Apakah UMNO rela yang menang jadi abu dan kalah jadi arang?
UMNO yang ditubuhkan ketika memerdekakan negara dan menjadi tunggak parti memerintah sejak berkerajaan sendiri. Itu adalah satu perjalanan yang panjang. Berbagai parti dinegara lain yang berkedudukan sama seperti UMNO semuanya sudah tumbang kerana tidak lagi relevan dalam keadaan dan kehidupan semasa.
Demikian juga UMNO yang semakin goyang. Lalu kita pun melihat ke kiri dan kanan mencari siapakah musuh kita. Kita melihat Pas yang sudah sinonim sebnagai musuh tradisi. Kita juga melihat DAP, musuh perjuangan bangsa yang berideologi komunis, dan kita juga PKR parti serpihan yang langsung tidak ada halatuju. Tetapi kita seringkali lupa untuk melihat diri sendiri.
Masalah kita terbesar adalah diri kita sendiri. Adalah masalah dalaman kita sendiri. Adalah masalah sikap dan berpuak-puak. Berikut saya CnP sebahagian dari tulisan di blog Jelapang:
Di PERLIS, Shahidan Kassim dikatakan akan dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan menggantikan Isa Sabu dan seterusnya bakal dilantik sebagai Menteri Besar selepas PRU-13.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1223&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm&arc=hiveDi KEDAH, Ahmad Bashah Mad Hanipah sudah merasakan begitu yakin dilantik Ketua Perhubungan tetapi orang-orang Mahdzir Khalid terus berusaha untuk membawa beliau kembali sementara Mukhriz Mahathir dalam diam yakin beliau adalah bakal Menteri Besar Kedah yang baru.
Di TERENGGANU, orang-orang Idris Jusoh bertungkus lumus untuk menghidupkan kembali peluang beliau untuk dilantik Ketua Perhubungan dan bukannya Ahmad Said.
Di NEGERI SEMBILAN, orang-orang Isa Samad amat berharap Najib melantik beliau menggantikan Mohamed Hasan sebagai Ketua Perhubungan dan seterusnya kembali sebagai Menteri Besar. Tetapi ada juga cakap-cakap bahawa Isa akan hanya dilantik Pengerusi sebuah GLC.
Tentu Kedah dan Pulau Pinang tidak akan jatuh kepada pembangkang jika UMNO tidak ada musuh seperti sekarang ini. Tentu juga Kelantan sudah lama dapat kita tawan kembali jika tidak kerana masalah begini. Semuanya patut mengajar kita bahawa musuh sebenar UMNO adalah UMNO itu sendiri.
Dulu, dalam media sosial pun kita dipisah-pisahkan kerana ada pihak yang mahu mencari nama dan membawa agenda serta kepentingan sendiri. (Klik sini) Bila sesuatu mengenai UMNO, ianya bererti perebutan, kem-kem dan cantas-mencantas.
Salam.Sebenarnya yang bangsat dalam UMNO adalah pemimpin pemimpinnya yang cantas menyantas untuk menjadi ketua.Dah jadi ketua banyaklah wang masuk poket.Bangsat sungguh pemimpin pemimpin UMNO ni yek.moh lah kita undi pembangkang biar depa langsung tak dpt makan.baru padan muka dema.
ReplyDelete'tul tu,tp kalau sokong pembangkan mereka tu lg teruk...elok je kita sokong sesama kita. akun pn boleh jadi PM nanti. hehe
ReplyDeletehehe, ko pun boleh jadi setiausaha sulit depan...(sbb aku dh tk pakai su sulit kanan masa tu)
ReplyDeleteSalam tuan Malaysian United,
ReplyDeletesaya juga berbesar hati dapat linkkan blog tuan di blog saya yg tidak seberapanya ini.