28 February, 2010

BLOG: AHMAD MASLAN TETAP GOBLOK!

Cetakan 'Gerak Kerja Penerangan UMNO Malaysia'
yang sarat dengan formula yang sukar difahami manusia abad ini, hehe




Beberapa laman blog mengutuk kenyataan Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO yang menyatakan bahawa banyak membaca blog akan jadi goblok.


Bacalah kemarahan para blogger disini:

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/02/ketua-penerangan-umno-malaysia-goblok.html

http://medan-info-kita.blogspot.com/2010/02/ahmad-maslan-yang-sebenarnya-paling.html

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/02/tahniah-umno-bahagian-subang-ahmad.html


Bermula dari 27 hingga 29hb Februari diadakan kursus yang berkaitan dengan media sosial oleh penerangan UMNO di Janda Baik. Kursus disertai UMB (Unit Media Baru) UMNO Bahagian-bahagian. Beberapa blogger dijemput dan sudah tentulah blogger ini memuji Ahmad Maslan dan ini kerana mereka dijemput. Andai mereka tidak dijemput mungkin mereka juga akan berkata bahawa Ahmad Maslan masih lagi goblok. Pandai sungguh orang politik membeli hati dan jiwa para blogger. Itu kena tanya Parpukari, Rocky Bru, Sam @ Marahku, Husin Lempoyang dan beberapa lagi.


Saya tidak hadir, tidak dijemput hadir jadi saya tetap bersetuju dengan pendapat dan kenyataan awal sahabat blogger iaitu Ketua Penerangan UMNO itu tetap Goblok. Bukan saja mengenai kecetekkan pengetahuannya tentang blog dan media sosial lainnya, tetapi juga sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia.


Pernah lihat dan baca cetakkan yang bertajuk ‘ Gerak Kerja Penerangan UMNO Malaysia’? Cetakkan setebal 20 halaman ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau adalah seorang Ketua Penerangan UMNO yang baik dan berkesan, tetapi bukan untuk abad ini, tetapi untuk masa lampau sekitar tahun 50an.


Membaca cetakkan berkenaan membuatkan saya berfikir siapakah yang akan membaca cetakkan ini dan apakah ini tahap pemikiran ahli-ahli UMNO pada abad ini? Saya catatkan sepenuhnya muka surat-muka surat berkenaan dibawah ini;


Muka surat 4


POLITIK

JUGA DISEBUT SEBAGAI:

P - Pujuk

O – Orang

L – Lantas

I – Ingin

T –Terus

I – Ikut

K –Kita

UMNO

BOLEH JUGA DIMAKSUDKAN SEBAGAI:

U – Untuk

M – Membela

N – Nasib

O – Orang


Muka surat 5


BN

JUGA BOLEH DIKENALI SEBAGAI:

B – Bela

N – Nusa

Atau

B – Bina

N – Negara

PERJUANGAN

KITA ADALAH DEMI:

Alif – Agama

Ba – Bangsa

Ta – Tanahair


Muka surat 6


MATLAMAT G-S-T

Matlamat utama:

memastikan kawasan gelap (G)

dipulihkan menjadi samar (S)

& diperkasakan menjadi terang (T)


~ ~ ~


NILAI 4 S

Empat nilai yang mesti ada

bagi melaksanakan misi

Ialah:

1) Semangat yang tinggi

2) Secara sungguh-sungguh

3) Secara bersama-sama

4) Secara sistematik


Muka surat 8


SMPPSS

Seluruh jentera penerangan

dikehendaki mengadakan

aktiviti pada waktu:

  • Siang dan malam (SM)
  • Padi dan petang (PP)
  • Subuh dan senja (SS)


KBSMM


Untuk menarik semula sokongan pengundi kepada UMNO dan BN,

Ahli-ahli UMNO mesti lebih kerap

Mendampingi pengundi terutama ketika:

  • Kenduri (K)
  • Bersalin (B)
  • Sakit (S)
  • Melapetaka (M)
  • Kematian (M)

KBSMM inin juga merupakan arahan Presiden UMNO dalam satu

mesyuarat MT di PWTC.


Memanglah beliau seorang yang genius. Formula-formulanya memang akan menarik perhatian ramai dan memang patutlah beliau tidak memerlukan sokongan para blogger sedikitpun, melainkan para blogger-blogger itulah yang datang terhegeh-hegeh pada program di Janda Baik semalam.


Saya teringat sebuah buka bachaan (bermaksud bacaan tetapi menurut ejaan asal) semasa kecil dahulu. Watak dalam buku itu adalah; Ali, Ahmad (Ahmad Maslan agaknya) Aminah, Ramasamy dan Tong Seng.


