09 August, 2010

MB BARU PAHANG DARI JERANTUT?


DS Najib - Sayang MB atau rakyat?






Blog Suara Prihatin UMNO Jerantut meramalkan atau mencadangkan bakal MB akan datang datangnya dari Jerantut. (Klik sini) Ini ada hubungkaitnya dengan blog uRag dRrulug. Jikalau bukan seperti nama yang dicadangkan itu, mungkin juga Dato' Wan Amizan akan layak menggantikannya memandangkan sokongan yang kuat diterima oleh beliau dari Ketua Pemuda @ KJ selama ini.


Saya berpendapat soal siapa akan mengganti MB Pahang dan dari mana bakal MB itu akan datang tidak timbul sama sekali. Persoalan utama adalah MB yang ada harus digantikan kerana prestasinya yang kurang memuaskan selama ini.


Ramai yang terlibat dengan industri pelancongan mengeluh kerana kelembapan industri pelancongan di Pahang. Bahkan ada beberapa pemandu pelancong yang terpaksa berhijrah ke KL untuk mencari penghidupan disana. Ini bermakna kerajaan tidak berjaya mengilap destinasi pelancongan di Pahang sehingga menjadi destinasi pelancongan pilihan utama pelancong, berikutan itu telah melemahkan industri pelancongan di Pahang. Mungkin Dato' Shafik Fauzan boleh dapatkan 'feedback' mengenainya dari Persatuan Pemandu Pelancong Pahang (PhTGA). Dato' Shafik kenalah tahu hal-hal berkaitan industri pelancongan, urusan kabajikan wanita itu biarlah diwakilkan kepada sesiapa, melainkan ada hasrat untuk menambah wanita dalam rumah.


Kes penerokaan hutan dan tanah secara haram di Cameron Highland memang masih belum selesai dan tidak pernah berakhir. Tindakan kerajaan dirasakan hanya bagai melepas batuk ditangga. Masalahnya rakyat melihat apa pun yang bangsa cina buat tidak mengapa dan bila melayu buat maka kerajaan kelihatan mengambil tindakan keras. (Rujuk penerokaan tanah secara haram oleh generasi kedua Felda dengan tajuk posting; 'Siapa Makan Nangka Dia Kena Getah')

Kita tidak pasti berapa banyak kawasan balak yang telah diluluskan oleh kerajaan dan berapa pula pembalakan secara haram yang dilakukan. Kerajaan sangat berahsia dan menyatakan bahawa tidak ada kawasan pembalakan diluluskan tetapi lori balak sentiasa sarat dengan muatan. Mungkin MB tidak melihat kerana kerana sedang asyik perbaiki kerusinya yang hampir patah (gamaknya lah)


Yang penting adalah berapa jumlah rakyat Melayu anak negeri Pahang yang mendapat kelulusan tanah selama ini? Saya sendiri telah memohon selama lebih 20 tahun tapi file masih belum diangkat. Kalau semut merah pun yang mengusung file itu dalam masa 20 tahun tentu file itu sudah pun sampai ke Les Vegas (gamaknya lah). Kegagalan penjawat awam juga adalah kegagalan pentadbiran MB.  Mungkin juga MB yang berpengalaman sebagai GB sebelum ini memang tidak wajar lagi menyambung tugas selepas ini.


Hanya ada 2 kaedah: Pertama MB diubah oleh pemimpin utama negara atau kedua MB serta parti yang diwakilinya akan diubah oleh rakyat dalam PRU13 nanti. DSN tentu sedang memikirkannya sekarang ini.

6 comments:

  1. Salam bro kerana berani mengungkit masalah tanah. Memang dasar kerajaan agaknya tidak ingin memberikan tanah kepada bangsa Melayu namun membiarkan pencerobohan tanah haram oleh bangsa cina. Ini banyak berlaku dimana-mana. Penjawat awam juga hanya pentingkan wang kopi bagi memenuhkan koceknya sendiri. Saya ada bukti untuk ditun jukkan ika perlu.

    ReplyDelete
  2. Salam bro kerana berani mengungkit masalah tanah. Memang dasar kerajaan agaknya tidak ingin memberikan tanah kepada bangsa Melayu namun membiarkan pencerobohan tanah haram oleh bangsa cina. Ini banyak berlaku dimana-mana. Penjawat awam juga hanya pentingkan wang kopi bagi memenuhkan koceknya sendiri. Saya ada bukti untuk ditun jukkan ika perlu.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Saya hanya menyatakan apa yg saya dengar dan apa yg ada dalam hati saya, tak ada lain2 kepentingan dan tak dipengaruhi mana2 pihak.

    ReplyDelete
  4. Sdr Bh,

    Tak boleh settle ke dengan MB ? ke MB buat lembu kenyang saja sebab dia dah cemus duduk kerusi MB tu.

    Tok Nan, apa masalahnya blogger2 ni ? tentu ada jalan bincang. Blog Bh ni dibaca oleh seluruh dunia !

    ReplyDelete
  5. MB Pahang makan balak sama kroni dia je, mati esok nak nkena hempap dek balak gamaknya..

    ReplyDelete
  6. MB Buat lembu kenyang? Kalau MB tumbuh tanduk belum tentu lagi jadi lembu sbb mungkin jadi setan, kalau tumbuh tanduk dan tumbuh ekor mungkin akan jadi lembu, hehe

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”