01 December, 2010

PRU: SEMBOYAN SUDAH DIBUNYIKAN....





KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Pemilihan UMNO bagi peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) yang dijadualkan diadakan pada tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya keputusan bersama itu dibuat bagi membolehkan UMNO memberi tumpuan kepada proses pemantapan dan pemulihan parti berdasarkan Model Politik Baru iaitu bagi memastikan kelangsungan UMNO sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.
“Ini merupakan peruntukan dalam Perlembagaan parti yang bukan kali pertama tetapi beberapa kali kita gunakan supaya seluruh perhatian dan tenaga kita terarah ke arah memantapkan proses penyediaan pemantapan parti kita,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT di sini malam Selasa......

Banyak pihak memang sudah menjangkan keputusan sedemikian akan diambil oleh picuk pimpinan. Walau apa alasan yang diberikan namun hakikatnya adalah PilihanRaya Umum akan diadakan tidak lama lagi dalam masa 18 bulan ini. Kita sangat menyokong apa yang dilakukan ini supaya tidak banyak kerosakan yang akan berlaku didalam parti sekiranya pemilihan tidak ditangguhkan. Kita sedar bahawa pemimpin diperingkat bawah akan lakukan apa saja bagi memastikan mereka mendapat apa yang mereka kehendaki, dan kegiatan politiking ini bukanlah satu perkara yang sihat didalam parti terutama semasa sedang menghadapi cabaran besar dari luar.
Kita cuma berharap, pemimpin diperingkat Bahagian dan Cawangan benar-banar ingin membantu parti dan pucuk pimpinan dalam merapatkan semula UMNO kepangkuan rakyat dan menjadi juara rakyat sebenar. Pemimpin di Bahagian terutama di Cawangan janganlah hendaknya ada lagi sikap diskriminasi didalam UMNO, menyekat orang itu dan orang ini dari menyertai parti hanya kerana bimbangkan kedudukannya akan tergugat. Ingatlah bahawa jika kita seorang pemimpin yang baik maka ahli akan terus memilih kita.
Yang penting adalah ahli-ahi UMNO semua harus bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum tidak lama lagi dan pastikan bahawa UMNO / BN mesti memenangi 2/3 bagi kembali menstabilkan politik negara. Jangan lagi ada duri dalam daging dan musuh dalam selimut. Jangan ada telunjuk lurus kelingking berkait, jangan ada rencung diluar pepat didalam. Semboyan sudah dibunyikan, perjuangan akan kita hadapi sama ada kita seorang yang berani ataupun penakut, perjuangan ini satu kepastian.


No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”