31 May, 2012

UMNO TIDAK LEMAH, CUMA SPEKULASI YANG MELEMAHKAN UMNO




1. Apakah benar pengundi Cina sudah kembali menyokong BN? MCA? Gerakan? Soalan yang tiada jawapan tepat selain dari pandangan peribadi dan spekulasi semata-mata.

2. Dalam keadaan kecundangpun wakil-waklil Cina turut diangkat memeggang kuasa dengan memberikan mereka beberapa jawatan penting dalam kerajaan sebagai menteri dan timbalan menteri dalam kabinet. Soalnya apakah setelah diberikan jawatan mereka itu berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu memenangkan BN dan parti yang mereka wakili sendiri?

3. Kekalahan BN dalam PRU lalu dispekulasikan sebagai penolakkan rakyat kepada UMNO, sedangkan hakikatnya sokongan UMNO masih kuat walaupun sudah ada sedikit penurunan. Kemungkinan yang tidak memberikan sokongan itu bukannya membenci tetapi hanya sebagai undi protes terhadap pemimpin-pemimpinnya. UMNO masih kuat, yang lemah adalah parti-parti yang mewakili kaum Cina.

4. Apakah agenda sebenarnya kaum Cina dalam politik negara dewasa ini? Akhbar-akhbar Cina juga seringkali memberikan liputan dari sudut yang berbeza, yang manampakkan apa yang negatif kepada kerajaan khususnya parti UMNO.

5. Mungkin agenda besar kaum Cina adalah membentuk satu penyatuan politik perkauman yang kukuh, tetapi kenapa dalam masa sama parti politik Melayu lebih menjurus kepada perpecahan? Atau mungkin kerana sedar perpecahan yang sedang berlaku terhadap parti kaum Melayu maka kaum Cina mengambil kesempatan ini untuk menguasai seterusnya menguasai negara.

6. Tidak mustahil bahawa bangsa dari kalangan majoriti yang tidak bersatu dan berpecah-pecah akan dikuasai oleh kaum minoriti tetapi bersatu padu. Apakah pemimpin-pemimpin Pas melihat ini semua? Atau mereka lebih rela diperintah asal selain dari Melayu UMNO?

7. Baca juga pandangan sama dari blog 'Reboot Your Thinking', dari seorang penulis bangsa Cina yang berjiwa Melaysia. (Klik Sini dan Sini) Semoga kita sedar dan terus berwaspada agar tidak terus membiarkan Anu arr dan mana-mana pihak yang sehaluan dengannya mengawal spekulasi bagi menjerumuskan negara kearah kemusnahan dengan hasrat untuk berkuasa.

APAKAH HARAPAN JIKA BERGANTUNG KEPADA ANU ARR..?



1. Anu arr adalah pemimpin diktator. Selaras dengan penubuhan PKR yang hanya memperjuangkan kebebasan Anu arr semata-mata.

2. Anu arr bukan berjuang untuk membea rakyat bahkan sebaliknya Anu arr lah yang mengharap rakyat berjuang untuk dirinya. Apabila perjuangan dan jasa bakti ahli-ahli yang sudah tidak diperlukan lagi, maka mereka akan disingkirkan begitu saja.

3. Sudah ramai pemimpin-pemimpin besar dalam PKR yang meninggalkan parti kerana sudah hilang kepercayaan terhadap Anu arr......anda bila lagi? Jangan tunggu sehingga terlalu lewat dan jangan menunggu sehingga anda di 'liwat'...

DATO' FAUZI BERMIMPI JADI MB?,




1. Kemanakah Dato' Fauzi Abdul Rahman selepas ini? Sebuah laman blog pro pembangkang (Klik Sini) menaruh harapan tinggi bahawa beliau adalah bakal MB Pahang. Malah blog berkenaan dengan selamba memperkecilkan keupayaan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan menganggapnya tidak layak jadi pemimpin pembangkang negeri Pahang. Kesian dia, tapi memang saya suka dan memang saya anggap dia juga tidak layak.

