Suara Anak Pahang - Perlu Baca

16 August, 2010

CALON MB PAHANG - BUKAN SUSAH JADI MENTERI.....


Layak sebagai calon MB Pahang kerana kebijaksanaannya 
menyelesaikan masalah kenaikan harga Bawang Putih


Blog BUMIYANG menulis mengenai kemungkinan kenaikan harga ayam menjelang Hari Raya Aidil-Fitri nanti dan nasib orang Melayu serta kerajaan Malaysia yang sering kena buli oleh pembekal ayam. 


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Wira Mohd Johari Baharom bagaimanapun berkata bekalan ayam, telur dan daging untuk keperluan sepanjang Ramadan dan musim perayaan dijamin mencukupi dan jika sekiranya harga terus meningkat, kerajaan akan mengeluarkan permit mengimpot bagi menstabilkan harga berkenaan. (Baca sini)

Saya bersyukur kerana dan berterima kasih kepada menteri (Timb.) ini kerana tidak mengambil dan mengamal tindakan serupa seperti mana kebanyakan menteri-menteri terdahulu iaitu dengan meminta rakyat jangan makan ayam bagi tujuan menurunkan permintaan serta menurunkan harga ayam dipasaran.


Memang susah menjadi menteri dengan banyak bebanan dan tanggungjawab, bagaimanapun jika hendak senang lakukanlah seperti menteri ini (baca sini) Memberikan cadangan jangan makan bawang putih kerana harga bahan berkenaan yang meningkat. (Hehehe! Kalau malas nak berkerja, jangan jadi menterilah!)


Saya teringat akan cadangan dari seorang PM tidak lama dulu supaya rakyat kurangkan makan nasi. Jika demikian bukanlah susah sangat untuk menjadi menteri dan menghadapi masalah. Bila harga gula naik, kita kurangkan makan dan minum minuman bergula, harga ayam naik, kita kurangkan makan ayam, harga bawang naik, kita kurangkan makan bawang, bila minyak naik, kita kurangkan pengunaan minyak.


Untunglah Pahang ada menteri yang bijaksana seperti ini, peninggalan dan warisan dari PM terdahulu. (Klik sini baca blog Jelapang) Masalahnya Pak Menteri; bila rakyat sudah naik minyak dan naik darah, apakah yang Pak Menteri dan kerajaan nak lakukan nanti?







5 comments:

Anonymous said...

Salam.Saya cadangkan kita jangan makan apa apa so tentu segala harga barang runcit akan turun bila tidak ada demand dari pembeli.mudah kan?

Godisuno said...

Assalamualaikum,

Memang pun dia ni pandai eehehe. Felda kat Bera Pahang yang kat 3 bulan tak berair tu kawasan dia la tu. Masa banjir besar tahun 2007 kat Pahang, kat mana dia? Bukan berjiwa rakyat gamaknya

Pendekar Melayu said...

hehehehe biasalah orang berduit..dia peduli apa kalau kita yang miskin ni nak makan apa..maksud dia sebenarnya "kalau takde duit, jangan makan ler jawapnya"

bRAVEhEART said...

Salam semua,
Kau punya komen tu pendekar tersangatlah bisanya sebagaimana bisanya keris ditanganmu itu, heheh

Anak Semantan said...

I.Q menteri-menteri zaman selepas Tun nampaknya semua kelas 3, atas sikit dari bangang saja. Naik harga gula suruh jgn mkn bnyk gula, naik harga bawang puti minta rakyat jgn mkn bawang putih, itu bukan nya penyelesaian, itu elak dari masalah. Semua orang boleh jadi menteri kalau mcm tu...hehehe entahlah apa nak jadi dgn Malaysia ni?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...