Mari ramai-ramai kita sokong Satu Malaysia, sokong DS Najib, Sokong UMNO. PAS dah rosak dah.
KUALA LUMPUR: Amalan baiah atau sumpah taat setia akan jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti itu dengan menyertai parti lain, adalah tindakan mempertuhankan politik dan demokrasi. …./
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu berkata, amat malang bagi gerakan yang mengambil Islam teras perjuangan menjadikan baiah itu sebagai dasarnya.
"Dasar ini mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian," kata beliau dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com.
Katanya, beliau yang pada mulanya tidak percaya dengan laporan media terbabit berasa terkejut selepas perkara itu diakui rakannya dalam Pas yang pernah mengangkat baiah itu. …..
"Yang paling sedih, ada di antara isteri yang dikehendaki hadir dalam majlis baiah ini menangis dan menggeletar mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud," katanya.
Zulkifli berkata, beliau terkejut apabila beberapa tokoh politik Pas yang dihubunginya bukan saja tidak merasa bersalah dan berdosa dengan baiah itu malah mempertahankannya dengan alasan dangkal yang tidak bersandarkan al-Quran, sunnah Rasulullah dan sahabat baginda serta khalifah.
Beliau mempersoalkan tindakan Pas yang tidak membangkitkan isu itu secara dalaman dan mencari penyelesaiannya secara muzakarah sebaliknya memilih untuk mendedahkannya kepada umum.
"Saya khuatir dengan isu seperti ini, mereka yang menyokong Pas selama ini akan menjadi ragu-ragu, malah akan menukar sokongan mereka," katanya.
Sumber:
Baiah Pas mempertuhan politik'
Oleh Haspaizi Mohd Zain dan Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my
KOMEN bRAVEhEART:
1. Syurga yang dijanjikan oleh ‘Pemegang Kunci Syurga PAS’ sebenarnya hanyalah untuk ahli politik mereka sendiri sahaja, tidak untuk pengikut dan bahkan bukan juga untuk isteri-isteri mereka. Namun sudah tentu tokoh-tokoh politik PAS ini akan tetap pertahankan tindakan mereka yang bukan saja menjatuhkan mertabat kaum wanita bahkan mempersendakan agama Islam itu sendiri.
Jika kita meminta pendapat dari penyokong parti ‘mempersendakan Islam’ ini sudah tentu mereka akan tetap menyatakan bahawa tindakan itu masih wajar. Begitulah apabila politik telah membutakan mata dan hati mereka.
2. Di Dewan Parlimen pagi tadi, YB Setiu membangkitkan soalan yang melibatkan peneroka FELDA dan dalam jawapan balas dimaklumkan bahawa setiap peneroka mendapat 10 ekar tanah lading dan ¼ ekar tanah tapak rumah kediaman. Dilaporkan juga masih ada kira-kira 85% peneroka yang menyokong Kerajaan sedangkan yang menentang kerajaan cuma 15%.
Kita andaikanlah peneroka-peneroka ini mendapat tanah seluas itu dan jika tanpa bantuan Kerajaan melalui FELDA apakah mampu mereka mendapat apa yang mereka perolehi kini? Memang sikap manusia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang mereka miliki, tetapi janganlah mengecam Kerajaan keterlaluan seolah-olah Kerajaan tidak pernah langsung melakukan sesuatu untuk mereka.
Kepada peneroka yang anak-anak peneroka yang menentang Kerajaan, sekiranya tidak berpuas hati dengan apa yang dimiliki selama ini, silalah berundur dan pulangkan semula apa yang FELDA telah berikan. Belajarlah berterima kasih.
3. Nik Aziz sudah patut bersara dari politik. Ideanya sudah tidak relaven lagi, kepimpinannya juga sudah tidak dikehendaki lagi, beliau juga sudah tua dan nyanyuk. Rehatlah panjang-panjang sambil memberi peluang kepada tokoh lain untu
Mengapa isu syurga suka dibesarkan oleh puak-puak umno???? Fikirlah!! Jgn ckp ikt sdp je.. Mu dlm umno tu lg truk... tau tak ape tu bai'ah? TAk tahu bai'ah tak payah la nak kecoh-kecoh.. smga Allah m'beri ptunjuk kpd saudra...
ReplyDeleteSalam sdr Anon,
ReplyDeleteMengapa isu syurga suka dibesarkan oleh puak-puak umno??? Jawapannya kerana itulah isu yang PAS bawa untuk pengaruhi umat Islam di Malaysia ini. Kenapa PAS bawak isu syurga...kenapa sdr tak tanya pada ulamak dan tuan2 guru tu? Kenapa boleh mereka kafirkan org UMNO apakah hak mereka mengkafirkan org lain? ..smga Allah m'beri ptunjuk kpd saudra...dan sahabat2 sdr juga.
salam,
ReplyDeletesaudara anon, kalau kami tak tahu apa itu baiah, habis komen mufti2 dan org pandai agama yg lain menentang baiah pas ni macam mana pula? mereka pun tak tahu apa itu baiah? oh ya, lupa lak, saudara kan lagi pandai daripada mereka. phd dalam bidang tafsir Quran universiti mana? please la try to be objective. kalau benda salah takkan kita mesti pertahankan parti itu bukan agama. kita kena pertahankan agama bukan parti yang menggunakan agama. saya berdoa semoga Allah memberi petunjuk dan menukar hati saudara yang gelap kepda yang lebih cerah.
salam bh..
ReplyDeleteNauzubillah..Astagfirullah..
Apa yg mereka org2 Islam PAS sedang lakukan ini bh... Sesungguhnya Allah SWT amat membenci talak wpn ianya halal,,
Lelaki-lelaki yg layak seri panggil jantan tidak pernah terfikir ker perasaan seorg Isteri yg tertalak 3 dari suaminya tanpa rela,,Kenapa mesti dilacurkan Agama hanya utk kedudukan dalam politik..Ini ker yg dipanggil Islam dalam PAS..kenyataan seorang muslimah PAS yg setuju dgn baiah ini seri anggap sebagai seorg betina murahan..betina yg kononya melacurkan diri utk memberi sedekah pada gerakan Islam..bole ker kita anggap begitu..Islam itu Indah..tidak sehina itu..wahai muslimat muslimah PAS..
Seri hanya ingin bertanya ???
-Berani ker mereka jantan2 dlm PAS ini pertaruhkan nyawa utk kepentingan baiah politik PAS??
-Bukankah itu lebih jihad menegakkan Islam??
-Pernah ker di zaman kepimpinan Rasullullah, Talak kepada Isteri2
diperdagangkn utk menegakkn Islam
-Berani ker Talak itu ditukarganti dgn nyawa anda utk ISLAM wahai pemimpin2 PAS
BERANI KER ??
BERANI KER ??
Jgn kata nyawa mereka,,rasenya utk kerat jari manis pun mereka tidak sanggup agaknya..Prjuangan Islam itu tidak mengorbankn org lain utk jihad..tp diri sendiri sebagai perisai pertahanan pertama sebagai taruhan syahidnya..Bodoh mcm batu
batu pun tk bodoh mcm korang puak2 PAS..sekurang-kurangnya batu tu pandai berselawat dan mengucap kalimahsyahadah kepada penciptanya
ReplyDeleteMasyaAllah...
mmg tak dapat diterima dek akal umat islam, mempertaruhkan wanita yang bergelar isteri sendiri kerana perjuangan politik duniawi...
ReplyDeleteAstagfirullah..
inikah dipanggil ulama akhir zaman? Nauzubillah..
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete