31 December, 2009

SIAPA SAYANGKAN UMNO – SIAPA YANG BERUBAH?

Semasa bertanding Ketua Pemuda dia didapati bersalah, tetapi kebal undang-undang kerana Umno ditubuhkan untuk kepentingan golongan elit. Ramai yang kata kalau dia dilantik jadi menteri atau timbalan, mereka lebih rela keluar dari parti



Norza tiada kes - Harian Metro, Rabu 30 Disember 2009, ms 7.

Temerloh: Saksi Pendakwaan kelima (SP5) kes perbicaraan rasuah bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumput, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan Ejennya, Halimi Kamaruzzaman memberitahu Mahkamah Sesyen disini, semalam seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghantar surat kepada Umno mengatakan suruhanjaya itu tidak ada kes terhadap bekas anggota majlis tertinggi (MT) itu.

Bekas Setiausaha Kerja Umno, Bragedier Jeneral (B) Datuk Hisainy Hashim, berkata kandungan surat diserahkan kepada MT Umno itu menyatakan SPRM meminta Umno sendiri melakukan siasatan dalaman kerana suruhanjaya itu tiada kes untuk mendakwa Mohamad Norza..

Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris mendakwa keterangan SP5 itu dibuat kerana didorong peguam Mohamad Norza, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah……

…Ketika sesi soal balas sebelum itu, Muhammad Shafeed berkata, SP5 juga anggota sekretariat Umno yang meneliti kes politik wang memaklumkan Lembaga Disiplin Umno turut mendapati Norza tidak bersalah.


bh:

Umno dah berubah dan dah bersih dari politik wang.. Datuk Norza adalah Saksi Pendakwa kelima (SP5) dan beliau juga adalah anggota sekretariat Umno yang meneliti kes politik wang yang memaklumkan Lembaga Disiplin Umno turut mendapati Norza tidak bersalah. Uikk!! Datuk Norza SP5, meneliti kesnya sendiri dan mendapati dia sendiri tidak bersalah. Mmmm! Jangan hairan, kerana KJ yang sudah terbukti terlibat lagikan tidak dikenakan tindakan. Memang Umno semakin bersih dan sudah berubah, huhu!



Derita nafsu pelik suami - Harian Metro, Rabu 30 Disember 2009, ms 16.

Seremban: Seorang wanita menderita sejak hampir dua tahun lalu apabila terpaksa melayan nafsu songsang suami yang sering meliwatnya di Nilai, dekat sini.

Wanita berusia lingkungan 40-an itu merahsiakan perbuatan suaminya dan menanggung derita sendiri sejak sekian lama.


bh:

Memang perbuatan liwat ini tidak mustahil berlaku dalam kehidupan kita pada masa ini, justru jika ada yang melibatkan seseorang yang berkedudukan maka ianya juga bukanlah sesuatu yang mustahil berlaku. Hanya kita menunggu isterinya (jika berani) untuk tampil dan mengadu / melaporkan kepada pihak polis. Atau kepada orang tertentu, kita hanya tunggu keputusan mahkamah yang akan mensabitkannya dengan salahlaku berkenaan.


Bagi kes 1 dan bayangan kes 2, sentiasa ada konspirasi jika ianya melibatkan orang penting dan penguasa. Andaikan berlaku kepada rakyat biasa (marhaen) maka tindakan tegas akan dikenakan serta merta. Undang-undang hanya untuk ikan kecil dan ikan besar akan sentiasa lepas bebas. Baca sindiran Husin Lempoyang mengenai ini (klik sini)

Blogger




30 December, 2009

SIAPA SAYANGKAN UMNO - ORANG PAS PUN DAH MULA BENCI TOK GURU

Ambo dah tuo, ingate ambo dah kure, otok ambo pung doh kure...
....celako mu ni blogger, nate mu...ishhh! Anok ambo pong blogger jugok! hik hik hik


  1. Bukan mudah untuk menyatakan kebenaran, dan bertambah susahnya untuk menerima kebenaran yang dinyatakan kepada kita jika kebenaran itu berbeza dari apa yang kita harapkan.

  1. Beberapa laman blog hari ini mengulas mengenai kenyataan Ulamak Tuan Guru Nik Aziz yang mencelakakan blogger.

  1. Apapun pertikaiannya, persoalannya adalah tidak wajar seorang yang dihormati sebagai Menteri Besar, Tokoh Politik, Ulamak dan Tuan Guru mengeluarkan kenyataan sedemikian disidang akhbar.

  1. Ini bukanlah contoh yang baik untuk ditunjukkan kepada khalayak. Sepatutnya beliau lebih berhemah dalam menjawab serta mengulas apapun dan melayani semua pihak, wartawan dan blogger dengan lebih bertimbang rasa serta berperikemanusiaan.

  1. Saya masih tetap menghargai Tun Dr. Mahathir sebagai seorang tokoh politik. Sentiasa menantikan ucapannya, temuramahnya dan kenyataannya yang bukan saja bernas tetapi menarik dan mengasyikkan. Beliau menepis provokasi dengan senyum dan sinis. Tidak meluahkan kemarahannya. Ini yang patut Nik Aziz dan lain-lain tokoh politik Malaysia contohi.

  1. Pebuatan mencemuh pihak lain dimedia (sebagaimana dilakukan Nik Aziz itu) bukan saja menjatuhkan maruah pihak berkenaan malahan turut menjatuhkan martabat Nik Aziz sendiri sebagai pemimpin dan tokoh agama yang disebut Ulamak. Inikah contoh terbaik pekerti seorang ulamak? Manusia yang mengikut sunah nabi? Pernahkan Nabi mencelakakan Abu Dajjal dan Abu Jahal kerana enggan mengikut ajarannya?

  1. Kerana itu saya sering beranggapan bahawa Ulamak dan mana-mana pihak yang terlibat dengan mana-mana agama adalah tidak wajar menyertai politik kerana dikhuatiri politik dan agama akan diselewengkan. Nik Aziz akan lebih bersih sekiranga beliau hanya seorang Tok Guru dan Ulamak (dan tidak ceburi politik)

  1. Kebelakangan ini kelihatan sikap Nik Aziz tidak menentu. Faktor usianya dan kesihatan mungkin penyebab utama. Oleh yang demikian, demi kebaikan dan maruah dirinya adalah dinasihatkan beliau meletak jawatan sebelum pengikut-pengikutnya hilang percaya kepada beliau dan menganggapnya hanya sebagai; seorang tuan yang nyanyuk. Husam sudah menunggu bila Nik Aziz dan tinggalkan kerusi tu. Lebih cepat lebih baik.


Blog yang mengulas mengenai Nik Aziz yang mencelakakan:



29 December, 2009

SIAPA SAYANGKAN UMNO – PENJAWAT AWAM MUSUH DALAM SELIMUT

Musuh dalam selimut



Banyak kali dalam posting lalu saya menghentam penjawat awam. Mereka yang berkerja dengan kerajaan tetapi jadi duri dalam daging. Mereka berkerja untuk kerajaan yang diperintah UMNO/BN tatapi bertindak menghancurkan UMNO dari dalam. Mereka mengagalkan dasar-dasar kerajaan yang kerajaan ingin laksanakan sehinggakan kebanyakan apa yang kerajaan ingin laksanakan tidak sampai kepada rakyat.


Selain dari menyelewengkan dasar kerajaan, mereka juga menyeleweng dari segi kewangan sehinggakan berlakunya rasuah pada ketika perlaksanaan pemberian sesuatu tender dari kontrak kerajaan. Justru, janglah salahkan kerajaan semata-mata kerana kitapun terlibat sama.


Terbaru saya mendengar rungutan dari kontraktor-kontraktor (yang berjawatan dalam UMNO) yang memang mencari makan dari kerajaan tetapi gagal mendapat apa-apa kontrak pada kali ini. Ini berlaku didalam kementerian pelajaran. Kononnya mereka dari G-7 juga gagal mendapat apa-apa kerana adanya pegawai yang dinamakan (Zul (bukan nama sebenar) yang dikatakan talibarut PKR) yang menyaring semua tender-tender berkenaan hingga menyebabkan tidak ada lagi orang-orang UMNO yang mendapatnya melainkan semuanya diberikan kepada penyokong-penyokong PKR dan PAS.


