MB Pahang berkhidmat cemerlang, gemilang dan terbilang
patut dikekalkan lagi, lagi lama lagi baik kalau boleh biar selama-lamanya
lagipun bukan ada orang lain yang layak menggantinya.
Tambahan inilah masa yang tepat untuk menyerang mereka kerana mereka berada dalam keadaan yang lemah dengan pelbagai masalah dan pertikaian dalaman. Ketidak-percayaan pengikut kepada pemimpin berada ditahap tertinggi. Ketidak-puasan hati diantara parti-parti dalam pakatan juga semakin jelas dan tidak dapat disembunyikan lagi. Jika menyerang mereka ketika mereka lemah, peluang untuk mencapai kejayaan lebih tinggi.
Beberapa hari lalu saya sudah menulis mengenai reaksi UMNO terhadap seruan DS Najib ini. (Baca sini) Saya tidak yakin bahawa UMNO telah mendengar isyarat dari DS Najib itu dengan jelas. Kerana itu juga kita tidak yakin bahawa UMNO mampu menyerang balas kerana UMNO masih leka dan lena.
Ketika melakukan serangan balas ini kita harap agar DS Najib berhati-hati, bukan terhadap musuh tetapi terhadap bala tenteranya sendiri iaitu UMNO sendiri. Pemimpin UMNO peringkat negeri-negeri dan bahagian-bahagian bukan semuanya pejuang sebenar dan bukanlah dari mereka yang berani. Kebanyakan mereka hanyalah' penjilat' semata-mata. Pengampu. Mereka tidak berani kedepan dalam perperangan namun akan tiba-tiba muncul apabila sudah mencapai kemenangan.
Saya sarankan juga supaya DS Najib ketika meneriakkan 'SERANG' itu untuk meneriakkan dengan jelas dan dalam dielek yang betul bagi setiap kaum, negeri dan daerah supaya arahan itu diterima dengan jelas. Bimbang nanti sejarah Dol Said di Naning akan berulang. (Klik baca catatan sejarah Dol Said di Naning diblog Husin Lempoyang, hehe) (Lawak,lawak juga tetapi pengajarannya tetap ada)
Dalam satu pasukan bala tentera yang besar tentu ada kumpulan-kumpulan tertentu. Dizaman dulu ada tentera pemanah, tentera berkuda bahkan tentera bergajah dengan peranan tertentu. Serangan pemula yang patut DS Najib lakukan adalah serangan propaganda dengan menggunakan segala kekuatan media yang ada.
Mampukan serangan ini dilakukan UMNO / BN kerana blogger-blogger pro kerajaan yang dulunya setia dan gagah membantu sudah kurang bersemangat akibat mereka tidak hargai bahkan ada pemimpin yang menganggap mereka dari kalangan 'goblok'. Hendak berharap kepada blogger UMB (Unit Media Baru) Pemuda UMNO, nampaknya mereka ini hanya lebih kelihatan sebagai tentera upahan yang tiada semangat juang.
UMB Pergerakan Pemuda UMNO sudah 3 hari tidak dikemaskini (sini), UMB UMNO Pulau Pinang sudah 6 hari (sini), UMB Pergerakan Pemuda UMNO Pahang sudah seminggu mematikan diri, begitu juga dengan UMB Melaka dan Kelantan.
UMB Pahang sebenarnya dalam keadaan yang 'stabil tetapi kritikal', 'kritikan tetapi stabil' - meminjam kata-kata MB Pahang ketika mengulas keadaan kesihatan ADUN Kerdau tidak lama dulu. Lagi pun Kerajaan UMNO Pahang dalam keadaan gagah dan perkasa yang tidak mungkin dapat ditawan oleh pembangkang. MB dan exconya berkerja keras siang dan malam sehingga lupa tidur, makan dan minum untuk menjaga kepentingan rakyat. Pejabat-pejabat ADUN semuanya dibuka 24 jam dengan perkhidmatan tidak henti kepada semua rakyat. Hartabenda kerajaan dan rakyat dijaga dengan baik sekali. Sudah tidak ada lagi pembalakan haram dan penerokaan tanah haram di negeri Pahang.
Mungkin juga kepimpinan negeri lupa bahawa ada pihak yang telah lama memendam rasa. Pasti PRU13 nanti berbagai kejutan akan berlaku di Pahang kerana kegagalan kita menduga dan mendengar suara rakyat marhaen.
3hb Julai, PM dijangkan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut. Tentu kepimpinan sedang cuba untuk menutup suara sebenar akar umbi untuk menunjukkan bahawa disini tidak ada apa-apa masalah dan kami yakin kita akan menang besar. Hahaha!
Najib kata serangggg... pemimpin pemimpin UMNO piun mula menyerang segala projek projek yang bernilai berjuta juta ringgit.Syabas pemimpin pemimpin UMNO.
ReplyDeleteUMNO malang kerana pemuda umno masih tidor berdengkor tuan. berdengkor....
ReplyDeleteMalaysiakini Batu Api: Melagakan Dr Mohd Asri dengan Kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan beliau masuk UMNO! Baca sini:
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/06/malaysiakini-batu-api-melagakan-dr-mohd.html