2. Dato' Fauzi adalah mantan Ahli Parlimen Kuantan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan dari Oktober 1990 - 1995, Setiausaha Parlimen Kementerian Tahan dan Pembangunan Koperasi (1995 -1997) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1997 -1999).

3. Beliau juga bekas Ketua UMNO Bahagian Kuantan. Mula bertanding parlimen pada 1990. 1995 bertanding kerusi DUN Beserah dan kekal sehingga 2004. Beliau kecewa kerana dikalahkan dalam pemilihan bahagian dan menuduh politik wang adalah punca dan penyebab kekalahannya.

4. Akhirnya beliau menyertai PKR dengan menjawat jawatan tertinggi sebagai Pengerusi PKR Negeri. Sewaktu masih didalam BN dan ADUN Beserah lagi beliau sudah diwar-warkan akan mengosongkan kerusinya untuk membolehkan PRK diadakan sebagai tanda protes kepada BN, namun ketika itu beliau 'kurang berani'. Beliau juga dituduh menutup mulutnya setelah disuap dengan RM4juta. (Klik Sini)

5. Dalam keadaan sokongan kepada PKR dan pembangkang semakin menurun ketika ini, serta permasalahan peribadi dan skandal yang melibatkan pemimpin PKR, apakah Dato' Fauzi masih menaruh harapan kepada pakatan pembangkang dan masih bercita-cita untuk menjadi MB Pahang?

6. Sebelum terlambat, lebih baik Dato' Fauzi segera membuat U-Turn dan kembali kepangkuan UMNO secara terhormat sebelum beliau kecundang dalam keadaan yang memalukannya kelak. Jika segala keburukan Anu arr dan Azmin mampu dibongkar dalam suasana politik sekarang, apakah tidak mungkin sebarang isu yang melibatkan Dato' Fauzi juga akan didedahkan kepada umum menjelang PRU nanti? Kita sudah mengumpul dan ada banyak maklumat mengenainya.

7. Memadailah dengan 'Suck-Mongkol' yang tersalah lompat ke parti rasis DAP, yang masih bermimpi disiang hari. Insaflah dan hentikanlah mengkhianati bangsa dan negara sendiri. Jadilah pejuang sebenar dan bukannya petualang. Mari cari keredhaan dan semoga jasa kita akan dikenang!

30 May, 2012

HANGAT: KLIK SEGERA KLIP VIDEO ANWAR SHAMSIDAR....SEBELUM DIPADAMKAN




1. Video klip yang blog Papagomo pun tidak berani menyiarkannya selama ini. Yang blog panas berapi ParpuKari juga tidak berani siarkannya. 

2. Klik segera sebelum dipadamkan. Rakaman Video Anwar Shamsidar


JIKALAU BUKAN UMNO.....ANU ARR...




1. Saya terfikir, jikalau bukan UMNO parti manakah yang akan saya sokong dan sertai? Tidak mungkin Pas selagi Nik Aziz dan Hj Hadi ada didalamnya. Kerana saya berpendapat bahawa angkara mereka berdualah orang Melayu berpecah belah.

2. Tidak juga kepada PKR, kerana itu adalah parti orang-orang kecewa. Jikalaulah sayapun kecewa apalah ertinya menyertai parti orang-orang kecewa kerana kekecewaan bercampur dengan kekecewaan akan menambah bebanan kekecewaan.

3. Tidak sesekali kepada DAP, sebuah parti chauvanish yang terkenal sikap rasisnya. Kalaupun mereka kelihatan baik dengan kita pasti ada udang disebalik batu dan pasti mereka hanya ingin menggunakan kita untuk kepentingan mereka. Jikalau tidak demikian sudah tentu tidak akan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim akhirnya meninggalkan parti itu baru-baru ini. Yang masih kekal bersama DAP seperti 'Suck-Mongkol' dan Aspan Alias adalah dari kalangan yang masih tidak sedar diri dulu, kini dan selamanya.