Kita maklum bahawa sebagai pemimpin di peringkat bahagian, apakah lagi sumber pendapatan mereka selain itu sedangkan mereka harus juga bergerak dan memberikan perkhidmatan kepada ahli-ahli diperingkat cawangan. Tanpa bantuan sumber kewangan berkenaan, bagaimana mereka akan membantu?

Bagaimana mereka akan membantu No. 2 seperti sebelum ini jika mereka tidak dibantu? Bagaimana PRU13 nanti mereka akan membantu UMNO/BN jika mereka tidak dibantu. Yang kita nampak adalah anggota pembangkang sedang mengumpul harta rampasan perang dan mengagihkannya untuk persiapan perang akan datang.


Pembangkang, sebelum mereka benar-benar berkuasa merekapun telah dapat menguasai kerajaan dari dalam melalui penjawat awam yang menyokong perjuangan mereka.. Di negeri-negeri yang mereka kuasai sudah tentu orang-orang UMNO tidak mendapat peluang langsung untuk mendapatkan kontrek begini. Ketelusan bagi mereka adalah apabila mereka yang mendapatnya, jika orang lain yang dapat mereka akan canangkan sebagai tidak telus. Yang ruginya adalah orang-orang UMNO bila kerajaan yang diterajui UMNO gagal membantu ahli-ahli UMNO sendiri. Menteri berkenaan harus melihat semula dengan teliti, jika tidak kerusi No. 2 akan terlucut nanti.


Saya sedang mendapatkan bukti kesahihan dakwaan yang menyatakan seorang tokoh PAS di temerloh juga mendapat kontrak dibawah kementerian pelajaran dengan pertolongan ‘orang dalam’ berkenaan sedangkan orang-orang UMNO termasuk ketua-ketua Wanita dan Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian di Pahang hanya mampu mengigit jari. Dari lebih 100 kontraktor ahli UMNO yang mendapatnya dulu kini hanya 6 sahaja yang mendapatnya, yang lain diagihkan kepada penyokong serta ahli PKR dan Pas. Kenapa jadi begini?


Pembangkang semakin kuat dan UMNO/Kerajaan semakin lemah. Musuh dalam selimut harus dimusnahkan dan menteri berkenaan patut lebih peka pada membela nasib orang-orang UMNO sendiri. Menteri-menteri besar juga perlu memantau perkara berkenaan. Soalnya adalah; jika kita menyokong kerajaan tetapi tidak mendapat apa-apa sedangkan mereka yang menentang kerajaan mendapat sesuatu dari kerajaan, apakah tidak lebih baik kita tidak menyokong kerajaan atau terus menentang kerajaan?

28 December, 2009

SIAPA SAYANGKAN UMNO - UMNO PARTI RASIS?

Penasihat ekonomi negeri bernilai RM1 yang akan men'satu'kan Malaysia dari belakang



1. UMNO ditubuh untuk membela kaum Melayu sebagai penduduk asal sejak sebelum merdeka, perjuangan UMNO menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari British bagi Melayu dan bangsa-bangsa lain yang rakyat sahnya memerintah bumi Tanah Melayu - UMNO Parti rasis?


2. MCA dan MIC juga ditubuhkan untuk membela dan perjuangkan bangsa masing-masing - MCA dan MIC juga parti rasis!

3. DAP, serpihan PAP dan kesinambungannya perjuangkan bangsa mereka dengan semangat 'ultra kiasu-nya - DAP adalah parti yang lebih rasis!

4. PAS, kononnya perjuangkan Islam namun ahli-ahli PAS adalah dari bangsa Melayu sahaja dan tidak ada pemimpinya yang terdiri dari bangsa cina atau india - PAS juga parti rasis!

5. PKR, parti pelbagai kaum. Mendesak kebebasan bersuara dan kebebasan itu ini, namun yang penting menuntut kebebasan pemimpinnya dari segala salahlaku dan akan terus melakukan kesalahan pada masa depan. Pemimpin PKR bangsa Melayu tetapi perjuangkan hindraf bangsa india, PKR juga parti rasis tetapi adalah antara yang terbodoh kerana perjuangkan orang lain dengan mengabaikan bangsa sendiri. Belum ada yang sebodoh ini agaknya.

27 December, 2009

SIAPA SAYANGKAN UMNO – PADANG RENGAS YANG KURANG AJAR

Pirah!! Apa sumbangan pada rakyat yang kau buat sorang pun tak tau.
Ada serupa tiada dan tiada lagi baik dari ada, hehe



1. Blog Pemuda Padang Rengas berpendapat Datuk Kamalia yang perlu letak jawatan kerana gagal menasihatkan ahli-ahli MP wanita untuk hadir ke sidang parlimen tersebut. (Baca sini) Kita boleh mangandaikan Datuk Kamalia juga bersalah dalam hal yang dinyatakan itu, dan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz juga bersalah. Dalam keadaan ini dimana kedua-dua bersalah, siapakah yang kesalahannye lebih besar? Saya merasakan bahwa kesalahan Datuk Nazri lah lebih besar atas tanggungjawabnya terhadap Parlimen, jadi dia lah patut dipersalahkan dan patut meletakkan jawatan. (Saya pasti jika undian umum didapatkan sudah tentu ramai pihak yang akan mengundi meminta Dauk Nazri meletakkan jawatan)

Kita faham dalam keadaan ini sudah tentu Blog Pemuda Padang Rengas akan pertahankan bosnya walaupun lebih bersalah, sebagai pencacai tentu dia tidak berani menentang bosnya tambahan pula bosnya itu bermulut ‘buntut ayam’ yang kurang ajar termasuk terhadap mantan PM.

Saya nasihatkan kepada Blog Pemuda Padang Rengas supaya tutup mulut saja kerana khuatir akan jadi juga seperti mulut Ahli Parlimen Padang Rengas, celopor dan kurang ajar. Nak bodek bos pun kenalah berpada-pada. (Orang benci apa kamu tak tau ke?)




2. Kenapa tiba-tiba Nik Amalina dan Nik Abduh begitu popular di Blog masing-masing. Desakan Nik Aziz untuk memastikan tiada calon dari luar bertanding di Kelantan mengiyakan agenda politik tersusun untuk anak-anak beliau diberi laluan mudah untuk bertanding di PRU yang akan datang.Demikian tulisan blog Suara Pemuda (klik sini)


Nampaknya begitulah yang akan terjadi di Kelantan, kerajaan anak menantu. Dan sudah tentu nanti mereka akan kata UMNO membuat hasutan, blogger UMNO diupah dan sebagainya. Pokoknya, apa yang mereka lakukan mesti rakyat pandang betul dan apa yang UMNO lakukan adalah salah. Apa yang mereka lalukan adalah kerana Islam dan kerana Allah dan apa yang UMNO lakukan adalah kerana menghancurkan Islam. Hukum ditangan mereka dan ayat Al-Quraan juga dibibir mereka. Mereka sanggup jual agama dengan apa harga sekalipun.

Sudah tentu nanti mereka akan kata; apa salahnya anak dan menantu juga ceburi politik? Pak Lah ada KJ, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim ada Saiful..eh!! Azmin Ali ishhh! …(?) Justru apa salahnya bila Nik Aziz bawa sekali anak dan menantunya serta pupu papatnya dalam kerajaan Islam Kelantan nanti. Tak salah! Tak salah! Kan Nik Aziz ni Tok Guru dan Ulamak pun, penyokong Pas akan tetap ikut kerana syurga yang dijanjikan itu Tok Guru yang tentukan.

26 December, 2009

SIAPA SAYANGKAN UMNO - TUN MAHATHIR LEGENDA MELAYU

Tun yang masih dihormati kawan dan lawan, masih disayangi rakyat dan jasanya masih dikenang




1. bh mengucapkan selamat bercuti dan selamat hari natal.

2. Tidak ada posting khusus dari bh hari ini, kurang sihat tapi CnP ini masih menarik untuk direnungkan bersama:



TUN DR. MAHATHIR, LEGENDA MELAYU


Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah diberi pelbagai nama jolokan dan gelaran, positif dan negatif, oleh pelbagai kelompok manusia, kawan dan lawan, di dalam dan luar Malaysia.Kepada kawan di Malaysia beliau pernah dipanggil `Bapak Perindustrian', `Perwira Melayu', `Bapak IT' dan puluhan lagi gelaran.

