07 December, 2008

ORANG LAIN SEMUA SALAH DAN SATU CERITA DUA MASA

T Shirt @ T shit cadangan untuk ‘Team Cyber Trooper’ yang selalu menyalahkan orang lain. Mungkin warna hitam tidak sesuai. Boleh tukar warna biru laut atau hijau.

Logo cadangan untuk ‘Team Cyber Trooper’ yang selalu menyalahkan orang lain. Baru-baru ini, 'Blog Header' diblog 'Pahang Daily Online' telah ditukar - warna latar biru sudah jadi hijau. Macam sesumpah pulak dah. Apakata ini dimasukkan sekali. Mungkin nampak lebih garang, berwawasan dan kesetiaan kepada pemimpin. Itu hanya cadangan. Tak suka tak payah runsing dan jangan marah-marah.

Borang Soal-Selidik Sokongan. (Baca disini) Nyatakan sokongan anda kepada mereka


1. Melawat (bukan meLIWAT) laman blog Pahang Daily Online, kita masih dihidangkan dengan isu sama; ‘Team Cyber Trooper UMNO’ masih dengan cara sama – memaki hamun dan menyalahkan orang lain. Katanya, Pahang Daily Online telah menyiasat dan meninjau blog-blog ‘Team Cyber Trooper UMNO’ dan katanya tidak telus dalam membenarkan pengunjung memberikan komen. Blog MB diberikan teguran kerana katanya tidak aktif dalam membuat posting / tidak dikemaskini. Blog Pahang Daily, Pak Tam juga dihentam kerana dikatakan mengampu dan menjilat katanya.

Saya jadi tak faham apakah motifnya Pahang Daily Online membuat posting yang sedemikian? Apakah ingin menunjukkan bahawa mereka itu adalah dipihak yang sentiasa benar dengan menyalahkan orang lain? Apakah mereka ini insan yang teristimewa? – the coosen ones? Mereka kata bahawa blog ‘Team Cyber Trooper UMNO’ diujudkan untuk menyerang blog-blog mereka tetapi hakikatnya adalah disebaliknya. Apakah mereka ini juga ‘Team Cyber Trooper PAS/PKR’yang diupah untuk menulis? Kalau begitu, sama saja lah martabat kedua-duanya mereka (Pahang Daily Online dan Pahang Daily - serta kaum kerabatnya)

Sebenarnya itu semua tidak penting bagi saya dan lain-lain blogger yang 'neutral' kerana kami blogger yang berpegang kepada etika – menulis untuk menyampai dan berkongsi maklumat. Saya terfikir, apa kata kita para blogger Pahang adakan satu pertemuan tanpa mengira fahaman politik,bangsa dan agama dengan tujuan berkongsi pengalaman dan memantapkan penulisan kita. Adakah yang berani menyahut cabaran? ( di posting akan datang akan saya perhalusi cadangan ini).


2. Apakah apabila ada kuasa akan membolehkan kita membuat keputusan hanya mengikut kata kita sendiri? Ini satu cerita yang patut kita renungkan;

Cerita 1:
Si ayah duduk di depan pintu rumah dengan meletakkan gelasnya ditengah pintu. Tiba-tiba gelas tersebut terlanggar oleh anaknya yang melalui pintu berkenaan. Maka si ayah pun memarahi anaknya dan berkata; tak nampak ke gelas ayah disini? Si anak hanya mendiamkan diri kerana tak berani derhaka kepada ayahnya.

Cerita 2:
Di hari yang lain, si anak duduk di depan pintu rumah dengan meletakkan gelasnya ditengah pintu. Tiba-tiba gelas tersebut terlanggar oleh ayahnya yang melalui pintu berkenaan. Maka si ayah pun memarahi anaknya dan berkata; mengapa letak gelas disini? tak nampak ke ayah nak lalu disini? Si anak hanya mendiamkan diri kerana tak berani derhaka kepada ayahnya

Cerita lain yang sepertinya adalah:

Cerita 1:
Kita tak menyokong parti ‘U’ kerana mereka berkerjasama dengan orang Cina dan India. Orang-orang ni kafir. Kita berdosa berkerjasama dengan orang kafir.

Cerita 2:
Kita akan berkerjasama dengan orang Cina dan India. Tidak salah berkerjasama dengan orang kafir kerana …..pok pek pok pek…

Sendiri mau ingat lah! (boleh baca sini juga)

Bagaimanapun dihari yang mulia dan berbahagia ini ingin saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua.


No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”