4. Tidak ada ke mana lagi untuk saya pergi selain dari UMNO. Jikalaupun kita ada kebencian kepada parti ini, kebencian kita hanyalah kepada pemimpin atau orang-orang tertentu. Justeru, sama ada kita berdiam diri atau pun menjadi ahli parti yang agesif, yang berjuang menentang keburukkan didalam parti, bukan duduk diluar dan bagaikan anjing menyalak bukit.

5. Anu arr pun sedari bahawa beliau patut dan tersangat ingin berada didalam UMNO kembali. Kerana itulah dia tidak jadi pemimpin parti PKR yang ditubuhkan untuk memperjuangkan kepentingan peribadinya. Anu arr sedar, untuk jadi PM beliau mesti berada di dalam UMNO. Banyak kali Anu arr memujuk untuk membenarkannya kembali semula kedalam UMNO, hanya UMNO saja yang sudah tidak dapat menerimanya lagi.

6. Dalam sejarah UMNO, Anu arr adalah patualang, bukannya pejuang. Anu arr tidak jujur dan tidak sayangi UMNO sejak dulu lagi. Kerana itulah kini Anu arr mencerca UMNO, dahan yang dimana suatu ketika dulu dia berpijak dan berdiri tegak diatasnya. Anu arr yang pada zaman remajanya ketika bergelar mahasiswa adalah orang yang pernah memijak bendera UMNO.

7. Ramai dikalangan pemimpin pembangkang yang ada sekarang ini adalah hasil dari 'kilang' UMNO. Jikalau buruklah UMNO itu maka sudah tentu buruk jugalah diri mereka walau dimana mereka berada atau walau parti mana mereka menyertainya, bahkan mungkin keburukan UMNO itu adalah kerana keburukan mereka-mereka itu sendiri.

8. Anu arr saya ibaratkan bagai sampah dari longkang, yang di kutip oleh Tun Mahathir dan dibersihkan, namun akhirnya longkang jugalah tempat yang sesuai untuknya.

KALAU ANU ARR JADI PM




1. Kalau Anu arr jadi PM, kes liwat dan hubungannya dengan Shamsidar sudah tentu tiada siapa yang berani membongkarnya. Kalaupun ada usaha untuk membongkar, sudah pasti akan segera ditutup dengan menggunakan segala kuasa dan jentera kerajaan termasuk juga polis.

2. Kenapa Ummi terlalu berdendam kepada Anu arr? Sebab ketika Anu arr masih TPM dan Ummi cuba dedahkan skandalnya, Ummi telah diberikan tekanan hebat sama ada dari segi mental dan fizikal. Kerana itulah Ummi membalasnya ketika ini dan tidak sesekali akan membenarkan Anu arr jadi PM kerana kalau Anu arr jadi PM, tentu negara akan jadi lebih buruk dari keadaan sekarang ini.

3. Kalau Anu arr jadi PM, segala sejarah dan keburukkannya akan dipadamkan bagaimana cara sekalipun,  dan selepas itu Anu arr akan menuduh orang lain sebagai tidak baik, korup, tidak bersih dan penuh skandal. Kita juga sudah melihat apa yang berlaku sekarang ini, DS Najib difitnah dengan berbagai tuduhan termasuklah membunuh Altantuya.

4. Kalau Anu arr jadi PM, tentu akan terpendam segala masalah kecurangan Azmin serta bagaimana Shamsidar mendapat kekayaan yang terampau yang sudah tentu sangat mustahil untuk dikumpulkan oleh sesiapapun dalam masa sedemikian singkat. Baca dan Klik ke: Anwar arah BPR tutup kes rasuah Azmin.

5. Kalau Anu arr jadi PM, sudah tentu duit kertas bernilai RM500 dan RM1,000 akan diiktiraf dan digunakan semula. Kerana wang kertas itu selama ini disimpin dimerata bank taraf dunia, namun ketika ini ianya tidak bernilai selain dari hanya sebagai 'wang kertas cina mati'.

6. Kalau Anu arr jadi PM, tentu kebebasan seks dan melakukan seks disokong. tentu masyarakat kita akan jadi huru-hara dan terpedaya dengan kejutan budaya seks bebas bahkan antara lelaki sesama lelaki dan perempuan sesama perempuan.

7. Jika Anu arr jadi PM, tentu agama Islam tidak lagi jadi agama resmi negara bahkan azan tidak lagi akan berkumandang diruang angkasa selaras dengan pendiriannya dalam bab agama.

8. Jika Anu arr jadi PM, tentu ramai antara kita yang tidak relakannya. Jadi, pastikan jangan ada yang memyokong parti pembangkang yang menyokong Anu arr untuk berkuasa dan jadi PM Malaysia.





29 May, 2012

PENYOKONG PKR TERTIPU, UNDIAN MEREKA SIA-SIA





1. Azan Ismail entah macamana bertanding di Parlimen Indera Mahkota. Entah bagaimana pula beliau dimenangkan oleh pengundi di kawasan berkenaan. Maka terpilihlah beliau sebagai wakil rakyat Ahli Parlimen Indera Mahkota sejak PRU12 lalu.

2. Namun Azan bagaikan merasa tersalah tempat dan tersalah mewakili rakyat. Beliau sepatutnya jadi wakil rakyat di negeri Terengganu, negeri tanah tumpah darahnya. Kerana itu jugalah dia kurang menyerlah di Indera Mahkota.

3. Sepanjang tempoh beliau jadi wakil rakyat, tidak nampak apa yang dilakukan bagi membela rakyat yang diwakilinya selama ini. Tidak ada pembangunan kemudahan asas, tidak ada juga pembangunan insan. Beliau hanyalah seorang Ahli Parlimen yang hanya ada pada namanya saja, hakikatnya Indera Mahkota tidak ada Ahli Parlimen.

4. Mungkin Fuziah lebih baik dan lebih bijak dari Azan. Walaupun sedar beliau tidak mampu lakukan pembangunan, namun Fuziah sangat menyerlah sebagai 'Ratu Jalanan Bantahan Lynas'. Kerana itu Fuziah tidak pernah gagal untuk jadi penjuang alam sekitar bagi menghijaukan biji mata penyokong Pas di daerah Kuantan. Walaupun perjuangan itu hanya pura-pura dan tipu daya semata-mata, setidak-tidaknya nama Fuziah akan kekal jadi sebutan sebagai 'Ratu Bantahan Jalanan'.

5. Dalam PRU12 lalu, Azan telah menangi Kerusi Indera Mahkota dengan majoriti 1,027 undi apabila mendapat 18,796 undi dari 51,235 pemilih berdaftar. Kesihan kepada 51,235 pemilih berdaftar serta rakyat  lainnya termasuk yang belum layak mendaftar, kerana 18,796 pengundi yang membuat pilihan yang salah maka keseleuruhan mereka terpaksa menanggung bencana. 

6. Mudah-mudahan dalam PRU akan datang, para pengundi tidak lagi akan melakukan kesilapan dengan memilih wakil yang tidak layak dan tidak mampu membantu mensejahterakan rakyat, khususnya di Indera Mahkota dan Kuantan. Supaya juga mereka tidak lagi tertipu dan undian mereka tidak jadi sia-sia saja.

NIK AZIZ LETAK JAWATAN MB GANTI KAUM CINA




1. Nik Aziz kata bukan Melayu boleh jadi PM asalkan Islam. Itu kata-kata politik Ulamak Politik ini untuk menarik sokongan pengundi kaum Cina.

2. Ibrahim Ali cabar Nik Aziz supaya mulakannya dengan serahkan jawatan MB Kelantan kepada Datuk Anuar Tan Abdullah kerana beliau menepati ciri yang dikatakan oleh Nik Aziz. Nik Aziz perlu sahut sokongan Ibrahim Ali supaya orang tak kata cakap tak serupa bikin.