Kepada kawan di luar Malaysia beliau pernah dikenal sebagai `The Voice of the South, The Master Strategist', `Hero of the Underdog' dan paling terakhir sebagai Ibnu Khaldun abad ke-21.Kepada lawan di Malaysia beliau pernah dicemoh sebagai `Penjahanam Bangsa', `Penjual Harta Negara', `Pembela Korporat Korap' dan pelbagai lagi gelaran yang tak enak bunyinya.

Di luar Malaysia, media Barat pernah menggelarnya `The Dictator', `Anti-Semitic', `Authoritarian and Corrupt' dan bermacam lagi nama yang keji bunyinya.Yang menariknya, gelaran-gelaran ini amat terpolarisasi sifatnya, sama ada terlalu memuji-memuja atau sangat negatif dan seolah-olah mengeji. Tidak ada gelaran yang `jalan tengah' dalam mana ciri-ciri positif dan negatif tersimpul satu.

Maka demikian keadaannya sungguh menarik kepada ramai pemerhati mengenai Dr. Mahathir.Dapat disimpulkan bahawa Dr. Mahathir, biar apa pun gelaran yang diberikan oleh sesiapa saja, adalah seorang tokoh yang mendapat perhatian umum dan cukup luas audiennya, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Di kalangan anggota ASEAN beliau dianggap sebagai seorang pemimpin yang full-of-substance, atau kental lagi berisi.

Dalam UMNO ada yang menganggapnya sebagai seorang magician, yang punyai banyak muslihat dan mantera. Ada juga yang melihatnya macam seorang guru besar yang garang dan kuat disiplin serta suka merotan. Tak kurang juga bilangan orang BN dan UMNO yang melihatnya sebagai seorang intelektual, yang dilatih dalam bidang kedoktoran perubatan, tetapi menguasai ilmu dan infomasi yang mendalam tentang pelbagai bidang lain.Kalau kita teliti setiap komen, pemerhatian dan gelaran yang telah diberikan terhadap Dr. Mahathir kita akan dapati beliau mempunyai kesemua ciri tersebut. Seperti cerita kanak-kanak tentang 12 orang buta dengan seekor gajah, tidak ada seorang pun yang memberikan komentar terhadap Dr. Mahathir telah mengalami semua aspek kesan daripada kepimpinannya.

Lain orang, lain pengalamannya dalam berinteraksi dengan Dr. Mahathir. Maka lainlah persepsi dan pandangan mengenai beliau.Apabila kita gaur-campur kesemua pandangan ini, maka Dr. Mahathir bukan hanya seorang `gajah', malah jauh lebih besar dari itu. Sebenarnya beliau adalah suatu fenomena. Biar sebanyak manapun pandangan yang telah diluahkan oleh pelbagai orang dan yang telah dirakamkan dalam bentuk tulisan, jauh lebih besar lagi bilangan manusia di seluruh dunia yang mempunyai pandangan masing-masing mengenai Dr. Mahathir tetapi tidak meluahkannya secara terbuka. Mungkin mereka tidak ada kesempatan berbuat demikian atau tidak punyai saluran untuk menyuarakannya.

Yang menyokong atau membangkang mungkin mengatakan bahawa bangunan Petronas Twin Tower sebagai `Twin Tower Mahathir', perlumbaan kereta Formula 1 di Sepang sebagai `F1 Mahathir', jambatan Pulau Pinang sebagai `Jambatan Mahathir', lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, atau KLIA, sebagai `KLIA Mahathir', lebuh raya Utara-Selatan sebagai `Lebuh Raya Mahathir', yang pastinya, dari sudut linguistiks, perkataan atau nama Mahathir sudah menjadi suatu idiom yang telah diterimapakai dan digunakan dalam wacana rasmi dan perbualan seharian di Malaysia.

Apabila sesuatu hal atau seseorang mempunyai pengaruh dan kesan yang bagitu luas dan mendalam dalam sesebuah masyarakat, lokal dan global, seperti kini yang dialami oleh Dr. Mahathir, maka, dari sudut sosiologikal, ia mengangkat sesuatu hal atau tokoh berkenaan ke taraf suatu fenomena. Maka tidaklah keterlaluan untuk mengungkapkan Dr. Mahathir sebagai suatu fenomena. Inilah pertama kali seorang pemimpin Malaysia boleh dikategorikan sedemikian.

Yang paling penting ialah tempoh jangka waktu yang panjang beliau menerajui Malaysia. Beliau bermula, awalnya, sebagai seorang Menteri Kabinet, pada 1974, dan akhirnya menjadi Perdana Menteri, pada 1981 dan bersara pada 2003. Ertinya, beliau telah menjadi Menteri Kabinet kira-kira 30 tahun dalam tempoh 46 tahun Malaysia merdeka.Yang paling signifikan ialah fakta bahawa hampir 22 tahun, dalam tempoh 30 tahun beliau menjadi Menteri Kabinet itu atau dalam tempoh 46 tahun Malaysia merdeka, beliau telah menjawat jawatan Perdana Menteri.

Oleh kerana jawatan-jawatan kabinet yang telah beliau sandang itu, seperti Menteri Pelajaran dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Antarabangsa, adalah jawatan-jawatan yang sangat tinggi profilnya di pandangan masyarakat tempatan dan dunia, maka beliau senantiasa berada dalam pemerhatian umum, setidak-tidaknya dalam radar sosial setiap rakyat Malaysia.

Dalam bidang kajian demografi, tempoh 30 tahun itu dihitung sebagai satu generasi. Maka Dr. Mahathir telah memerintah selama satu generasi. Oleh yang demikian, segala dasar dan pelaksanaan dasar yang digubalnya mengesankan setidak-tidaknya tiga generasi, iaitu, generasi beliau (yang berumur 50-an semasa beliau mula-mula menjadi Menteri Kabinet), generasi yang lahir lepas kemerdekaan 1957, dan generasi yang lahir selepas beliau menjadi Menteri Kabinet.

Ini bermakna kesan pelaksanaan semua dasar yang diperkenal oleh Dr. Mahathir telah mengesankan tiga generasi rakyat Malaysia. Tidak pernah seorang Perdana Menteri Malaysia sebelum beliau memerintah lebih dari satu generasi.Faktor jangka waktu ini sangat signifikan dalam meletakkan beliau sebagai seorang pemimpin yang mencapai taraf fenomena. Kerana beliau punyai waktu yang relatifnya sangat panjang untuk memperkenalkan sesuatu dasar, melaksanakannya, merobahnya bila perlu dan memperkenal sesuatu yang baru. Dalam kata lain, kita telah didedahkan kepada pemerintahan gaya Mahathir cukup panjang.

Dalam tempoh berkenaan beliau telah mampu atau terpaksa menangani pelbagai isu domestik yang mencabar. Dalam tempoh berkenaan juga beliau mempunyai waktu dan ruang untuk menerobos ke arena politik antarabangsa dan melibatkan diri dengan aktif.

Dalam konteks Malaysia, beliau telah melakukan satu anjakan paradigma penting dalam bidang ekonomi yang mengesankan kehidupan setiap rakyat Malaysia. Beliau telah merobah wajah ekonomi Malaysia daripada bergantung kepada komoditi utama, seperti bijih, getah dan kelapa sawit, kepada yang berorientasikan pengeluaran industri untuk eksport. Dalam bidang pengeluaran industri ini pula Malaysia tidak hanya menumpukan kepada pengeluaran dan eksport barangan yang menggunakan teknologi rendah dan sederhana (seperti industri membuat pakaian, bahan elektronik dan lain-lain) tetapi juga yang menggunakan teknologi tinggi (seperti industri automobil, ICT dan aeroangkasa).

