DS Adnan ~ Pemimpin berjiwa besar...(?)
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Umno hari ini meminta bantuan sahabat maya untuk menaikkan semula imej serta nama parti itu yang sering menerima pelbagai tohmahan oleh pihak tertentu, terutama parti pembangkang.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengki Mansor berkata, sejak lima tahun kebelakangan ini, pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada Umno sehingga parti itu dilihat seperti pertubuhan siasah yang tidak bermoral.
"Umno digambarkan seperti parti yang tidak berakhlak, yang seolah-olah hanya layak diletakkan di bawah kaki...saya sedih dengan keadaan ini.
"Kita tidak minta banyak...kita cuma minta diiktiraf apa yang telah dilakukan parti selama ini, apa yang telah dilaksanakan untuk kebaikan semua," katanya sempena majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan Facebook (FB) Media-Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
....(Sebahagian dari laporan BERNAMA, klik untuk baca sepenuhnya)
1. Kerajaan Pahang, UMB Pahang dan Biro ICT Pahang tidak akan mengambil langkah apa-apa mengenai saranan SU Agung UMNO ini kerana sudah tidak mampu untuk melangkah dan mungkin merasakan Pahang tidak terlibat dengan semua itu kerana rakyat Pahang tidak menggunakan Internet pun selama ini.
2. UMB Pahang dan Biro ICT Pahang tidak merasakan peranan blogger dan facebookers sebagai mampu pengaruhi undi sehinggalah nanti bila Pahang telah jatuh ke parti lawan baru mereka akan sedar bahawa selama ini mereka juga 'bebal'.
3. Yang meruntuhkan moral UMNO adalah para pemimpin UMNO sendiri, demikianlah bila pemimpin yang tidak bermoral dilantik secara tidak bermoral untuk menerajui parti. (dengan cara rasuah politik)
4. DS Tengku Adnan juga terlibat dalam meruntuhkan moral UMNO secara tidak langsung apabila mendiskriminasikan blogger pro kerajaan UMNO (Klik sini)
5. Baca juga isu kontroversi bh semalam mengenai UMNO Pahang dan ICT. (Klik)
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”