15 November, 2010

POLITIK BUKANLAH SEPERTI MATEMATIK

Gelaklah puas-puas, orangpun dah puas gelakkan awak!
Kalau takut kena minta maaf jangan cium keris, cium saja selipar tentu tak siapa akan paksa minta maaf



Media arus perdana bahkan blog-blog pro BN memainkan isu kekecohan dan keretakkan yang dialami oleh PKR dalam suasana menghadapi pemilihan parti. Memang banyak keburukan yang kelihatan selama ini. Keadilan dan ketelusan yang dijanjikan dan diperjuangkan juga tidak berlaku didalam pemilihan parti. Bahkan ada pihak menyifatkan ianya malah lebih buruk dari apa yang berlaku didalam UMNO. Banyak pihak berpendapat bahawa PKR adalah parti Anwar serta kroninya.

Dulu diwar-warkan bahawa bilangan keahlian parti mencecah 600,000 orang. Mungkin itu bilangan yang digambarkan bagi menunjukkan bahawa PKR mendapat sokongan rakyat, namun jika kehadiran mesyuarat diambil kira maka berlaku penguncupan yang sangat ketara. Kita boleh mengambil kesimpulan bahawa; 1) Sebagai protes ahli kepada pucuk pimpinan kerana adanya rasa tidak puashati lalu tidak menghadiri mesyuarat berkenaan dan, 2) Memang keahlian PKR sangat sedikit dan jumlah yang digembar-gemburkan selama ini hanyalah satu pendustaan belaka bagi menunjukkan PKR diterima rakyat. Hakikatnya mereka yang jadi ahli itu pun tidak pernah mendaftar untuk menjadi ahli.

Memang PKR menuju kemusnahan, bagaimanapun janganlah UMNO @ BN merasa riak kerana kekalahan PKR itu bukanlah bererti kemenangan bagi UMNO. Politik bukanlah matematik! Jangan kita fikir bahawa yang menolak PKR itu akan menerima UMNO! Besar kemungkinan bahawa mereka yang meninggalkan PKR itu tidak akan memberikan sokongan UMNO @ BN atau pada mana-mana parti.

Dalam PRU12 lalu, rakyat yang memprotes UMNO @ BN memberikan sokongan mereka kepada PKR dan pembangkang sebagai satu menefestasi protes mereka. Justru, jikalau pun ada antaranya yang benar-benar menyokong PKR @ PR dan kecewa dengannya tidak semestinya mereka akan menyokong UMNO @ BN pula. Mungkin mereka akan bertindak dengan tidak akan keluar mengundi. Hal begini banyak berlaku di negara-negara maju juga dengan alasan tertentu.

Apa yang ingin saya katakan adalah pemimpin-pemimpin kerajaan dan UMNO masih perlu berusaha bersungguh-sungguh mengembalikan keyakinan rakyat terhadap mereka. Golongan muda masih banyak yang tidak menyertai mana-mana parti politik dan arahtuju serta kecenderungan politik mereka juga sukar untuk diramal. Dalam laman blog dan facebook masih banyak kita dapati golongan muda ini yang menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap kerajaan serta pemimpin. Justru, pemimpin harus berusaha memeperbaiki diri mereka dan mendekatkan diri mereka dengan golongan muda bagi memastikan sokongan terhadap kerajaan meningkat.

Saya tidak membuat kajian khusus tentang sokongan rakyat terhadap kerajaan, namun dari apa yang kita lihat dan dengar sekeliling kita saya merasakan bahawa untuk kerajaan mendapat majoriti undi 2/3 di Parlimen adalah sesuatu yang semakin sukar untuk dilakukan. Bukan sahaja kerana sokongan terhadap pembangkang yang bertambah, tetapi sokongan terhadap kerajaan juga sudah sangat berkurangan. Dalam kata lain, ada pihak melihat bahawa setelah terlalu lama memerintah maka rakyat sudah merasa jemu terhadap kerajaan yang tidak banyak berubah pada cara pemerintahannya.