Limpahan ekonomi daripada anjakan paradigma ekonomi ini telah dirasakan oleh rakyat Malaysia dengan meningkat berlipat gandanya pendapatan per kapita daripada sekitar AS$800 ke AS$3,000 dalam tempoh dua dasawarsa. Loncatan pendapatan per kapita inilah yang dijadikan bahan bualan dan pujian, malah menimbulkan semacam rasa ajaib, di kalangan pimpinan negara-negara Dunia Ketiga, OIC, dan juga pimpinan negara maju G7 serta badan-badan dunia seperti Bank Dunia dan IMF.Kejayaan ekonomi ini pastinya telah melibatkan pembentukan rangkaian hubungan bilateral dan multilateral dalam bidang ekonomi dengan pelbagai negara di dunia dan juga dengan gergasi-gergasi syarikat multinasional global.

Berlandaskan hubungan ini dan juga kejayaan yang dicapai telah memungkinkan beliau menerobos ke arena politik antarabangsa.Beliau telah memprofil Malaysia, di pentas politik global, sebagai sebuah middle-range power, justeru melipat gandakan kegiatan Malaysia dalam ASEAN, APEC, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Mesyuarat ASEAN-Eropah (ASEM) dan akhir-akhir ini OIC.

Melalui platform wacana Selatan-Selatan dan Dialog Antarabangsa Langkawi beliau bukan sahaja meletakkan Malaysia sebagai sebuah kuasa politik bahkan juga sebagai satu model pembangunan ekonomi yang boleh dijadikan ikutan.Banyak lagi kegiatan yang boleh disenaraikan yang telah dilaksanakan oleh Dr. Mahathir dalam tempoh 30 tahun sebagai Menteri Kabinet termasuk 22 tahun sebagai Perdana Menteri, yang mengesankan manusia dalam dan luar Malaysia. Tidak semuanya berjaya. Adunan kejayaan dan kegagalan beliau itu telah memperkukuhkan lagi klise bahawa manusia itu tidak sempurna.Kejayaan beliau dalam ketidaksempurnaan itulah yang telah menjadi buah mulut sedunia dan akan terus menjadi buah mulut. Inilah yang sebenarnya telah mengangkat Mahathir ke taraf suatu fenomena. -
Prof Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin adalah Pengarah Institut Kajian Oksidental (Ikon).



Kisah penerbitan buku Malaysian Maverick oleh Barry Wain rupa2nya adalah permainan kotor dari bapak komunis di negara Singapura. Dikhabarkan ini adalah permainan kotor Al juburi dan juga anak menantu untuk mencalarkan imej Tun M.

Barry Wain adalah merupakan dari kumpulan pemikir (Think Tank) Lee KW dan ditugaskan khas untuk mencari sumber yang mampu menenggelamkan karakter Tun M dimata dunia. Namun Tun M bukanlah calang2 manusia. Idea pemikiran Tun M sering melangkaui sempadan masa dan diakui pemikir hebat di kalangan negara2 Islam sedunia.

Tun M bertindak bijak apabila mendedahkan wang pemberian Petronas kepada negara di zaman pemerintahan Tun Lah untuk dibandingkan dengan tuduhan kerugian 100 billion wang negara selama 22 tahun pemerintahannya.

Tun M juga telah menyenaraikan projek2 selama 22 tahun beliau memerintah negara.

Penang Bridge, Twin Towers, KL Tower, KL International Airport, North Port and West Port in Klang, commuter train, LRT and monorail, numerous expressways all over the country, electrification and double tracking, Putrajaya, Cyberjaya, Langkawi development, Proton, Modenas, Silterra chip manufacturing plant, cement plants etc. etc.

Tindakan Tun M menyeret Tun Lah didalam isu ini akan membuatkan Tun Lah terpaksa mengeluarkan statement untuk mempertahankan dirinya. Ini akan menyebabkan semua penyamun2 belakang tabir selama 5 tahun pemerintahannya dibongkar satu persatu.

Tun M juga mempersoalkan kemana hilangnya wang hasil dari Petronas yang berjumlah 270 billion semasa era Tun Lah. Dalam masa 5 tahun sahaja wang sebegini banyak lesap dari perbendaharaan negara hinggakan untuk membina Jambatan kedua Pulau Pinang pun terpaksa meminjam dari negara China. Toyol manakah yang melesapkkannya ?

Mungkinkah anak menantu and the geng akan diheret didalam isu 270 billion wang Petronas ini ?

Kepada pihak2 terbabit, apa tunggu lagi ? Tubuhlah suruhanjaya untuk siasat 270 billion ini. Jangan lupa seret anak menantu, Kali dan juga Brendan sekali.

Mesti panas punggung anak menantu and the geng dengan pendedahan Tun M kali ini.

25 December, 2009

SIAPA SAYANGKAN UMNO – BAKAL PM MALAYSIA?

Segalanya adalah dengan dan kerana duit. Dizaman Bapak Mertua, undang-undang UMNO ada 2: untuk golongan elit dan marhaen. Bertuah Singapura kalau dia menjadi PM Malaysia nanti kerana tentu banyak lagi yang akan dapat dibeli.



  1. Setelah lama menghilang timbul semula berita sensasi mengenai KJ. Blogger-blogger pencacai KJ memeriahkan semula dunia berita Malaysia dengan berita-berita mengenai KJ. Mereka ingin mengilap KJ dan menjadikannya sebagai permata. Tentulah banyak wang yang perlu dibelanjakan untuk tujuan itu. Maka senyum lebarlah pencacai KJ sambil mengosok-gosok perut gendut mereka.

  1. Kejayaan skuad bolasepak Malaysia mengalahkan Vietnam di Sukan Sea juga di katakan sebagai hasil usaha KJ sendiri. (Teringat kata-kata Bapak Mertua: ‘Ini adalah idea saya sendiri’. Bijak sungguh mertua dan menantu ni) Sifu 'Husin Lempoyang' juga nampaknya sangat setuju dengan kebolehan KJ. (Baca sini)

  1. Kehebatan utama KJ adalah lahir sebagai Penganggur Terkaya di Malaysia. Kelulusan tinggi, dengar khabar dari Ox fart University. Mahir dalam mencaturkan politik tanah air, di zaman bapak meretua habis politik satu Malaysia kacau bilau kerana dia. Cita-cita nak jadi PM dalam usia sebelum 40 tahun. DS Najib haruslah berundur agaknya untuk berikan laluan kepada permata Malaysia yang Cemerlang, Gemilang, Terbilang dan Terbuang ini. Atau dia akan menolak sesiapa saja ke tepi demi laluannya sebagai PM.

  1. Bukan tak ramai orang diperbodohkannya untuk menjayakan cita-citanya itu. Hishamuddin semasa jadi Ketua Pemuda, yang telah bersungguh-sungguh menjulang keris telah juga menjulang buntut KL untuk dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda tanpa pertandingan. Memang UMNO ni parti golongan elit. Golongan marhaen macam kita ni hanya layak menjadi pencacai saja sampai bila-bila.

  1. Dalam pertandingan 3 penjuru bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO, dia yang didapati bersalah kerana rasuah politik bernasib sangat baik kerana tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh UMNO. (UMNO memang parti golongan elit, orang-orang macam Dato’ Norza hanya layak menjadi korban sebagai kambing hitam saja)

  1. Jika DS Anwar ejen Israel, apa pula hubungan dia dengan DS Anwar dan apa pula hubungan dia dengan Israel? Yang pasti Singapura kelihatan terlalu rapat dengannya. Apa pula Singapura dengan Israel? Semuanya menuntut penjelasan dan semuanya masih tersembunyi.

  1. Agenda siapa pula penulis buku di Singapura mendakwa penyelewangan Tun Dr. Mahathir selama 22 tahu memerintah dan minta dibicarakan sehingga Tun perlu tampil untuk bersedia disiasat namun meminta Pak Lah diheret sama. Kerana apa Mahathir perlu heret Pak Lah, bukankah semata-mata kerana nak pulangkan paku buah kerasa kepada KJ yang bersubahat dalam mencetus isu itu?
Nota:
Pas Kelantan pun mengambil contoh pentadbiran yang sama, kerajaan anak-menantu. Tentulah ini perkara yang baik dicontohi kalau tidak masakan Tok Guru @ Ulamak kerajaan Syurga mencontohinya. (Baca di blog penyokong kuat KJ)

24 December, 2009

SIAPA SAYANGKAN UMNO - SIASAT TUN MAHATHIR, SIASAT PAK LAH, KJ..SIASAT SEMUA SEKALI

Madey berani disiasat, Pak Lah ada berani? KJ si anak omak tentu tidak, DS Anwar mesti belit lagi. Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz, Mahfuz, Mat Sabu dan yang lain-lain mesti sudah terkencing dalam seluar. Malaysia ku -huhu!




