Foto: Pahang Daily Online
Resah gelisah blog Suara Prihatin Umno Jerantut mengenai Umno yang Biro Penerangannya yang masih gelap dalam usaha penyebaran maklumat melalui media baru. Walaupun ruanglingkup penyebaran maklumat memalui media baru di Jerantut masih kecil, namun ianya telah bermula. Malangnya ianya didahului oleh pihak pembangkang. (berdasarkan blog-blog politik yang ada disana)
Mungkin kita memandang remeh hal ini dan merasakan bahawa ianya tidak mendatangkan kesan dan mudarat kepada kerajaan pemerintah, namun kita patut peduli kerana memang benar bahawa mereka ini ibarat api dalam sekam, membakar tanpa disedari. Inilah apa yang berlaku kepada negara sebelum PRU12 dulu bila kita memandang remeh kepada keujudan blogger pembangkang kerajaan.
Saya sudah berulang kali menyuarakan namun Umno Pahang masih diam membisu. Mungkin mereka juga tidak menyedari dan tidak peka kepada media baru ini. Mungkin mereka tidak membaca blog-blog termasuk blog saya yang menyuarakan kegelisahan ini, atau mungkin mereka merasa selesa dan beranggapan bahawa Umno Pahang tidak akan jatuh ke tangan pembangkang.
Saya sudah nyatakan bahawa pengaruh Pahang Daily Online ternyata hebat di Pahang sedangkan tidak ada usaha Umno untuk mengimbanginya. Blogger Umno dari unit media baru masih belum bersedia dan tidak matang untuk menyertai perjuangan di media baru ini. Blog Small Talk milik setpol MB Pahang bagai tidak mengharapkan orang lain membantu malahan tidak mengiktiraf blogger pahang lainnya. Ini dapat dilihat dari blog beliau yang tidak menyertakan pautan mana-mana blog dari blogger Pahang.
Berikut adalah posting dari sebuah blog pembangkang di Pahang yang disiarkan tidak berapa lama dahulu. Mungkin dahulu orang-orang Umno tidak berpeluang membacanya, maka saya salinkan disini untuk mereka berpeluang membacanya semula, kemudian jawab lah awak seorang sebagai seorang yang hebat:
10 Soalan Panas Buat Dato’ Setiausaha Politik MB Pahang !!
Susulan daripada isu pertemuan khas Krew Pahang Daily Online dengan Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Dato’ Shamsuddin Nawawi mutakhir ini, maka kami menerima berbagai pandangan dan komen daripada para pembaca semua. Ada yang mahukan pertemuan diadakan segera dan tidak kurang juga yang mahu ia dibatalkan. Maka itu kami ingin membuat ketetapan disini, ada beberapa perkara yang perlu diperjelaskan kepada rakyat tentang isu penting yang boleh menjejaskan kreadibiliti YAB Menteri Besar Pahang. Sebagai Setiausaha Politik MB, DSN harus menyakinkan rakyat akan 10 soalan panas ini, iaitu :-
Kenapa MB Pahang masih berdiam diri dan masih enggan menguruskan atau membayar hutang saman RM60 juta yang dikemukakan oleh syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM) selama ini?
Sebagai Pengerusi PKNP dan berkuasa melantik Pengurus Astana Golf & Country Club, kenapa dilantik “individu yang ada hubungan keluarga dengannya” walhal individu tersebut telah “melingkupkan” Kelab Golf Bera sebelum itu. Kenapa PKNP tidak profesional dan gagal memantau pengurusan kelab terbabit, walhal letaknya di Kuantan yang menempatkan ibu pejabat PKNP itu
Kenapa MB Pahang luluskan operasi sebuah syarikat yang berbahaya dan menyebabkan rakyat bakal diancam “sisa toksik” di Gebeng. Walhal kerajaan negeri Trengganu dan lain-lain negeri menolak hasrat syarikat terbabit mendirikan kilang itu di negeri mereka.
Kenapa MB tidak membuat laporan polis berhubung dengan “kecurian wang” dirumahnya selepas raya baru-baru ini. Dia mencabar krew kami“bersumpah di masjid” padahal beliau sendiri yang membuka cerita“rompak” itu dalam Mesyuarat Exco Mingguan di Wisma Sri Pahang. Kenapa MB mahu berdolak-dalih hal ini?.
