1. Pahang Daily Online kata blognya diserang hackers. Mungkin dia tuduh ‘Team Cyber Trooper UMNO’. Tetapi ‘Pahang Daily Online’ tak cerita apa-apa tentang orang-orangnya yang serang blog-blog lain – sebab mereka insan terpilih yang dibenarkan Allah melakukan apa sahaja. Jadi saya cadangkan tak payahlah kita lawati blog mereka ni, buang ,masa kita dan mereka pun tak suka blog mereka di LIWATi - pembetulan dilawati. (Ralat - kesilapan yang berlaku bukanlah tidak sengajakan)
Malangnya di blog saya ini, saya tak boleh tulis ikut apa yang orang-orang ‘Pahang Daily Online’ suka nak baca. Jadi kalau rasa tak suka nak baca sila abaikan posting dari blog saya. Gambar menarik ini (seperti tetera disebelah kanan) saya dapat dari blog Mummy Rokiah. Terima kasih Mummy Rokiah. (klik untuk lawat blog beliau). Lihat serta baca dan kemudian sendiri mau ingatla!
2. Musim perayaan ni elok juga lah kita tonton sedikit hiburan. Ini cerita dah lama. Kalau di RTM yang kita kata hampeh tu dah boleh disiarkan dalam siri ‘Retro’ atau ‘Teater Melayu Klasik’, atau kita boleh kata ini ulang tayang kali yang ke-beberapa dah. Bagaimana pun orang-orang UMNO patut sangat tonton, kalau tidak mereka tak akan tahu keburukan pemimpin mereka dulu. Kita dedahkan disini keburukan orang-orang UMNO dulu. (tonton video klik disini)
3. Kepada peminat-peminat poster, disini kita sebarkan super poster dari movie
Hollywood terbaru yang pengambarannya dibuat di Kuala Terengganu. Artis-artisnya bertaraf dunia dan ramai peminat.
Boleh diframkan dan dipamer diruang tetamu dirumah, atau dalam bilik tidur, atau di ruang pejabat. Tetapi jangan tampal di pokok-pokok kayu atau mana-mana bangunan di Kuala Terengganu nanti orang BN marah, maklumlah ni masa kempen PRK. Bukan apa, takut orang keliru.
(klik disini untuk dapatkan poster percuma)
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”