1. Tun Dr. Mahathir diminta disiasat atas tuduhan penyelewengannya selama 22 tahun memerintah. Tuduhan mengenainya mula kedengaran di Singapura dan ramailah pembangkang kerajaan bersuara mendesak siasatan. Tun Dr. Mahathir bersedia dan meminta Tun Abdullah juga disiasat sama. (Blog Che Det) Tun Dr. Mahathir tunjuk berani untuk disiasat kerana rasa tidak bersalah. Kita siasat juga Tun Abdullah, DS Anwar Ibrahim dan semua pemimpin pembangkang juga kerana mereka juga bukan sangat bersih. Apakah mereka berani? Isu ini bagi sesetengah pihak dikaitkan dengan agenda KJ. Kita siasat juga KJ, calon Ketua Pemuda yang didapati bersalah tetapi tidak diambil tindakan dan tidak dihukum.


2. Politik Malaysia adalah politik memburukkan pemimpin. Apabila semua pemimpin kita (terutama Melayu) buruk, siapa lagi yang akan layak jadi pemimpin? Politik kita sepatutnya berlandaskan kepada apa yang akan kita lakukan dan bangunkan jika kita jadi pemimpin, apa rakyat akan dapat dan nikmati dan kerana itulah rakyat akan memilih kita sebagai pemimpin. Apakah jika kita dipilih, kita akan masih lagi mencari segala keburukan musuh dan menelanjangkan musuh semata-mata dan akhirnya kita tidak berbuat apa-apa untuk faedah rakyat. Setakat ini yang kita nampak inilah yang telah dipraktikkan oleh pembangkang.

3. Rakyat dan pengundi di Malaysia harus lebih bijak dalam memilih. Jangan hanya berlandaskan parti politik semata-mata. Mungkin agenda parti itu betul dan baik namun wakil yang dipilih tidak baik dan tidak cekap melaksanakannya maka kegagalan juga yang akan didapati diakhirnya nanti. Saya melihat bahawa pengundi di Malaysia ketikan ini masih lagi terbelenggu dengan pemikiran lama yang hanya memilih parti sebagai landasan perjuangan politik mereka. Kita harus berubah dengan memilih individu yang mampu melaksanakan dasar serta merealisasikan impian rakyat semua.

4. Tun Dr. Mahathir harus segera dilantik sebagai penasihat kerajaan bagi mengatasi kemelut politik dan menstabilkan iklim politik semasa. Kepimpinan sekarang sangat memerlukanya jika tidak mahu tenggelam dan kerajaan bertukar sebelum PRU13 nanti. Kita melihat konspirasi masih dan sentiasa berlegar disekeliling dan menunggu masa untuk menolak BN kepinggir.

23 December, 2009

SIAPA SAYANGKAN UMNO – INJIN JET DITEMUI…


Di setor mengumpul besi buruk inilah injin berkenaan ditemui


Pandangan dekat injin berkenaan yang sangat sesuai dijadikan tukun




Memang sukar untuk mendapatkan semula injin yang hilang itu, namun injin tersebut telah ditemui penggantinya yang jauh lebih murah dan menjimatkan kos membaik-pulih.


  1. Susah nak percaya bagaimana injin sebesar itu hilang begitu saja, bukan satu tetapi dua. Maka bagi membersihkan imej tentulah seorang dua akan dijadikan kambing hitam. Lalu mereka yang tidak berjawatan besar dituduhlah melakukan ini sedangkan pencipta konspirasinya ‘god father’ masih tetap bebas.

  1. Di akhbar dan laman-laman blog mengisahkan bahawa injin tersebut telah dijual di Amerika Selatan dengan harga RM50 juta tiap satu. Sudah tentulah sepatutnya mereka yang terlibat itu menjadi kaya raya sepatutnya, tetapi saya rasa mereka yang dituduh itu masih papa kedana dan yang kaya rayanya adalah orang lain. Cuba kita pandang ke atas, siapakah agaknya?

  1. Memang sukar untuk mendapat semula injin berkenaan, namun kaedah lain telah ditemui iaitu dengan menggunakan injin terpakai ‘rekon’ Idea ini adalah ilham saya sendiri…(ayat macam pernah didengar diucapkan oleh seseorang tidak lama dulu) ketika saya melawat setor besi buruk dan barang-barang terpakai diluar ibu kota. Saya menemui sebuah injin mesin rumput yang mungkin sesuai digunakan disamping harganya yang murah ia juga akan menjimatkan kos bahanapi dan ‘maintanance’

  1. Specifikasi injin tersebut adalah seperti berikut:

Jenis Injin: Kawasaki

Weight: 7.4kg

Engine Type: Single Sylinder Air Cooling 2-Cycle Gasoline Engine

Displacement Volume: 43cc

Carburetor: Float, Piston Valve

Starting Method: Recoil

Stopping Method: Sparking Circuit Primary Short

Fuel Used: Lubricating Oil Mixed Gasoline(Mixing Rate 25:1)

Lubricating Oil Used: 2-Cycle Engine Oil

Fuel Tank Capacity: 1L



Pautan:

http://pahangdaily.blogspot.com



Mungkin tidak lagi boleh digunakan walaupun untuk pesawat jenis ini


Tapi mungkin sesuai digunakan oleh Lotus yang di jual dengan harga RM1.oo bagi kegunaan di kejohanan F1

22 December, 2009

SIAPA SAYANGKAN UMNO - UMNO BUSUK HINGGA KE USUSNYA






  1. Siapa sayangkan UMNO? – teguran Tun Dr. Mahathir ‘UMNO busuk hingga ke ususnya’ (klik sini) dijawab dengan cacian oleh sorang menteri yang kurang mahu berfikir dan enggan menerima teguran. Bahkan beliau masih menunjuk besar kepalanya (baca sini) dan menganggap mantan PM Bapa Rasis. Sayangkan UMNO kah ini?

    2. UMNO tidak mengembang bahkan semakin mengecil hanya kerana tidak membenarkan demokrasi berlaku dan keinginan menguasai selama-lamanya seperti kata Tun Dr. Mahathir dalam 3-6, sayang UMNO kah ini?

    3. Rasuah dalam UMNO dan kerajaan bermula dari dalam UMNO sendiri, dan dimulakan dari atas oleh pemimpin, sehingga ini sudah menjadi darah daging serta duri dalam daging dalam UMNO bahkan sektor awam juga, sayangkan UMNO kah ini?

    4. Perebutan jawatan disemua peringkat dalam UMNO tidak langsung menggambarkan dan menyerap semangat berkhidmat untuk bangsa dan negara malahan setelah memenangi jawatan mereka ibarat mengagihkan harta rampasan perang dengan merebut segala apa peluang yang ada. Apakah hak itu hanya untuk mereka yang ahli UMNO dan berjawatan dalam UMNO saja? Bogger pro UMNO - tulislah apa pun dan sokong macamana pun kita akan tetap disisih kerana kita bukan sebahagian dari mereka. Sayang UMNO kah ini?

    5. Banyak lagi penyelewengan yang berlaku dalam UMNO yang tersembunyi dan disembunyikan dalam konspirasi. Bukan semua UMNO benar dan buka semua tohmahan pembangkang salah, hanya kita jangan diperbodohkan mereka selama-lamanya. Untuk mengubah UMNO bukan saja dari dalam kerana mungkin ruangan sudah tidak ada, tetapi boleh juga dari luar dengan mengubah kerajaan bagi mengajar UMNO, ini kerana sayangkan UMNO. (Baca pula pandangan Nobisha)

    6. Ahli UMNO yang lama seperti saya (bukan veteran UMNO) beranggapan UMNO harus ditinggalkan seterusnya memberikan sokongan kepada parti lain kerana UMNO tidak pernah ingin berubah. UMNO harus diajar dan bersihkan kemudian membina semula diatas keruntuhan itu untuk perubahan sebenar kerana selagi ada yang lama didalam UMNO, ianya akan tetap busuk hingga keususnya – inilah jika sayangkan UMNO!

