29 January, 2010

PERANG BLOGGER - PEDULI APA PAHANG

Selamat menyertai program diatas kepada blogger negeri-negeri lain,
kome blogger haprak Pahang ni nak masuk utan cari damar dan rotan.


HANGAT - MENGENAI KJ LETAK JAWATAN 1:30 PM NANTI




Perang antara siber trooper pro kerajaan dan pro pembangkang semakin sengit. Mungkin ada antara mereka merasakan adanya tekanan sehinggakan kadang-kadang mereka bertindak diluar norma. Sejujurnya kita harus akui adanya 2 pihak yang bertentangan yang bergerak aktif menyokong pihak masing-masing, justru janganlah ada pihak yang cuba menolak andaian apabila di cop sebagai blogger upahan. Saya katakan, kedua-dua pihak.

Namun diantara kedua-dua kumpulan tadi ada juga pihak yang bergerak sendirian dan terpisah antara satu sama lain, namun perjuangannya tetap sama – menyampaikan dan mencari kebenaran. Ada yang memihak namun ada yang berkecuali – menyokong kedua-duanya atau menghentam kedua-duanya sekali. Apapun, blog sudah tidak dapat dipisahkan dari politik negara. Bahkan pemimpin-pemimpinpun turut menulis diblog bagi manyampaikan amanat dan menyatakan pandangan masing-masing.


Terdapat juga pemimpin yang mengupah blogger-blogger untuk menulis mengenai mereka dan memprovikasi sesuatu isu bagi kepentingan mereka. Blogger House PK selalu menuduh KJ terlibat dengan perbuatan demikian, wallahualam!



------------------------------



Peranan blog dan blogger dalam penyebaran maklumat sudah tidak dapat dinafikan lagi, walaupun satu ketika dulu ada individu yang mengumpamakan blogger-blogger ini sebagai beruk, namun kini individu berkenaan telahpun mengupah beberapa beruk-beruk untuk menulis blog yang menyokongnya. Mungkin kita boleh panggil individu berkenaan sebagai bapak beruk (?).



Tak lama dulu Pas mengadakan satu seminar dengan mengumpulkan blogger-blogger pro Pas dan diadakan di negeri Terengganu. Pas prihatin kepada media baru dan mereka berjaya. Malangnya ada yang tersangat teruja sebagai blogger sehingga terlepas laku dan bertindak biadap bahkan terhadap Sultan juga. Puas pulak pemimpin parti biadap itu pertahankan blogger biadapnya.


3ohb. nanti di Angkasapuri akan diadakan satu program yang juga menjemput blogger-blogger menyertainya sebagai tanda pengiktirafan dan penghormatan terhadap usaha mereka. Pada hari yang sama dan selama 2 hari di Perak juga diadakan perjumpaan diantara blogger-blogger bagi memantapkan dan memperkemaskan perjuangan mereka dalam membela negara.


Tadi (28hb) , saya dihubungi blogger ‘Taiping Mali’ dan ‘Papa Gomo’ menanyakan kehadiran saya di kedua-dua program berkenaan. Gomo juga menanyakan perkembangan blogger di Pahang, apa harus saya jawab?


(Orang Pahang menjawablah dalam loghat Pahang):

Kawan ni dah chemoih dengan pemimpin negeri kawan ni yang masih tertidur dan bermimpi. Kawan dah berbisik, bersuara malahan kawan dah menjerit, tetapi mereka tetap takpeduli. Itu pasai kawan tak berapa nak bejumpa rodong-rodong dari negeri lain sebab kawan malu nak bersurah tentang penguncupan (lawan perkembangan) media baru di negeri kawan ni.


Kawan rasa senang juga hati jadi orang di tengah, ke-sana lompat ke-sini tunjal. Sana hentam sini pun lepuk. Kawan nak suruh dema tu buka mata dan telinga deme. Selepas ni kawan dah tak nak campur lagi dah, buat lah hal dema sama dema aje. Dema pun rasa dema kuat, sokongan dan undi orang lain dema buka perlu dalam pilihanraya esok. Bahan aje lah dema sama dema. Klik sini ke blog rodong kawan yang juga duduk di tengah.


Nak buat program macam negeri-negeri lain kerajaan dah tak ada duit gamoknya. Tokey balak pun dah tak ada nak sponsor pasal utan pun dah tak ada. Kalau ada program pun dema buat senyap-senyap sama dema. Cuba pikir, patut ke buat kursus blog bawak orang yang nak bukak komputer pun tak boleh? Bangsat sangat ke orang Pahang ni? Ngapa nya tak ajak orang-orang yang dah ada blog datang sekali? Apake kome ni tak standard sangat kerana kome ni blogger haprak jalanan? Tapi tulisan kome lagi ramai orang baca dari tulisan dema tu.


Macamanapun kawan nak ucap terima kasih kepada ‘Megat Pisau’ orang luar yang prihatin terhadap media baru di negeri Pahang ni. Aok kalau jadi menteri besar Pahang pun kawan suka!. Tahniah la juga kepada UMB Pahang yang dah mula keluarkan kepala kura-kuranya dan berjaya membina blog data UMB Pahang (klik sini) Cuma, dalam pada memandang ke langit, jangan lupa taik ayam monay atas tanah dimuka bumi. Orang hati beso cakap kecik di Kuantan ni biarkanlah. Nanti bila PRU13 nanti dema akan tau, ...... yang pekak akan datang tertanya-tanya, yang kurap datang tergaru-garu, macam kata dalam hikayat malim deman.


