ini serta tidak juga dapat menjiwai slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Malangnya kerana mereka yang seperti ini diberikan peluang memimpin yang kemudian mengkhianati. Lebih malang lagi apabila beliau gagal untuk berubah dan mengubah diri.

Cuma kita berharap ini adalah kisah terakhir seperti ini dan kita harap pemimpin yang ada akan menjadikannya ikhtibar supaya sejarah tidak akan berulang lagi. Apapun syabas kepada urag drrulug, saya tidak akan lupa pada kata-kata;..bukan aku hendak, bukan aku mintak,....dunia tak tahu malu.!.......Bagaimana dalam keadaan gawat seperti ini blog seorang AJK UMNO Bahagian masih tidak peka kepada isu berkenaan yang mampu menguggat UMNO Bahagian bahkan masih leka dengan isu seks dan artis? (Klik Sini)  Dimasa semangat perjuangan demi agama, bangsa dan negara?

31 March, 2011

PANTUN VIDEO LUCAH 'ANU ARR BERAHI'


Foto Anu arr 'mamum' roti 'kulup' diambil dari blog ParpuKari


Buai laju-laju
Sampai ujung sana
Apa cerita video itu?
Anu arr main pompuan China

(Klik Sini  dan  Sini)


30 March, 2011

BLOG DICEROBOH - PEMBANGKANG SEKAT KEBEBASAN BERSUARA ?


ParpuKari tiada dalam gambar dan namanya tidak juga tertulis diakhbar ini


Bukan perkara baru bila pembangkang berlagak sebagai juara kepada kebebasan bersuara. Dengan sokongan dan inspirasi dari negara luar, pembangkang mewar-warkan bahawa dinegara kita masih belum benar-benar mengamalkan kebebasan bersuara terutama dalam media cetak @ akhbar.

Namun dalam setengah-setengah hal, terutama apabila akhbar menyetakan sesuatu yang benar mengenai keburukan dak kesalahan mereka maka mereka juga telah menghalang dan memboikot akhbar-akhbar berkenaan. Mereka melabelkan akhbar tertentu sebagai media arus perdana yang 'kunun'nya hanya bertindak menyokong kerajaan.

Bagaimana pula apabila akhbar atau makalah terbitan mereka yang terang-terang menyebarkan fitnah dengan memburukkan kerajaan dan berat sebelah dalam melaporkan sesuatu berita itu? Apakah kebebasan bersuara bermakna hanya menyokong apa yang pembangkang kata? Atau membebaskan para pembangkang berkata apa saya dengan mmburukkan kerajaan wahal segalanya itu hanyalah fitnah semata-mata?

Ketika kerajaan UMNO BN terpukul hebat dalam PRU12 akibat peranan yang dimainkan oleh media sosial (media baru), kerajaan tidak pun menghalangnya dari terus berkembang. Memang ada sebahagian dari kalangan pemimpin tertinggi memandanh reneh terhadap peranan media sosial pada peringkat awalnya bahkan ada yang menyifatkan blogger sebagai 'beruk', namun UMNO dan kerajaan akhirnya dapat menyerapkan dan menjiwai media sosial ini yang akhirnya mampu membantu mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan sejak akhir-akhir ini.

Nyata pada akhir-akhir ini media sosial yang dahulunya dikuasai oleh pembangkang sudah lemah dan dapat dikalahkan bahkan sudang dikuasai oleh pihak yang pro kerajaan. Ini terbukti dalam beberapa PRK akhir-akhir ini blog-blog serta facebook dan twitter dipenuhi dengan sembang dan pendapat yang dikuasai oleh pihak pro kerajaan. Pembangkang sedar bahawa mereka sudah ditewaskan dalam media sosial oleh pihak pro kerajaan.

Beberapa hari kebelakangan ini beberapa blog pro kerajaan sudah di 'cerobohi' oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, yang tidak menghormati lagi kebebasan bersuara selama ini, yang mereka sendiri 'kunun'nya perjuangkan. Ini adalah satu perbuatan terancang memandangkan PRN Sarawak akan berlangsung dan mereka tidak mahu media sosial yang pro kerajaan menyatakan kebenaran dengan menyangah pembohongan yang akan mereka perbuat tidak lama lagi.