    7. Senarai mereka yang tidak hadir di Sidang Parlimen dimana DS Najib telah dimalukan (klik sini) sayang UMNO / BN kah mereka? Calon bakal Menteri Besar Pahang, Dato' Jamaluddin Jarjis mungkin boleh dimaafkan! - Gosok, jangan tak gosok! Belakang atau buntut, sama saja!

21 December, 2009

SIAPA SAYANGKAN UMNO - PERTAHANKAN AGAR TIDAK TUMBANG!

Kendati tergantung awan dilangit, telah terlanjur kubentangkan layar,
walau badai datang menggulung, walau berdentum guruh dilangit,
walau bumi berkeping dua, takkan mungkin kuberbalik haluan..




  1. Tohmahan demi tohmahan dilemparkan kepada DS Najib dan Isteri, namun tidak ada penafian yang jelas bagi menghilangkan keraguan umum. Terbaru laporan terbaru mengenai wang RM600 ribu yang dikirimkan kepada DS Rosmah sewaktu di Dubai. (klik sini) Rakyat semakin percaya dan menganggap fitnah sebagai kebenaran jika ianya diulang-ulang dan tidak ada jawapan bagi mempertahankan.

  1. Ahli Perlimen BN tidak hadir pada saat yang penting ketika ’undian belah bahagi’ dilakukan membuatkan usul Bajet 2010 hanya dimenangi dengan undian sangat tipis yakni hanya 3 undi sahaja. (Baca sini) Andainya BN kalah dalam undian itu, implikasinya sangat besar dan mampu menguggat kerajaan. Apakah ada sesuatu yang tesembunyi yang rakyat tidak ketahui disni? Apakah ada penyebab khusus yang membuatkan 74 Ahli Parlimen BN tidak hadir? Adakah ini satu tindakan terancang bagi menjatuhkannya? DS Najib mesti tegas dan berani dalam menangani ini, jika tidak lawan dan kawan tidak lagi akan menghormati beliau. Hakikatnya, DS Najib sudah dimalukan dan hampir tidak lagi menjadi PM Malaysia kerana kecuaian dan kelemahan Ahli Parlimen BN sendiri. Saya percaya pihak Pakatan Rakyat akan terus mencari ruang untuk melakukan perkara semacam ini sekali dan berkali-kali lagi.

  1. Kita nampak bahawa pihak lawan memang mensasarkan DS Najib habis-habisan, dan tidak pernah ada serangan seperti ini sebelum ini. Mungkin pihak lawan beranggapan bahawa inilah saatnya dimana kerajaan berada dalam keadaan yang paling lemah dengan masalah disekeliling. Mungkin juga pihak lawan merasakan bahawa jika bukan sekarang maka mereka tidak akan mendapatnya selama-lamanya. Bagaimanapun, banyak pihak percaya bahawa ada konspirasi politik terbesar sedang berlaku dan disembunyikan oleh pihak tertentu, sama-sama kita tunggu dan lihat apa kesudahannya nanti.

  1. Satu kertas putih, senarai Ahli Parlimen BN yang tidak hadir harus diedarkan kepada rakyat supaya rakyat tahu siapa wakil rakyat mereka yang gagal menjalankan tugasnya untuk penilaian rakyat sendiri yang rakyat berhak untuk tahu. Saya masih menyokong DS Najib dan BN biarpun dalam kelam dan meragukan kerana saya tidak percaya pihak pembangkang akan dapat melakukan lebih baik dari apa yang kita ada sekarang ini. DS Najib hanya perlu bersihkan persekitaran dan sekelilingnya bagi menyakinkan semua dan memulihkan kepercayaan rakyat dan tampil sebagai seorang wira yang tegas dan berani ~ bRAVEhEART

Rujuk:





20 December, 2009

SIAPA SAYANGKAN UMNO - SIAPA MUSUH UMNO?

Malas nak fikir kenapa boleh runtuh, anggaplah ini kerana bencana alam yang melanda seluruh dunia. Semoga Allah akan membalas perbuatan mereka didunia ini juga. Kita sumpah mereka hingga ke anak-cucu tidak akan selamat dari bencana.




Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia memberi amaran akan memecat ahli yang terbabit dalam rasuah bagi mengelak gejala yang menjejaskan pembangunan (rujuk Berita Harian 19 Disember 2009 ms 16). Saya tidak yakin usaha ini dapat dilakukan dengan berkesan dalam masa yang singkat namun saya berharap usaha dilakukan berterusan sehingga mencapai kejayaan.

Dalam menangani masalah ini usaha 2 hala haruslah dilakukan, bukan pihak kontraktor sahaja yang perlu disalahkan kerana pihak penjawat awam juga menjadikan rasuah sebagai sumber pendapatan tambahannya. Oleh yang demikian, pihak kerajaan terlebih dahulu harus membersihkan kakitangan mereka dari sikap buruk dan amalan rasuah ini.

Tidak hairan jika indek rasuah di negara kita semakin meningkat memandangkan perbuatan rasuah ini sudah dipandang halal oleh banyak pihak dan dibanyak jabatan-jabatan kerajaan. Malahan kita melihat dan mendengar semua individu yang berpeluang melakukan rasuah akan mengambil peluang berkenaan sedapat mungkin.

Siapa yang meluluskan tender bagi sesuatu kontrak? Siapa yang menjalankan pemantauan perlaksanaan kerja-kerja kontrak berkenaan? Mereka ini adalah barisan hadapan yang berpeluang besar terlibat dalam perbuatan jenayah rasuah. Apakah mereka rasa bersalah? Apakah hukumannya cukup berat jika disabitkan dengan kesalan berkenaan? Banyak pihak memandang bahawa apa yang mereka dapati sangat berbaloi berbanding hukuman yang akan mereka terima jika sabit kesalahan. Kerana itu mereka tidak merasa takut untuk melakukannya.

Dari jumlah jenayah rasuah yang didapati bersalah ada banyak lagi mereka-mereka yang masih bebas melakukan rasuah tanpa dibawa kemuka pengadilan, didapati bersalah atau merasa bersalah. Mereka diperingkat bawahan mungkin dilindungi oleh pegawai atasan supaya rahsia pegawai atasan tidak dibocorkan. Semacam ada kesefahaman diantara mereka. Jabatan manakah yang kita rasakan masih bersih dari rasuah di Malaysia ini? Memang susah hendak kita sebutkan jabatan manakan yang masih boleh dianggap bersih, malahan mungkin jabatan yang berkenaan dengannya juga tidak terhindar dari kemungkinan terlibat dengan gejala berkenaan.

Saya mendengar keluhan seorang kawan yang apabila tendernya untuk memajak sebuah resort ditolak kerana tidak menjadi ahli ’Shaklee’ yang mana pegawai yang mempertimbangkan permohonan itu adalah wakil pengedar produk berkenaan di daerah itu. Keluhan kontraktor lain juga kedengaran apabila pegawai yang bertanggungjawab dengan pembangunan sebuah hutan dimana resort yang sebutkan tadi, hanya memberikan projek kepada kontraktor tertentu sahaja yang sudah semestinyalah ada hubungan ’kasih sayang’ antara mereka.

Membebaskan rasuah harus dilakukan dari atas, kerana jika dipihak atasan bebas dari rasuah maka dapatlah mereka menguatkuasakan perlaksanaan dan peraturan yang ada. Jika mereka tidak bersih lalu bagaimana mereka hendak meminta orang lain menjadi bersih? Jangan jadi ibarat ketam yang berjalan bengkok namun meminta anaknya berjalan lurus.

Siapa sayangkan UMNO? Siapa musuh UMNO? Musuh kita ada disekeliling kita. Mereka mungkin terdiri dari kalangan pemimpin, penjawat awam sama ada yang menyokong UMNO atau yang sudah nyata menyokong lawan. Merekalah yang menjadi barah dan duri dalam daging terhadap UMNO dan bangsa Melayu. Mereka yang hanya mementingkan diri sendiri dan sanggup memakan bangkai saudaranya. Merekalah pemberi dan penerima rasuah.

