12 November, 2009

BLOGGER POLITIK PAHANG DAH TAK ’MBOH BERBELOG DAH!

DS Adnan sewaktu pertemuan dengan pengamal media baru Pahang tidak lama dulu. Dulu Abang Long boleh nampak, sekarang mungkin matanya dah 'ceram' dah - masuk habok.



Ramai blogger politik Pahang dah tak ’mboh berblog dah, dah chemoih gamoknya. Kawan risau juga dengan rodong-rodong kawan yang buat tak pade je ni.

Entah apa yang tak kena, namun ini tidak patut dibiarkan. Saya bercakap mengenai blogger politik di Pahang. Perkembangan terkini memperlihatkan bahawa kebanyakan blog-blog politik di Pahang yang suatu ketika dulu begitu lantang dan konsisten menulis dan membahaskan isu-isu politik semasa kini kelihatan semakin lemah dan pudar. Ini dapat ditafsirkan melalu blog berkenaan yang sudah lama kelihatan tidak dikemaskinikan.

Membiarkan ini berlaku akan merugikan pihak kerajaan BN dan UMNO khususnya kerana blog-blog berkenaan adalah blog penyokong kerajaan. Saya perhatikan perkara ini sejak beberapa lama dulu dan kini kelihatan semakin banyak blog-blog berkenaan yang kelihatan sudah pasif. Hanya setakat menamakan beberapa blog disini: GELANGGANG MAT TOMOI, ANAK PAHANG JATI, TASIK BIRU IBAM, POYOSEDE, SUARA PRIHATIN UMNO JERANTUT, PUAKUMBU, CINDAI TEJA, MUSANG TEMBAGA, WARISAN PAHANG, YANGGAMBI dan lain-lain.

Semua pihak sudah maklum bahawa media baru adalah alat sebaran maklumat antara yang sangat berkesan waktu ini dan membiarkan blogger-blogger Pahang dalam keadaan lemah semangat dan patahhati akan merugikan pihak kerajaan. Sesuatu harus dilakukan untuk memulihkan semula moral mereka.

Kalau dibandingkan dengan blogger-blogger di negeri lain, Pahang nampak masih terkebelakang. Sumbangan dan sokongan kerajaan masih kurang dan bahkan boleh dikatakan memandang remeh terhadap peranan blogger. Disaat blogger negeri-negeri lain diberikan itu dan ini, dibawa kesana dan kesini, blogger Pahang masih bersembunyi didalam gelap atau mungkin juga didalam 'repoh'.

Khabarnya, terbaru UMNO Pahang mengadakan kursus penulisan blog kepada UMNO bahagian-bahagian. Bertambahlah kecewanya blogger sedia ada kerana mereka tidak dipelawa sama dan merasakan seolah mereka dipinggirkan. Kita tertanya-tanya juga, manakah blog UMNO Pahang selepas menjalani kursus berkenaan? Mungkin Dato’ Sam boleh menjawabnya dengan tepat, atau mungkin Dato’ Sharkar juga mempunyai jawapannya.

Dalam satu kesempatan, saya dapat mendengar keluhan YANGGAMBI tentang penghargaan dan layanan yang diterima berbanding dengan blogger di negeri lain dan saya sependapat dengannya. Banyak yang boleh diperbaiki jika kita ingin melihat para blogger ini sebagai satu force yang mampu membantu kerajaan dalam menyebarkan maklumat dan propaganda.

Apa pun, membiarkan blogger sedia ada berperang dengan perasaan hati mereka akan merugikan UMNO sendiri. Perhatian harus diberi dan permasalahan harus diselesaikan sebelum retak menjadi belah. Yang tak tau bertanyalah pada yang tau, yang tak pandai belajarlah pada yang pandai. Tahu kah kita berapa blog politik pro kerajaan berbanding dengan blog pembangkang? MB pun janganlah rasa sangat selesa dan jangan perkecilkan misi PAS tawan Pahang dalam PRU13 nanti.

Kalau blogger ibaratkan tentera pejuang, manakah lebih baik menggunakan mereka yang sudah berkemahiran dalam peperangan atau melatih mereka yang belum tau apa-apa mengenai senjata? Kita bimbang nanti tentera itu hanya akan jadi tentera kawad diraja sahaja. Bagaimanapun, kita mengucapkan selamat datang kepada blogger UMNO yang akan uncul selepas kursus baru-baru ini!

Salam saya untuk Warisan Pahang, Yanggambi dan Puakumbu. Nanti kita adakan peretemuan bagi membentuk pasukan kita sendiri dan menentukan arah mana yang bakal kita tuju ~ bRAVEhEART - berjuang untuk rakyat.

12 comments:

  1. Bro - jangan risau... banyak lagi pihak akan mengambil tahu nasib blogger yang sudah lama berpencak silat di alam siber.

    kita masih jauh lagi perjalanan kerana banyak lagi isu-isu yang akan diperjuangkan dalam misi membongkar kerosakan yang dijanji oleh Pakatan Rakyat.

