Saya banyak menerima komen serta email memberi pandangan terhadap posting saya semalam. Saya ucapkan terima kasih. Saya selalu beranggapan bahawa berbeza pendapat bukanlah satu masalah utama penyebab kita untuk tidak boleh bersatu tetapi kita seharusnya mencari persamaan didalam perbezaan yang ada itu untuk merapatkan jurang.
Saya perhatikan komen yang kontra kepada tulisan saya kebanyakannya adalah dari mereka yang bukan orang Pahang. Saya tidak salahkan mereka kerana mereka tidak memahami dan tidak merasai apa yang kami rasakan. YB Raz dari Bentong dan Arif Omar orang Pahang di Melaka tentunya lebih memahami keadaan sebenar. Wallahualam!
Untuk pengetahuan, saya telah bersuara dan menyatakan pendapat saya kepada pihak tertentu yang berkenaan penerangan dan media baru secara lisan namun tidak ada sambutan. Saya menulis melalui email tidak juga ada kepastian. Apabila saya menyindir diblog mereka tidak juga memberi tindak balas. Kerana apa? Kerana mereka tidak membaca blog. Mereka tidak baca blog kami dan juga blog pembangkang. Mereka tidak sedar isu yang berlegar mengelilingi mereka. Apalagi yang patut saya lakukan? Berdiam diri dan tutup saja blog?
Sekurang-kurangnya apabila saya lakukan ini, walaupun mereka tidak menyukainya tetapi akhirnya mereka akan sedar dan mengetahui ada sesuatu yang tidak kena dan harus diperbetulkan, dan ini lebih baik dari mereka diserang oleh pembangkang secara tiba-tiba kerana kelalaian mereka. Salahkan saya menegur? Salahkah Tun Mahathir kata Umno membusuk sampai ke usus sekiranya itu satu kebenaran?
Masalah utama adalah pemimpin diatas dan kita dibawah. Bagaimana pun kita akan sentiasa ditekan dan dipersalahkan. Dan masalah lebih besar adalah adanya kaki ampu yang sentiasa memuji dan menyokong pemimpin walaupun mereka melakukan kesalahan dan kesilapan. Ini bukan budaya sihat dalam masyarakat. Sekurang-kurang apa yang saya lakukan ini boleh menyedarkan pemimpin sebelum mereka dihukum tanpa isyarat oleh rakyat. Memang susah untuk mengakui kesilapan diri tetapi lebih susah untuk kita menegur kesilapan seseorang yang sentiasa merasakan bahawa mereka tidak pernah silap.
Saya telah lakukan sesuatu bagi menyedarkan, setakat itu saya mampu lakukan dan seperti kata saya semalam, saya tidak menghukum Umno tetapi saya juga tidak mampu menahan rakyat dari menghukum Umno pada PRU 13 nanti jika mereka tidak berubah.
Mungkin saya terpaksa akur pada pendapat YDP BPN, Pang5, bahawa tulis pula mengenai perkara lain seperti sukan, musik, gosip artis, atau lawak dan bRAVEhEAART akan jadi ‘Badut Heart’ dan blog Panglima akan jadi Pangtigasuku, asal jangan sentuh tokoh politik kita kerana mereka tidak boleh disentuh.
Ramai yang bercakap tentang hemah. Berhemah sangatkah blogger ini (klik) dalam penulisannya? Tetapi kerana yang dihentamnya adalah pembangkang, maka kita menutup mata dan menganggapnya wajar. Apa neraca yang kita gunakan untuk pertimbangkan ini? Akhirnya kita juga jadi seperti mereka - bila mereka lakukan halal dan bila kita lakukan adalah haram.
Kami sedang menunggu reaksi UMB Negeri Pahang, harap mereka dapat bertindak tidak terlalu perlahan bimbang kita tidak mampu lama menunggu, bak kata pepatah; menunggu jangan sampai termanggu, bimbang patah lengan kerana menongkat dagu.
p.s. Mungkin untuk berkata benar dan diterima kata benar seseorang itu pun perlukan mereka bernama seperti orang ini (klik) Rupanya bukan Umno saja yang ada dua keahlian, elit dan marhaen tetapi untuk blogger bersuara pun kena pastikan apa taraf keahlian kita.
DI KG BATU HITAM Iaitu kg saya, dulunya hanya 5 orang sahaja ahli PAS termasuk arwah bapa saya. ( kemudian di berhenti dari pas sebelum meninggal iaitu selepas pas kuantan dan suhaimi ahmad temerloh ( penasihat undang2 pas ) kapor duit baitulmal. ratus ribu. itu sebab dia berhenti.