Untuk mendapat keyakinan rakyat, DS Najib seharusnya memastikan anggota kerajaan dan penjawat awam bebas dari rasuah dan DS Najib harus lebih tegas lagi dalam melaksanakannya. Saya percaya PM mampu lakukannya bukan hanya kerana dia anak Pahang tetapi kerana dia ada keberanian yang masih tersembunyi. Justru, beliau harus menunjukkan keberanian itu. Benih yang baik, jatuh ke laut akan menjelma menjadi pulau!

Sebuah lama blog dari sebelah sana (agaknyalah) juga menulis berkenaan rasuah. Mungkin antara saya dengan dia berlainan fahaman politik namun saya menganggapnya sahabat dan dalam satu-satu keadaan dan isu saya merasakan kami sependapat. Justru, saya linkkan posting beliau dibawah ini. Kenapa tidak? Kita harus berfikir rasional.

(Sila klik untuk baca blog sahabat saya albabina328...)


18 December, 2009

SIAPA YANG SAYANGKAN UMNO?

Sayang UMNO? Bendera UMNO pun tak tau mana atas mana bawah.
Bekas sorang ketua pemuda dulu tu tak tau mana depan mana belakang, dia main belasah je.



Selepas kemenangan tipis BN pada PRU12 lalu, kita merasa UMNO sebagai parti pendukung harus meneraju perubahan yang akan menjamin UMNO akan terus terpilih dan memerintah. Banyak pihak menyarankan agar UMNO berubah dan ramai pemimpin tertinggi UMNO juga menyatakan bahawa UMNO bersedia dan sedang berubah. Rakyat dibawah menunggu apa perubahan yang UMNO sedang lakukan serta ingin merasai perubahan itu bagi terus memberikan sokongan kepada UMNO untuk terus memerintah Negara namun dalam masa yang tinggal lebih 2 tahun sahaja lagi tidak ada sesuatu perubahan yang membanggakan rakyat.

Di peringkat negeri, pemimpin tertinggi masih kedengaran dengan rakus ’memulun’ segala apa yang masih tersisa untuk diri sendiri serta kroninya. Manakala di peringkat bahagian pemimpinnya meneruskan kesinambungan pemimpin atasan dengan mendapatkan segalamacam peruntukan dari pihak kerajaan dan tak terkecuali tender dan kontrak-kontrak, manakala diperingkat cawangan pemimpin-pemimpinnya masih sibuk dengan memungut sisa-sisa yang tertinggal.

Siapakah sebenarnya yang sayangkan UMNO? Yang ada hanyalah mereka yang sayangkan diri sendiri, jawatan, pangkat, kekayaan. Slogan berjuang untuk bangsa dan masyarakat itu hanyalah retorik semata-mata. Siapakah yang kita dapat harapkan lagi? Memang benar kata Tun Dr. Mahathir bahawa UMNO busuk sampai keususnya.

Seorang sahabat saya yang satu ketika dulu berjuang dalam UMNO menyatakan bahawa dia sudah hilang kepercayaan kerana pemimpin-pemimpin yang ada tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan agama, bangsa dan negara seperti yang selalu mereka sebut-sebutkan. Dalam masa sama dia juga tidak percaya kepada pembangkang yang katanya 2x5 juga. Kerana itu katanya, dia sudah tidak peduli lagi siapa pun yang menjadi pemimpin dan memerintah.

Apakah ada pemimpin UMNO yang sudah insaf dengan kemenangan tipis pada PRU12 lalu? Banyak pihak mengatakan tidak kerana kelihatan masih ada pemimpin yang sombong dan bongkak. Sebagai contoh saya salinkan dialog sms yang saya dapati dari blog Parpukari:

SNU: As’kum w.b.t, YB Dato’ Seri Mohd. Nazeri bin Tan Sri Abd. Aziz, hari ini org Melayu telah dikejutkan dgn kenyataan Dato’ Seri menyatakan YABhg Tun Dr. Mahathir sebagai racist berikutan kenyatan beliau mengenai module BTN tidakperlu dirombak. Izinkan saya menyatakan beberapa perkara dalam isu ini. 1) Tun Mahathir membuat kenyataan tersebut apabila beliau diajukan soalan oleh pemberita berikutan kenyataan pihak pembangkang mengenai module BTN yg perlu dirombak. 2) Kenyataan Tun mahathir adalah sebagai bekas seorg PM ke 4 dan Presiden UMNO ke 5 yg mana kenyataan beliau didapati menyebelahi Kerajaan BN dan UMNO di bawah kementerian JPM. 3) Tidakkah Dato’ Seri sedar bahawa module BTN selama ini adalah seiring dengan kehendak dan matlamat perjuangan bangsa Melayu sepertimana yg termaktub di dalam perlembagaan UMNO yg mulia selain menanamkan semangat jati diri dan patriotisma terhadap keseluruhan rakyat Malaysia. Ini bermakna kenyataan Dato Ser’ adalah menentang Kerajaan BN dan boleh ditafsirkan sebagai pembelot terhadap perjuangan org2 Melayu Islam melalui UMNO. Justru, saya sebagai org Melayu yg beragama Islam rakyat Malaysia yg berdaulat ingin melafazkan atas nama Allah Yg Maha Besar lagi Maha Berkuasa, atas darah pejuang2 Melayu yg mengalir kebumi bertuah ini krn menuntut kemerdekaan serta memilihar kedaulatan Melayu dan Islam dengan ini mengutuk sekeras2nya kenyataan yg dibuat oleh Dato’ Seri Mohd Nazeri terhadap YABhg Tun Dr. Mahathir sebagaimana yang tersebut selagi mana bangsa Melayu Islam wujud di muka bumi bertuah ini. Semuga Allah SWT memberi hidayah kpd Dato’ Seri untuk menginsafi diatas perbuatan yg dilihat sebagai petualang terhadap bangsa dan agama sendiri.


DS Nazri: Sukahati awak, saya langsung tak peduli kerana yg lemahkan kerajaan melayu ialah kritikan mahadir tak henti2. Ini hak saya, dia kritik orang, jgn jadi bacul takut kritikan saya!

SNU: Sememangnya org yg malas berfikir akan mengatakan kritikan Tun M adalah punca Kerajaan BN lemah. Kenapa pemimpin sperti Dato’ Seri tidak mahu mengkaji fakta2 didlm kritikan Tun M betul atau salah? Sebenarnya faktor utama yg menjadikan kerajaan BN lemah adalah pemimpin UMNO yg amalkan rasuah dan berkelakukan bongkak dengan masyarakat pengundi seperti saya. Pemimpin yg bacul pula adalah pemimpin yg cepat melatah apabila berhadapan dengan kebenaran dan lebih teruk lagi apabila disergah oleh pihak pebangkang.

DS Nazri: Awak nak jadi Tuhan, nak hukum saya apahal….? Saya ada pandangan saya, itu hak saya, kalau takut di lambung ombak jgn berumah di tepi pantai…. saya tak heranlah!

SNU: Nampaknya Dato; Seri melatah apabila saya menyentuh soal rasuah sehingga menuduh saya nak jadi Tuhan jatuh hukum terhadap Dato’ Seri. Kalau Dato’ Seri tidak takut dilambung ombak kenapa hanya berani kritik Tun Mahathir tanpa berhadapan dengannya utk dapatkan penjelasan lanjut dan kenapa pula kelihatan Dato’ Seri tunduk dengan desakan pembangkang dalam isu ni…? Saya tahu la kenapa Dato’ Seri tak eran dalam hal ni dan saya yakin ramai org2 politik pun tahu.

DS Nazri: Saya bila2 masa boleh jumpa Tun. Saya tak takut siapa. Soalnya mahukah dia jumpa saya? Aturlah, beritahu saya bila dan di mana. Dan saya nak tahu apasal awak sms saya dan bukan Tun. Jadi sapa yg takut di sini.

SNU: Soalnya adakah Dato’ Seri sudah buat permohonan jumpa Tun M…? Jgn petikai kenapa saya sms Dato Seri’ dan bukan Tun M kerana isunya sekrg bukan nak tentukan siapa berani dan siapa bacul. Itu cara org yg tidak bertamadun dan tidak bermoral, kerana kita dalam UMNO tak amalkan budaya samseng dan kurang ajar.

