27 September, 2009
SEMBAH DERHAKA: BERSIHKAN UMNO - BUANG PEMIMPIN YANG TIDAK BAIK
Beberapa siri pilihanraya kecil telah diadakan berikut beberapa sebab, sama ada yang wajar atau pun tidak, namun dalam setiap pilihanraya berkenaan isyarat yang diberikan oleh rakyat adalah rakyat masih menolak kerajaan / BN / UMNO. Kenapa ini masih terjadi dan kenapa rakyat masih enggan memaafkan kesalahan kerajaan?
Dari soal selidik secara rambang yang dilakukan, penilaian yang dapat kita sahkan adalah Pakatan Rakyat bukanlah kuat sangat atau pilihan terbaik, namun yang nyatanya adalah rakyat sudah terlalu membenci kerajaan dan gabungan parti pemerintah.
Setelah lebih dari 50 tahun memerintah, terlalu banyak kesalahan dan keburukan yang dilakukan oleh para pemimpin dari semua peringkat. Terutama kebelakangan ini, perjuangan mereka tidak lagi tertumpu kepada pembangunan dan membina masyarakat yang kukuh dalam ekonomi serta berpendidikan, bahkan para pemimpin mudanya kelihatan sebagai menyertai parti dan kerajaan hanya dengan tujuan untuk mendapat faedah dari segi ekonomi dan kuasa semata-mata. Kerana itulah dengan kemasukan kedalam parti lebih kepada membawa sindrom rasuah politik dan penyalahgunaan kuasa.
Diperingkat cawangan dan bahagian segala perebutan mendapatkan jawatan adalah kerana merebut untuk mendapatkan imbuhan dari atas yang berupa kontrek dan sebagainya. Dengan itu, mereka yang menyertai parti adalah mereka yang berkehendakkan untuk mendapatkan sesuatu manakala yang kecewa dan gagal akan meninggalkan parti sama ada menyertai parti lain atau setakat jadi ahli parti yang pasif. Perebutan jawatan juga membuatkan ada yang menyisihkan diri dari parti dan ini membuatkan parti jadi semakin kecil.
Jika kita benar-benar jujur, cuba kita perhatikan betul-betul berapa ramaikah ahli diperingkat cawangan yang benar-benar aktif? Jumlahnya sangat sedikit walaupun nama ahli parti di peringkat cawangan kelihatan ramai. Ini berlaku kerana ketua-ketua cawangan menipu diri sendiri untuk menunjuk bahawa cawangan yang dia pimpin adalah mantap.
Tindakan drastik harus dilakukan. Pemimpin perasuah dan buruk harus disigkir dari semua peringkat, jika tidak UMNO tidak akan dapat menarik lebih ramai ahli baru untuk memperkuatkannya. Soalan mudah adalah siapakah dalam UMNO yang sanggup berubah? Kerana sebenarnya tiada sesiapa yang sanggup berubah dan bahkan mereka lebih sanggup melihat UMNO rebah.
Saya percaya walau ada berapa PRK sekalipun BN akan tetap kalah, dah jika sampai waktu PRU13 nanti, UMNO hanya sudah tinggal nama untuk dikenang oleh sebahagian masyarakat. Rakyat akan masih seperti itu juga tetapi pemimpinnya akan melompat parti lain demi survivalnya.
8 comments:
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”
PERHATIKAN BEBERAPA ASPEK KEADAAN ORG KITA;
ReplyDelete1)ORANG MELAYU SKRG INI AMAT TERCABAR DARI SEGI UGAMA,POLITIK,SOSIAL DAN EKONOMI...walaupun jumlah penduduk MIM >60%,PENCAPAIAN EKONOMI cuma 18% SAJA.(up till 2009)not even 30%
#PENCAPAIAN POLITIK..2008:55% undi BN VS 45% undi PR
#PENCAPAIAN UGAMA..TGK SAJA KES BUANG ANAK,BUNUH DIRI,RASUAH,MURTAD
#PENCAPAIAN SOSIAL..KES LARI RMH, PENAGIHAN DADAH,ROGOL,JENAYAH,PATI MELEBIHI 2JUTA,PENCEMARAN DLL...
2)Org MELAYU melalui UMNO DAH KURANG KEKUATAN &ADA TANDA2 MEROSOT.CADANGAN2 UBAH SUAI DAN BAIKPULIH...TGK SAJA REAKSI ORG2 MUDA TERHADAP UMNO.DPM MUHYIDDIN PUN ADA MERASA TENTANG PERSEPSI NEGATIF INI..
3)KONSEP PERPADUAN DIANTARA UMNO DAN PAS,PRO & CON,BOLIH DAN TAK BOLIH...HALANGAN DSB..APA DIA?? PERLU DIANALISAKN & DIDALAMI/SELAMI
4)KALAU TAK BOLIH BERPADU,OPTION NYA,..2 PARTY SYSTEM,KEMANA ARAH PUN "MIM MESTI PEGANG TERAJU MEMERINTAH"
WAJIB,ORG2 MUDA MIM WAJIB TENTUKAN DAN BERJUANG SEKERAS2NYA MIM PEGANG TAMPOK PERMERINTAHAN.....