ReplyDeletetapi sekrang, 99 peratus adalah pas dan pkr di kg saya. di beserah jangan cakaplah. dulu 100 peratus BN/UMNO. sekrang nak mengaku ahli dan penyokong umno pun mereka malu. sebebnya, pemimpin umno tak tahu kemana. sibok masa pemimp[in pusat datang aje.
Sakit hati kami dibuatnya.
Salam sahabat yang Arif, tuan arif omar, apakah ada yang ingin mendengar kebenaran yang kita sampaikan? Kadang2 saya jadi bosan untuk berkata benar kerana umum lebih sukakan kata2 pujian walaupun ianya hanyalah satu pendustaan semata-mata. Nampaknya perjuangan sebenarnya bukanlah demi kebenaran, tetapi demi kepentingan peribadi kita dan kelompok kita saja, jadi apakah bezanya antara kita dengan mereka disebelah sana? Saya rasa selepas ini elok saya rehat panjang atau terus bersara dengan aman dan damai.
ReplyDeleteMana ada berjuang terus berjaya bro....Ranjau berliku memang sentiasa menunggu....
ReplyDeleteTeruskan perjuangan, tak boleh kekiri, kita kekanan....
X boleh maju kita undur selangkah dua....
Semua orang berperanan....cakap blogger pun bukanlah "hukum" yang wajib dipatuhi.....
Bukan senang nak mengubah terutamanya pemimpin.
pemimpin UMNO yang buruk perangai bukan setakat di Pahang saja. Malah semua negeri ada masalah.
ReplyDeletesama samalah kita hadapi semua ini. kita tegur dahulu. betul cakap ydp bpn.
kita cuba hantar surat atau bersemuka. kita bising di blog inipun bukannya mereka baca.
yang baca nantipun pembangkang. adalah modal mereka nanti nak canang cerita buat kempen.
sebenarnya masih ramai yang peduli. masih ramai yang sayangkan UMNO. tetapi kalau dah pemimpin atas tak nak dengar, tak nak berubah. apa lagi yang boleh kita buat...
serahkanlah pada Allah s.w.t dan biarkan rakyat yang menentukan nasib UMNO nanti.
buat masa ini, kita teruskan lagi sedarkan mereka. insyallah lambat laun mereka akan dengar juga.
Salam sahabat semua,
ReplyDeletekali ini yg beri komen semuanya hard core dan kira otai. Betul, perjuangan mesti diteruskan tapi saya dan terasa penatnya dn usia juga jadi faktor tidak lagi secergas dulu. Mungkin kali saya benar2 akan berehat. Pasti akan ada penggantinya kerana kita masih percaya patah tumbuh hilang berganti.
DAH TAU DALAM UMNO BANYAK YANG PENGAMPU DAN TEMBERANG, YANG HANG MASIH DUDUK TUNGGU DALAM PARTI BIRU KARAT TU, BUAT APA!?. ORANG DAH MAKIN MUAK DENGAN UMNO SEBAB MEREKA CUMA NAK MEMPERKAYAKAN DIRI DAN KELUARGA MEREKA SAHAJA.
ReplyDeleteSLOGAN "UMNO JUARA RAKYAT" HANYALAH GULA2 MEREKA SAHAJA. MAI PAKAT RAMAI2 TINGGALKAN PARTI BIRU KARAT DAN KERIS TELANJANG TU BRO!...
parpu kunyit ni banyak mengarut. suka hati oranglah nak duduk parti mana. takde paksaan ok.
ReplyDeletesekurang kuarangnya parti biru karat dan telanjang inilah yang memajukan malaysia sampai kau boleh sekolah, kenal komputer, kenal blog.
parti pas? dap? pkr? diri sendiri tak terjaga, nak jaga negeri dan rakyat.
huh kirim salam ler banyak banyak kat mereka tu.
Salam BH, inilah yang dikatakan kebanyakan kepimpinan UMNO syok sendiri....... selagi di dalam hati mereka tersirat bahawa segala kedudukan dan undi boleh di beli, selagi itulah mereka ini bersikap hipokrit..... bersabarlah....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam, Parpu Kunyit ni pencacai sebelah sana. Bukan dia tak tau sebelah sana pun sama juga dan lagi teruk. Baru dapat perihtah satu dua tahun dah disebatnya macam dah dua tiga puluh tahun perintah. Nampak sangat kebulurannya dan nak menahanamkan negara. Sebenarnya ini semua bukan mengenai parti, ini semua mengenai kepimpinan itu sendiri, manusia itu sendiri secara individu. Menukar parti pun keadaan ini tetap sama, yang perlu kita lakukan adalah menukar individu itu sendiri. Tetapi bagaimana dapat kita lakukan ini?
ReplyDeleteindianapolis singles [url=http://loveepicentre.com/]united kingdom free online dating[/url] online dating personals http://loveepicentre.com/ parents against teenage dating
ReplyDelete