18 February, 2009

PKR: LURAH DAN BUKIT LANJAN




1. Laporan PDO:

Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mengambil keputusan untuk meletakkan kedua-dua jawatan terbabit. Keputusan itu dicapai selepas beliau memikirkan tentang maruah dan harga dirinya kini tercalar akibat perbuatan terkutuk individu yang dipercayai "bekas teman lelaki"nya mengambil dan mengedarkan rakaman berkenaan kepada media dan orang ramai. Sebelum ini Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan supaya beliau berehat dan mengambil cuti sehingga kesnya itu selesai. Namun, atas perasaan "terhina" dengan perbuatan itu Elizabeth terpaksa membuat keputusan yang terlalu berat untuk diterima sebenarnya. Kini kita bakal menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil untuk kawasan terbabit.



2. Pandangan BH:

Untuk pertamakalinya BH menyatakan sokongan kepada 'ADUN Terlampau' agar beliau jangan meletakkan jawatannya samaada sebagai exco kerajaan negeri Selangor bahkan sebagai ADUN. BH berpendapat, apalah sangat sedang gambar bogel? BH juga sarankan kepada Eli supaya buangkan rasa terhina kerana apalagi maruah yang ada jika segalanya telah tergadai sejak awal lagi. Ini adalah kehidupan peribadi beliau, rakyat tidak perlu terlalu mengongkong kehidupan peribadi beliau. Nanti kita akan dengar fatwa dari ulamak-ulamak PAS yang sudah pasti akan meng-HALAL-kannya. Jangan takut akan tekanan dari BN. Umum sudah tahu bahawa setiap apa keburukan yang berlaku kepada PR alasannya adalah BN. Minyak naik kerana BN. Ekomomi merudum kerana BN. MB Perak terbuang adalah sebab BN. Anwar liwat Saiful kerana BN. Kain Eli terselak juga kerana BN. Nanti jika ada ADUN wanita PR yang lain lahirkan anak luar nikah tentulah juga kerana BN.

Saya minta dan desak supaya YB Eli teruskanlah tugas sebagai exco dan ADUN kerana dia adalah pilihan rakyat. Rakyat memang tahu memilih antara yang buruk yang terburuk. Jika YB Eli letak jawatan bermakna beliau mengkhianati kepercayaan rakyat. Rakyat memang memilih YB Eli yang sangat bersih keperibadiaannya untuk kelak digandingkan dengan PM dalam penantian DSA. Mereka sangat sesuai. Sama-sama bersih, sama-sama elok budipekerti dan peribadi. Saya minta supaya Nik Aziz atau Hj. Hadi yang akan segera keluarkan fatwanya yang akan meng-HALAL-kan ini semua. Ini sangat penting demi rakyat, demi demokrasi dan demi kesucian Islam bawaan PAS. Kita juga akan minta YB Karpal untuk menyaman 'kain' YB Eli yang terselak itu. Kain itu harus dihadapkan ke mahkamah secepat mungkin atas tuduhan membuka 'malu' YB Eli.


BH harap agar PDO berhenti dari menyiarkan berita-berita yang diputarbelitkan demi kemakmuran dan kestabilan negara. Apakah agaknya alasan PDO tentang konspirasi hakim yang pro PAS yang akan mendengar petisyen Nizar. (Klik disini untuk baca penuh)
Hakim pro PAS, jika hakim memutuskan Nizar menang maka kata mereka, inilah keadilan dan demokrasi serta rakyat telah menang, tetapi andaikata mereka kalah biarpun hakim ini pro mereka maka mereka akan kata hakim masih belum bebas atau keputusan dipengaruhi oleh kerajaan BN. Aha! Neraca PAS: HALAL bagi mereka dan HARAM bagi orang lain.
(Klik untuk lihat gambar yang terfitnah)
(Klik untuk lihat antara yang menfitnah dan terfitnah)

(Klik sini untuk baca lagi)


p.s. Salam Perkenalan Blog Penghuni Gua

6 comments:

  1. PEHHHH, FANTASTIC ARTIKEL BH, AKU HAMPIR NAK NANGIS BILA BACA NI....MUAHAHAHA...

    SUPERB BH...WA CAYA SAMA LU

    ReplyDelete
  2. Memang lumrah dunia politik. Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Kalau nak dptkan sesuatu, harganya pasti tinggi..agak2nya sapa yg ada kemampuan berbuat begitu dan siapakah yg mndpt untung dr kejadian ini?

    ReplyDelete
  3. Di akhir zaman ini begitu hebat fitnah berleluasa. baik dikalangan PR mahupun BN.

    Tapi pada aku, kalau ikut logik, lebih elok dihadapkan ke mahkamah orang yang mula mula mengambil gambar dan menyebarkannya.

    ini kerana gambar ini diambil ketika dia tidur dirumahnya. Suka hati dialah nak tidur camner.

    kita tak boleh kira dia bersekedudukan sebab dia manusia penyembah patung. Bukannya islam. apa sangatlah moral dan agama pada dia.

    tapi orang yang mengambil gambar tersebut, mesti ditangkap dan didakwa. kerana orang itulah yang sebenar benarnya tidak bermoral.

    tentang nak letak jawatan, terpulanglah pada dia sendiri.

    ReplyDelete
  4. YB Raz Gothic,
    Saya setuju bahawa pengambil gambar harus dihukum sekiranya ini diambil tanpa kebenaran, tetapi apa kata ketika diambil gambar dulu ianya dengan kebenaran dan dia tidak tidur dengan cermin matanya cuma hanya setelah foto tersebar baru dia buat laporan dengan menyalahkan pengambil gambar - contoh: seorang gadis dengan boyfriendnya bersama dan setelah mengandung boyfriend melarikan diri maka gadis berkenaanpun melaporkan kepada polis atas tuduhan rogol.
    Selain dari jurugambar saya percaya bahawa pelakunnya adalah juga tidak bermoral. Begitu juga penyebar dan penontonnya - tidak bermoral.

    ReplyDelete
  5. Fantastik,bombastik dan plastik artikal hehe.haa jawab org PKR.. adakah semua kesalahan adalah kesalahan BN dan UMNO?jawab jgn tak jawab

    ReplyDelete
  6. Fuyoo..canggih bro, teruskan perjuangan...

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”