30 January, 2010

PROGRAM DIALOG GENERASI MUDA - ANTARA BRAVEHEART DENGAN BROKEN HEART

bRAVEhEART menjerit - hati luka siapa tau?




Atas perasang dan sokongan para sahabat, saya bergegas ke KL untuk sertai program Dialog Idealisma Generasi Muda serta Majlis Pelancaran Blog TPM yang berlangsung di Angkasa Puri. Walaupun tiba lewat sedikit (bukan kerana ada kena mengena dengan diliwat atau meliwat seperti orang itu), namun masih dapat merasai meriahnya suasana pertemuan bersama sahabat blogger semua. Gomo, Megat Pisau, Abang Tuah, Ore Oyabun, Panglima Perang Cyber, dan ramai lagi, ahhh! tak ketinggalan Srikandi Melayu adalah antara yang hadir dari lebih dari 50 blogger Pro Kerajaan kesemuanya dan hard-core yang sentiasa bersedia untuk mati keras (die hard).


Dari Ipoh Perak, Parpukari dan Taiping Mali memanggil melalui telefon untuk sertai mereka dalam program bersama Menteri Besar Perak hari ini dan esok. Untungnya blogger negeri Perak, blogger Selangor, blogger Penang pun. Bertuah jikalau kita mendapat pemimpin yang prihatin dan peka. Yang pemimpin mereka tidak peka, memanglah mereka tidak bertuah. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia bukan nampak pada buntut yang ditepuk-tepuk. (Yang faham, fahamlah yang tidak, sila abaikan)


Pengisian program dialog ini sangat menarik dan input yang diterima dapat dijadikan sebagai bahan untuk sama ada untuk menyanggah musuh ataupun untuk pertahanan diri dari diterjah. Bagaimanapun, dalam ruang waktu yang sedikit itu sempat kami berbincang secara tak formal dan mengambil ketetapan bahawa satu pertemuan sesama blogger (sahaja) perlu diadakan bagi jangka masa 2 atau 3 hari tanpa acara padat sebaliknya akan dipisahkan kepada beberapa kumpulan, yang akan bertukar keahliannya dari semasa ke semasa bagi tujuan mengenali antara satu sama lain dengan lebih akrab. Bagaimanapun, pada setiap kumpulan yang dibentuk itu akan diberikan tajuk khusus untuk diperbahaskan dan membuat kesimpulannya.


Saya bersedia untuk mencarikan satu formula yang akan dapat digunapakai bagi tujuan tersebut.


Saya tercari-cari dan tertanya-tanya, manakah blogger-blogger Pahang lainnya yang dibentuk dulu? Masih belum tamat pelajaran atau sedang dalam pertapaan? Apakah semangat mereka telah patah? Harap semangat mereka masih kental seperti braveheart buka seperti broken heart. Perlukah kita dodoikan mereka dengan lagu supaya mereka akan tertidur lebih lena?

Saya berkesempatan berbual dari hati ke hati bersama Gomo dan Megat Pisau. Disamping mereka menanyakan apa terjadi dengan blogger Pahang mereka juga secara langsung dan tidak langsung menceritakan sedikit sebanyak apa yang mereka tahu mengenainya. Membongkar rahsia yang selama ini tersembunyi. Saya mendiam. Rupanya gajah sama gajah berjuang, pelanduk yang mati ditengah-tengah. Kalau susah sangat, lantik saja lah kedua-duanya sekali jadi MB Pahang. Cuma kita bimbang , memang mereka dapat jadi MB, tapi macam MB Nizar di Perak, MB tak ber-negeri.


Setakat mana media baru telah digerakkan selama ini? Kalau setakat bermain dengan facebook sambil mengayat awek dan ibu tunggal yang muda-muda, saya rasa matlamat perjuangan sebenarnya tidak tercapai. Oppp! Maaf! Saya tak patut tegur pemimpin kerana saya blogger haprak. Pemimpin sentiasa betul dan blogger haprak sentiasa salah - ini lah hukum dalam politik...politik Umno Pahang khususnya.


