13 November, 2010

'TUKAR TIUB', SESEKALI TUKARLAH TAYAR TU JUGA!

Macam ni punya tayarpun lagi mau pakai ka? Kah1 Kah! Kah! 


Saya ke blog Hishamuddin (Kahkahkah) Rais. Membaca keresahannya tentang permasalah dalaman yang bakal meruntuhkan PKR dalam masa terdekat. Hisham masih menaruh harapan walaupun sudah tinggal sedikit untuk PKR kembali pulih semula. Bagaimanapun saya merasakannya tidak kerana PKR ditubuhkan hanya untuk membela seorang individu yang didapati bersalah dan dibuang dari parti dimana dia naik – PKR tiada asas perjuangan.


Saya tidak menafikan bahawa dalam parti pemerintah ada individu yang rakus kerana dalam mana-mana partipun sikap demikian pasti ada. Bahkan saya melihat dengan mengeluarkan DS Anwar dari UMNO maka UMNO lebih kelihatan bersih walaupun saki-baki individu bersikap demikian masih ada, mereka akan dibersihkan kemudian seorang demi seorang mengikut keutamaan. Saya berpendapat, jika pohon yang kita tanam itu diserang dedalu maka kita tidak boleh memotong keleluruhan batangnya namun kita boleh merawatnya dengan membuang dahan demi dahan, bagai marahkan nyamuk, janganlah kelambu dibakar.

Hisham menyatakan seramai 213 orang telah menyertai satu pertemuan yang dinamakan Rapat Anak Muda Keadilan dan meluluskan 6 resolusi;
1.  MEDIA TIDAK HARUS DIGUNAKAN SEBAGAI MEDAN PERDEBATAN.
2. PEMILIHAN PARTI SEHARUSNYA BERASASKAN IDEA SEGAR, NILAI DAN REKOD KE ARAH MEMPERKASA ANGGOTA DAN RAKYAT.
3. RAPAT ANAK MUDA MEMPERAKUI BAHAWA SESUNGGUHNYA PEMILIHAN PARTI KALI INI MEMPUNYAI BANYAK MASALAH.
4. PARTI MESTI DENGAN SEGERA MEMBERHENTIKAN PROSES PEMILIHAN YANG SEDANG BERLANGSUNG SEHINGGA SEMUA ADUAN DISIASAT
5.   RAPAT ANAK MUDA JUGA MEMUTUSKAN AGAR SEMUA CALON DAN/ATAU PEMIMPIN DI SEMUA PERINGKAT TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN MELETAKKAN JAWATAN DAN/ATAU MENARIK DIRI DARI BERTANDING BERIKUTAN KRISIS YANG MELANDA
6.  ATAS SIFATNYA SEBAGAI SEORANG TOKOH YANG DISEGANI DAN TIDAK BERTANDING, RAPAT ANAK MUDA BERSETUJU AGAR DATO’ FAUZI ABDUL RAHMAN, PENGERUSI MPN, KEADILAN PAHANG, MENJADI JURUCAKAP DAN MEMBAWA RESOLUSI INI UNTUK DISERAHKAN KEPADA PRESIDEN PARTI.


Sejarah Hisham telah mencatat bahawa beliau adalah diantara pendemonstrasi jalanan yang telah dipergunakan oleh DS Anwar sejak zaman pelajar di IPT dahulu. Saya ingin ingatkan bahawa zaman telah berubah dan pendekatan kepimpinan dikalangan pelajar juga harus berubah. Menentang kerajaan dengan cara berdemonstrasi  dijalanan tidak lagi dianggap perwira atau pejuang. Justru saya cadangkan Hisham supaya tidak lagi hanya menukar tiub, bahkan tukarlah tayarnya sekali kerana tayar lama sudah tidak selamat untuk  digunakan lagi. Kah! Kah! Kah!

8 comments:

  1. .....terutamanya jika tayar tu dah botak dan merekah-rekah, silap-silap meletup!

    ReplyDelete
  2. salam,
    tang parti dia kena secara dalaman. tang parti org siap amik kesempatan lagi. buat demo lagi. bila parti dia perintah, demo tak boleh. parti dia nak perintah. demo macam monyet. kata kat sapa tah. bila parti bukan sokongan buat apa saja pun tak pa, demokrasi dan bebas serta adil.

    ReplyDelete
  3. Tayar dah botak. bahaya untuk di gunakan

    ReplyDelete
  4. Kahkahkah! dia ingat setiap kali dia tukar tiub dia boleh selamat? Betul tu, bila tayar dah botak kenalah tukar tayar pulak, kan? Kahkahkah!

    ReplyDelete
  5. Salam saudara, ingin saya ingatkan di sini, jika TIUB sudah di tukar, jangan lupa tukar tayar, seperti saudara saudara saya sarankan. Tapi ingat tukar tu biar lah tayar baru dan berjenama bukan tayar yang sudah di GUNAPAKAI, ( 2nd HAND ) .BARU LAH JALAN TU MUNGKIN LURUS?. KAH KAH KAH HIK HIK HIK.......

    ReplyDelete
  6. kahkahkah! itulah jenis org tak sedar diri agaknya. Dia pun mungkin lupa bahawa kebanyakan tayar zaman ini tanpa tiub 'tubeless' sbb org dah malas nak tukar tiub lagi dah. Ada masa nanti kita jumpa di Jrt, dkt corner tmpt kita jumpa dulu, hehehe

    ReplyDelete
  7. tayar sekarangpun dah tak pakai tiub..jadi hishamuddin pun sudah tidak releven lagi dengan politik tanahair kahkahkah..elok jadi bahan pameran kat dalam muzium je lah kahkahkah.

    ReplyDelete
  8. Salam YB Raz, Kahkahkah! kau pun ketawakan si tukar tiub? Kahkahkah! meh sama-sama kita ketawakan dia yg sudah tak relevan lagi, kahkahkah

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”