17 November, 2009

TAUBATLAH NIZAR: KERAJAAN DITEKAN KUMPULAN PENDESAK BUKAN MELAYU BHG.2

Tahniah atas penghargaan Pahang Daily Online kepada bh walaupun bh pernah dicap sebagai blogger UMNO Karat dan penulis upahan, klik utk bacaan di PDO artikel semalam.


Ini baru namanya berjuang untuk agama Islam, yang penyokong PAS baring-baring tengah jalan itu hanyalah menjadi abdi kepada si kafir harbi




- Inter Faith Commission berasal dari Inter Religios Council (IRC) yang sedang berusaha menjadi sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama

- IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consulatative Council Of Buddishm, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau sengkatannya MCCBCHS. Fungsi IFC akan mirip SUHAKAM yang kini menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

- Pengiktirafan IFC membolehkan suruhanjaya ini campur-tangan dalam hal ehwal Islam dan tindakan mereka boleh merosakan akidah umat Islam.

- IFC telah membuat beberapa tuntutan yang antaranya seperti berikut:



1. Anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang memeluk Islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang.

3. Kes rang Islam yang keluar dari agamanya hendahlah dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Perkataan Islam tidak perlu dicatatkan dalam MyKad seseorang Muslim.

5. Orang bukan Islam tidak perlu peluk Islam sekiranya berkahwin dengan orang Islam.

6. Manakala orang Islam pula dibenarkan murtad untuk berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa bleh diambil sebarang tindakan undang-undang.

7. Seorang atau pasangan suamu isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

8. Orang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli keluarga yang mati dalam Islam.

9. Kerajaan mesti menyiapkan dana yang cukup untuk membina dan menyelenggara rumah ibadah orang bukan Islam serupa dengan rumah ibadah orang Islam.

10. Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan perkataan-perkataan suci Islam.

11. Bible dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia mestilah dibenarkan pengedarannya kepada umum secara terbuka.

12. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut semua agama perlu diajar disemua sekolah di Malaysia.

13. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan, program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

14. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan dari membayar cukai pendapatan dan hasil wang zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang bukan Islam.

15. Sepatutnya perkataan Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Siapakah yang enggan memberi sedikitpun tetapi ingin meminta sebanyak mungkin? Mereka tidak berpuas hati dengan apa yang telah diberikan kepada mereka dan mereka tidak akan pernah berpuashati walaupun mereka merampas segala yang kita sedang miliki. Siapa yang akan membantu kita apabila sampai ketika kita didesak sebegitu rupa nanti?

PAS sedang bersekongkol bersama mereka untuk memusnahkan bangsa sendiri. Kenapakah mereka tidak berjuang pertahankan kerajaan dari desakan kumpulan pendesak ini? Kenapakah tiada penyokong PAS yang sanggup berbaring ditengah jalan kerana menahan desakan terhadap kerajaan yang nyata akan menguggat kesucian agama Islam?

Nyatalah PAS hanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri saja. Berani bermusuhan sesama Melayu tetapi menurut kata bangsa yang menentang agama Islam secara nyata. Melayu harus sedar dan bangkit. Hapuskan persengketaan sesama bangsa demi agama dan negara tercinta ini. Jadilah seperti mereka yang berpisah dalam politik namun bersama dalam satu tujuan....ultra kiasu...



Klik disini untuk baca artikel menarik dari Blogger Pahang, AminChenor
Artikel yang mesti dibaca oleh semua


(Baca lagi sambungan bhg.3 di edisi petang nanti, Insyallah)

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”