Beberapa laman blog sudah diserang, antaranya termasuklah blog Che Det sendiri. Beberapa blogger tersohor dalam ranking teratas telah disenaraikan untuk dicerobohi bagi melumpuhkan penyebaran maklumat yang menyokong kerajaan. Bahkan beberapa blogger juga secara peribadinya sudah dan sedang cuba dipalitkan dengan fitnah. Semalam sahabat saya blogger 'ParpuKari' telah 'kunun'nya digambarkan sedang meminum minuman keras sedangkan itu adalah fitnah yang nyata.

Kita harus menyedari bahawa pihak pembangkang sekarang ini selain dari menyerang para pemimpin, mereka juga menyerang media masa yang dikuasa oleh pihak pro kerajaan, menyerang blog-blog dan sebagainya bagi menyekat kebebasan bersuara yang sedang kita laksanakan, bahkan kebebasan bersuara itulah yang selama ini mereka 'kunun'nya perjuangkan. Pembangkang tidak pernah berkata benar, tidak pernah mengotakan janji mereka. Mereka adalah pengkhianat bangsa dan tanahair, dari kalangan mereka ini ada Melayu yang bernama Pas dan PKR.

29 March, 2011

BN AKAN GEMPUR 9 KAWASAN PANAS DI SARAWAK




Sembilan kawasan DUN Sarawak dikenalpasti 'panas': SPR

2011/03/28
KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenaraikan sembilan (9) Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk kawasan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai kawasan 'panas' sepanjang tempoh berkempen pilihan raya umum negeri.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata bagi tujuan itu pihaknya menubuhkan 80 pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya (PPKPR) bagi memantau kempen parti bertanding.  ~ Berita Harian Online


Dalam Dewan Undangan Negeri bagi negeri Sarawak ada sebanyak 71 kerusi. (Dalam Pilihan Raya Negeri yang lalu  sebanyak 8 buat kerusi berjaya direbut oleh pihak pembangkang, sepertimana didalam tulisan berwarna kuning, manakala kerusi yang dijangka turut panas adalah kerusi KM Sarawak dalam tulisan berwarna oren)

Walau bagaimanapun hendaknya janganlah BN mengambil mudah pada kerusi-kerusi lain dengan menyangka mereka akan menang mudah nanti, kerana sebenarnya kekuatan Pakatan Pembangkang masih sukar dijangkakan dan ianya berdasarkan kepada kelemahan kita sendiri dan berubah dari masa ke semasa.

Sokongan terhadap BN semakin meningkat dan banyak pihak yang akan membantu kerajaan BN Sarawak bagi memenangi PRN kali ini. Ini termasuklah pejuang siber yakni para bloggers, facebookers dan twitters kerana kerajaan BN sudah menyedari bahawa media sosial sangat berperanan dalam menyebarkan maklumat kepada umum.

Berikut senarai  kerusi DUN dan penyandang bagi 71 kerusi DUN Sarawak bagi rujukan umum sempena menghadapi PRN kelak;


N. 01 Opar                      YB Ranum Mina (SUPP/BN)
N. 02 Tasek Biru              YB Peter Nansian (SPDP/BN)
N. 03 Tanjung Datu           YB Tan Sri Adenan Satem (PBB/BN)
N. 04 Pantai Damai           YB Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB/BN)
N. 05 Demak Laut             YB Datuk Dr Abang Hj Abdul Rauf Abang Hj Zen (PBB/BN)
N. 06 Tupong                    YB Datuk Ir. Hj Daud Abdul Rahman (PBB/BN)
N.07  Semariang                YB Puan Syarifah Hasidah Sayed Aman Ghazali (PBB/BN)
N. 08 Satok                       YB Datuk Sri Abang Hj Johari Tun Abang Hj Openg (PBB/BN)
N. 09 Padungan                  YB Dominique Ng (PKR/Pakatan Haram)
N. 10 Pending                     YB Violet Yong (DAP/Pakatan Haram)
N. 11 Batu Lintang              YB Voon Lee Shan (DAP/Pakatan Haram)
N. 12 Kota Sentosa            YB Chong Chieng Jen (DAP/Pakatan Haram)
N. 13 Batu Kawa               YB Tan Joo Phui (SUPP/BN)
N. 14 Asajaya                     YB Tuan Hj Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB/BN)
N. 15 Muara Tuang             YB Datuk Seri Mohd Ali Mahmud (PBB/BN)
N. 16 Bengoh                     YB Jerip Susil (SUPP/BN)
N. 17 Tarat                         YB Richard Sagah (PBB/BN)
N. 18 Tebedu                      YB Datuk Sri Micheal Manyin (PBB/BN)
N. 19 Kedup                       YB Fedrick Bayoi (PBB/BN)
N. 20 Sadong Jaya              YB Datuk Wan Wahab Wan Sanusi (PBB/BN)
N. 21 Simunjan                    YB Tuan Hj Mohd Naroden Mejais (PBB/BN)
N. 22 Sebuyau                     YB Tuan Hj Julaihi Narawi (PBB/BN)
N. 23 Lingga                        YB Puan Hajjah Simoi Peri (PBB/BN)
N. 24 Beting Maro               YB Datuk Hj Bolhassan Di (PBB/BN)
N. 25 Balai Ringin                YB Snowdan Lawan (PRS/BN)
N. 26 Bukit Begunan            YB Mong Dagang (PRS/BN)
N. 27 Simanggang                YB Datuk Francis Harden Hollis (SUPP/BN)
N. 28 Engkelili                      YB Dr. Johnical Rayong (Bebas>SUPP/BN)
N. 29 Batang Ai                   YB Malcom Mossen Lamoh (PRS/BN)
N. 30 Saribas                       YB Dr Wahbi Hj Junaidi (PBB/BN)
N. 31 Layar                         YAB Datuk Patinggi Tan Sri Amar Alfred Jabu (PBB/BN)
N. 32 Bukit Saban               YB Robert Lawson (PBB/BN)
N. 33 Kalaka                      YB Tuan Hj Abdul Wahab Abdul Aziz (PBB/BN)
N. 34 Krian                         YB Datuk Peter Nyarok (SPDP/BN)
N. 35 Belawai                      YB Datuk Hj Hamden Hj Ahmad (PBB/BN)
N. 36 Semop                       YB Datuk Sri Hj Awang Mohd Asfia Awang Nassar (PBB/BN)
N. 37 Daro                          YB Murni Hj Suhaili (PBB/BN)
N. 38 Jemoreng                   YB Abu Seman Jahwie (PBB/BN)
N. 39 Repok                       YB David Teng (SUPP/BN)
N. 40 Meradong                 YB Ting Tze Fui (DAP/Pakatan Haram)
N. 41 Pakan                       YB Datuk Sri William Mawan Ikom (SPDP/BN)
N. 42 Meluan                     YB Wong anak Judat (SPDP/BN)
N. 43 Ngemah                   YB Gabriel Adit anak Demong (Bebas>PCM)
N. 44 Machan                   YB Datuk Gramong Juna (PBB/BN)
N. 45 Bukit Assek            YB Wong Ho Leng (DAP/Pakatan Haram)
N. 46 Dudong                  YB Datuk Dr. Soon Choo Teck (SUPP/BN)
N. 47 Bawang Assan        YB Datuk Sri Wong Soon Koh (SUPP/BN)
N. 48 Palawan                  YB Vincent Goh (SUPP/BN)
N. 49 Nangka                   YB Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah (PBB/BN)
N. 50 Dalat                       YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah (PBB/BN)
N. 51 Balingian                  YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (PBB/BN)
N. 52 Tamin                      YB Joseph Mauh Ikeh (PRS/BN)
N. 53 Kakus                     YB John Sikie Tayai (PRS/BN)
N. 54 Pelagus                   YB Larry S'ng Wei Shen (Barisan Nasional)
N. 55 Katibas                   YB Ambrose Blikau (PBB/BN)
N. 56 Baleh                      YB Datuk Sri James Jemut Masing (PRS/BN)
N. 57 Belaga                    YB Liwan Lagang (PRS/BN)
N. 58 Jepak                     YB Datuk Talib Zulpilip (PBB/BN)
N. 59 Kidurong                YB Chiew Chin Sing (DAP/Pakatan Haram)
N. 60 Kemena                 YB Dr. Stephen Rundie (PBB/BN)
N. 61 Bekenu                     YB Puan Rosey Yunus (SPDP/BN)
N. 62 Lambir                     YB Datuk Aidan Wing (PBB/BN)
N. 63 Piasau                      YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan (SUPP/BN)
N. 64 Pujut                         YB Andy Chia (SUPP/BN)
N. 65 Senadin                     YB Datuk Lee Kim Shin (SUPP/BN)
N. 66 Marudi                      YB Muhammad Silvester Entry Muran (SPDP/BN)
N. 67 Telang Usan              YB Lihan Jok (PBB/BN)
N. 68 Bukit Kota                YB Dr. Abdul Rahman Ismail (PBB/BN)
N. 69 Batu Danau               YB Paulus Gumbang (SPDP/BN)
N.70 Ba' Kelalan                 YB Nelson Balan Rining (SPDP)
N. 71 Bukit Sari                  YB Datuk Sri Hj Awang Tengah Awang Ali Hassan (PBB/BN)

