1. Tun Dr. Mahathir telah bersuara mengenai penjualan pasir ke Singapura (klik sini)
2. Berita mengenai itu juga tersiar dibanyak blog dan
3. Singapura juga telah mendapat bekalan pasir dari
4. Kita tidak peduli apa pertikaian mengenai berapa lori pasir sehari yang dibawa ke Singapura, sama ada 500 atau 700. Soalnya adalah kenapa ada pihak yang sembunyikan ini? Kenapa rakyat ditipu?
5. Sentiasa ada konspirasi oleh pemimpin-pemimpin yang berkuasa di negara kita dan rakyat ditipu lagi dan lagi.
6. Telah sah bahawa pasir telah di jual ke negara jiran, dan kita tertanya-tanya apa konspirasi sebenarnya yang berlaku dengan Pulau Batu Putih? Apakah ini juga satu aktiviti penjualan yang tersembunyi dari rakyat dan kekalahan di mahkamah antara bangsa adalah satu lakonan.
7. Apa pun, bacalah sebuah sajak mengenai Batu Putih dari seorang sahabat saya: (klik sini)
putih mata Melayu
Batu Putih jatuh ke tangan orang
seperti sejarah Temasek
dalam maknanya peribahasa Melayu;
’Ayam terlepas tapi tangan bau taik’
menangislah Melayu
airmata darah
sehingga titisan hujan juga
turut memerahkan tanah
bumi pusaka ibunda
hilang ’Batu’ Melayu itu angkara siapa?
siapa si kitul dan raja mendaliar-nya?
aku di sini dan engkau di sana
yang rugi Melayu juga -
kerana tidak bersatu,
pandanglah ke hadapan
jeling juga Pulau Mutiara
banyaknya kapal asing berlabuh
namun sauh telah dibongkar
layar telah terkembang
Melayu jangan lupa kata-kata;
apabila jong pecah, yu akan kenyang
yang tinggal hanya Melayu
- mengiggit jari
mengiggit jari sendiri.
Tajuk tu kena tukar Putih Mata Bro....
ReplyDeletesemua nya terjadi kerana ramai lagi rakyat malaysia ini berketurunan dan berperangai seperti si kitul dan raja mendeliar.
ReplyDeleteSalam. Tak apa kita kehilangan batu putih,pasir dan kita berputih mata asal kita jgn kehilangan batu 2 biji kita tu.Tak apa tak apa.Kita masih selesa.kita boleh berjudi lagi.yg susah nanti rakyat bukan kita.
ReplyDelete