Salahkah kalau saya jadi PM? Saya telah didapati bersalah dalam kes rasuah dan liwat dulu. Sekarang saya dah insaf dan dah dilantik jadi ulamak oleh PAS.
Setelah gagal dalam permohonan beliau meminta perkenan YDP Agung menangguhkan perlantikan DSN sebagai PM, DSA sudah kehilangan segala harapan untuk menghalang DSN dan dalam masa yang sama musnahlah segala harapannya untuk menjadi PM buat selamanya.DSA telah berusaha sedaya upaya menghalang perlantikan DSN dan berbagai cara telah dilakukannya. DSA telah melaksanakan usaha memburuk-burukkan DSN sejak mula lagi. Kerana itu kita merasa hairan kenapa kegagalan kerajaan menangani segala isu berhubung dengan kepentingan rakyat, DS (kini Tun) Abdullah tidak disalahkan sebaliknya DSN yang disalahkan. Kini kita faham bahawa sasaran DSA adalah DSN. DS Abdullah bukan cabaran atau halangan beliau.
Masihkah kita ingat pada suatu ketika DSA meminta DS Abdullah meletak jawatan dengan harapan pembangkang dapat mengambil alih kerajaan dan dia dapat menjadi PM. Namun apabila melihat BN/UMNO masih tegap dan mantap, dan peralihan kuasa akan dilakukan oleh DS Abdullah kepada DSN, maka DSA semakin gelabah. Kerana itu lah tiba-tiba pula DSA menyatakan sokongan kepada kepimpinan DS Abdullah. Muslihatnya hanyalah supaya DS Abdullah tidak menyerahkan kuasa kepada DSN. DSA sedar, merampas kuasa dari DSN adalah lebih sukar dari merampasnya dari DS Abdullah.
Bagaimanapun, ketetapan Allah tidak dapat disangkal. Maka pada pagi ini DSN telah diperkenankan dilantik sebagai PM. Dan pada hari ini segalanya itu telah memudarkan mimpi indah DSA. Harapan baginya untuk menjadi PM berkecai. Jiwanya berontak dan bagai dirobek-robek. Para sahabat disekelilingnya pun perlahan-lahan menghilang. Sedikit waktu lagi dia akan keseorangan.
Ketika DSN mengangkat sumpah pegang jawatan sebagai PM, DSA pula menanti waktu bersumpah laknat tidak lakukan liwat.
DSA menghantar petisyen kepada YDP Agong mohon tangguhkan perlantikan DSN sebagai PM dan ditandatangani oleh semua AP Pembangkang, minta DSN bersihkan diri terlebih dahulu. Bagaimanapun apa kata kita minta DSA bersihkan dirinya juga dari segala tuduhan terhadapnya sebelum dibenarkan semula manjadi ketua pembangkang.
4 comments:
HUA..HUA..HUA...
ANWAR DAH MATI KUTU BRO..
ANWAR TAKDA MODAL DAH...
HUA..HUA..HUA..
NAJIB DAH MULA RENCANAKAN STRATEGI..ANWAR AKAN KEPANASAN...
YAHUDI SALURKAN DANA BUAT PAKATAN PEMBANGKANG http://gomo-no1.blogspot.com/2009/04/dana-yahudi-kepada-pkr-malaysiakini.html
siapa yg patut bersih siapa..?
http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/2009/03/kenapa-penderhakaan-nizar-kepada-sultan.html
Baginda Reformasi,
itu semua kerja anwar yang menjanjikan semuanya untuk perkongsian kuasa, DEB tidak jaya kerana bangsa asing tidak jujur dalam perkongsian ekonomi, tetapi mereka masih menagih perkongsian politik pula, dan anwar seperti biasa menjanjikan segalanya asal dia dapat berkuasa dan jadi PM. Gadai bvangsa dan negara tidak mengapa. PKR dapat dana untuk PRK dari Singapura. Nak kongsi kuasa dengan singapura? Bodoh nya melayu pengadai bangsa dan negara.
Post a Comment