29 January, 2010

PEMUDA UMNO PAHANG SOKONG KJ LETAK JAWATAN

Lepas ni, KJ boleh berlaku filem pulak.
Judul dah ada; Ku Tinggal Noreng Kerana Maya Koreng




Memang dah gempar exco Pemuda meminta KJ melatakkan jawatan secara sukarela. Ini bukan kerana benci dan dengki, tetapi ini kerana semangat sayangkan parti. Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi Umno mesti tetap kuat dan bertahan dihati rakyat.


KJ menyandang jawatannya dengan cara yang kurang beradab dan diluar susila bangsa Melayu. KJ juga tidak mampu menyatukan Pemuda menjadi satu sayap yang gagah perkasa dan kuat untuk menguatkan Umno, sama ada secara terancang atau tidak. KJ melantik Ketua-Ketua Pemuda Negeri yang bukan kehendak suara akar-umbi semata-mata bagi mendapatkan pengaruh untuk menjadi PM pada usia 40 tahun. Pemuda juga dalam keadaan yang paling lemah berbanding masa-masa lalu.


KJ menjadi Ketua Pemuda bukan dari bawah. KJ langsung tidak menyerap semangat Umno dan tidak memahami perjuangan parti. KJ memang sepatutnya berundur secara terhormat dan segera.


Pemuda Umno Pahang sokong KJ letak jawatan? Yang terhutang budi tentu akan tergadai body. Tidak semua orang lahir dengan bakat sebagai pemimpin. Tidak semua pemimpin akan disayangi pengikut. Tidak semua pemimpin akan berjaya mencapai dan mengecap hasil perjuangannya sendiri. Sejarah banyak membuktikan bahawa ramai pemimpin hanya terkandas ditengah jalan, bahkan ada yang tertikam dan menikam belakang. (baca apa kata Husin Lempoyang - sini)



Baca juga link-link dibawah kebanyakkannya meminta KJ letak jawatan:


















6 comments:

  1. Musuh UMNO ialah Anwar Ibrahim dan PAS bukan KJ.

    Main politik pun tak tahu UMNO nie.

    Mukhriz cakap pun tak boleh, macam khalid ibrahim. silap haribulan, Khir toyo jadi Pemuda.

    pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. So, apa maslah ko? Ada aku kata Mukhriz kena jadi KP? Kalau KT jadi ketua pemuda apa masalah ko? Ini lah jenis org tg taksub kepada pemimpin. Bagaimanapun, terima kasih kerana dtg bertandang dn tinggalkan komen, Saya hargai pandang tuan. Salam/

    ReplyDelete
  3. KJ ? INI LAH DIANTARA 50 % KEKALAHAN UMNO DALAM PRU 12.KAMI SEBAGAI ORANG LUAR UMNO MENGETAHUINYA.

    ReplyDelete
  4. KJ ? INI LAH DIANTARA 50 % KEKALAHAN UMNO DALAM PRU 12.KAMI SEBAGAI ORANG LUAR UMNO MENGETAHUINYA.

    ReplyDelete
  5. Salam Arif,
    Saya malas nk ulas lagi, bukan takur berok2 KJ marah, tapi saya takut saya tk dapat kawal marah pada beruk2 KJ. So, cool down!

    ReplyDelete
  6. PEMBETULAN:
    Salam Arif,
    Saya malas nk ulas lagi, bukan takut berok2 KJ marah, tapi saya takut saya tk dapat kawal marah pada beruk2 KJ. So, cool down!

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”