29 December, 2010

PRU13 - PAHANG MAKIN MANTAP



Nama-nama pengerusi dan timbalan pengerusi badan perhubungan UMNO setiap negeri talah diumumkan. Sebagai manusia biasa pasti ada yang kita tidak puashatikan, sama ada kita sendiri sebagai calon yang merasa diabaikan atau pun kita sebagai pengikut yang kecewa kerana calon kita diketepikan. Siapakah yang mampu  membuatkan semua pihak akan berpuashati pada setiap keadaan? Tuhan pun tidak mampu puasakan hati semua makhluknya, kerana itulah syaitan telah menderhaka! 

Di Pahang, Menteri Besar Dato' Seri Diraja Adnan Yaakob dan Dato' Sharkar Shamsuddin telah dikekalkan jawatannya sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Kita mengucapkan tahniah! Mungkin ada pihak yang memandang sinis pada saya kerana suatu ketika dulu saya mengkritik hebat MB Pahang ini. Mungkin saya tidak menyukai seseorang, namun kepentingan ramai harus tetap diutamakan dan PM DS Najib lebih mengetahui segalanya, justru yang perlu kita lakukan adalah memberi sokongan padu dan merapatkan saf perjuangan kita.

Saya pasti sudah tentu ada kalangan orang-orang politik juga yang tidak berpuas-hati kerana tidak dipilih. Memang bukan saya yang patut memberikan nasihat kepada mereka namun ingatan ini adalah sangat wajar; Terimalah keputusan ini dengan senang hati dan berikanlah sokongan yang kukuh atas nama perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara tercinta ini. Kita boleh bersaing sesama kita, kita boleh berebut diantara kita namun apabila keputusan sudah dibuat, seharusnya kita akur dan kembali memberikan sokongan bagi memantapkan perjuangan kerana jika kita yang terpilih sudah tentu sokongan mereka semua kita juga perlukan.

Dalam keadaan menghadapi perjuangan, kita harus memikirkan kepentingan ramai dan kita sangat mengharapkan kekuatan dan persefahaman sebagai satu pasukan. Apakah bermakna seandainya hanya kita yang menang dala PRU kelak sedangkan sahabat-sahabat kita dan parti kita tewas? Kita hanya akan jadi melukut ditepi gantang, kita hanya akan jadi ADUN atau Ahli Parlimen pembangkang. Saya masih ingat kata-kata sedemikian dari mantan PM Tun Dr. Mahathir yang mengingatkan kita tentang perlunya bersatu dalam perjuangan.

Kita tahu masalah perpecahan dan ketidaksefahaman ada dimana-mana, termsuk UMNO Pahang, tetapi jika kita mempu membersihkan sedikit hati kita dan menerima takdir yang sudah Allah tetapkan, sudah tentu jiwa kita akan jadi tenang dan perjuangann kita akan menjadi lebih bermakna dan diredai.

Mungkin ada yang berfikir untuk menderhaka jika tidak dipilih, tetapi perjuangan untuk kepentingan diri dan yang tidak ikhlas juga tidak akan diberkati Allah. Lihat sekeliling kita! Lihat pada pemimpin yang berjuang atas dasar kecewa! Apakah mereka bahagia? Bukan sedikit pemimpin UMNO yang menderhaka menyertai pembangkang, 'kunun' atas dasar perjuangan. Tetapi kita harus lihat kembali, apa yang telah mereka peruangkan semasa didalam UMNO dan apa pula yang mereka perjuangkan apabila sudah berada disebelah sana? Rakyat tidak semudah itu untuk ditipu dan rakyat tidak sebodoh dizaman dulu.

Kita lihat di Pahang, ada seorang pemimpin telah tidak terpilih menjadi calon sekali lagi lalu bertindak menyertai pembangkang dan dilantik menjadi ketua. Sudah tentu beliau gembira atas perjuangan barunya. Cuba fikirkan apakah beliau akan sertai perjuangan barunya itu jika tidak terpilih sebagai ketua? Bermakna perjuangannya itu masih bersifat perjuangan diri. Begitu juga, ada seorang bekas ADUN (yang rajin menulis blog) sentiasa menghentam DS Najib mungkin kerana ingin mencari perhatian, jika itu juga dinamakan satu perjuangan, apakah perjuangan itu akan tetap diteruskan sekirannya beliau masih lagi seorang ADUN atau dicalonkan semula?