Teori-teori Ketua Penerangan UMNO ini mengingatkan juga saya kepada sebuah buku lain yang saya masih ingat ayatnya begini: ..Pak Pandir Mak Andir bertanam pisang, tanam pisang, tanam pisang. …Pisang Mak Andir masak dahulu pisang Pak Pandir mati layu…


Patutlah Penerangan UMNO di bahagian-bahagian masih lagi dalam kegelapan. Pengunaan media sosial seperti blog dan fb masih asing lagi dikalangan AJK bahagian sendiri, justru bagaimana dan bila ianya akan sampai ke peringkat akar umbi dan cawangan-cawangan?


Seorang Ketua Wanita UMNO bahagian menyatakan pada saya bahawa dia tidak perlukan blog kerana pengundi-pengundinya tidak menggunakan blog. Saya Cuma nak kata, begitulah juga dengan pengundi pada pilihanraya 12 lalu. Bukan pengundi yang menggunakan blog tetapi anak-anak mereka yang belajar di IPTA/S yang mendapat maklumat diblog dan mempengaruhi orang tuannya untuk menentukan siapa dan parti apa yang akan diundi. Mungkin pemimpin UMNO ini tidak sedar bahawa impak secara tidak langsung juga mampu pengaruhi pengundi.


Sebenarnya bukan Ahmad Maslan saja yang goblok, banyak Ketua Penerangan Negeri-negeri dan Bahagian-bahagian yang masih lagi goblok. Jika UMNO percaya media sosial mampu membantu memulihkan sokongan rakyat, maka ianya haruslah dilakukan dengan segera. Kerana kita bimbang apabila kita sampai ke stesen, keretapi telahpun berlalu dan meninggalkan kita.


UMNO – bangunlah dari tidur! ~ bRAVEhEART

6 comments:

  1. SALAM BRO BH. TINGGALKANLAH PARTI BIRU KARAT TU BRO!... KALAU BRO DAH RASA DIRI TAK DIHARGAI.

    ReplyDelete
  2. Salam Bro AIB,
    Tawaran bro itu suddah cukup meng-aibkan diri. Atas rasa tanggungjawab, saya bersama rakan-rakan lainnya membantu memulihkan bukan menjahanamkan parti yg sdr panggil karat ini. Terlalu banyak budi dan jasanya pada kita rakyat dan bangsa Melayu selama ini. Kita cuma membetulkan dan membuang pemimpin yang membawa kerosakan kepada parti saja. Sdr patut juga lakukan perkara sama dalam parti sdr itu, peliwat yang tidak bermoral tidak wajar menjadi pemimpin.

    ReplyDelete
  3. Dimana bumi ini yang ku junjung dan ku diami..seharusnya kita hargai jasa2 mereka yang terdahulu yang banyak berkorban jiwa raga. Kita yang menetap dibumi bertuah ini harus mempertahankan kedaulatan ini,,,bukan terus merosakkannya...Perbetulkanlah setiap kesilapan..mungkin ada yang selama ini alpa dan terlena sebentar..ingatlah sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  4. Syaitan dan tidak pernah berputus asa untuk menggoda anak cucu Adam.... itulah yg berlaku pada komen AIB....

    ReplyDelete
  5. kepada aib-sedangkan anuar karat itupun pembangkang boleh polish takkanlah umno tak boleh kot hehehe.

    tak sangka umno masih keluarkan lagi buku bachaan kepada rakyat hehehe.

    tak apalah. mana mana pemimpin yang ketinggalan, kita pun tinggalkan mereka saja. tak guna kita tunggu lagi.

    tapi dengar cerita, Dato Ahmad Maslan ketika itu hanya berlawak saja. Dan goblok itu ditujukan pada blog pembangkang. bukannya blog pro kerajaan.

    kadang kadang kita harus siasat perkara sebenar. Tak salah kan :)

    ReplyDelete
  6. Salam dan terima kasih kpd YB Raz, kerana itu pemimpin harus bijak. Dimana harus berjenaka dimana harus serius dan jangan sesekali mengguris perasaan orang lain. Alasan lawak sukar diterima terutama setelah dia dibelasah bertubi-tubi. Kerana itu, kita harus hargai dan hormati TDM yang sentiasa pandai sesuaikan diri dimana saja. Saya bukan menolak pemimpin yang ada, cuma saya melihat kita tidak akan ada selain TDM selepas ini. Justru, hormati dan hargailah dia semasa hayatnya masih ada.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”