5)BAGI 60% MIM,GALAKAN EKONOMI 50% UNTUK MIM,BUKAN HANYA SETAKAT 30%..
AJE DIMANA CUMA CAPAI 18%...TGK SAJA SINGAPURA;75%CA,EKONOMI90%...
INDONESIA,THAILAND,PILIPINA;CA 5%-10%,control 70%-80%EKONOMI....
6)KESTABILAN SISTEM SOSIAL KITA KENA ADA UNSUR2 POSITIF..CARA ORG2 MELAYU,..BUKAN HANYA TIRU DAN IKUT CARA2 BARAT DGN BUDAYA KUNING MEREKA SAJA...KITA PERLU ROMBAK SEMULA DASAR2 SISTEM SOSIAL KITA..
KALAU KITA KENEGERI JEPUN,KITA TGK SISTEM SOSIAL,BUSHIRO MEREKA DPT MEMBENTING DIRI RAKYAT MEREKA DARI PENGARUH BARAT,CUMA AMBIL YG BAIK DAN BERMUNAFAAT AJE...TAPI KITA DIMALAYSIA TIDAK...KALAU IKUT BARAT,ORG MIM LEBIH TERROR(HEBAT)DARI ORG2 BARAT DAN KALAU TIRU ORG ARAB,LEBIH ARAB DARI ORG ARAB!!!
##SATU NASIHAT:UMNO perlu tukar image,REBRANDING dgn segera dari skrg,jika tidak UMNO akan kecundang mcm parti lama>50thn diIndia,Taiwan,Germany, Australia dll...
Rakyat skrg ingin melihat sistem 2 parti atau 2coalition di Malaysia; BN vs PR,mcm di USA,UK,AUSTRALIA dan kebanyakan negeri diEUROPE & negeri2 demokrasi lain didunia ini. Mungkin perkara ini perlu dilihat dari sudut,Kerajaan memerintah MESTI diterajui olih MIM...jadi kalau BN,org kita perintah;dan PR, MIM juga perintah!! ...Alternatif nya,UMNO,PAS,PKR >>satu gabungan, DAP,Gerakan,MCA >>satu gabungan, & MIC,PPP,Makkal Sakti,IMP>>satu gabungan.
MAKA JADILAH MALAYSIA SATU DEMOKRASI berunsur PERKAUMAN!!! Mungkin ada masalah lain,yg lama dan yg baru akan timbul,dimasa2 mendatang.....
##SATU NASIHAT:UMNO KENA LAH REVAMP SKRG..1)GET RID AHLI2 KORUP YG JADI BATU PENGHALANG KPD ASPIRASI PERJUANGAN ORG2 MELAYU &BUMIPUTERA....2)MIM TOLONG MIM DLM SEMUA ASPEK,LGI PUN 90% MIM DLM JABATAN2 KERAJAAN.. 3)MATLAMAT EKONOMI:>50% BUKAN 30%,KERANA NI NEGARA KITA,65%MIM &BUMI!!!4)BUAT PILIHAN PEMIMPIN YG MUDA2 UMUR 35 KE 48 UNTUK MENERAJU UMNO MCM OBAMA...
KALAU TAK UMNO AKAN JADI PEMBANGKANG LPAS PRU13,DGN MIM PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH
AMACAM?? DAN MALAYSIA MULA SISTEM DUA PARTI:BN VS PR..MCM DI USA,UK,EURO DSB...BAGUS JUGAK KAN?? LEPAS TU MENANGIS AIR MATA DARAH PUN DAH TAK GUNA LAGI DAN ORG MIM KENALAH TERIMA HAKIKAT PERIT,MCM PARTI LDP DIJEPUN, CONGRESS PARTY DI INDIA, KUOMINTANG TAIWAN..!!!JADI CAMNE?? NAK KENA LAKSANAKAN PERubahan2...BETUL TAK???
##SATU NASIHAT:KITA TAK BOLEH GENERALISE YG UMNO MASIH KUAT MENJELANG PRU 13(2012/2013)...dari majoriti kerusi Dewan Rakyat(140 tolak 82 kerusi)BN cuma ada jumlah majoriti 50000 undi saja pada 50 kerusi...Untuk PRU13,UMNO PERLU DI RESTRUTURE KAN...ADA >3JUTA AHLI UMNO SKRG.TAK BOLEH KE DIBUAT TALENT SEARCH???KALAU KITA BOLEH CARI FINALIST "MALAYSIAN IDOL" ATAU "ONE IN A MILLION" DSB,KENAPA TAK ADAKAN "PERADUAN MEMILIH & MENCARI PEMIMPIN MUDA" DARI >3JUTA AHLI UMNO??? KENAPA ASYIK ORANG LAMA TU..AJE??? TAK ADA PEMIMPIN MUDA YG BERWIBAWA KE???MCM BARACK HUSSEIN OBAMA DI USA ATAU TONY BLAIR DI UK??
