17 August, 2010

SETPOL-SETPOL SANA-SINI

Ini wajah Encik Setpol disini


Membaca di blog sahabat saya Parpukari, beliau mengenai mengenai Setpol MB Kedah yang menurutnya bertaraf bangang (baca sini) Kata Parpukari, Encik Setpol itu pun ada blog dan banyak menulis cetusan ideanya yang haprak didalam blog beliau (baca sini) 

Semalam saya menulis tentang seorang Menteri dari Pahang yang sungguh bijaksana menyelesaikan masalah harga dan bekalan bawang putih (baca sini) Kan kah bijak menteri-menteri kita ni? Sebelum itu, satu ketika semasa kenaikan harga dan kekurangan bekalan gula, kita juga pernah dengar MB kita pernah kata yang ala-ala sama juga....kurangkan makan/minum gula. (Yang itu tak ada kat sini, tetapi didalam blog Pahang Daily Online dan saya pun dah malas nk linkkan ke blog pro pembangkang tu. Kalau nak baca carilah sendiri).

Encik Setpol Pahang juga ada blog. Nama blognya 'cakap kecik' saja, tapi orang nya terlalu nampak ego dan besar kepala. Dia bukan saja penulis blog tetapi juga tenaga pengajar penulisan blog di Pahang dan sangat tersohor dari Kuantan hinggalah ke Rompin. Tapi Encik 'Ketam' ni ajar orang tulis blog tetapi blog dia sendiri sudah tidak lagi ditulis kerana dia asyik menumpu kepada Facebook kerana ramai sahabat-sahabat yang boleh dihubungi dan diayati. Maka gahlah dia didalam jaringan dia bersama sahabat-sahabatnya saja namun dia tidak sedar disudut lain orang menghentam MB di kiri dan kanan, mungkin dia sengaja tidak peduli kerana dia sedang dalam syok sendiri.

Encik Parpukari bersahabat baik dengan Encik Setpol ini dan pernah datang bersama blogger Syamsul ke Bandar Pusat Jengka semasa Konvensyen UMNO Pahang dulu untuk bertemu dengan Encik Setpol ini tetapi Encik Setpol ini terlalu amatlah sibuknya waktu itu dan tidak dapatlah mereka bertemu.

Rupanya tidak banyak sangatlah bezanya diantara Setpol di sana dengan Setpol disini. Encik Parpukari tak nak ke usik Encik Setpol disini pulak? Hehehe!!

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”