09 December, 2008

SAJAK CARI KEINSAFAN (Buat PDO dan Blogger-blogger Toyol Pembangkang)





Nota: (Foto diatas);

1. DS Najib berdoa untuk kesejahteraan rakyat terutama rakyat negeri Pahang termasuk bloger-bloger Toyol.

2. Dato' Sharkar berharap PDO lebih rasional dalam melaporkan berita.

3 & 4. Bloger-bloger Toyol Pembangkang (PDO) yang berjaya diberkas



SAJAK CARI KEINSAFAN


tatkala kau lepaskan lasykar-lasykarmu

yang kau namakan tentera pembebasan

katamu itu demi menegak kebenaran

demi mencari perpaduan (ummah)

maka selain dari itu dan selain kamu

segalanya adalah isi neraka

tetapi rupanya kamu terlupa

bahawa lasykar-lasykarmu

membunuh yang kau panggil musuh-musuh

adalah saudara-saudaramu sendiri

yang sedang dalam syaf

sambil memegang panji-panji agama allah.


bertaubatlah!

selagi pintu itu masih terbuka

dan kami dari golongan yang kau anggap musuhmu

masih berperkerti dan sudi memaafi

bahkan turut mendoakan buatmu

semoga Allah ampuni dosa-dosa mu

selagi jalan masih ada

selagi pintu taubat masih terbuka.


bRAVE hEART

8/12/2008

Jengka Pusat




3 comments:

  1. Wahai Braveheart,
    Izinkan Anak Pahang Jati menyahut sajak tuan dengan pantun..

    Dari Lanchang sampai ke Pekan,
    Singgah kejap di Pekan Jengka,
    Tidak lah perlu mencari beban,
    Hanya sekadar untuk berjenaka.

    Ke Temerloh cari ikan sangkar,
    Bukan itu perkara yang wajib,
    Apakah kaitan Sharkar,
    Boleh duduk sebelah Najib?

    Daun ketum katanya dah haram,
    Kalau direbus sekali dengan dahan,
    Adakah anggapan tuan suasana dah muram,
    Kemana pula pergi nya Adnan?

    Kalau belajar ilmu silat,
    Biar sampai tumbuk pokok pisang,
    Bila sudah ada muslihat,
    Jangan sampai diketahui orang!

    ReplyDelete
  2. APJ,
    DS Najib pemimpin besar Pahang manakala Dato' Sharkar exco Penerangan dan Multimedia. DS Adnan tetap dihormati sebagai Menteri Besar dan tidak pernah diketepikan cuma dalam kontek ini ianya tidak disertakan. Maaf jika itu menyinggung perasaan sesiapa.

    Baik juga pantun tu. Mungkin boleh hantarkan posting / idea secara berpantun - satu kelainan.

    ReplyDelete
  3. are you sure DS Najib tu berdoa?
    tak sangka...hahahahahaha~

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”