Tok Guru ini menghisap rokoknya yang terakhir sebelum berhenti merokok
“Kalau merokok saya memang tidak boleh terima untuk jadi calon. Itu kena bagi tau awal-awal kerana merokok ini boleh merosakkan segala-galanya dan tidak ada doktor baik Islam atau kafir mengatakan rokok ini baik”.- Nik AzizDemikian kenyataan terbaru dari Wali Selipar Nik Aziz mengenai calon PRK DUN Galas. Setelah sekian lama merapu dan sasau baru sekali ini kita dapat melihat Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang normal.
Selalunya Nik Aziz memang sering mengeluarkan kenyataan yang kontroversi dan susah diterima akal, antaranya; undi Pas masuk syurga..... Walaupun banyak pihak berpendapat kenyataan atau fatwa terbaru Nik Aziz ini sebagai satu gimik dan publisiti murahan namun ianya memang wajar. Apa lagi terhadap rokok yang telah nyata makruh hukumnya.
Cuma kita harap agar Nik Aziz jangan saja nampak perkara yang kecil seperti ini tetapi melihat juga perkara yang lebih besar dosanya jika dilakukan. Umpamanya isu berkenaan tuduhan perzinaan 'Din PuduRaya', YB berkenaan patut dilucutkan dari parti kerana melakukan perkara yang bertentangan dengan kehendak agama Islam.
Selain itu, bagaimana kedudukan Mat Sabu yang khabarnya tertengkap berdua-duaan dengan bukan muhrim di Hotel Perdana Kota Bharu tidak lama dulu? Apakah hendak dipejamkan mata begitu saja?
Harap Ulamak Tuan Guru Nik Aziz ini akan melakukan sesuatu yang susah juga, jangan setakan melakukan sesuatu yang senang sahaja bagi menarik hati pengundi. Selain itu harap orang-orang Pas semua menyahut seruan Tok Guru untuk tidak merokok. Kita cadangkan supaya tindakan dipecat dari parti Pas jika ahlinya didapati merokok.
Baca juga disini
xxx
kita tunggu apa reaksi pengikut pas..maklumlah ramai orang pas ni kaki merokok..
ReplyDelete