01 March, 2009
IA - JANGAN LETAK JAWATAN
Wajah Ulamak yang perjuangkan Islam dengan mengadai maruah kepada kafir harbi DAP
Hero sebenar Kelantan; Ditakuti dan dibimbangi oleh PAS dan juga UMNO. Perbuatan kejam tokoh UMNO yang ingin 'membunuh' karier politik nya namun dia masih kekal sebagai AP pilihan rakyat Pasir Mas, Kelantan
Kerana marahkan kelantangan Ibrahim Ali apabila beliau mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu, PAS meminta beliau mengosongkan Kerusi Parlimen Pasir Mas. Nik Aziz meminta beliau berbuat demikian kerana beranggapan kemenangan Ibrahim Ali adalah atas undi sokongan PAS. Nik Aziz juga berkata Ibrahim Ali wajar berbuat demikian bagi menguji sokongan rakyat terhadapnya.
Kita ketepikan kewajaran Ibrahim Ali untuk berbuat demikian tetapi kita fokus kepada kewajaran Nik Aziz meminta Ibrahim Ali berbuat demikian.
Nik Aziz ketika mengulas mengenai perletakkan jawatan ADUN Bukit Lanjan berkata bahawa PRK tak perlu diadakan kerana ianya akan melibatkan pembaziran perbelanjaan wang rakyat yang banyak, tetapi dalam hal mengosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas dengan mengadakan PRK disana beliau tidak nampak pun tentang perbelanjaan dan pembaziran wang rakyat.
Dalam masa tak sampai sebulan Nik Aziz mengeluarkan 2 kenyataan yang berbeza bagi 2 perkara yang sama. Kita jadi keliru. Apakah Nik Aziz hilang ingatan atau gila meroyan? Jika didapati dan disahkan Nik Aziz hilang ingatan atau gila meroyan maka memang benarlah PRK perlu diadakan tetapi bukan di P22 - Parlimen Pasir Mas tetapi di DUN N6 - Chempaka.
Sudah tentu rakyat Kelantan tak hendak ber-Menteri Besar-kan orang yang sedemikian, bahkan peraturan juga tidak membenarkan hal demikian berlaku.
Saya berpendapat dan sangat berharap agar Ibrahim Ali tidak akan meletakkan jawatan sebagai AP tetapi dalam masa sama saya menasihatkan Nik Aziz membuat rawatan rapi terhadap tahap kesihatan beliau samaada masih layakkah sebagai ADUN dan Menteri Besar atau beliau harus kosongkan untuk membolehkan PRK diadakan bagi mendapatkan seorang ADUN yang lebih waras.
Ahli-ahli PAS Negeri Kelantan bahkan ahli PAS seluruh negara perlu membuat satu usul meminta Nik Aziz meletakkan jawatan atas alasan hilang kepercayaan terhadap kewarasan beliau.
Rujukan:
Nik Aziz Tak Perlu Cakap Besar - (Klik sini)
Fatwa PAS Yang Keliru Dan Celaru (Baca sini)
3 comments:
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”
Allah tuhanku,
ReplyDeleteMuhammad penghuluku,
Islam agamaku,
Al quran kitabku,
Kaum muslimin saudaraku...
Sesungguhnya, sehina-hina manusia adalah mereka yang memakan daging saudaranya..
Kembalilah ke pangkal jalan..
bERANIKAN hATI demi masa depan mELAYU dan iSLAM..
teruskan usaha anda membongkar hipokrit mereka ini. tahniah
ReplyDeleteDULU UMNO TENDANG IBRAHIM ALI KELUAR PARTI SEUMUR HIDUP.
ReplyDeleteSEKARANG APA MACAM?
APA KABAR ORANG KAMPUNG,
SUDAH LAMA TARAK JUMPA.