DS Nazri: Samseng tu awak, tak tamadun, saya tak kenal awak, mana awak dapat no telefon saya? Kalau jantan awak jumpa saya di parlimen sekarang.

SNU: Etika perjuangan tak perlu petikai dari mana dapat itu dan ini. Seseorang pejuang harus sentiasa redha hadapi apa sahaja yg hadir tanpa banyak persoalan. Lagipun saya bukan nak cari gaduh atau musuh dengan mana2 pemimpin UMNO seperti Dato’ Seri. Saya hanya gunakan hak saya sepertimana Dato’ Seri gunakan hak sendiri untuk kritik Tun M. Dato’ Seri harus ingat kedudukan dan kerusi yg Dato’ Seri perolehi sekarang adalah datangnya daripda kuasa rakyat seperti saya. Untuk berjumpa Dato’ Seri, saya tiada masalah, tetapi bukan sekarang kerana saya berada di luar KL. Insya’allah saya akan berhadapan dengan Dato’ Seri untuk menggali isi perut perjuangan yang sejati demi Melayu dan Islam.

DS Nazri: Awak bukan rakyat dan pengundi saya, saya peduli apa. Pengundi saya kenal saya. Sebab itu saya menang 4 kali. Awak tak kenal saya jangan cuba nak ugut. Saya akan tunggu awak, jangan jadi bacul. Bagi tahu saya bila, saya akan tunggu.

SNU: Memang la saya bukan pengundi di tempat Dato’ Serin tetapi saya memberi gambaran bahawa saya adalah RAKYAT serta antara pengundi yang sentiasa mengundi BN setiap kali PRU dan saya juga ahli UMNO. Tak kira la tempat mana seseorang rakyat itu mengund. Memang benar Dato’ Seri menang di tempat sendiri sebanyak 4 kali, tapi adakah majoriti yg Dato’ Seri perolehi pada PRU yang lepas meningkat naik? Adakah Dato’ Seri yakin akan sentiasa menang pada PRU seterusnya? Jelas kelihatan sikap Dato’ Seri yang sangat bongkak dan takbur serta pentingkan diri sendiri tanpa melihat prestasi BN secara menyeluruh. UMNO dan BN tidak memerlukan pemimpin yang setajat tahu memang kerusi parlimen ditempat sendiri sahaja TANPA melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk Alif Ba TA secara komprehensif. Jika keadaan ini berterusan maka UMNO akan dipimpin oleh pemimpin yg tiada kualiti dan tiada arah yg jelas untuk membela bangsanya dan agamanya. Saya cadangkan Dato Seri’ segera mentertai kembali kem BTN untuk merawat jati diri sayangkan bangsa dalam diri Dato’ Seri.

DS Nazri: Tak payah nak ajar saya tentang politik. Kalau BN nak kalah pun ialah kerana Tun duk hentam kerajaan tak habis2. Awak pegi nasihat orang tua tu. Apapun bacul jumpa saya paham!

SNU: Saya bukan ajar Dato’ Seri, tapi saya terangkan pekara yang saya fikir Dato’ Seri harus tahu dan sedar mengenai UMNO, tapi malangnya Dato’ Seri sedang berada di satu dunia khalayan dan syok sendiri diatas kerusi parlimen yang dimenangi dengan majoriti yang menjunam teruk. Menuduh faktor Tun Mahathir sebagai punca prestasi buruk BN pada PRU12 yang lepas adalah satu sikap bacul yang nyata yang Dato’ Seri harus faham. Bagaimana pula faktor Pak Lah dan menantunya KJ serta rekod buruk peribadi seseorang calon BN yang terlibat dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa serta moral? Sepatutnya pemimpin seperti Dato’ Seri harus bermuhasabah diri dan insaf apa yang telah melanda BN dan UMNO disepanjang penguasaan Pak lah selama lebih kurang 5 tahun, bukannya berterusan bersikap angkuh dan bongkak. Jadi Dato’ Seri lah yang perlu dinasihat bukannya Tun Mahathir.

DS Nazri: Awak ni bukan aje bacul tapi buta! Tak baca interview Tun Daim. Apapun jangan lari, saya tak tahu awak kat mana tapi saya ada di Parlimen. Bagi tahu bila nak mari, saya akan tunggu. Apa pun, saya menteri, awak tu apa? Habuk pun takdak… bacul!!

SNU: Tak guna jadi orang yang celik dapat melihat tapi TAK NAMPAK apa yang dilihat, lebih baik jadi si “buta” sungguhpun tak dapat melihat tapi sentiasa nampak melalui hati dan akal. Saya tak pernah lari setiap kali berjuang bersama UMNO. Saya berada di JB. Antara kita tak perlu nak petikai siapa bacul sepatutnya itu bukan standard pemikiran Dato’ Seri yang bertaraf seorang Menteri. Memang saya tahu Dato’ Seri adalah Menteri dan tak perlulah nak bandingkan dengan saya yang Dato’ Seri anggap sebagai habuk kerana bila dalam kubur nanti badan kita akan jadi habuk juga, masa tu adakah pangkat Menteri yang Dato’ Seri bangga-banggakan itu akan dapat kekalkan jasad tidak menjadi HABUK..? Berapa umur Dato’ Seri sekarang dan berapa tahun lagi kah Dato Seri mampu bertahan untuk kekal jadi Menteri?

DS Nazri: Itu kata awak, hakikatnya saya Menteri dan MP dan peguam, awak tu apa nak di buktikan, ahli UMNO bodoh, tak tahu rakyat dah tolak dan kalau tak berubah terus hancur bangang!

SNU: Saya juga punyai kedudukan dan berpendapatan tinggi dalam sebuah syarikat konglomerat, tapi tak perlulah saya nak nyatakan dan banggakan. Di Malaysia ramai juga peguam cabuk dan menipu, makan duit haram, tapi nasib Dato Seri’ agak baik kerana menang bertanding melalui platform UMNO dan BN lalu dapat jadi Menteri yang sedang mengalami kemerosoton undi dan sokongan rakyat. Tunggulah bila sampai waktunya apabila pangkat dan kedudukan ditelan takdir, itulah hakikat sebenar akan tiba nanti.

DS Nazri: Ha… dah nak jadi penyokong Nik Aziz, doa bala kepada orang lain, awak ni orang Pas menyamar UMNO? Tak pe saya nak masuk undi dalam dewan sekarang. Saya memang nak jumpa awak. Bagi saya tarikh, saya tunggu.

SNU: Ini nombor keahlian UMNO saya 0265XXXX, Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah, Negeri Johor. Jika perlu, sila la buat pengesahan. Saya merujuk kembali text saya sebelum ini, tiada satu ayat pun menunjukan saya mendokan bala kepada Dato’ Seri sepertimana Nik Aziz mendokan bala terhadap PM. Sungguh pelik, Dato’ Seri yang berkelulusan dalam bidang perundangan boleh membuat justifikasi yang lari daripada text saya sebelum ini. Selamat bersidang di dewan yang mulia. Semuga kita dapat berjumpa satu hari nanti.

Interaksi tamat, apabila Nazri tidak lagi membalas selepas text yang terakhir di atas. Kami yakin mengenai kesahihan ini kerana Nazri sebenarnya cuba untuk menyelidiki gerangan SNU ini (berbekalkan dengan no. keahlian UMNO yang diberikan dalam sms tersebut).

(Sila klik untuk ke posting berkenaan di blog Parpukari)


Apakah Nizri ini contoh seorang pemimpin yang sayangkan UMNO? Yang kita nampak adalah beliau seorang pemimpin yang bongkak serta sombong, bebal dan bangang. Kita tidak faham kenapa DS Najib masih kekalkan dia dalam kabinet sedangkan dia adalah penyebab rakyat membenci UMNO dan kerajaan.

Kepada DS Najib; Bahtera UMNO akan tenggelam jika orang seperti ini masih ada didalammya, campakkanlah dia ke laut supaya onarnya tidak merosakkan yang lain. Jika DS Najib tidak lakukan begitu, rakyat akan beranggapan bahawa ada sesuatu yang dipegang oleh Nazri yang akan menakutkan DS Najib untuk mengambil tindakan.