Kenapa isu dan masalah AIR di kawasan Felda masih gagal diatasi biap pun sudah lebih 30 tahun berlarutan. Alasan yang diberi kos tinggi, bajet tiada dan sebagainya. Apakah alasan seperti ini boleh dibuat oleh kerajaan UMNO dan BN, sedangkan Pahang bukan negeri yang ditadbir oleh parti Pembangkang?
Kenapa MB masih belum melantik Timbalan Menteri Besar Pahang sejak diberi mandat dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Apakah beliau takut dengan Dato’ Tan Aminuddin yang pernah menampar beliau dulu?.
Benarkah MB Pahang telah bertindak meluluskan penjualan tanah“Rezab Masjid” di Bandar Indera Mahkota Kuantan kepada orang bukan Islam baru-baru ini?
Apakah Adnan Yaakob, masih layak menerajui Kerajaan Negeri Pahang selepas ini, walhal beliau ternyata gagal membangunkan serta menyakinkan pelabur untuk datang ke sini. Pembentangan belanjawan“defisit” selama 11 tahun menjadi bukti kukuh hal ini.
Kenapa MB tidak mengambil tindakan terhadap seorang Exco Kerajaan Pahang yang sudah 3 kali ditangkap “Basah” oleh pihak jabatan agama. Dimana beliau merasuah pegawai agama terbabit sebanyak RM3,000untuk membebaskan dirinya. (akan didedah)
Kami mencabar Setiausaha Politik MB itu untuk mengadakan “Debat Terbuka” dengan “Ahli Biasa PKR” iaitu Dato’ Fauzi Abd Rahman tentang isu semasa dan politik Pahang. Sila tetapkan tempat dan lokasi untuk diwar-warkan. Kami juga akan menghantar wakil kami sebagai Ahli Panel debat itu nanti dan mestilah disiarkan secara langsung menerusi radioPahang FM.
[Justeru itu, kami mempelawa Dato' Shamsuddin Nawawi menjawab persoalan yang ditimbulkan bagi menyakinkan rakyat tentang ketua kerajaan negeri Pahang ini. Jika tidak meyakinkan, maka rakyat akan menolak kepimpinan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob dalam pilihanraya umum akan datang. Maka itu sebagai SU Politik MB, DSN bertanggungjawab untuk menjawab segala isu yang diketengahkan ini demi kepentingan rakyat Pahang khasnya]. - Pahang Daily
Salam,
ReplyDeletesaya merasakan langkah yang saudara ambil ini bakal memakan diri sendiri. janganlah kita cepat lupa bahawa golongan blogger seperti saudara inilah yang menyebabkan rakyat terpengaruh denagn dakyah dan persepsi pembangkang yang bangsat sehingga menyebabkan negeri-negeri yang dikuasai melayu dahulu tumbang! tegurlah kepimpinan dengan cara berhemah. saya sokong umno pahang perlu memperkasakan blogger mereka, tetapi bukan dengan kaedah membawa dan menyebarkan persepsi najis pembangkang ke dalam blog saudara. mungkin sudah tiba masanya saudara mempertimbangkang semula fokus perjuangan sebenar saudara!
Salam,
ReplyDeletesaya merasakan langkah yang saudara ambil ini bakal memakan diri sendiri. janganlah kita cepat lupa bahawa golongan blogger seperti saudara inilah yang menyebabkan rakyat terpengaruh denagn dakyah dan persepsi pembangkang yang bangsat sehingga menyebabkan negeri-negeri yang dikuasai melayu dahulu tumbang! tegurlah kepimpinan dengan cara berhemah. saya sokong umno pahang perlu memperkasakan blogger mereka, tetapi bukan dengan kaedah membawa dan menyebarkan persepsi najis pembangkang ke dalam blog saudara. mungkin sudah tiba masanya saudara mempertimbangkang semula fokus perjuangan sebenar saudara!
betul kata saudara mymassa tapi kadang kadang terpaksa juga kita cakap.
ReplyDelete"berkatalah benar walau ia akan membunuh kamu"
lebih baik kita jujur dari bersikap menyembunyikan kebenaran.
dah memang jelas umno pahang tak memandang langsung pada usaha media siber.
maaf saya cakap, umno pahang merasakan diri mereka didalam keadaan selamat.
sebab itulah mereka memandang ringan perkara sebegini. nanti bila dah jatuh tergolek, baru sibuk nak mencanang pentingnya blog didalam umno pahang.
tapi pada masa tu dah terlambat.
lebih baik kita bertindak sekarang sebelum terlambat.
