02 March, 2009
DEMOKRASI CARA KITA
Jika inilah Demokrasi, siapa dan apakah faedah yang akan didapati
Pakatan Rakyat - tidak mampu memberikan perubahan malah memberikan kesan negatif kepada politik dan ekonomi negara
1.Apakah kita sedari bahawa kita bakal berdepan dengan krisis ekonomi yang teruk, bukan serantau tetapi global? Apakah pelan tindakan yang diambil kerajaan dan apakah ada kempen penerangan bagi memberi kesedaran kepada rakyat mengenai kesannya dan bagaimana kita mampu menyerap dan menghadapi krisis ini?
2.Tokoh-tokoh politik kita masih lagi sibuk politiking dan banyak masa telah dihabiskan hanya untuk meraih undi dan simpati rakyat. Mengikuti sidang Parlimen (melalui tv) kita merasa sangat kecewa terhadap AP-AP yang kita pilih (Kerajaan dan Pembangkang), mereka seakan tidak menyedari atau memang mereka tidak peduli akan krisis ekonomi yang sedang melanda.
3.Dalam banyak hal saya berpendapat Kerajaan perlu lebih tegas dalam menangani dan mengendali semua keadaan demi menjamin kestabilan politik tanahair. Kerajaan tidak harus membuang banyak masa bagi melayani kerenah dan tuntutan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan perlu lebih fokus kepada isu ekonomi. Jika ada halangan dari pihak pembangkang atau kumpulan-kumpulan yang mewakilinya, kerajaan harus tanganinya dengan pantas dan tanpa tolak ansur.
4.Parti Pembangkang @ PR juga harus bersama memainkan peranan untuk membantu kerajaan mengatasi krisis ekonomi, bukan menghalang dan menganggu kerajaan mengatasinya. PR mesti benar-benar jujur dan bukan seperti sekarang ini yang hanya dilihat lebih mementingkan untuk meraih sokongan politik semata-mata. Kita tidak mahu melihat Kerajaan diganggu-gugat ketika mengatasi krisis ekonomi ini.
5.Persatuan-Persatuan dan Pertubuhan-Pertubuhan yang mengaku sebagai pejuang demokrasi dan kebebasan bersuara sepatutnya berhenti mendesak Kerajaan agar Kerajaan dapat lebih fokus. Kerajaan perlu tangani mereka dengan lebih tegas dan tanpa kompromi.
6.Demokrasi dinegara kita harus mengikut acuan kita sendiri. Terlalu bertolak ansur akan membuatkan mereka menuntut lebih banyak lagi. Mereka tidak perlu dilayan keterlaluan kerana mereka ini memberi terlalu sedikit tetapi meminta terlalu banyak. Kerajaan perlu lebih tegas dalam menanganinya. Kita dengan demokrasi cara kita. Demokrasi di barat pun nampak tidak menjamin kesejahteraan rakyatnya, malah kita lebih yakin kepada negara yang mengamal sistem sosialis.
7.Kita harus benar-benar sedar bahawa;
- Kita sedang hadapi krisis ekonomi yang lebih teruk dan berbeza dari yang pernah kita hadapi dahulu.
- Kita harus atasi dan hadapinya dengan cara kita dan dengan demokrasi gaya kita.
- Kerajaan terlalu banyak bebanan yang perlu diatasi dalam masa yang sama yang mana akan mengurangkan tumpuan bagi menangani krisis ekonomi yang lebih utama
- Pembangkang dilihat sebagai sanggup membiarkan negara musnah ekonominya asal mereka dapat mengambil alih pemerintahan. Mereka tidak peduli kepada kesejahteraan rakyat bahkan mereka tidak langsung menunaikan janji menifesto pilihanraya mereka dulu.
- Pembangkang tidak benar-benar membantu menangani masalah ekonomi malahan melakukan sesuatu yang menghalangnya dan perlu ditolak oleh rakyat
- Jika kerajaan gagal menangani krisis ekonomi ini kemungkinan negara kita akan jadi miskin dan menghadapi kesukaran hidup serta jadi lebih mundur seperti di Myanmar atau Kampuchia.
8.Kita - rakyat yang telah membuat pilihan. Kita yang menentukan politik negara kita juga kehidupan kita. Demokrasi jalanan ala Anwar Al-Jubri tidak akan memberikan faedah kepada kita - Anwar hanya akan meletakkan kita di jalanan. Marilah kita berubah - kembali kepangkal jalan. DSN mampu memimpin Negara kearah yang lebih baik.
(Baca sini)
http://c-bok.blogspot.com/2009/03/ekonomi-koboi.html
1 comment:
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”
Salam,
ReplyDeleteKita kena ada usaha untuk sedarkan rakyat agar bersatu menyelesaikan kemelut ekonomi. Harapan kepimpinan baru tidak goyah menghadapi kemelut ekonomi disamping kemelut politik seperti yang berlaku pada 1998. Good job for the reminder.