    Apa apa masalah harap kita dapat berbincang dengan kawan2.

    Jangan risau, saya sedia membawa masalah ini ke peringkat yang lebih tinggi.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    sayapun anak jati Pahang, walaupun tidak tinggal di Pahang. Pernah saya cuba offer masukkan blog saya di blogger Pahang tetapi ditolak kerana dikatakan blog saya tidak layak dan tidak cukup syarat sebab katanya kadang-kadang saya bawa isu agama.

    Orang Pahang tolak saya, tak mengapalah. Jadilah saya lone ranger.

    Namun perjuangan tetap saya teruskan kerana blog adalah gelanggang yang paling sesuai untuk saya berpencak silat di alam siber.

    ReplyDelete
  3. Salam bro, tidak semestinya kita tdak akan meneruskan perjuangan walau pun telah diketepikan.....

    Perkara ini bukan sahaja berlaku di dalam penulisan blog, malah dari segi perjuangan polotik juga berterusan berlaku bila ada yang merasakan mereka lebih baik menerajui perjuangan sehingga budaya hurmat menghurmati tersasar dari pegangan perjuangan.

    Siapa mengajar budaya 'kenang budi' dan budaya menghurmati golongan terdahulu pudar ?

    Tetapi sebagai pejuang, kawan akan terus menegak kebenaran walau pun tidak dikenali dan dipinggirkan.....

    ReplyDelete
  4. are u sure puteri? kita blogger yg membantu kerajaan kenapa sewenang2nya dia menolak usahasama kita? nak syarat apa lagi? hotak xbetul ke?

    Selepas penang? Selangor pun rampas tanah rakyat. http://unitmediasiber.blogspot.com/2009/11/selepas-penang-selangor-juga-mahu.html

    ReplyDelete
  5. YG, ini menunjukkan mereka takut akan kehilangan kita sebagai blogger pendokong kerajaan. hahaha!

    ReplyDelete
  6. salam..masa yang terhad menyebabkan sesetengah blogger Pahang tidak berkesempatan untuk berblog..di samping mengumpul maklumat dan bukti sebelum mengotakan hujah..pe kata orang tu...sediakan payung sebelum ujan...sediakan peluru sebelum berperang..haha..

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Apak pula kata Warisan Pahang yg dah berminggu menyepi diri? Huhu, kita tunggu dan lihat ~ bRAVEhEART - berani bebaskan diri.

    ReplyDelete
  8. Puteri mohon masuk blogger Pahang yamn mana satu? Saya mohon dan diterima cepat tanpa masalah di Gabungan Suara Anak Pahang http://gerbangtemumaya.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Salam bro...saya mengucap tahniah dan syabas kerana tidak pernah lari dari perjuangan yang sebenar...mungkin kerana mereka sendiri merasakan mereka mampu untuk membuat blog sendiri menyebabkan tindakan lewat dari percakapan ..tetapi mereka lupa tanpa komitmen 100% akan menyebabkan tahap keaktifan mereka akan rendah berbanding mereka yang memang berjuang melalui alam siber ini...bagi saya fakta yang baik dan perlu diperhatian...dulu kita ada Pahang daily tapi dah tah kemana....saya tetap akan bersama walaupun kadang-kadang tak aktif tetapi akan terus memberi sumbangan sekadar termampu biarpun berat mata memandang berat lagi bahu memikul...salam perjuangan

    ReplyDelete
  10. Salam Sdr. Apache,

    Nampaknya sdr memahami persoalan sebenar. Kita bukan lari dari perjuangan membela UMNO, tetapi UMNO bukan hanya perlukan yes man sahaja untuk memperbetulkan kesilapan mereka. Siapa lagi yang diharapkan untuk berani bersuara jika bukan kita? - beranikan hati dalam memastikan perjuangan dilandasan yang betul. Dengar dan faham jugalah suara kami ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete
  11. tuan.
    ini yang menghairankan saya,bila sampai di kuantan program umb,tak ketemu semua kwn2 blogger anak pahang,walhal ramai yg berpengalaman. .apabila saya tanya,tak terjawap pulak.

    harap datuk sam beri perhatian

    ReplyDelete
  12. Salam Bro Pisau,
    Akhirnya sdr lebih jujur dari Dato' Sam dalam hal ini. Saya rasa tidak dihargai..harap faham perasaan saya ini.Mungkin beliau merasakan blogger UMNO yg dibentuk akan mampu berjuang untuk UMNO Phg dan tidak perlukan blogger bebas spt saya. Kerana itu dia tidak berani menjawab soalan saya diblog ini. Ini akan saya ambil ingatan selamanya, kerana itu saya lebih bebas menulis untuk diri sendiri dan untuk kebenaran ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”