28 March, 2011

BLOGGER ALBANJARI , AL-JUBURI





Nampaknya blogger UMNO jadi celaka lagi. Celaka menulis berdasarkan kepada fakta orang gila.Ker bangang jenis apa entah ! yang jerangkung-jerangkung 3 kupang UMNO ni fikir, aku pun tak tau. Tapi kenyataan bahawa dalam masa twitter tak dikemaskini itulah, sebab dan asbab nak mensabitkan Anwar melanggan 'betina' gebu made in china. Jenis otak letak kat kepala 'pelir'. ~ albanjari online


Beginilah rupa penulisan blogger yang diredhai Allah, yang menyokong parti Allah, mencarut dan maki hamun pun kerana Allah. Allah telah memberikan mereka tiket untuk melakukan apa saja atas nama perjuangan Pas dan Islam. Kerana itulah dari pemimpin mereka hinggalah ke pencacai perangainya sama saja.

Siapa yang akan lupa dengan Nik Aziz wali selipar kerajaan bulan dengan celako! celako! celako! nya? Mendoakan pecah perut kepada pemimpin nombor satu negara? Dia lupa bahawa dia hanya pemimpin parti Pas yang peralatkan Islam dan bukannya pemimpin agama Islam seluruh dunia.

Didunia Islam, pemimpin negara-negara Arab lebih mengenali dan menghargai Tun Dr, Mahathir kerana jasa-jasanya terhadap dunia sejagat berbanding Nik Aziz yang hanya merasakan dirinya hebat dan seolah-olah mencapai taraf nabi-nabi. Apakah jasanya kepada dunia Islam? Fatwanya pun tunggang-langgang dan berasaskan kepada kepentingan diri.

Kerana itulah bila UMNO bersahabat dengan MCA dan MIC mereka kata haram, tetapi bila mereka berpelukan dan mencium ketiak masam DAP mereka kata halal. Halal dan haram menjadi hak mutlak mereka dan parti mereka. Yang sahnya mereka ini semua dari kalangan 'haramjadah'!

Sama seperti blogger albanjari ini, disangka dia penjaga pintu syurga? Penjaga pintu sarkas pun dia belum tentu layak lagi. Mungkin dia rasa perkataan 'mencarut' itu dibolehkan kerana dia ahli Pas, tetapi dia lupa 'pelir' yang disebut tu juga adalah miliknya, milik bapaknya, milik Nik Aziz dan Hj. Hadi serta Mat Sapu yang berkhalwat dengan Normah di Hotel Perdana KB. Milik Anu arr 'pojaan'nya juga.

