11 November, 2009

Nombor Satu Masuk Syurga ?

sokonglah SATU MALAYSIA

kita ber-SATU didalam UMNO

SATU tahun lagi saya bersaralah, bagi orang lain pulak


Tajuk Posting Esok: BLOGGER POLITIK PAHANG DAH TAK 'MBOH BERBLOG DAH!..



Hari ini saya hanya CnP posting dari blog sahabat saya Sdr. Arif Omar yang mana posting saya kira sangat menarik untuk direnungkan. Ianya berkaitan dengan kuasa; siapa yang berkuasa sentiasa akan memberi alasan untuk membenarkan apa saja yang dilakukannya. Begitulah dengan berita dibawah ini. Apabila kita yang memegang kunci syurga, maka kita akan menentukan bila ianya akan dibuka dan ditutup serta siapa yang akan masuk dan siapa yang akan dibiarkan diluar.


KOTA BHARU 10 Nov. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah tersebut.
"Orang hendak bawa saya ke Mekah kenapa saya tolak, saya pergi Mekah jarang saya belanja sendiri, semua orang berebut (bayar). Selipar saya pun orang ambil, dia kata bukan curi tetapi nak ambil berkat.
"Jadi orang hendak pergi Mekah, bertahun-tahun saya diminta oleh orang tertentu hendak pergi Mekah bersama," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Apa nak dikata?

2. Cuma kalau lah DS Najib Perdana Menteri Malaysia pergi haji dengan ditaja oleh sesiapa sahaja.........Bagaimana agaknya? Apa komen anda? TGNA adalah MB. Setiap pihak yang berurusan dengan nya boleh dikatakan berkepentingan. Cuma pembuktian. Tetapi itulah....Kalau lah PM DS Najib berada di kedudukan TGNA , alamatnya bergegarlah negara ini.

3. Contoh yang sama dalam kes Vedeo Linggam. Gegak gempita pembangkang dan Majlis Peguam sehingga tubuh Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat dakwaan bahawa Eusoff Chin Bekas Ketua Hakim Negara dan Linggam bercuti keluar negara. Kononnya di taja dan dibiayai oleh Linggam. Sama aje dalam kes Haji TGNA yang disponsor. Kalau lah Eusoff Chin gunakan alasan yang sama digunakan oleh TGNA iaitu : "Orang hendak bawa saya ke New Zealand dan Australia buat apa nak tolak. Saya pergi melancung jarang pakai duit sendiri. Semua orang berebut nak bayar". Apa komen Peguam PAS dan Pendokong nya dalam kes Eusoff Chin ?

4. Apa kata peguam PAS dan pendokong PAS. Kata dulang paku serpih, kata orang dia lagi lebih. Cuma mereka pandai beralasan. Ini akan jadi sedekah dan hadiah, tajaan. Kalau kerajaan jadi rasuah.

5. Apa kata SPRM : Ada juga geli-geli rasuah bukan ?: Kalau dilihat dalam kedudukan TGNA sebagai kakitangan kerajaan!!!! Heeeeeeeeeeeeeeeee. PG sebagai kakitangan kerajaan pun dilarang keras terima hamper dan kalau terima kena maklum dan berbagai alasan perlu diberi. Sebaiknya dihalang terima ....Fikirlah...

Klik untuk ke blog Penghuni Gua



Komen bRAVEhEART:

1. Begitulah apabila kita merasa kita sudah berkuasa, apa saja yang kita lakukan akan selalu betul dan org lain akan selalu salah.

2. Saya teringat akan satu cerita antara anak dengan ayah: Pada satu hari si anak melatakkan gelas minumannya dimuka pintu dan si ayah telah tersepak gelas berkenaan. Maka si ayah pun marahkanlah si anak kerana meletakkan gelas ditempat yang tidak sepatutnya. Keesokkan harinya, si ayah dengan tidak sengaja meletakkan pula gelas ditempat dimana si anak meletakkanya semalam, dan si anak tanpa niat telah tersepak gelas tersebut. Maka si ayah pun memarahi si anak kerana tidak berhati-hati menyebabkan tersepak gelas berkenaan.

Moralnya:
1. Si ayah yang berkuasa merasakan dia selalu benar walaupun melakukan perkara sama sepertimana apa yang dipersalahkan sebelum nya.
2. Pemimpin macam tu mana ada moral?

3 comments:

  1. Sebenarnya ini lah sikap hipokrik puak-puak ni dia boat ok jee...tapi bila orang lain buat tak boleh..pi..mai..pi..mai sama jee..pelahap jugak..pantang dioffer free.

    ReplyDelete
  2. Salam Anak Lenggong,
    Tau tak apa, tapi pengikut mereka tentunya tak akan percaya kata orang lain kerana jiwa mereka yang hitam ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete
  3. Bro Braveheart,
    Minta ihsan link-kan blog saya di blog tuan. http://satunota.blogspot.com

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”