------------------
ADA-kah UMNO/BN akan senasib parti LDP di JEPUN?????LDP telah berkuasa
ReplyDeletelebih 50tahun,KALAHTERUK,baru2 ini!
RATA2 org Melayu dah muak,fed up dan TAK kisah dgn HIDUP/Mati UMNO dan BARISAN NASIONAL.....
Ini adalah disebabkan beberapa pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu,saperti berikut nya;
1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
Hukum2 Allah saperti Hudud diperLEKEHkan dan SEKULARISMA didahului
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.Kes pulau BATU PUTIH,menampilkan keLEMAHAN...
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu,drp memperBAIKI MeCD...
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.(cuma mampu capai 15-18%saja equiti untuk
org MELAYU..!!)
18.MemBIARkan MCA dan MIC memanipulasikan UMNO/BN selama 50 tahun...satu contoh:Men Kesihatan Liow,minta peruntukan rm150juta setahun untuk vaksin cervical cancer sbb ramai wanita Cina yg kena cancer ini,tapi untuk nk tolong peniaga2 MIM,Mara dah habis
peruntukan....
19.UMNO cuma tolong kumpulan UMNO Elitis,GuangXi Putra(yg ada koneksion &kaki ampu dlm UMNO)tapi
ahli2 biasa tak di endahkan....
20.Kadang2 org Melayu rasa di anak tiri kan,kerana undi org Melayu seolah tak ada nilai,tetapi apabila org Melayu dah "FED UP & MELUAT",tiada MAAF bagiMU,UMNO...!!
FIKIR2KAN LAH menjelang PRU 13(2012/2013)....!!!!!!!!!!
Salam,
ReplyDeleteKawan tertarik komen Zorro, waima apa sekali pun perubahan yang perlu dilakukan, selagi sikap orang Melayu sendiri tidak mahu berubah dari menyemaikan perasaan hasad dengki, iri hati sesama Melayu, selagi itulah perubahan tidak akan berlaku.
DEB, kenapa tidak berjaya ?
Kerana terlalu ramai Melayu macam Anwar. Nik Aziz dan Hadi yang menjadi pengkhianat untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan...
Terlalu ramai Melayu macam Nik Aziz, Hadi Awang dan Anwar yang terlalu tamak unutk jawatan dan kuasa, sehingga sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama, tidak kurang dari kalangan UMNO sendiri yang mendapat jawatan dengan harta benda yang diperolehi dari DEB, membunuh pejuang UMNO yang tulin kerana Melayu mudah gelap mata dengan wang ringgit.
Berapa ramai anak muda Melayu sedar bahwa mereka berjaya dalam pelbagai bidang hasil perjuang UMNO untuk hak-hak Melayu ?
Mereka terpengaruh dengan dakyah-dakyah pemgkhianat bangsa macam Anwar, Nik Aziz dan Hadi, mereka jugalah yang menjadi hero unutk menuntut keadilan hak semua semua kaum sedangkan kaum Melayu sendiri masih jauh ketinggalan....
Apakah UMNO akan menjadi bersih selagi orang-orang Melayu UMNO masih gelap mata dengan sogokkan wang ringgit ?
sabar-sabar.
ReplyDeleteSdr. ZORRO.TEAM.2010,
ReplyDeleteTerima kasih. Kemas dan padat. Apa lagi pemimpin2 kita nak kata? Apakah mereka mendengar suara dan jeritan kita? Maaflah, saya sdg mengintai kapal lain yang lebih diyakini. Saya bertambah yakin bahawa UMNO sememangnya akan hancur dalam masa terdekat. Tidak ada tetapi atau atau lagi!!
Bro BH,
ReplyDeleteApa yang tuan katakan itu banyak benarnya. Saya juga dpt melihat bahawa setakat ini perkataan 'berubah' hanya lebih kpd satu slogan yang masih gagal direalisasikan oleh Umno. Kita lihat siapa akan jadi calon BN di Bagan Pinang nanti. Kalau Isa terpilih, maka sah lah perkataan 'berubah' memang gagal direalisasikan oleh pucuk pimpinan Umno/BN.
Sdr. ZORRO.TEAM.2010,
ReplyDeleteHarap dapat menghubungi saya di alamat email diblog saya. Ada perbincangan bagi kepentingan melayu dan UMNO yang dapat kita lakukan bagi kebaikan semua.
Sdr Red Rooster, walaupun komen sdr sedikit namun tetap bermakna.
~ bRAVEhEART
Salam.. marilah kita beramai ramai naik kapal yg baru. kerana kapal yg lama rasanya akan pecah tak lama lagi.
ReplyDelete