17 November, 2009

Edisi Sisipan (khas) - Taubatlah Nizar: PRK N3, calon UMNO / BN adalah… Datuk Mukhriz Tun Mahahtir….(?)

Tajuk Edisi Petang: Kerajaan ditekan Kumpulan Pendesak Bhg. 3


Ada siapa tak kenal wajah Datuk Mukriz Tun Mahathir?



Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang menyebelahi Speaker DUN Kedah. Dengan itu, SPR dijangka akan diadakan satu Pilihanraya Kecil di N3 Kota Siputih bagi mengisi kekosongan tersebut. Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang semalam setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail.


Banyak ulasan dan pendapat mengenainya disiarkan dilaman-laman blog sejak semalam. Saya tertarik dengan posting di blog Nobisha yang selangkah kehadapan dengan memberikan pendapat siapa yang layak bertanding dikawasan berkenaan berikut kekosongan kerusi DUN tersebut.


Beliau mecadangkan Datuk Mukhriz Tun Mahathir dipilih oleh BN sebagai calon dengan memberikan 5 alasan;

  1. Beliau adalah Ahli Parlimen Jerlun dan dikenali disana
  2. Rekod peribadi yang bersih
  3. N3 dulu sebahagian dari Parlimen Kubang Pasu dimana Tun Mahathir menjadi Ahli Parlimennya dan mudah untuk mendapat kembali sokongan mengenang jasa.
  4. Kreadibiliti Datuk Mukhriz sebagai Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dan bekas tokoh korporat memudahkan mendapatkan sokongan pengundi
  5. BN boleh memposisikan PRK ini sebagai bakal Menteri Besar Kedah jika BN menang PRU13 nanti


Saya sangat bersetuju dengan pandangan Norbisha itu. Tidak timbul soal ketamakan jawatan disini kerana PAS / DS Nizar juga pernah lakukan perkara yang sama di Bukit Gantang namun rakyat boleh menerimanya, jadi bertanding di 2 kawasan (Parlimen dan Dewan Undangan Negeri) bukanlah satu isu.


Jika kita perhatikan di PRK Bagan Pinang, nyata ketokohan calon itu memainkan peranan penting dan utama dalam kemenangan BN disana. Saya kurang yakin kemenangan tersebut dapat dicapai sekiranya bukan TS Isa Samad yang menjadi calonnya.

Sudah tentu ada pihak-pihak dalam UMNO sendiri yang akan membantah pencalonan Datuk Mukhriz nanti atas alasan-alasan tersendiri, tetapi jika kita mengutamakan kemenangan UMNO dan BN, maka kita harus akur bahawa inilah calon yang sebenar-benarnya layak.


Dengan sedikit sentuhan dari Tun Dr. Mahathir dalam kempen itu nanti kita percaya kemenangan akan berpihak kepada UMNO / BN, melainkan adanya gangguan dari ’tangan-tangan hitam’ didalam UMNO sendiri yang mempunyai agenda tersembunyi. Kita percaya DS Najib akan sentiasa memastikan ini tidak akan berlaku kali ini bagi terus membersihkan imej UMNO dan BN yang tercemar selepas PRU12 lalu.



(Klik disini, blog yang mesti dibaca)

4 comments:

  1. Salam BH, setuju sangat dengan paparan tuan.... Mukhriz bukan sahaja dikenali oleh masyarakat setempat, beliau juga begitu prihatin dengan permasalahn rakyat, terutama masyarakat setempat.... Macam ayahndanya juga......

    Kawan setuju sangat kalau beliau yang dicalonkan BN di DUN Siputeh....

    ReplyDelete
  2. AMAT SETUJU SEKALI. MB UMNO DULU BUAT HAMPEH AJE. BAIKNYA DAN TEPAT SEKALI MUKHRIZ

    ReplyDelete
  3. Bakal MB yang baru....kedah Baru bersama UMNO/BN...Insyaallah

    ReplyDelete
  4. salam.. YO aku sokong kalau Mukhriz yg jadi calon kat situ. mesti menang punya kalau mukhris bertanding.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”