Kehangatan bahang Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (P036) semakin terasa. Berbagai taktik dan strategi sedang dirancang untuk dilaksanakan bagi memenangkan calon masing-masing. Seperti kebiasaannya, politik di
Jika benarlah Mat Sabu akan bertanding mewakili PAS nanti, tentu kita akan dihidangkan dengan berbagai-bagai kata cacian yang dituju kepada siapa saja calon lawan dan parti lawan (Kerajaan). Kita tidak dapat melupakan siapa Mat Sabu dalam bab kata mengata ini, sehingga beliaulah orang yang pertama menganugerahkan gelaran Al-Jubri kepada DS Anwar Ibrahim (sewaktu DSAI masih dalam Kerajaan)
Malangnya, terlajak kata tidak dapat ditarik balik, maka DSAI sehingga kini masih terpaksa menerima gelaran Al-Jubri yang dianugerahkannya oleh Mat Sabu itu walaupun mungkin jauh disudut hati mereka ingin membuang gelaran tersebut.
Begitulah keadaan politik dimana hanya mengutamakan keuntungan jangka pendek tanpa memikirkan dan menilai apakah akibat yang akan ditanggung kemudian kelak.
Walau berapa calon yang akan bertanding kelak, saingan sebenar hanyalah dua: Parti Kerajaan yakni BN yang sudah tentunya diwakili UMNO dan parti Pembangkang yang mungkinnya PAS berdasarkan majority pengundi Melayu di P036 dan calon yang diletaklkan semasa PRU12 lalu.
Memang PRK P036 ini sangat penting bagi kedua-dua pihak sebagai cerminan sokongan masing-masing. Pakatan Rakyat (PR) memerlukan kemenangan disini bagi mengekalkan momentum penguasaan kuasa dan apa yang mereka panggil sebagai protes rakyat selepas kemenangan di Permatang Pauh, manakala BN harus memenanginya sebagai penafian kepada teori hakisan sokongan kepada kerajaan. Bagi sesetengah pihak, PRK P036 adalah lebih hebat berbanding sebelum ini. BN tidak boleh kalah kerana ini adalah perjuangan maruah kerana P036 adalah milik BN UMNO sebelum ini.
Berbeza dari P044 Permatang Pauh dimana BN hadir sebagai underdog yangmana kemungkinan untuk menang itu sangat tipis. Di P036 ini BN adalah penyandang bagaimanapun jangan memandang remeh kepada usaha yang dijalankan oleh PR untuk merebut kerusi parlimen ini kerana kemenangan lalu yang kecil. PR boleh memalukan BN jika tidak kempen dijalankan dengan betul. Apa yang membimbangkan adalah kehadiran Khairy Jamaluddin sebagai calon mewakili kempen Pemuda akan membuatkan pengundi meluat dan berpaling kearah lain.
Walau apa keadaan sekalipun, BN mesti memenangi P036 ini dan pengundi berkenaan mesti memberikan undi mereka kepada UMNO BN kerana beberapa alasan;
- Mengembalikan maruah BN yang tercemar selepas PRU12 yang lalu. (kita tidak ambil kira PRK P044 kerana keadaan disitu memang tidak memihak kepada BN)
- Memberikan harapan kepada UMNO khususnya bangsa melayu bahawa perjuangan bangsa masih dapat dikekalkan adanya jatidiri bangsa melayu.
Berikut keputusan PRU 12 di P036
P036 Kuala Terengganu
Pengundi | M | C | I | L | Wakil | Undi | Majoriti |
80,325 | 88.14% | 10.94% | 0.65% | 0.27% | BN | 32,562 | 628 |
N013 Wakaf Mempelam
Pengundi | M | C | I | L | Wakil | Undi | Majoriti |
20,573 | 99.33% | 0.43% | 0.07% | 0.15% | PAS | 9,645 | 2,193 |
N014 Bandar
Pengundi | M | C | I | L | Wakil | Undi | Majoriti |
18,953 | 60.4% | 38.02% | 1.23% | 0.31% | BN | 7,831 | 1,142 |
N015 Ladang
Pengundi | M | C | I | L | Wakil | Undi | Majoriti |
16,777 | 91.5% | 6.86% | 1.12% | 0.43% | PAS | 6,723 | 31 |
N016 Batu Buruk
Pengundi | M | C | I | L | Wakil | Undi | Majoriti |
24,022 | 98.02% | 1.41% | 0.35 | 0.20% | PAS | 10,672 | 1,161 |
Mat Sabu pakar mengata tetapi bukan pakar ramalan masa depan, kalau dia tahu dia akan jilat buntut Anwar tentu dia tak panggil Anwar Al-Jubri.
ReplyDeleteInilah dunia. Inilah politik. Kita kena buka mata luas-luas. Tokoh politik semua sama. Kepentingan diri, kepentingan kumpulan.