Pada perasmian Perkasa Pahang di bando ikan patin, MB kata politik negeri Pahang tak ada masalah, maknanya UMNO/BN Pahang masih kuat, tak payah buat kerja tak apa. Kalau pembangkang menangpun, yang penting kerusi dema akan dema dapat lagi. Jadi pembangkang macam di Kedah atau Perak dulu tu pun bukan hina sangat. Cuma kawan nak kabo, jangan sampai nanti bila perahu dah bocor, dah pesok baru nak mintak tolong kome menimba, mungkin pada masa tu kome dah tak emboh. Mungkin masa tu kome dah nak naik perahu lain pulak.


Terima kasih orang 'beso' UMB Pahang yang menelefon saya. Tapi janganlah kita bercakap aja, saya bukan suka sangat janji-janji orang politik ni. Saya nak tunggu tindakan. Saya dah melangkah kedepan dan saya dah berikan bantuan yang dema perlukan setakat ini, jadi apa lagi? Bergeraklah sekarang. Sekarang, bukan esok dan bukan lusa. Jika lambat dema akan bertanggung-jawab kalau Umno kalah nanti. Hah tu! Sapa nak hentam bh, meh masuk gelanggang!


~ bh blogger beruk jalanan yang haprak, tapi masih boleh beri umppph!


p.p. blogger-blogger politik Pahang yang ingin menyertai Grup Blogger Pahang di yahoogroup, sila mendaftar segera. Kita akan berkongsi data maklumat didalam sebuah laman bagi menyatukan suara kita. Ramai yang telah mendaftar dan saya/kami ucapkan terima kasih. Yang ditolak pendaftarannya, kami mohon maaf.

11 comments:

  1. kamu ni bloggers pihak ANGKASAPURI ker????????

    ReplyDelete
  2. SABOR-SABOR. KAWAN PUN TENGOH KUMPO MAKLUMAT. NAK BEDAL JUGOK UMNO PAHANG INI. BIAR DULU. TENGOK MASA KETIKA KAWAN NOK BEDAL CUKOP-CUKOP. PEMIMPIN PAHANG NI PUN, ASYIK NAMPAK BALAK AJE. JADI YANG LAIN SEMUANYA TERLINDIUNG DIK DAUN POKOK BALAK

    ReplyDelete
  3. Salam,

    kome pun orang Pahang...Pahang tetap dihati. Silalah berkunjung kome. Selamat berjuang yek...

    ReplyDelete
  4. Salam sahabar sdr ariff, orang Pahang masih peduli dan sayang Pahang. Terima kasih juga Puteri @ orang Pahang. Media Cyber, saya tak kenal awak dan saya tak peduli awak. Saya Angkasapuri ke Angkasanuri ke, itu urusan saya dan awak tak payah peduli.

    ReplyDelete
  5. Salam Ziarah,

    Kesabaran itu ada batasnya dan saya bersetuju dengan anda selagi masih berasa selesa dan tidak berbuat apa-apa tidak mustahil Pahang akan menjadi seperti negeri saya Kedah satu hari nanti.Jika tidak keberatan tolong linkkan blog saya ke blog tuan,

    http://lagendabaling.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. salam blogger pahang
    brjuang di alam maya saja pun jadilah dari tak buat apa2 kan..saya kadang2 lalu lalang kat pej umno jaya gading, macam tu aja
    tak ubah2 senyap sunyi je kat pokok
    tampal poster pas tapi orang umno
    tak dengar berita ni kawasan parlimen dato seri najib ni.harapkan dsn saja yg terpekek trlolong di atas, tapi diperingkat
    kmpung,kawasan,daerah abuk pun tarak...hai nasib la.. engkau umno

    ReplyDelete
  7. salam blogger pahang
    brjuang di alam maya saja pun jadilah dari tak buat apa2 kan..saya kadang2 lalu lalang kat pej umno jaya gading, macam tu aja
    tak ubah2 senyap sunyi je kat pokok
    tampal poster pas tapi orang umno
    tak dengar berita ni kawasan parlimen dato seri najib ni.harapkan dsn saja yg terpekek trlolong di atas, tapi diperingkat
    kmpung,kawasan,daerah abuk pun tarak...hai nasib la.. engkau umno

    ReplyDelete
  8. Salam....

    Agak2 kalau masuk hutan cari damar, sehari boleh berapa hinggit???....

    ReplyDelete
  9. Salam Isac,
    hahaha, boleh lah buat beli berokband (bukan broadband).

    ReplyDelete
  10. nak buat macm weh... deme org kata karang kata kita beso kepala. ni adab org beso kat pahang... banyak sangat mengate karang badan binasa.. faham2 sendirila.. aok bravehearat bawak besabo le...

    ReplyDelete
  11. Kawan ni sebenornya tak-nye ade apa, tak ade hay lalu. Cumanya jangan tak menegur, esok kate ke kita tak mengabor ke deme nya pulok. Kawan bersabo, serupa aok juga, yek?

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”