28 September, 2009

SEMBAH DERHAKA: APABILA DUIT MENGUASAI PARTI

satu mesyuarat perwakilan UMNO satu bahagian - namun hanya sebagai satu hiasan dan tidak ada kena mengena dengan tulisan dibawah ini



Saya penuh yakin bahawa dimana-mana bahagian UMNO diseluruh negara menghadapi fenomina / masalah yang sama - duit menguasai parti. Bagaimanapun asas kepada penulisan posting ini adalah merujuk kepada Bahagian dimana saya menjadi ahli kerana ianya lebih jelas dan sukar untuk dipertikaikan oleh sesiapa sekiranya mereka jujur kepada diri sendiri.

Bahagian saya - P kosong cangkul-cangkul - perebutan kuasa dalam pemilihan yang lalu sangat hebat dan diakui melebihi bahagian-bahagian lain dinegeri saya yang luas dengan hutan rimba walaupun kayu-kayan yang ada didalamnya hanyalah tinggal sebesar kulup gajah saja akibat pembalakan yang sistemetik (pencerobohan haram yang dihalalkan - gamaknya lah!).

Dalam sayap puteri UMNO, kepimpinannya masih selamat walaupun ada tentangan. Ini kerana puteri yang mula sekali bermesyuarat, jadi tidak ada sebarang panduan ataupun terjejas dengan gelombang yang melanda. Pergerakan Pemuda juga tidak ada cabaran hebat kerana pemegang jawatan adalah seorang Datuk dan ADUN. Pergerakan Wanita UMNO menyaksikan tumbangnya penyandang kepada tokoh baru, bagaimana pun tiada sebarang wawasan yang dibawanya, dan para perwakilan pun tidak pedulikannya asalkan mereka menerima sedikit buah tangan dan cenderahati kerana memberikan undi mereka.

Pertandingan hebat adalah dalam UMNO Bahagian sendiri. Katua bahagian enggan menerima perlantikan dari PM sebagai timbalan menteri mungkin kerana rajuk dan mahukan lebih. Timbalan ketua bahagian juga bagaikan kematian uri kerana tidak lagi diantik sebagai exco kerajaan negeri lalu bertindak untuk merebut jawatan ketua. Naib ketua yang bekas seorang ADUN ingin melonjak naik dan bertanding jawatan timbalan yang kosong namun di tentang oleh ketua pemuda bahagian yang lebih ramai penyokong kerana lebih jumlah karung-karung duit. Maka keputusan menyaksikan bahawa yang lebih banyak memberi akan lebih banyak menerima.

Begitulah UMNO telah mencatatkan sejarah hitamnya. Parti yang bergelumang dengan daki dunia. Apabila PM (ketika itu) perkenalkan Pertaniaan adalah satu perniagaan makan kita dengan sinis menyatakan bahawa perwakilan juga satu perniagaan. Kerana itulah bangsa melayu dalam UMNO yang menjadi perwakilan sudah bertekad dalah hati untuk bersungguh-sungguh jadi perwakilan hanya kerana ingin mendapat imbuhan bagi hasil jualan undi mereka kelak.

Maka ahli jawatankuasa yang terpilih dibahagian adalah dari kalangan mereka-mereka yang murah hati memberi dan bukan lagi mereka-mereka yang sebenarnya ikhlas berjuang untuk parti. Inilah seenarnya yang meruntuhkan UMNO. Lalu apakah yang dapat UMNO lakukan untuk membela bangsa? Jawapannya adalah tidak ada kerana mereka yang terpilih akan berjuang untuk diri mereka sendiri semata-mata. Mendapatkan segala semula pelaburan yang telah mereka buat.

Maka yang menjadi ahli jawatankuasa bukanlah dari mereka yang layak berdasarkan rekod dan pencapaian sumbangan kepada bangsa dan negara bahkan mereklah yang menjadi penyangak dalam merebut segala dari kerajaan termasuk dalam mendapatkan tender=tender dari kerajaan dengan sokongan menteri-menteri tertentu. Kerana itulah bila kita digula-gulakan bahawa UMNO sedang berubah maka kita merasa semakin menyampah.

Di bahagian saya ini bukan setakat skandal rasuah politik bahkan ada juga skandal hubungan anak ikan diantara seorang ahli jawatankuasa wanita yang dah terlajak tetapi lupa diri dengan seorang ahli jawatankuasa bahagian yang ingin mengambil kesempatan atas kegersangan nafsu serakah seorang perempuan yang sedang mabuk kuasa. Maka musuh-musuh politik dari parti sebelah sana dengan senyum menghina UMNO yang sedang menuju kehancuran.

5 comments:

  1. Salam,
    Inilah dunia. Bila saya hentam parti pembangkang maka berjela2 komen mereka menyalahkan saya tetapi bila saya hentam kerajaan mereka tidak pula gembira dan berikan komen. Begitu juga penyokong kerajaan, senyap dan sunyi bagai tikus jatuh ke beras. Apakah terkena batang hidung sendiri? Wallahhu-alam. Saya akan terus beranikan hati memberikan teguran mengikut presepsi saya sendiri ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Saya tidak berparti.
    Tapi saya simpati dengan nasib anda.
    Teruskan perjuangan dan jangan terpengaruh dengan gelumbang dosa.
    Kita boleh menegakkan Islam dalam UMNO atau PAS, tapi kini UMNO nampak lebih berpengaruh dgn rakan kafir mereka.
    Semoga Allah memberkati amalan2 anda untuk menegakkan kalimahNya dan melindungi anda dari fitnah yang sengaja atau tak sengaja.
    Kiryu.

    ReplyDelete
  3. ANDA BENAR. SEMUA PANDANGAN ANDA BENAR DANSAYA SOKONG SEPENUHNYA. KEPADA ANOY.: APA KURANGNYA DENGAN PAS YANG AMAT AKRAP DENGAN DAP IAITU RAKAN KAFIR DAN SEPARUH KAFINYA PKR. TOLONG JAWAP

    ReplyDelete
  4. Sdr Anon 10:59 dan Sahabat saya Arif Omar, terima kasih kerana terus memeberikan saya sokongan. Dan betul kata Arif Omar bahawa kurang apa pada PAS yang hanya menggunakan Islam utk kepentingan kelompok dan individu merek saja, malah saya melihat bahawa mereka ini lebih jahat ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete
  5. Salam .. sebenarnya sama ada UMNO atau PAS sama sahaja. pemimpin kedua dua parti ini hanya pergunakan rakyat yg tak berimlu utk dipergunakan. salahkanlah diri pengikit parti parti tersebut kerana terlalu fanatik dgn parti mereka kerana semua pemimpin melayu tak kira apa parti adalah haprak.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”