3. Apakah Nik Aziz akan sahut cabaran itu? Sudah tentu dia tidak akan berani kerana dia masih memerlukan jawatan dan pangkat dalam kehidupannya. Walaupun dia sedar keadaan kesihatannya sudah tidak lagi mengizinkan beliau terus kekal lama sebagai MB Kelantan tetapi dia manusia biasa juga dan ahli politik biasa saja.

4. Nik Aziz sanggup gugurkan hasrat Pas membina negara Islam kerana disergah oleh sekutu DAPnya. Diantara perjuangan agama dan sokongan politik nyata Nik Aziz memilih sokongan politik dari sperjuangan agama.

5. Hudud juga sudah bukan lagi tujuan utama parti Pas. Justeru apa bezanya antara Pas dengan UMNO? Nampaknya UMNO lebih layak untuk menggantikan Pas yang sudah lari dari asas perjuangannya. UMNO lebih jelas perjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam berbanding Pas yang hanya mengadai perjuangan Islam.

Nik Aziz dicabar serah jawatan MB kepada Anuar Tan


AGAMA SUKU, POLITIK SUKU..... NIK AZIZ 3 SUKU




1. Nik Aziz semakin celaru menjelang PRU. Dalam hatinya masih ingin kekal berkuasa dan jadi MB sampai mati. Namun dikiri-kanan sudah ada sok-sek-sok-sek walaupun tidak secara jelas memintanya berundur.

2. Lebih 20 tahun Kelantan dibawah pentadbiran Nik Aziz, tidak ada pembangunan serta kebajikan untuk rakyat yang mampu diberikan. Bekalan air masih keruh sebagaimana selebum merdeka dulu sehingga sebilangan rakyat lebih rela menggali perigi sendiri.

3. Mengharapkan bekalan dari kerajaan Kelantan adalah satu penantian yang sia-sia. Kepala pain bukan saja membekalkan air yang kotor dan keruh bahkan banyak kali apabila kepala paip dibuka, yang keluar bukannya air bahkan hanyalah ...'shisss' bunyi angin ibarat bunyi kentut dari jubur seorang tua.

4. Menjelang PRU13 Nik Aziz masih ingin bermain politik. Tiba-tiba beliau mendapat ilham untuk memungut derma bagi membina lebuhraya 4 lorong dari Kota Bharu ke Kuala Krai. Rakyat miskin dikampong-kampong pedalaman tidak punya kereta besar yang boleh dipandu laju, bahkan mereka hanya mampu menaiki kenderaan awam, bas atau pun keretapi. Justeru untuk apa dan siapa lebihraya itu dibina? Yang mereka lebih perlukan adalah bekalan air bersih yang suci lagi mensucikan.

5. Nampaknya menjelang PRU, Nik Aziz yang terkenal sebagai Ulamak Politik itu masih gagal bezakan antara agama dengan politik bahkan beliau seringkali mempolitikkan agama demi untuk terus kekal berkuasa di Kelantan. 



PRU13 BUKAN SATU EKSPERIMEN MENGUBAH KERAJAAN





KUALA LUMPUR 28 Mei - Mentadbir sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia bukan tugas mudah dan hanya parti atau kerajaan yang mempunyai pengalaman serta rekod cemerlang sahaja mampu meneruskan keharmonian yang dinikmati pada hari ini.

Justeru rakyat tidak boleh membuat eksperimen terhadap nasib dan masa depan negara pada pilihan raya umum akan datang kerana kesilapan membuat keputusan bakal menjerumus Malaysia ke dalam situasi tidak menentu seandainya parti dipilih belum bersedia.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang membuat rumusan itu berkata, sehingga kini pakatan pembangkang yang bercita-cita mahu menggantikan Barisan Nasional (BN) masih lagi bertelagah mengenai soal pembahagian jawatan sehingga gagal membentuk Kabinet bayangan.

