04 October, 2010
KU LI CALON DUN GALAS BAKAL MB KELANTAN
Banyak pendapat; pro dan kontra bila Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya DUN Galas serta ura-ura (?) mencadangkan beliau sebagai calon DUN Berkenaan.
Ada pendapat mengatakan jawatan Pengarah Pilihanraya yang selalunya dipegang oleh PM atau Timbalan PM baik untuk Ku Li, mengangkat martabat beliau. Bagaimanapun diletak sebagai calon DUN Galas sebagai sesuatu yang rendah untuk diberikan kepada beliau yang sudah banyak berjasa dan berpengalaman bukan saja kepada parti bahkan kepada negara.
Berbagai sebab dan alasan yang diberikan mengikut perkiraan masing-masing dan semuanya betul, namun manakah yang lebih betul diantara segalanya? Saya tak nak membincangkan dengan membandingkan beliau dengan orang itu dan orang ini serta memberikan teori-teori bagi menyokong pendapat. Saya hendak berfikir secara rasional dan mudah.
Ku Li tokoh besar negara. Berpengaruh besar di Kelantan terutama di Gua Musang, justru jika beliau dicalonkan peluang untuk menang adalah hampir 90%. UMNO/BN perlukan kemenangan lalu kenapa kita mencari jalan susah untuk menang jika jalan mudah sudah ada?
Selain itu kita tidak tahu apa ada dalam fikiran PM, mungkin PM merasa usaha menawan Kelantan akan lebih mudah jika Ku Li dijadikan ayam sabungan. Mungkin juga ini sebagai satu petanda Ku Li bakal menerajui Kelantan jika BN berkuasa kelak. Segalanya serba berkemungkinan, dan hanya PM saja yang tau kerana dialah yang bakal menentukannya.
Selama ini banyak pemimpin Kelantan yang di letakkan sebagai MB bayangaan dalam usaha merampas Kelantan namun segalanya gagal. Kenapa tidak dicuba Ku Li? Mungkin Ku Li sendiri sudah tidak ada keinginan untuk menjadi menteri kabinet kerana telah memegang beberapa jawatan penting selama ini, tetapi mungkin atas alasan untuk membangunkan negeri Kelantan beliau akan sanggup menerima tanggungjawab ini.
Nik Aziz 'jange dok gege' kalau Ku Li dicalonkan. Berapa banyak ahli Pas yang bertanding di Parlimen dalam masa sama juga bertanding DUN? Tak kan bila Pas boleh bila UMNO tak boleh pulak?
3 comments:
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”
bulih letak ku li sebagai calon, satu tektik baik, tapi, ......tapi kalau ku li menang tak dapat apa2, umno yang meneng, .... tapi kalau ku li kalah, malu besar pada ku li, ada sinister plan ke olih setengah2 pihak tertentu dalam umno....hati2 ku li....takut ada perangkap...
ReplyDeleteSalam, dengan izin Allah kemungkinan utk Ku Li kalah sangat kecil. Cuma Ku Li perlu tunggu apa yg DS Najib akan offer nanti. Bagaimanapun jika benar2 ingin berkhidmat untuk parti inilah masa utk membuktikannya.
ReplyDeleteseperti biasalah..dalam pilihan raya mesti ada yg bakal jdi ''kambing hitam umno''dan nampaknya umno yg dahulu meng war war kan calon itu..ku li..masih x belajar dari naik turun nya dalam umno...dah sedikit rambut dan banyak kedut pun belum memikir..lupa kah kalian di umno bahawasanya seluruh warga kelantan telah bersumpah..tak ilang PAS di kelantan..walau menang pun apa faedah pada umno?dulu pernah memerintah daerah ini..kemudahan semenjak 6 tahun lalu barulah nampak berubah...di bawah siapa..??
ReplyDelete