Dunia ini memang tempat dimana Allah  menguji manusia. Dunia ini juga tempat syaitan menduga iman manusia. Semakin besar tanggungjawab kita, semakin kuat iman kita makan semakin banyak godaan yang kita terima. Tok guru dan alim ulamak juga ada yang tersungkur sehingga membawa kepada fatwa yang sesat dan menyesatkan. Tidak hairan jika parti Pas kebelakangan ini semakin berantakan dengan skandal-skandal yang melinbatkan para pemimpin mereka. Ada yang terlibat dengan rasuah panajaan menunaika haji yang berjumlah berpuluh ribu, ada juga yang terlibat dengan salahlaku seks. Mat Sabu yang memberikan Anu-arr nama 'Al-Juburi' juga 'menjubur' dan berkhalwat. Terbaru dan masih hangat, seorang ADUN Pas dituduh 'menjuburi' isteri orang dan masih tidak mampu mempertahankan dirinya sendiri.

Justru, kita harus balik semula kepada asal. Sebenarnya kita sudah bahagia dan gembira dengan apa yang kita miliki selama ini. Jangan kita menempa nasib malang untuk menagih sesuatu yang tidak pasti. Anu-arr si peliwat tidak akan membawa kita kemana-mana selain akan sentiasa meliwati kita satu demi satu. Kita mesti sentiasa memandang belakang kita sendiri supaya kita sentiasa berwaspada, dan jangan juga memandang belakang sesiapa supaya kita tidak akan 'tergoda'. Sebuah blog pencacai yang menyokong si-peliwat namun sudah beransur-ansur bertukar warna macam sesumpah sedang menanamkan kebencian rakyat kepada UMNO Pahang, tetapi mereka tidak akan berjaya malahan kelihatan semakin lemah kerana perjuangan yang tidak berasas.



6 comments:

  1. CG Pian,
    Sudah didalam blogger Pahang...

    ReplyDelete
  2. Hanya berharap semua pemimpin UMNO di Pahang ikhlas memperjuangkan agama, bangsa dan negara. bukan sekadar cakap-cakap kosong yang tak bernilai. Mungkin sedikit kejutan boleh mengejutkan mereka-mereka yang alpa dan sibuk memenuhkan kocek mereka sahaja.

    ReplyDelete
  3. AWAS SAUDARA DENGAN KATA-KATA MU
    MELALUI PERKATAAN ( PENULISAN) SALAH SATU PENYEBAB SESEORANG YANG BERIMAN MENAJDI KAFIR.

    ...Tuhan pun tidak mampu puasakan hati semua makhluknya, kerana itulah syaitan telah menderhaka!....

    TOLONG PERBETULKAN KATA-KATA INI,KALAU TAK PUAS HATI RUJUK KEPADA ORANG-ORANG YANG ARIF AGAMA.
    SAYA TELAH MENJALANKAN KEWAJIPAN SAYA UNTUK MENEGUR SELEBIHNYA TESERAHLAH KEPADA SAUDARA.

    ReplyDelete
  4. aku minta maaf kerana dulu pernah jauhkan diri dengan awak sementara sebab awak kuat kritik MB. aku juga bimbang dicop anti MB...aku lihat awak dah berubah..baguslah...sama-samalah kita dalam satu barisan mempertahankan Pahang dari jatuh ke tangan Pakatan Haram Jadah!

    ReplyDelete
  5. Salam Waris Pahang,
    Dulu suara saya tidak didengari sedangkan saya cuba membantu Pahang seadanya, saya bukan yang terbaik tetapi saya pasti saya mencuba sebaik mungkin dengan jujur dan ikhlas. Alhamdulilah! Perkembangan terbaru telah memberikan harapan baru untuk saya sama-sama menyertai saf perjuangan ini dengan cara sendiri. Kita akan bersama pertahankan kerajaan Pahang walaupun kita pernah disingkirkan dulu. Saya tidak menyimpan dendam kerana saya tau dendam itu api. Harap MB juga akan memaafkan saya, hehe!

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”