19 February, 2009
BERANI BERUBAH?
Kemelut politik negara semakin meruncing dan tiada tanda akan akhirnya. Krisis DUN di Perak, Perletakkan jawatan ADUN Bukit Selambau juga adalah rentetan dari kemelut politik yang berpanjangan ini. Terbaru, DUN Bukit Lanjan bergegar dengan skandal foto bogel. Apa yang nyatanya adalah PR tidak berupaya memberikan rakyat apa yang mereka janjikan semasa kempen pilihanraya dulu.
Kerajan PR dan AP serta ADUN nya gagal mempamirkan khidmat cemerlang apabila rakyat memberikan mereka peluang memerintah. Bahkan yang jelas adalah wakil-wakil rakyat berkenaan adalah terdiri dari calon-calon yang langsung tidak berkelayakan dari segala segi termasuk moral.
Yang nyata adalah penyokong-penyokong PR dalam PRU dahulu tersalah pilih. Tertipu dengan kempen yang nampak mampu mengubah keadaan dan kehidupan kepada lebih baik, tetapi menjadi lebih buruk. Ketidak-stabilan dalam politik turut menambah kesan kepada kegawatan ekonomi.
Kepada para penyokong yang telah mengundi PR dalam PRU12 lalu, kita menuntut mereka insaf dan berubah. Mereka perlu mengubah sokongan mereka dalam mana-mana PRK yang akan diadakan nanti. Mereka harus sedar dan kembali kepangkal jalan, bahawa kerajaan BN masih lagi relevan dan merupakan pengurus negara yang terbaik setakat ini.
"Barisan Nasional masih lagi parti politik yang terbaik di Malaysia. Ianya memberi banyak ruang penyelesaian kepada masalah parti-parti di Malaysia dan kaum-kaum yang mereka wakili. Dan tidak dapat dinafikan yang BN telah membangunkan Malaysia sebagaimana yang kita lihat hari ini" - Demikian pandangan dari Kamaluddin's Blog
Marilah kita kembali kepangkal jalan. Marilah berubah. Marilah kita Berani untuk Berubah demi kestabilan politik dan kehidupan yang lebih selesa.
Pakatan Rakyat telah tidak mampu mengotakan janjinya. Janji-janji PKR, PAS dan DAP semasa PRU12 lalu adalah dusta. Segalanya hanyalah satu penipuan yang memperbodohkan pengundi semata-mata.
5 comments:
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”
Kalau PR tidak bermoral. Bagaimana pula dengan moral sesetengah pemimpin UMNO baik dari pemimpin pusat sehinggalah kepada pemimpin bawahan? Kalau pemimpin UMNO berani berubah maka UMNO dan BN akan relevan selama-lamanya. Saya menyokong penuh kenyataan GASAP berkaiatan BN adalah parti terbaik sehingga kini untuk membela nasib rakyat. Tetapi adakh cukup dengan hanya kenyataan "ayat mendatar" sahaja tanpa kempen secara agresif daripada pucuk pimpinan tertinggi parti.Kalau kita lihat senario penyokong PR terutama sekali orang melayu terlalu taksub serta fanatik terhadap parti serta pemimpin mereka kerana apa? kerana pemimpin mereka mudah didampingi tak kira masa dan ketika serta dalam keadaan bersahaja. Begitu juga dengan cara hidup pemimpin pembangkang begitu bersahaja , tidak lah terlalu gah dari segi pakaian,kediaman dan juga kenderaan.Kopiah sentiasa tersemat dikepala serta suruhan tidak pernah miss. Malahan sentiasa rasa rendah diri dengan penyokong parti bawahan. Berani Berubah? kepada pernyataan diatas kepada pemimpin BN khususnya UMNO. Sekarang ini kita sudah tidak relevan lagi bergantung kepada BN, kerana apa? kerana parti komponen BN pun bukannya seteguh dahulu untuk bersama BN sejak PRU12 yang lalu. Banyak contoh yang ketara dalammemperjuangkan nasib kaum, baik dari Gerakan mahupun MCA serta MIC. Cuma melayu sahaja yang suka bergaduh dan tidak suka bersatu demi agama dan kaum.
ReplyDeleteKalau ada kelapangan jemput ke blog kompilasi saya....
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteMaaf, komen luar tajuk terpaksa di padamkan. Kita tak cakap pasal lembu dalam posting ni.
ReplyDeleteBN sme bermoral kut.
ReplyDeletexder report pun kat SPRM.
BN x men salah2 kuasa kutttttttttttt.
Semua pihak kene berubah demi kesejahteraan negara dan bangsa Malaysia. Sampai bila nak kecoh2 mcm ni...takde penyelesaiannya. Pihak yg mengaku kesilapan dan berubah demi rakyat akan bjaya menambat hati rakyat.
ReplyDeleteBlueHope hnya sokong pihak yg sanggup brubah demi kebaikan semua.