21 December, 2008

BULAN RETAK DI TERENGGANU SIAPA CALON

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh calon PRK P036

Datuk Nik Aziz Nik Mat, Musyridul Am PAS - sedang main jolok-jolok

Bulan Retak di P036



P036 - BN telah membuat pengumuman dengan meletakkan calon UMNO Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam Pilihan Raya Kecil pada 17 Januari depan. Ini sangat jelas dan dibuat lebih awal lagi mendahului calon pembangkang. Apapun masalah yang akan timbul, ianya adalah masalah dalaman yang boleh diselesaikan dengan pertimbangan dan tolak ansur.

PAS bagaimana? Saiapakah calon PAS masih menjadi tandatanya. Nampaknya Kuala Terengganu akan menyaksikan bulan retak.

Datuk Nik Aziz Nik Mat, Musyridul Am PAS awal-awal lagi telah mencadangkanMohamad Sabu sebagai calon. Kita boleh memahami ini jika PRK ini di Kelantan kerana Datuk Nik Aziz bercakap sebagai pemimpin PAS negeri. Malangnya ini berlaku di Terengganu dimana Datuk Seri Haji Hadi Awang adalah pemimpin PAS negeri yang juga Presiden PAS Pusat.

Siapakah dibelakang Musyridul Am PAS ini? Benarkah Datuk Nik Aziz sedang diasak oleh kumpulan erdogan atau lebih jelasnya Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang mengeletek membuatkan Datuk Nik Aziz melatah.

Yang pastinya PRK P036 akan menyaksikan PAS tidak dapat bersatu hati dalam soal calon yang akan bertanding kelak. Jika Mohamad Sabu TIDAK dicalonkan maka kumpulan erdogan tidak akan membantu (bermati-matian) berkempen. Nampaknya BN telah mendapat kemenangan dalam pusingan pertama.

3 comments:

  1. Nampaknya PAS akan putih mata kali ini. Calon pun mereka belum putus lagi.

    ReplyDelete
  2. Wan Farid tu bukan bersih sangat. Katanya budak tkt 4 proksi Khairy.

    ReplyDelete
  3. yer lah kenapa ambik calon yg dibela KJ ini susah nak menang!

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”