"mencegah adalah lebih baik dari mengubati"
Salam,
ReplyDeleteSdr. MymassaVoice. Terima kasih atas teguran yg tentunya sangat saya hargai. Sdr bercakap tentang mengur pemimpin dengan cara berhemah, bagaimanakah cara itu? apakah kita ada ruang untuk menyatakannya dan apakah kita diberi peluang untuk menyatakan sesuatu dengan cara berhemah? Apakah pemimpin mendengar kata-kata kita dengan cara berhemah itu? Jangan tipu diri sendiri dan jangan perbodohkan orang lain. Sdr Yb Raz lebih waras dan mengetahui hakikat sebenarnya. Pemimpin Umno Pahang tidak sedar langsung akan keujudan blog-blog seperti ini sama ada yang menentang bahkan yang menyokong kerajaan dan mereka langsung tidak peduli kerana tidak ada kepentingan. Saya sudah bercakap secara langsung dengan pihak yang berkenaan, saya sudah menulis diblog dengan cara menyindir, bahkan secara mengutuk tetapi masih tidak ada tindak balas positif dari mereka. Kita sentiasa tidak diberikan peluang dan akan selalu dipersalahkan. PRU13 nanti rakyat akan mengajar Umno dengan cara yang berhemah seperti di beberapa negeri yang telah jatuh kepada pembangkang. Sementara itu tidurlah kerana hari masih panjang. Saya mengesan siapa sdr, apa pun tahniah kerana sudah berani bersuara.
Salam.Perlukan kita hanya melihat tanpa menegur segala kesilapan pemimpin kita?Org yg tidak beraniu menegur kesilapan pemimpin adalah org yg tidak bertangungjawab.Dan cara terbaik utk menegur pemimpin yg tak mahu mendengar teguran rakyat adalah dgn cara menolak dari mengundi mereka itu yg terbaik.
ReplyDeleteSalam Menyegar,
ReplyDeleteKita ada beberapa pendekatan, pertamanya kita mulakan dengan berhemah, apabila merekaridak mendengar maka kita terpaksa gunakan cara yang mungkin nampak biadap, yang penting adalah Umno harus disedarkan. Umno tidak bersalah dalam hal ini, yang bersalah adalah pemimpinnya yang masih ego. Saya akan bersuara lebih keras lagi dimasa hadapan kerana saya peduli Pahang. Apapun kita masih menunggu jika ada penyelesaian yang ingin mereka berikan pada kita.
Brrave : saya rasa dlm hal ini kita boleh bagi pandangan kita.
ReplyDeletecuma sebelum ia diluahkan di blog mungkin cara menulis surat/email kepada MB lebih bagus.
ia satu cara yang smart dan tepat.
ini komen peribadi saya..
Walau bagaimanapun kita kena kritik pemimpin kita juga.
baru kita dapat seimbangkan antara puji dan kritikan.
tetapi dengan ayat dan bahasa yang baik dan sopan.
berdasarkan adab ketimuran dan Islam..
Salam Pang5,
ReplyDeleteSaya dh perjelaskan, ini soal mereka tidak mendengar, mereka tidak akan mendengar sampai bila2 selagi mereka tidak disedarkan dengan cara lain. Mereka tidak sensitif pada sekeliling kerana itulah BN kalau dalam PRU12 lalu, kerana tidak sensitif. Dalam bahasa kasarnya mereka itu PEKAK.
Salam BH..
ReplyDeletePenyokong & Pembangkang itu lain fungsinya...Pembela sinonim dgn komen membina dari mengkritik.. Terlalu byk kritikan akan menjadikan Blog Pembela Negara itu lemah dan pembaca keliru..Mungkin ade yg tak sempurna sana dan sini..yg perlu kita fikir ADAKAH KRITIKAN BOLE MELENGKAP KEKEURANGAN???..rasenya tidak..Sbb Setiap kritikan itu penting tp bile terlalu berlebihan akan memberi tekanan..saikologi itu penting..
Waallahhuaklam
Salam,
ReplyDeleteTetapi sikap pemimpin tidak peduli itu lebih buruk dan memusnahkan segalanya. Isu pokok bukan tidak menghargai blogger pro kerajaan tetapi tidak mengendahkan blog-blog yang ada dari pihak lawan dan menganggapnya sebagai tidak penting dan tidak memudaratkan mereka. Sedangkan itulah yang menumbangkan kerajaan di PRU lalu. Kita dah katakan bahawa kita dah guna berbagai pendekatan yang tinggal hanya sama ada diam atau menegur sepertimana pembangkang menegur, dan selalunya inilah kaedah yang membuat mereka akan memberi reaksi lebih pantas. Jadi salahkah saya?
salam bro...
