Cikgu Mala dan suaminya En. Labu
Hujan lebat sejak semalam dahulu telah membuatkan air sungai di Sungai Tenang melimpah dan menjadikan banjir kilat. 2 buah kampong sepanjang Sungai Tenang iaitu Kampong Lembah Bakti dan Kampong Air Panas terpaksa dipindahkan penduduknya. Sila baca sini (Pahang-Ku)
Apapun, ini adalah ujian awal buat kedua-dua calon bagi mempersembahkan keupayaan mereka dalam membantu rakyat dikala menghadapi kesusahan. Apakah yang dapat Pas berikan? Dan apa pula yang dapat UMNO / BN berikan?
Seluas mana langkah yang dapat 'Tok AI' lakukan dan seluas mana pula langkah yang Cikgu Mala boleh lakukan? Apakah mampu suami Cikgu mala mengiringinya sepanjang masa andai beliau terpilih sebagai wakil rakyat? Lambat laun mereka akan terpaksa tinggalkan rakyat untuk berikan tumpuan penuh kepada keluarga mereka pula dan akan meninggalkan khidmatnya kepada rakyat.
Atau sanggupkan suami Cikgu Mala iaitu En.Labu, meletakkan jawatannya bagi memberikan tumpuan penuh kepada keluarga dan anak-anak memandangkan Cikgu Mala sudah tidak dapat lagi melakukannya jika beliau benar-benar berkhidmat kepada rakyat. Bersediakan En. Labu untuk menjadi sura-rumahtangga sepenuh masa untuk menjaga keluarga dan dalam masa sama menjaga isterinya juga yang akan selalu keluar rumah bertemu rakyat jelata?
En. Labu kenalah hati-hati, sebab dalam Pas masih banyak lagi pemimpin yang sewaktu dengan ADUN Selinsing dan Mat Sabu, hehe! Bimbang nanti nasi akan menjadi bubur, rumah tanggak akan menjadi lebur. Mungkin tidak mengapa jika kita niatkan anak dan isteri kita sebagai taruhan untuk perjuangan 'fisabilblasah' Pas. Hahaha, maaflah En. Labu, saya hanya mengingatkan saja.
Oooo, sebelum terlupa, ada buat apa-apa 'baiah' ke? Jangan tak buat! Heheheheh! Kahkahkah! Jangan lagi tukar tiub, terus saja tukar tayar! Huhu!
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”