Katanya, sebagai sebuah parti yang mahu memerintah negara ini, pakatan pembangkang sepatutnya sudah menyelesaikan soal pembahagian tersebut lebih awal dan bukan hanya akan berbuat demikian selepas mereka berjaya menawan Putrajaya.

"Kalau mereka berjaya menawan Putrajaya dan pada masa itu bertelagah siapa akan jadi Perdana Menteri dan siapa Timbalan Perdana Menteri. Kedudukan apa yang akan diserah kepada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, apa akan jadi kepada negara?   Klik ke Sumber


1. Demikian kenyatan seorang yang berpengalaman dan matang berfikir dalam politik dan pernah mendukungi sebuah parti 'rasis' yang pandai sembunyikan apa dalam hati mereka. Mereka juga pandai mengula-gulakan pemimpin Melayu yang kecewa yang perjuangannya hanya kepada diri sendiri semata-mata.

2. Tunku Abdul Aziz berpendapat pembangkang masih tidak layak untuk mentadbir negara kerana permaufakatan yang mereka asaskan setakat ini bukannya berasaskan perpaduan sebenar. Tidak sebagaimana didalam BN yang jelas perpaduannya serta mempunyai halatuju dalam perjuangan.

3. Malanglah jika masih ada mana-mana Melayu yang merasakan mereka lebih pintar dari Tunku Abdul Aziz yang menyertai DAP dan mengharapkan perjuangan DAP untuk membela semua kaum sebagai satu perjuangan yang jujur dan ikhlas. Mungkin mereka masih belum sedar bahawa mereka diperbodohkan atau mereka memperbodohkan diri mereka sendiri untuk perjuangan yang hanya menguntungkan orang lain.

4. Kita menanti-nanti apakah reaksi seterusnya dari 'Suck-mongkol' dan 'Aspan'. Apakah mereka akan kembali kepangkan jalan atau akan terus tenggelam dalam impian yang pasti tidak akan kesampaian.

5. Yang pasti, ini bukanlah masa untuk mencuba-cuba menukar kerajaan dengan impian bahawa jika gagal nanti kita akan mampu kembali kepada yang lama kerana sekali kita berubah, selamanyalah masa depan anak cucu kita akan musnah. 

28 May, 2012

LEBUHRAYA RAKYAT KOTA BHARU - KUALA KRAI?




1. Konon Pas Kelantan nak bina Lebuh Raya Rakyat dari Kota Bharu ke Kuala Krai sepanjang 73KM dan tanpa tol. Maka menjelang PRU13 ini, Tok Garu MB Kelantan terpaksalah berlakon sepertimana skrip untuk terus menerus menipu rakyat negeri Kelantan.

2. Sebelum ini Kerajaan Pusat telah mengeluarkan dana sebanyak RM600 juta bagi tujuan pembangunan negeri Kelantan. Apakah dana berkenaan tidak diperlukan atau tidak digunakan oleh Pas Kelantan atau menganggap wang berkenaan adalah duit haram dari sumber yang haram?

3. Janganlah rakyat Kelantan tertipu dengan mainan politik Tok Garu ini kerana setelah memerintah Kelantan lebih 20 tahun beliau sepatutnya melakukan ini lebih awal lagi sekiranya beliau benar-benar jujur dan melakukannya kerana rakyat dan kerana Allah. Tetapi kerana apa ini dilakukan menjelang PRU? Apakah sumbangan berkenaan akan benar-benar digunakan untuk pembangunan atau akan dialihkan untuk kegunaan kempen PRU?

4. Cuba kita tanya Nik Ajis @ Tok Garu ni, apakah Lebuihraya Rakyat ini nanti akan jadi sama seperti Ladang Rakyat dulu? Yang hanya memberi faedah kepada orang tertentu saja sedangkan rakyat hanya dijadikan alasan bahkan terus disengsarakan.