Saya dah nyatakan persetujuan untuk bantu Unit Media Baru Pemuda UMNO Pahang, dan saya menunggu bila masanya kita akan digerakkan? Tetapi saya masih tertanya-tanya bila? Selepas PRU13 nanti? Atau tunggu PRU14? Ooooo! mungkin masa tu saya dah di alam lain.


Saya dengar dari orang luar Pahang bahawa dalam masa terdekat akan diadakan kursus berkaitan dengan blog di Pahang. Saya tidak mendengarnya, mungkin juga telinga saya pun sudah dapat tidak berfungi baik seperti dulu lagi. Jika ya, Alhamdulilah! Lakukanlah dan lakukan dengan baik supaya mendapat hasil yang baik juga. Bukan setakat hanya melepaskan batuk ditangga. Kalau setakat nak melepaskan 'kahak' ditangga, mungkin boleh juga dikutip anak-anak orang asli di ulu Tahan untuk sertai kursus berkenaan yang akan lebih menumpu kepada kaedah mencari damar dan rotan.


Kepada sdr. Firdaus dan Sdr Arif dari UMB Pahang, telan saja kata-kata saya itu dan anggapnya sebagai cabaran untuk bergerak lebih pantas. Masa untuk kita hanya ada 2 tahun saja lagi. Lihat diri kita dan pandang musuh kita juga, buat pertimbangan antara kekuatan dan kelemahan kita. Setakat ini, walau 10 blogger pro kerajaan pun masih belum mampu menyaingi PDO. Saya memuji musuh kerana mereka benar-benar kuat dan berjuang untuk itu. Kita? Apa Dato' nak kata?


bRAVEhEART terpaksa balik awal kerana ada urusan yang berkaitan dengan kelangsungan hidup yang harus diselesaikan. Namun diakhir program berkenaan ada sedikit rasa terkilan; mana janji Gomo? dan bRAVEhEART juga broken heart sudahnya. Pertemuan sekejap dan sesudah itu, kehilangan. Siapa yang ada rasa akan faham, atau abaikan juga.



11 comments:

  1. Salam bro...

    Macam mana dia orang nak datang, "Tok Guru" kata hari tu nak masuk utan cari damar dan rotan....


    Anak buah buah yang taat pun "mengikut tanpa bantahan"... :)


    Bab mengurat "ibu2 tunggal" kat face book, itu X ada kena mengena dengan hamba, pasal hamba tak tahu guna face book....


    Apapun...selamat berjuang!!!!!

    ReplyDelete
  2. Tahniah dn syabas kpd bloggers anti-pakatan. Mmg benar, kita sepetutnya istiqamah dan sabar dlm berjuang di alam siber. Jgn kita biarkan siber ini dilenjan dgn puak pakatan yg hanya nak menyuap fitnah kpd pembaca.

    ReplyDelete
  3. aiii...kau marah kat tempat lain dengan aku sekali terbabit? aduh...ok lah tu bro..aku belanja hang karipap tadi dengan air teh....teh o pun ada....he he he...

    tak elok tua tua merajuk bro....kunci yang patah tu mujur boleh di ganti...

    tapi kalau hati dah perit menahan derita bro.....

    perjuangan kita masih jauh..harap lu sabar dan tabah. paling elok adalah bersemuka....dengan gua nanti gua akan bersemuka dengan lu belanja nasi beryani......he he he...potong..potong....

    tapi dengan Pahang tu harap lu pun bersemuka lah juga....tadi kan hang dah kata kalau ada panggilandari sana hang akan kata OK?

    harap selesai bro...jangan patah hati.....

    sedih jugak aku dengan aku sekali hang balun...nasib baik aku pakai cawat besi...hu hu hu

    ReplyDelete
  4. salam Brave.

    saya gembira dpt jumpa dgn saudara di sana tadi..

    kita memang perlu selalu bertemu utk kuatkan hubungan sesama kita.

