10 August, 2010

HANGAT: PERTEMUAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO DENGAN PEMIMPIN UMNO NEGERI PAHANG








Petang semalam - satu pertemuan diantara pemimpin tertinggi UMNO dengan Pegawai-pegawai dan Pemimpin UMNO Bahagian-Bahagian Negeri Pahang telah diberitakan diadakan di Kediaman Menteri Besar Pahang.


Tan Sri Muhyiddin Yassin antara lain mungkin telah memaklumkan isyarat dan amanat kepada UMNO Negeri bagi bersiap sedia menghadapi Pilihanraya UMUM ke-13 pada bila-bila masa tidak lama lagi.


Turut dilaporkan kelihatan hadir ialah Dato' Jamaluddin Jarjis, Dato' Sharkar Shamsuddin dan beberapa pemimpin tertinggi negeri. 


Nampaknya tidak lama lagi rakyat akan menunaikan hak mereka bagi memilih parti dan kepimpinan bagi daerah dan negeri masing-masing. Apakah UMNO/BN sudah benar-benar bersedia?


Pahang akan menghadapi gelombang yang tidak pernah dijangka oleh pemimpin-pemimpin UMNO negeri selama ini. Mungkin pemimpin UMNO negeri manganggapnya sebagai satu perkara kecil akibat kegagalan mengesan gelora hati rakyat atau memang mereka masih merasakan bahawa mereka sentiasa kuat, berkuasa dan akan kekal selama-lamanya.


Saya melihat negatif dan merasakan bahawa UMNO akan kehilangan beberapa kerusi dalam PRU akan datang nanti jika pemimpin masih leka.

1 comment:

  1. Salam.Kalau UMNO masih mencalonkan pemimpin pemimpin yang haprak sudah tentunya UMNO akan tewas beberapa kerusi yang panas.Yang pasti 2 kerusi dun di parlimen Jerantut mungkin akan jatuh ke tangan pembangkang jika masih tak menukar calon disana :-)

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”