ReplyDeleteapa nyang anda sampaikan ada kebenarannya. namun elok jika kita menyelesaikan hal ini dengan TEGAS. maksud kawan kena berjumpa Face To Face.
kita seangkatan tidak mahu ada perseketaan.
salam perjuangan bro....
Saya juga berpendapat, kita gunakan saluran tertentu. Kita boleh terus guna laman web PM atau tulis surat untuk perhatian PM atau MB atau Timb MB.
ReplyDeleteKekadang ada yang terlepas pandang, tetapi ia tidak menghalang kita dari membuat komen kepada pihak yang berwajib.
tahniah atas pededahan ini. biar mata mereka semua ini lebih celik.
ReplyDeleteSalam semua,
ReplyDeleteNampak nya hanya orang Pahang yang mengerti dan memahami seperti YB Raz, menyegar dan Arif Omar. Bagaimanapun, ini satu perkembangan yang sihat asal saja sihat asal saja pikat tertentu mengakui kesilapan dan mengambil tindakan menyelesaikannya. Saya tidak menghukum Umno Pahang tetapi saya tidak akan mampu membebaskan Umno Pahang dan Kerajaan bebas dari hukuman rakyat dalam PRU13 nanti jika mereka sendiri tidak mahu mengubahnya. Saya berdiri semakin tegak dengan jiwa berani saya.
Salam semua,
ReplyDeleteNampak nya hanya orang Pahang yang mengerti dan memahami seperti YB Raz, menyegar dan Arif Omar. Bagaimanapun, ini satu perkembangan yang sihat asal saja pihak tertentu mengakui kesilapan dan mengambil tindakan menyelesaikannya. Saya tidak menghukum Umno Pahang tetapi saya tidak akan mampu membebaskan Umno Pahang dan Kerajaan dari hukuman rakyat dalam PRU13 nanti jika mereka sendiri tidak mahu mengubahnya. Saya berdiri semakin tegak dengan jiwa berani saya.
Tegur kena berhemah....Kalau tegur TGNA yang tinggi ilmu agama pun silap2 dia akan kata, "nate mu". "Celako, celako, celako". Tak pun, "mu ni nok cah keting".
ReplyDeleteKalau tegur pemimpin parti (sendiri) dalam blog....Seperti lah membuka pekong di dada...
Yang akan membawa seperti kata pepatah, "Marahkan nyamuk, kelambu dibakar".
Sabar, pakcik.....jadilah umpama lilin yang memberikan cahaya dan X pernah minta dihargai....
Salam penuh hemah,
ReplyDeleteBila kita menulis tentang parti pembangkang kita lupa pada hemah dan berkata sesuka hati sehingga layak di panggil blogger celaka, tetapi kepada kelompok sendiri segala tokak dan pekong akan cuba kita tutup dan selindungi. Inilah hemah kita yang membuatkan tidak ada beza diantara sebelah sini dengan sebelah sana. Jadi selepas ini kita hanya akan puji apa yang pemimpin kita buat walaupun salah supaya mereka akan terus terlena dan dikejutkan apabila PRU13 rakyat menolak Umno seperti mana dalam Pru lalu. Inilah hemah bangsa Melayu yang akhirnya negara tergadai satu persatu. Saua teringat satu kata dari Tun Musa Hitam, Melayu mesti sedikit kurang ajar!
Saya tercari cari dalam tulisan saya (warna kuning) apakah yang tak hemahnya yang saya tulis? Tidak ada kata-kata kesat seperti diblog Parpu Kari yang saya gunakan. Namun saya berpendapat komen yang terkemudian hanyalah mengikuti atau terpengaruh kepada komen sebelumnya. Tulisan putih adalah CnP dari sebuah blog lain bagi tujuan memaklumkan kepada pihak tertentu bahawa inilah yang pembangkang katakan kepada mereka jika sebelum ini mereka tidak pernah menemuinya. Apakah ini tidak berhemah? Saya menjadi keliru namun saya beranggapan bahawa mereka yang memberi komen tidak memahami dan tidak membaca posting saya dengan teliti, dan saya memaafkannya. Tulisan yang saya CnP itu pun tidak gunakan kata-kata kesat, cuma menyingkap keburukan pemimpin kita, dan sekali lagi salahkah kita menyedarkan kesilapan pemimpin kita yang tidak menyedarinya?
ReplyDelete