01 December, 2010

DS NAJIB MENAKHODAI BAHTERA MERENTAS ARUS ZAMAN








KUALA LUMPUR 30 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meramalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menang dengan majoriti lebih baik pada pilihan raya umum akan datang berbanding dengan pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan kini masih kuat dan mungkin marjin kemenangan adalah sesuatu yang baik. "Saya benci untuk meramal perkara ini kerana ia mungkin tidak diterima dengan sangat baik, tetapi saya fikir menang kuat adalah sangat penting... dalam pilihan raya umum akan datang, kerajaan akan masih menang dan majoriti mungkin lebih baik daripada 2008,” katanya ketika ditanya mengenai ramalan beliau bagi pilihan raya umum akan datang.

Dr. Mahathir berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama bertajuk “Lanskap Politik Malaysia - Pengalaman, Perspektif dan Pemikiran” pada Dialog Forum Malaysia-Eropah (MEF) Kuala Lumpur ketiga 2010 di sini hari ini. - Bernama


Begitulah pandangan Tun Dr. Mahathir terhadap perkembangan politik semasa negara. Beliau menaruh keyakinan yang tinggi bahawa UMNO / BN akan mampu kembali mendapatkan mandat 2/3 kerusi di Parlimen. Cuma  jika ini benar-benar berlaku, kita harap sangat-sangat agar pemimpin khususnya UMNO nanti tidak akan mengulangi kesilapan serupa dengan menjadikan parti dan negara sebagai hak peribadi mereka.

Pemimpin harus sedar bahawa tahap kematangan politik kita sudah berubah, sebarang maklumat boleh di access dari banyak sumber. Pemimpin tidak boleh membohongi rakyat sesuka hati mereka sebagaimana dahulu. Pemimpin sudah tidak boleh mengkhianati rakyat dan curang terhadap rakyat. Dalam politik, jawatan yang mereka sandang itu adalah mandat rakyat, justru mereka harus berkerja untuk kabajikan rakyat. Sekiranya mereka gagal atau tidak menjalankan tanggungjawab berkenaan mereka perlu berundur atau mereka akan disingkirkan.

Pemimpin politik adalah contoh kepada seluruh masyarakat.Mereka mesti bersih dan kelihatan bersih, demikian apa yang telah disuarakan oleh Tun semasa pentadbirannya dahulu. Bagaimana kita mampu kekakang dan hapuskan rasuah sekiranya pemimpin kita tidak memberikan contoh yang baik? Sudah pastinya ketam tidak mampu mengajar anaknya berjalan lurus, dan kerana inilah gejala rasuah masih belum dapat kita hapuskan dinegara kita, bahkan keadaannya dilihat semakin memburuk berikutan mereka yang terlibat sudah semakin berani melakukannya kerana sedar bahawa mereka tidak akan dikenakan tindakan apapun.

Sekiranya kita hanya membiarkan keadaan rasuah berleluasa, sampai satu ketika rakyat akan memberontak dan tidak mustahil kerajaan juga akan diubah kepada sistem pemerintahan yang lain yang berkemungkinan akan lebih telus.

Bagaimanapun, buat masa ini kita harus memberikan sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab kepada DS Najib untuk menakhodai (bukan menodai) negara meredah arus zaman. Mudah-mudahan DS Najib akan juga mendengar nasihat dan pandangan dari mereka yang lebih berpengalaman seperti Tun Dr. Mahathir. Sebenarnya ramai rakyat yang mengkehendaki supaya Tun Dr. Mahathir diberikan jawatan bertaraf menteri penasihat yang akan membantu PM memastikan bahtera ini terus belayar dan meluncur laju kehadapan, bukan memusing kebelakang.


No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”