5. Rakyat yang rata-rata miskin lebih perlukan belakan air bersih untuk kehidupan mereka, Mereka tidak miliki kereta mewah untuk meluncur laju di Lebuhraya 4 lorong yang akan dibina itu. Bahkan tanggungjawab kerajaan adalah untuk membantu rakyat, justeru bukanlah rakyat yang perlu menanggung sebarang kos pembangunan. Memadailah dengan cukai yang rakyat bayar selama ini.

6. Jikakalau pun sumbangan dari rakyat diperlukan, kenapa tidak didahulukan oleh para pemimpin mereka yang sah dan nyata memiliki kekayaan atas jawatan dalam parti dan kerajaan yang dipegang? Kenapa perlu rakyat yang miskin itu berkorban dan berjuang untuk mereka kerana sepatutnya merekalah yang berjuang untuk rakyat.

7. Bukan sedikit pemimpin Pas yang kaya-raya dari wang rakyat dalam Pas Kelantan. Mungkin mereka yang akan mendapat lebih manafaat dari pembinaan Lebuhraya berkenaan, justeru merekalah yang perlu menyumbang untuk tujuan itu dan bukannya rakyat yang miskin yang tinggal di kampong-kampong di pedalaman. Mereka ini lebih perlukan kemudahan asas seperti bekalan air bersih mengatasi segalanya.

8. Khabarnya, YB Adun Melor ada kekayaan berjuta-juta dan mungkin beliau boleh menyumbang sebagai sedekah kepada pembinaan Lebuhraya berkenaan selain dari membayar mut'ah kepada bekas isteri Kembojanya.

AHLI UMNO YANG KECEWA




1. Ini sebahagian kecil dari masalah yang dialami oleh orang-orang UMNO, yang perlu pucuk pimpinan berikan perhatian. Ini bukan saja berlaku di Perak, malahan dimana-mana negeri di Malaysia termasuklah Pahang.

2. Ramai yang sayangi UMNO dan percaya bahawa hanya UMNOlah yang mampu membantu mereka dan memerintah dengan baik. Cuma kerenah birokrasi dan sikap penjawat awam yang membuatkan mereka kecewa dan merasakan bahawa tidak ada perlunya mereka bersungguh-sungguh menyokong kerajaan yang tidak dapat membantu mereka.

3. Banyak kes dimana mereka yang menyokong kerajaan bersungguh-sungguh serta berjuang bermati-matian untuk memastikan kerajaan UMNO BN terus berkuasa, namun apabila ketika mendapatkan laba, orang-orang yang sah dan terang-terang menentang kerajaan menerimanya.

4. Itu menjadi satu tamparan dan membuatkan mereka merasa kecewa dan berdendam kepada kerajaan. Jika menyokong kerajaan bermati-matian dan tidak menerima apa-apa dan mereka yang menentang kerajaan mendapat faedahnya, justeru untuk apakah perjuangan mempertahankan kerajaan diteruskan?

5. Pemimpin harus melihat rakyat hingga kedalam hati nurani mereka. Walaupun bukan semua, namun banyak kes penjawat awam merupakan punca kebanyakan masalah antara rakyat dengan kerajaan. Gejala rasuah umpamanya, yang terlibat itu adalah individu namun mereka bertugas mewakili kerajaan maka yang menanggung keburukannya adalah kerajaan.

6. Bukan semua, namun ada sebilangan penjawat awam adalah duri dalam daging yang mencemarkan kerajaan sama ada secara tidak langsung ataupun memang secara terancang dalam usaha memberi reputasi buruk terhadap kerajaan seterusnya menjatuhkan kerajaan.

8. Pemimpin perlu ingat sedar bahawa ada sebahagian rakyat mampu bersuara untuk menyatakan tidak puas hati mereka, namun banyak lagi yang tidak mampu bersuara tetapi memendamkannya didalam hati menjadi bara api yang akhirnya membakar dan mengubahnya dikertas-kertas undi dalam PRU dengan niat mengajar kerajaan dan pemimpin.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...