19 January, 2010

PEDULI PAHANG - 36 RIBU AHLI UMNO TAK MENDAFTAR MENGUNDI?

Siar diblog pun boleh juga kan Dato'? Go to hell lah Dato' ye?


TEMERLOH, 18 Jan - Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang,Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin bahawa seramai36,000 ahli UMNO yang layak mengundi di negeri ini dikesan masih belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemilih sebenarnya tidaklah menggemparkan. Biarpun fenomena itu dianggap serius oleh beliau dan ia boleh memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada pilihan raya akan datang. Sebenarnya, Sharkar tidak perlu untuk merasa bimbang dengan senario ini, kerana mereka yang berjumlah 36,000 itu adalah ahli-ahli UMNO yang sudah"murtad" dan memang telah meninggalkan UMNO sebenarnya. Malah, mereka dipercayai telah berbondong-bondong menyertai Pakatan Rakyat terutamanya PKR atau PAS. Perkara itu mungkin tidak disedari oleh puak-puak UMNO Pahang kerana mereka menyerahkan bulat-bulat kepada pemimpin bawahan untuk membuat tindakan bagi pihak mereka. Hasilnya, ramai ahli-ahli UMNO yang sudah lama "keluar parti" masih didaftarkan aktif dalam UMNO….Utusan Malaysia


[Pemimpin yang ada dalam UMNO sekarang lebih pandai berkata-kata untuk kuasa mereka. Sebaliknya mereka banyak berdusta dalam tindakan itu sendiri. Ini banyak dibuktikan oleh rakyat yang sudah terkena badi pemimpin terbabit. Oleh itu Sharkar tidak perlu risau dengan jumlah 36,000 ahli UMNO yang belum berdaftar sebagai pengundi itu sebenarnya. Ramai lagi ahli UMNO yang sudah berdaftar itu sendiri pun kini tidak lagi mahu memangkah BN dalam pilihanraya umum akan datang. Mereka kini menganggap UMNO pada bila-bila masa sahaja akan dikhuburkan oleh rakyat. Bila riwayat UMNO tamat, maka mereka yang masih berada dalam parti itu bakal hilang tempat untuk bergantung lagi. Maka, adalah lebih elok ahli-ahli UMNO itu sendiri bertindak keluar parti dan bersama Pakatan Rakyat untuk membela nasib serta masa depan mereka yang sebenar-benarnya. Itulah yang lebih utama buat masa ini]. - Pahang Daily Online

2 Komen di Pahang Daily Online:

Blogger Tan Loo Ley said...

Saya pun belum daftar lagi.....tapi nampak gaya kena daftarlah kerana kerajaan yang ada sekarang nampak goyah..jadi menjadi TANGGUNGJAWAB SAYA UNTUK MENJATUHKAN TERUS KERAJAAN UMNO BENGONG KAT PAHANG NI....

Monday, January 18, 2010 10:29:00 PM

Blogger serupasekala said...

yang tak berdaftar dihebahkan kan . YANG MATI BOLEH MENGUNDI TAK DIPERTIKAIKAN.

WALLAH HU'ALAM

Monday, January 18, 2010 10:41:00 PM



Memang pahit untuk ditelan tetapi inilah hakikatnya. Saya bersetuju bahawa untuk menjamin kemenangan berkekalan Umno, 36,000 ahli Umno itu tidak harus didaftarkan atas beberapa alasan. Pertama, sekiranya mereka benar-benar ikhlas berjuang untuk Umno sudah tentu mereka telah mendaftarkan diri mereka sendiri. Kedua, jika pun mereka itu didaftarkan oleh Umno belum tentu mereka ini akan memberikan sokongan kepada Umno dalam keadaan Umno sekarang ini dimana pemimpin-pemimpin peringkat negeri sudah tidak mampu lagi menyakinkan sebilangan besar rakyat.


Selain itu kita juga melihat bahawa inilah Umno, sebuah parti yang sudah hilang arah tuju akibat percakaran politik dalaman pemimpinnya, membuatkan bahagian-bahagian tidak lagi berupaya menjalankan tanggungjawab mereka terhadap ahli. Saya selalu bertanya, siapakah sebenarnya yang masih sayangkan Umno? Saya tidak mendapat jawapan kepada soalan itu dan saya dapat rasakan bahawa sudah tidak ada sesiapa lagi yang sayangkan Umno, hatta pemimpin Umno sekalipun. Yang mereka perjuangkan adalah kepentinhgan peribadi dan kroni mereka sahaja.