Kita tidak hairan dengan Pas kerana Pas adalah tiket untuk poligami, tiket untuk berzinar dalam keretapi ,tiket untuk 'menyapu' duit Tabung Memali, Kepada blogger Al-Juburi opppp, albanjari...cerminlah bontot kamu sendiri dulu sebelum bercermin melihat wajah orang lain. Pas bukan agama, pas adalah sebuah parti politik yang pergunakan agama untuk kepentingan diri dan kroni.

27 March, 2011

POLITIK YANG DIAGAMAKAN OLEH PAS





KUALA LUMPUR 25 Mac – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengeluarkan ‘fatwa’ tentang apakah hukumnya pemimpin pembangkang yang didakwa berzina dengan pelacur seperti yang didedahkan melalui rakaman video seks Isnin lalu.


Timbalan Yang Dipertua JMM, Omar Salleh berkata, ‘fatwa’ itu penting kerana Nik Abdul Aziz hanya menyalahkan pihak yang menyebarkan video tersebut tetapi, tidak langsung menyentuh mengenai dosa penzina dalam video itu.


“JMM berharap Nik Abdul Aziz tidak ketandusan ‘fatwa’ kerana sehingga kini masih belum ada sebarang hujah agama digunakan untuk mengutuk perlakuan zina ini.


Apalah JMM ni..? karang kena doa pecah perut baru tahu! kalau dalam kes adun selising nik najis halau orang balik dulu, esok baru dia kata tuhan dah ampon..! modal tu dah pakai!


Lepas tu nik najis kena tengok la dulu video tu, bukan sahaja ada nuar dalam tu yang dia nak tengok tapi nak check line dulu, kalau kalau ada kengkawan lain...kalau nasha yang ada dalam mesti dia cepat respond tu...tapi kalau tetiba nampak husam kusam pengembala kambing yang ada dalam video lucah yang lain pulak! macam mana? tak ke haru...haru...haruan!!!


Makanya lebih elok la si tua kutuk nik najis ni diam kan diri...takut makan diri beb...  ~  Blog Putra Merdeka


Kita cuma nak tunjukkan bahawa Pas hanya perjuangkan kepentingan politiknya saja, tidak langsung ada kepentingan yang berasaskan kepada pegangan agama secara khusus. Kerana itulah apabila mereka kununnya nak laksanakan hukum hudud ianya hanya dianggap sebagai sesuatu yang hanya bertujuan untuk memancing undi.

Sepetutnya, jika Nik Aziz benar-benar perjuangkan agama, beliau akan persalahkan mereka yang menayangkan video berkenaan tetapi dalam masa sama juga akan mencerca individu yang melakukan perbuatan terkutuk didalam video tersebut.

Apakah kerana Nik Aziz yakin bahawa Anu arr sekali lagi 'buat hal' dan kali ini dalam kes berzina dengan pelacur, maka Nik Aziz membela Anu arr kerana Anu arr rakan 'sepasukannya' dan menyalahkan penyiar video berkenaan kerana bukan rakannya dan akan memusnahkan rakannya.

Siapa Nik Aziz ini jika bukan setaraf dengan 'Ayah Pin'? Yang mampu berhubung terus dengan Allah dan mengampunkan dosa seseorang? Sepatutnya sudah lama dulu Nik Aziz disiasat sebagaimana siasatan terhadap Ayah Pin dan Al-Arqam. Bahkan Nik Aziz lebih bahaya kerana ianya bukan saja melibatkan agama bahkan politik sekaligus. Nik Aziz telah mengagamakan politik!

Baca mummy rokiah
panglima perang cyber
mesin taip buruk


26 March, 2011

TUKAR TIUB JUGA MANGSA LIWAT?


Ini tayar bukan tiub, dan patut ditukar


Spenda ini pun sudah patut ditukar juga, Kah! kah! Kah!



Blog Tukar Tiub adalah blog pencacai nombor satu Anu arr AL-JUBURI. Dari dulu sampai sekarang dia tetap sokong peliwat tegar itu. Blognya selain dari dipenuhi fitnah, ianya hanya dipenuhi dengan Kah! Kah! Kah!