Selain itu, para pemimpin juga digambarkan sebagai ‘tuan tanah’ atau mereka yang rakus mencari kekayaan dengan kuasa politik yang mereka miliki. Menyertai UMNO bukan kerana perjuangan tetapi adalah kerana mencari peluang dan mendapat habuan. Kerana itu jugalah UMNO seakan ditolak oleh golongan muda selama ini.

Pergerakan Pemuda UMNO juga dilihat gagal meningkatkan sokongan golongan muda. Tidak seperti Pemuda UMNO masa lalu yang didalamnyalah semangat juang anak muda dibakar disamping menjadi golongan pendesak dan ‘check and balance’ kepada parti. Pemuda dahulu terkenal atas kelantangan dan keberaniannya yang mampu membela rakyat dan menjuarai hati golongan muda. Namun Pemuda sejak kebelakangan ini sudah semakin hilang sengatnya. Ini dapat kita kesani terjadi apabila Pemuda mula diketuai oleh generasi kedua. Mereka dari kalangan yang tidak naik dari bawah dan tidak menjiwai perjuangan UMNO sebaliknya mereka hanya mewarisinya dari kerabat mereka terdahulu.

4 comments:

  1. Pemuda UMNO sekarang dah macam pondan huhu. yelah KJ pun kan ada tokoh kepondanan nya

    ReplyDelete
  2. banyak pemimpin perlu ditukar..bukan setakat diatasan malah peringkat cawangan/bahagian juga perlu ditukar.

    ReplyDelete
  3. Fahami betul-betul tulisan saya, saya setuju bahawa KJ juga membawa pemuda ke arah yang tidak menentu, bahkan kepemimpinannya diibaratkan sebagai 'pondan'. Tapi seperti saya katakan dalam tulisan saya, kelemahan pemuda bermula sejak kepimpinan generasi kedua, iaitu generasi anak bekas pemimpin @ DS Najib sendiri hingga ke Hishamuddin. Mereka adalah pemimpin anak bangsawan!

    ReplyDelete
  4. Salam saudara, ada kah mungkin kita boleh menemui lagi pemimpin pemimpin BESAR DALAM PEMUDA SEHEBAT:-

    1.ALLAHYARAHAM DATO SYED JAAFAR ALBAR
    2.ALLAHYARAHAM DATU HARUN IDRIS DAN LAIN LAIN NAMA BESAR YANG BOLEH MENGEGARKAN SEMANGAT ANAK MUDA UNTUK BERJUANG DEMI BANGSA DAN NEGARA.

    SEBAGAI PEMIMPIN KESENANGAN HARUS DI CARI, AGAR PEMIMPIN KITA TIDAK MENJADI SEPERTI SESETENGAH PEMIMPIN TERDAHULU?, "IBARAT KAIS PAGI MAKAN PETANG, KAIS PETANG MAKAN MALAM " .TETAPI KEBANYAKAN PEMIMPIN KITA YANG ADA SEKARANG INI, SEOLAH OLAHNYA KAIS SEHARI MAKAN ENAM BULAN, KAIS SSEBULAN MAKAN BERTAHUN TAHUN BERSAMA PENYOKONG PENYOKONG NYA YANG KENA BERI MAKAN JUGA?.

    Saya setuju dengan kata kata saudara walau pun saudara tanpa membuat kajian terperinci, bahawa sokongan rakyat majoriti kepada pemerintah amat berkurangan dan makin terhakis, 2/3 majoriti susah untuk kita capai. Apabila majoriti kalangan rakyat sudah jelak,menyampah,jemu dengan sikap pemimpin pemimpin yang tak mau mau berubah kearah perkara yang baik,RAMAI YANG BERUBAH KE ARAH YANG TAK BAIK?. maseh menunjukkan keangkuhan,ego,mempunyai kepentingan diri melampau, insyaallah parti pemerintah akan tumbang nanti?. Apa yang kita boleh lihat sekarang ini sokongan padu hanyalah datang dari penyokong penyokong setiap pemimpin yang ada. MENYOKONG KERANA ADA MAKNA?, HA HA HA... HEK HEK HEK,.. rosak umno ?

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”