Saya dimaklumkan oleh sumber yang rapat dengan kepimpinan, akhir-akhir ini MB nampak tersangat baik dengan kepimpinan bahagian, justru sesiapa yang memerlukan kelulusan dengan mudah akan disokongnya, tidak lagi seperti sebelum ini dimana mereka terpaksa menahan telinga.


Apakah perubahan ini memberi makna bahawa MB telah mendapat firasat bahawa beliau tidak akan lama lagi dikerusi MB Pahang? Atau lebih buruk lagi beliau mendapat firasat bahawa Pahang akan berubah kerajaan pada PRU13 nanti? Misi tawan Pahang oleh Pas masih hangat. Silent voter masih memberi simpati kepada Pas. Malangnya kepimpinan Umno masih pekak dan bisu.


Apa program mendekatkan diri dengan generasi muda yang Umno dilakukan? Peranan media baru apakah digunakan sepenuhnya bagi menarik hati generasi muda? Mana blog-blog media baru Pahang yang dilatih dibawah Dato’ Sam dulu? Apakah mereka juga masih dalam kegelapan mata dan hatinya? Inilah jika guru yang salah mendidik murid-murid yang salah juga.


Maaflah, mungkin saya terpaksa bersetuju dengan pendapat komen dari Tan Loo Ley bahawa karamkanlah kapal ini dan binalah yang lain dengan nakhoda yang lain juga. Kalaulah pemimpin Umno Pahang mampu mendengar sedikit suara dari rakyat marhaen ini, alangkah bangganya kita berjuang untuk pertahankan Umno dari terus tenggelam. Mungkin kita harus setuju kepada teori RAHMAN bahawa DS Najib adalah Perdana Menteri Umno yang terakhir, atau Perdana Menteri Melayu yang terakhir. Tambah malang lagi apabila ianya akan berakhir pada PRU13 nanti.



Sebagai blogger bebas, saya pun sudah patah hati untuk perjuangkan Umno bila pemimpin yang tidak pernah ingin menghargai apa peranan yang blogger lakukan selama ini. Tahniah kepada PDO kerana blogger pembangkang lebih cekap dalam menyebarkan maklumat menggunakan media baru. Pemimpin Umno Pahang, boleh sambung tidur...PRU13 lambat lagi, hehe!


Baca juga blog Suara Prihatin UMNO Jerantut, tapi ini pun bukan dari unit media baru yang belajar dengan Dato' Sam dulu tu. Yang tu sedang sibuk main pokker Face dan Mafia war. Hehehe

5 comments:

  1. Asalamualaikum

    Memang Umno Pahang terlalu lembik sekarang.

    Mana Ketua & Naib Ketua Pemuda, Puteri..? Mamat2 ni tak sedar ke keadaan Umno Pahang ni sekarang?
    Apa program memperkasakan Umno Pahang yg dibuatnya?

    Adakah semua tu main telor & main apam je..?

    ReplyDelete
  2. Salam dan terima kasih iskandar, bermakna bukan saya seorang yang menyuarakan hal ini, bahkan ramai lagi yang menyurakannya namun suara mereka tidak dapat kita dengar. Saya merayu kepada pemimpin2 Umno Pahang, dengarlah@! dengarlah dan lakukan sesuatu untuk pertahankan Umno, agama, bangsa dan negara kita. Kurangkan perselisihan dan dan percakaran dalam pembahagian harta rampasan perang, tidak akan ada maknanya jika kita menjadi pemimpin yang akhirinya tidak ada pengikut.

    ReplyDelete
  3. Program memperkasakan Umno Pahang? Program perkosa dan perkasam ada, tetapi memperkasa belum nk fikir lagi agaknya. PRU13 lambat lagi, kalau Umno kalah pun pemimpin semua dh kenyang bontek. Tak payah nak memperkas-perkasakan lah. Dan pemuda serta puteri boleh terus main telor dan main apam masing-masing. Hahaha

    ReplyDelete
  4. salam bro..PANAS isu ni..harapan kawan agar ada pendekatan dalam hal ni bagi kita bersatu. apa apa pun gua sokong lu....salam perjuangan

    ReplyDelete
  5. salam dn terima kasih gomo kerana ziarah dn tinggal komen, masalahnya pemimpin Umno Pahang memang pekak dan buta hati, buta IT juga.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”