    Insya Allah selepas ini konvensyen blogger akan dibuat.

    ReplyDelete
  5. sdr braveheart jgn terlalu cepat kecewa - UMB menerima semua pihak dan percaya kita semua kena bersatu utk menghadapi PRU13. Saya akan ke konvensyen UMNO Pahang dan bantu apa yg dapat. Saya percaya sentiasa ada tempat utk semua org yg hendak menyumbang utk UMNO dan perjuangan agama, bangsa dan negara. Saya alu-alukan sdr bersama saya dan rakan2; kita memerlukan semua pejuang yg sanggup berjihad memerangi kepalsuan pembangkang. Salam perjuangan :)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Salam semua, Seronok pulak bila ramai para sahabat dtg menziarah sebelum aku hembus nafas terakhir.

    Kepada Isac, pasal fb dan ibu tunggal tu, kiasan itu tak ada kena mengena dengan awak langsung. Jgn ambil hati. Awak tak faham harap diam!

    PPU Bhg Tapah, Ya, saya akan terus berjuang dan berjuang, walau pun nanti saya hanya akan bersendirian dalam perjuangan itu. Apa saya peduli?

    Gomo pun jangan ambil hati, awak dah tolong lebih dari yang awak patut tolong sebagai sahabat. Saya sentiasa hargai. Abang besar sentiasa sayangi adik-adiknya dengan tulus ikhlas. Tak ada keraguan dan pertikaian. Tentang potongx3 tu - awak janji sebab org lain yang janji dan org lain itulah yang patut mesti ingat.

    Panglima Perang Cyber, saya pun seronok bertemu.Usia tidak menghalang persahabatan dan perjuangan. Kita patut bertemu lebih kerap dan banyakan perbincangan sesama kita. Perjuangan ibarat mata pedang, jika tidak diasah ia akan karat dan tak berguna lagi.

    Tun Faisal, salam tuan. Saya langsung tidak kecewa, saya hanya bersuara supaya ada yang mendengarnya. Apa pun, saya menanti tetapi bukan MENGHARAP. Kepada UMB PPU Umno Pahang, ambil ini sebagai cabaran kerana Melayu hanya akan bersemangat jika tercabar. Melayu akan amok bila dicabar.

    Kepada semua, selamat berjuang dan terus berjuang selamanya. Nak rakam juga ucapan salam kenal dan terima kasih pada Abang Tuah dan Ori Oyabun. Mereka berdua ini memang orang-orang yang bersemangat kental dalam perjuangan.

    ReplyDelete
  8. x paham..kenapa nak dibuat kursus berkaitan blog? masih ada kah orang yang tidak tahu buat blog? atau mungkin mencari duit dengan membuat kursus?

    ReplyDelete
  9. YB Raz, saya menjawab. Kursus blog saya pandang memang perlu kerana blog-blog yang ada di Pahang masih belum cukup untuk membantu kerajaan pertahankan dan sebarkan maklumat. Cuba kira ada berapa blog Pahang yang benar-benar mantap yang akan memfokuskan pada Pahang? Dan blog-blog yang ada, termasuk saya masih belum mampu saingi kekuatan PDO serta pengaruhnya. Harap TB Raz faham, kalau masih belum sila YM atau email saya dan saya akan perjelaskan lebih detail. Bagaimanapun saya harap YB Raz selalu hubungi saya dalam yahoogroup Grup Blogger Pahang. Salam.

    ReplyDelete
  10. Salam. perjuangan yg ikhlas adalah tanpa mengharapkan sesuatu. Dan perjuangan yg ikhlas jugak bukan hanya menjadi yes man kepada pemimpin pemimpin.Tegoran dan kritikan adalah amat perlu utk ingat mengingati.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”