Entrynya hari ini adalah mengajak kita bersama menyertai kempen bergelap. Dibawahnya ada lagi satu kempen, iaitu mengenai ceramah dari Al-Juburi tapi tak ada kena mengena dengan KY Jelly.

Kita cuma bimbang bila perkara pertama dan perkara kedua disatukan, yakni kempen bergelap dan ceramah Al-Juburi kerana kita bimbang dalam masa bergelap selama 60 minit itu ada nanti pihak yang akan mengadu dan buat laporan polis bahawa dirinya telah terliwat.

Kah! Kah! Kah! Saya rasa Tukar Tiub sudah patut Tukar Tayar dan bahkan Tukar Spenda juga, hehe. Yang lama tu mungkin sudah bocor dan dibolosi, sebagaimana juga mindanya yang sudah begitu lama diliwat.

25 March, 2011

SIAPA AKAN GANTI ANU ARR?


Anu arr dan Lim Kit Sial


Apakah itu satu perangkap atau satu konsperasi atau ciptaan manusia atau kegilaan semula jadi yang terdapat pada diri. Anwar Ibrahim adalah targetnya. Diantara percaya atau tidak, itulah yang berlari dibenak pemikiran rakyat Malaysia hari ini.

Percaya kerana persetubuhan itu adalah anugerah Tuhan kepada Adam dan Hawa selagi manusia itu ada perasaan dan nafsu. Tidak percaya kerana 'dalang' kepada video lucah yang disebut bahawa Anwar Ibrahim adalah pelakunnya bersama seorang wanita asing itu ialah Rahim Tamby Chik, Pengerusi RISDA yang satu ketika dulu dikaitkan dengan isu moral.

Tergamakkah seorang kawan merancang untuk menjatuhkan kawannya dengan tidak ada apa-apa motif dan tanpa balasan yang berbaloi. Persoalannya kenapa dicarinya Rahim Tamby Chik untuk dijadikan sebagai pengeluar dan pemilik video lucah tersebut sekiranya kawan itu mahu memalukan kawannya itu kerana sakit hati.

Banyak perkara yang perlu disiasat disebalik pengeluaran video lucah yang telah di tayangkan di Carcosa Negara dan tempat yang dirahsiakan semalam yang mana beberapa orang tertentu dibawa menunton termasuklah beberapa orang wakil rakyat dan blogger yang menyokong kuat UMNO dan BN  ~ Sinar Harian  (Klik)


Soal yang lebih penting adalah siapakah yang akan jadi pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Ini harus diberikan perhatian kerana apapun, Anwar Ibrahim tidak akan lama lagi dapat bertahan sebagai Ketua pembangkang dengan bermacam-macam masalah dan skandal yang timbul satu demi satu dan menjebaknya. Yang pastinya pengganti itu bukanlah Datin Seri Dr. Wan Azizah kerana beliau bukanlah seorang Ahli Parlimen. Bukan juga Azmin Ali dan bukan juga Nurul Izzah kerana nampaknya dalam pakatan pembangkang sendiri sudah ada tanda-tanda ingin melenyapkan PKR dengan membenamkan parti itu.

Haji Hadi sudah tentu akan juga divbenamkan kerana kaum cina tentu tidak akan jujur dalam persahabatan mereka dalam pakatan pembangkang ini. Yang akan tampil kehadapan untuk jadi pemimpin dalam pakatan kelak adalah dari kalangan DAP. Lim Kit Siang sudah tentu siang dan malam sudah berkira-kira apa strategi untuk menutup mulut tok-garu dalam Pas ini. Pas juga sudah tentu lebih rela duduk dicelah ketiak DAP dari bersama UMNO, bahkan Nik Aziz akan lebih rela memilih bersahabat dengan syaitan dari UMNO. Kerana itu tidak mustahil bahawa DAP akan mencapai hasratnya untuk memimpin pakatan pembangkang di Malaysia kelak bagi meneruskan agenda 'ultra kiasu' serta 'chauvinist'nya

Lalu siapa lagi yang akan perjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam jika bukan UMNO? Maka itu semua pihak harus melihat dan berbalik semula kepada UMNO sebagai satu-satunya penyemat agama dan maruah bangsa.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...