27 January, 2011

HIKAYAT EN. LABU RESAH GELISAH BILA CIKGU MALA JADI CALON


Ada pun sangatlah sahaya menaruh rasa kasihan apabila melihatkan wajah En. Labu ini 
yang sedih dan gundah gulana adanya


Syahadan, maka tersebutlah kisah seperti yang diriwayatkan oleh yang empunya ceritera, ada pun sebermula hikayat ini tidak lah sama sekali sama dengan hikayat yang diriwayaatkan oleh P. Ramlee itu, kerana ini bukanlah kisah Labu Labi. Adapun kisah ini adalah kisah En. Labu dan Cikgu Mala. (Kisah ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak akan kena mengena dengan yang hidup dan yang mati, juga tidak ada kena mengena dengan yang menjadi calon PRK atau pun tidak. Sekiranya ada tersentuh sedikit-sedikit ianya adalah dengan tidak disengajakan dan sentuhan-sentuhan itu diharapkan tidaklah akan membangkitkan nafsu syahwat terutama para tok-tok garu yang serbannya sebesar bakul itu, adanya)

Menurut yang empunya cerita, adapun Cikgu Mala ini sebelum menikahi En. Labu adalah seorang janda, bagaimanapun tidaklah diketahui berapakah bilangan anaknya itu. Menurut taman-teman sepermainannya dahulu, yang sama-sama main masak-masak belakang rumah, bahawa pernikahannya juga tidaklah mendapat restu dari kaum keluarganya adanya.

Arkian, tidaklah hendak sahaya menceritakan yang panjang dan lebih lebar dan serta dengan luasnya , akan perihal rumah tangga mereka itu kerana itu adalah hal-hal peribadi dan hal-hal dalam kain mereka jugalah adanya. 

Menurut syahibul hikayat, adapun pencalonan Cikgu Mala ini mewakili parti 'bulatan' @ tudung tin biskut tidaklah dengan mendapat restu dan kerelaan hati nurani lakinya En. Labu. Kerana dikhabarkan bahawa En. Labu ini sudah sangat maklum akan tugas-tugas sebagai wakil hamba rakyat bukanlah mudah terutama bagi seorang perempuan yang terpaksa keluar rumah siang dan malam jika benar-benar ingin  memperhamba diri dan memberikan khidmat bakti kepada sekelian rakyat jelata dengan sebaik-baiknya. Lainlah jikalau hanya ingin manjadi hamba rakyat yang hanya sebagai patong Tok Pekong yang tidak bergerak kemana-mana adanya.

En. Labu juga sangatlah bimbangkan akan isterinya itu untuk kesana kesini terutama untuk jangka masa lama tanpa dirinya kerana didalam parti tudung tin biskuit itu sungguhlah banyaknya 'abuaya-abuaya' yang yang sudah tersangat panjang tanduknya yang diselubungi. Maka masihlah segar dalam ingatan En. Labu akan kisah-kisah mengenai 'Orang Selinsing' serta 'Panglima Tok Mat Sapu' yang terlalu gagah kejantanannya. Bimbanglah dia andainya tersilap langkah dan terlepas pandang dan kawalan maka burung didalam sangkarnya akan terlepas terbang dan meninggalkan tangannya yang berbau taik sahaja adanya.

Akhirul kalam, maka sahaya inginlah mencatat satu nota atau memo kepada En. Labu itu, supaya pakat-pakatlah dengan Cikgu Mala supaya menarikkan dirinya dari menyertai 'kabilah' itu bagi menjamin kerukunan rumah dan tangga serta pintu dan tingkap rumah mereka akan terus aman dan bahagia hendaknya.

Al-dudarun, adalah dibimbangkan nanti kehidupan akan berubah dan bahtera akan terpisah maka En. Labu akan tertinggal keseorangan dan terkotek-kotek bagaikan kambing yang kehilangan pasangannya adanya.

Al-akhirun wal-tammatun, ada pun sambil En. Labu berfikir-fikir dan menimbang-nimbang, sambil  mengorek-ngorek telinga dan menggentel tahi hidungnya maka sahaya tujukanlah lagu ini untuk hiburan En. Labu supaya selalulah beringat-ingat dengan para penyamun yang akan selalu mendampingi Cikgu Mala terutama apabila beliau ditakdirkan menang dalam pilihan ini nanti adanya.









Sila klik dan cuba baca disini.

3 comments:

  1. Nak tau apa komen Kak mal terhadap Abang Man ekoran dari cerita ini?
    sila baca...

    http://ujangranggi.blogspot.com/2011/01/reaksi-cerita-kickdefella-deritamu.html

    hangat terangkat beb...

    ReplyDelete
  2. ada gaya lah...

    best kalu panjang sikit lagi.


    menarik juga stail mcm ni ye hehe


    syabas brave

    ReplyDelete
  3. kah..kah..kah..
    sakit perot...baca lawak ko nih..

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”