30 December, 2010

SLOGAN BARU PAS: PAS FOR AWW!!




Saya sangat tertarik dengan tulisan sahabat saya Rajahmas mengenai politik Pas di Sarawak. Beliau mengibaratkan Pas tidak tahu apa-apa dan apa yang hendak dibuat dalam peranan politik Pas di negeri Kenyalang itu.

Sebenarnya selama ini pun Pas tidak tahu apa-apa dan ini jelas kelihatan kerana mereka sering hilang punca dan arahtuju. Pemimpinnya pun sentiasa berdolak-dalik dalam pelbagai isu. Sekejap mereka kata itu dan sekejap lagi mereka kata ini. Yang lebih mengelirukan terutama pada anak-anak muda adalah tentang pendirian mereka dalam satu-satu hal. Mereka tidak pernah konsisten. Bahkan segala 'fatwa' yang para ulamak dan tok guru mereka keluarkan sangatlah mengelirukan. 

Kerana itu jugalah golongan muda dewasa ini sudah semakin menjauhi Pas. Mereka sudah hilang kepercayaan kepada ulamak dan tok guru yang berdolak-dalik. Umpamanya ketika UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC mereka jatuhkan hukum haram, tetapi apabila mereka berkerjasama dengan DAP mereka katakan itu adalah halal.

Malanglah bagi Pas ketika ini kerana golongan muda sudah semakin menjauhi mereka. Imej ulamak dan tok guru tidak lagi dapat menarik minat dan keyakinan mereka. Tambah pula kebelakangan ini sudah terlalu banyak keburukan yang dibongkarkan berkaitan tingkahlaku pemimpin mereka, antaranya penyalahgunaan kuasa, rasuah dan bahkan khalwat dan zina.

Petanda bahawa Pas sudah tidak lagi dipercayai adalah ketika baru-baru ini diadakan ceramah umum yang dihadiri oleh 'Imam' Mahfuz yang gagal SRP itu dengan dibantu oleh 'sesumpah' CMK yang lebih bijak sedikit darinya dengan berkelulusan SPM. Ceramah umum itu hanya dihadiri oleh seramai 200 orang sahaja walaupun CMK sudah berusaha bersungguh-sungguh bermain-main dengan power-point komputernya. Malangnya golongan muda yang celit IT tidak datang dan yang ada hanya golongan tua yang 'pejam celik' IT dan hanya menganggap itu hanya permainan cahaya sahaja.

Pas tidak akan berjaya di Sarawak dan Pas juga akan gagal dan terpukul hebat di Pahang kelak dengan kebangkitan golongan muda dalam melibatkan diri dalam politik.

Seperti saya katakan tadi, tulisan Rajahmas memang menarik (klik sini) bahkan slogan Pas sinisnya juga menarik: 'Pas for Owl'. Namun saya rasakan akan lebih menarik lagi slogan itu jika diubah kepada 'Pas for Aww!' Keh! Keh! Keh! aWW! aWW! aWW!

2 comments:

  1. Pas memang suka mengambil kesempatan pada anak2 muda yg mencari arah tujuan.Dgn bertopengkan Islam anak2 muda diperkuda selaju mungkin sehingga akhirnya kebencian menjadi darah daging. dan diwaktu Islam semakin dikaburi oleh wajah PAS maka segala yg haram akan menjadi halal, sesekali memang jijik bila memikirkanya....

    ReplyDelete
  2. Sdr asan,
    sesekali memang jijik bila memikirkanya....??? Bukan begitu kerana ianya setiap kali jijik dan menjijikikan selama-lamanya!!

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”