27 February, 2010

KISAH KPU SATU UMNO BAHAGIAN DI PAHANG

Foto Kenangan:
Antara yang kecundang, yang terbuang dan yang akan disingkirkan



Ini kisah mengenai seorang Ketua Pemuda UMNO di satu Bahagian UMNO di Pahang. Tak tau nak kata macamana. Nak tergelak ada nak menangis pun ada, kerana lucu ada dan sedih pun ada. Begitulah perihal seorang Ketua Pemuda Bahagian yang yang bodoh dan dipilih oleh akarumbi yang bodoh juga. Oooo! Tidak! Akar umbi itu tidak bodoh, mereka bijak kerana memilih berdasarkan apa yang mereka dapat. Kenapa tidak mereka memilih orang ini kerana mereka mendapat duit kerana membuat pilihan itu. Tidakkah ini satu pillihan yang bijak? UMNO yang busuk sampai ke usus!


Kisah ini berlaku semasa acara resmi Konvensyen Wanita UMNO Malaysia di PWTC tak lama dulu. Kalau nak tau lebih banyak kenalah tanya Ketua Perhubungan Wanita UMNO Pahang YBhg. Dato' Rosni Haji Zahari, atau Ketua-ketua Wanita Bahagian-bahagian serta mereka-mereka yang mewakili bahagian masing-masing, khususnya yang datang dari negeri Pahang.


Ceritanya lebih kurang begini:

........... Arkian maka selain itu sudah tentulah mami Ketua Wanita Umno serta barisan jawatankuasanya akan duduk juga dihadapan dipentas berkenaan. Maka selain dari itu sudah tentulah segala Ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno akan didudukan bersama-sama dihadapan itu.

Namun syahdan terkejut beruklah semua hadirin apabila diantara yang duduk dihadapan diatas pentas itu adalah si Ketua Pemuda ini yang bukannya Ahli Majlis Tertinggi dan bukan jugalah Jawatankuasa Wanita Umno kerana dianya adalah seorang Ketua Pemuda. Maka tidak tahulah akan sahaya sekiranya dia telah menukar jantinanya serta menjadi ahli Pergerakan Wanita pula.

Adapun kerana majlis ini adalah majlis resmi, maka diusirlah oleh orang akan Ketua Pemuda itu, namun tidak juga ia mahu berganjak, maka orang yang mengusir itu pun patahlah hatinya. Maka dibiarkanlah oleh orang akan dia itu duduk disitu.

(Boleh juga baca terus disini)

kita nak kata apa? ~ min.sHOGUn


4 comments:

  1. hahaha gila kuasa sungguh mamat tuh..buat malu kaum je..

    ReplyDelete
  2. nak aku tengok gambonya kalo ade?
    bukan ape, nak gelak kuat-kuat..
    kahkahkah

    Abg Din

    ReplyDelete
  3. Anon @ Abd Din, mmg kita ada gambo dia tu, tp bro bh kata tunggu dulu, bukannya apa, nk bagi saspen je, untuk org yg nk ketawa berkedah-dekah...kah kah kah. Adess! sakit perut aku

    ReplyDelete
  4. Bro, itu KPU dari mana? Cantik ke dia tu? Kalu cantik kasi kat Anwar, baru dia tau. KPU mcm ni yg berlagak dan megah lagi angkuh bila dgn orang ramai. Wahai Presiden UMNO, ini antara punca org meluat dgn UMNO.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”